The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, May 6, 2010

2 Roman, Arnesen dan Cobham

Kalau sebelum nie Fan Chelsea sering dicucuk dengan ayat2 " Chelsea nie kuat beli star je" dan " Ade ke pemain muda Chelsea??"..Yup, sememangnya sebelum nie kita agak ketandusan youngsters, setahu aku hanya Cappi John Terry yang boleh dikategorikan sebagai hasil produk akademi yang berjaya..Yang lain?? Carlton Cole terperuk di West Ham, Ben Sahar tercampak ke Espanyol, Sinclair pulak beku di Wigan..

Namun kini tidak lagi, kemenangan FA Youth Cup kelmarin boleh dikatakan penanda aras yang akademi Chelsea telah menunjukkan perkembangan ketara dan membuktikan kita mampu melahirkan bakat baru bolasepak yang gempak..

Sememangnya aku akui Roman bukan ordinary busnissmen, dia ada visi dan misi yang tersendiri..Roman mahu Chelsea untuk menjadi Best Team in Europe..Berlainan daripada typical Americans Yankees sepertimana yang berlaku kepada Manure dan Fool yang hanya mahu menyedut keuntungan dari kelab, Roman mempunyai pelan dan strategik yang tersendiri supaya matlamatnya untuk Chelsea menjadi kelab terhebat menjadi kenyataan...

Kata2 Roman sewaktu mengambil-alih tahun 2003 :

"The goal is to win. It's not about making money. I have many much less risky ways of making money than this (buying Chelsea football club). I don't want to throw my money away, but it's really about having fun and that means success and trophies." - on his vision for Chelsea


Di awal pengambilalihan, yup, kita sememangnya banyak mengeluarkan duit untuk membeli pemain2, tetapi zaman itu sudah berlalu..Untuk mengekalkan kestabilan, pemain muda adalah tunjang utama bagi mana2 skuad..Selepas kegagalan Peter Kenyon mendapatkan Robinho, Roman sudah bernekad untuk mengubah strategi awal " Kegilaan membeli harus dihentikan, kita perlukan pemain muda"..Roman hanya melakukan dua perkara; Pertama - Peter Kenyon disingkirkan, dan Frank Arnesen dimasukkan sebagai Director of Football..Kedua-pembinaan fasiliti Akademi bertaraf dunia di Cobham..

Frank Arnesen

Perlantikan Frank Arnesen sememangnya keputusan paling arif dilakukan oleh Roman kerana ketajaman matanya mengesan bakat2 muda sekitar dunia..Okeh, mungkin namanya agak blacklist selepas tragedi 'penculikan' Kakuta, tetapi dari segi abiliti membentuk skuad muda Arnesen tetap adalah pilihan utama..Sewaktu menjadi Director di PSV, Arnesen merupakan orang yang berjaya mengesan bakat muda seperti Ronaldo, Jaap Stam, Ruud Van Nistelrooy dan Arjen Robben..Hanya dalam dua tahun, kini kita dapat melihat hasilnya di Chelsea..Arnesen perlu diingati sebagai watak penting dalam membentuk skuad yang kini berjaya memenangi FA Youth Cup..Muka2 baru seperti Bruma, Clifford, Jacopo Sala dan Mitrovic yang menjadi teraju kejuaraan adalah antara hasil intipan tajam Arnesen..Antara youngsters Chelsea, Stoch dikategorikan sebagai penemuan Arnesen paling berjaya selepas menjadi pemain akademi pertama memenangi kejuaraan utama selepas JT dengan merangkul kejuaraan Eredivisie minggu lepas bersama kelab pinjaman Twente..Bruma, Kakuta, Aanholt, Borini dan Matic juga adalah 5 player yang disebut oleh Carletto untuk dimasukkan ke dalam skuad utama musim depan..

Stoch - bakal superstar musim depan??

Selain perlantikan Arnesen, Roman juga melakukan satu lagi penambahan drastik pada Ogos 2008 iaitu pembinaan fasiliti Academy and Community Pavilion di tapak latihan Cobham, dengan kemudahan yang dikatakan bertaraf dunia dan hampir menyamai fasiliti skuad utama..Kemudahan di sini boleh dikatakan amat mengagumkan dan tak terkejut apabila pemain muda kita kini mampu berkembang pantas berbanding youngsters terdahulu..Fasiliti nie yang desediakan untuk pemain akademi berumur U9-U18 dilengkapi dengan 12 bilik persalinan, padang latihan, Nintendo dan Pool areas, etc..Mungkin lagi gempak fasiliti kat sini berbanding Bukit Jalil kot..

Acara pembukaan Academy di Cobham tahun 2008 :

Komen Arnesen mengenai akademi :

"The building is one of which we are very proud and clearly shows the ambition of Chelsea to develop our own young talent. But the development of young talent is not only about buildings, it is about the people involved - staff, players and parents"

"We are grateful this building is so near the first team facilities. It is a real inspiration to all the young players that one day they may make the progression. But it also has a role in the community work which plays a vital role in encouraging young people to participate at the grassroots level."


Antara fasiliti dan kemudahan gila gempak kat Cobham :


Fan Chelsea kini dapat melihat hasilnya walaupun hanya dua tahun berlalu..Roman walaupun agak gila dalam memecat manager, apa yang aku kagum adalah pandangan jauhnya dalam membina Chelsea..Seperti Dr. M dan Wawasan 2020, Roman dapat melihat kini kepentingan pemain muda terhadap masa depan The Blues.Sekiranya segalanya berjalan lancar, mungkin kita tak perlu lagi berbelanja besar untuk mencari pemain..Dengan gandingan Vision Roman, ketajaman Arnesen dan kekuatan Akademi Cobham, aku yakin skuad muda kita akan terus berkembang maju dan mampu menjadi kekuatan asas Chelsea di masa akan datang..KTBFFH!!


2 comments:

R.K said...

rajkovic pun main kat twente dengan stoch . hebat kan ! ^^

Raiden said...

tu la pasal, Rajkovic, Bruma, Hutchinson ngan Aanholt sebagai gandingan defender kita masa depan, excited?? :D