The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, May 15, 2010

0 Match Terakhir??


Adakah malam nie akan menjadi match terakhir Joey??

Yup, aku pasti sume dah tau malam nie adalah match terakhir untuk Chelsea dalam kempen 2009/2010..Sob sob, agak sedih dan kita perlu menunggu hampir 3 bulan pasnie untuk melihat Mighty Blues kembali beraksi..Tapi nie bukanlah point UTAMA aku dalam post nie, walaupun season nie dah berakhir, Chelsea akan kembali beraksi season depan, tetapi bagaimana dengan player??

Beberapa pemain dah disebut2 untuk menjadi mangsa rombakan Carletto summer nie untuk mengurangkan purata umur di dalam skuad yang rata-rata 30an ke atas..Selain faktor umur, masalah gaji juga menjadi persoalan dengan Chief Executive Chelsea Ron Gourlay sudah mengatakan kelab ingin menjadi lebih self-sufficient..Bermaksud kos operasi akan dikurangkan dan pemain yang kurang beraksi tetapi mempunyai gaji tinggi mungkin akan dilepaskan..

Antara nama yang berlegar di benak pemikiran Fan Chelsea dah tentu Joey..Winger berbakat nie dah terperangkap dengan rumours sejak Januari lagi dengan tertangguhnya kontrak baru bersama Chelsea dan dia akan 'bebas' selaku Free Agent selepas kontraknya tamat Jun nie..Mancee, Spurs dan Manure antara yang dah disebut2 sebagai tempat Joey beraksi selepas nie, dan Spurs dilihat sebagai favourite, pindah dekat je ke London dan diorang akan beraksi di CL musim depan..Adakah malam nie akan menjadi match terakhir Joey?? Harap Fan Joey bersedia dengan menikmati aksi dia sehabisnya malam nie..

Selain Joey, beberapa pemain seperti Ballack, Carvalho, Ferreira, Deco dan Belletti juga antara nama yang akan chow selepas match malam nie tamat..faktor umur adalah penyebab diorang nie tidak akan termasuk di dalam perancangan Carletto yang kini sudah mempunyai pemain muda berbakat seperti Bruma, Stoch, Hutchinson, Aanholt, Kakuta dan Sturridge yang siap sedia untuk diberikan peluang beraksi lebih kerap musim depan..Sekiranya nama2 dalam list perpindahan nie adalah betul, aku berharap kemenangan Double Chelsea malam nie akan menjadi hadiah perpisahan bermakna untuk diorang yang dah lama berkhidmat untuk Chelsea..

With or Without Chelsea Crest On Your Chest, All of You Still The Best!!



Antara muka yang mungkin tidak akan memakai jersi biru Chelsea lagi musim depan..
Thanks for Everything..


No comments: