The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.
Showing posts with label Juan Mata. Show all posts
Showing posts with label Juan Mata. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

0 Amaran Mata

0 Comments
Mata dan Silva, rakan karib di Los Che

Selepas membenam bekas kelab Valencia tanpa belas kasihan Rabu lalu, nampaknya Mata sudah bersedia pula untuk menumpaskan rakan sejawatnya di Los Che dahulu iaitu David Silva.

Juan Mata yang sempat bermain bersama David Silva selama 3 tahun di Valencia merupakan rakan karib serta pernah membentuk gabungan di sayap kiri dan kanan yang memang merbahaya ketika itu terutama sekali dengan adanya David Villa sebagai penyudah ketika itu. Selepas perpindahan Villa ke Barca, seorang demi seorang beralih haluan dengan Silva ke Manchester City dan seterusnya Mata ke Chelsea setahun kemudian.

"He's my friend. He's doing very well, playing for Man City and I will change my shirt with him.

"This season has been very, very good for him because he's showing his level but I'm just thinking of winning.

"Man City are having a great Premier League.

"There are so many weeks until the Premier League finishes. We will keep going every week to win and to be closest to the leader."




Namun itu kisah lama. Di kelab baru Mata kini adalah pemain utama The Blues yang memang menyerlah. Tujuh assist dan tiga gol setakat ini menunjukkan betapa pentingnya Mata kepada Chelsea musim ini. David Silva juga tidak kurang hebatnya. Dengan lapan assist dan empat gol, jelas rakan karib ini umpama sedang mencabar satu sama lain. Di laman web dan buah mulut fan juga kerap membandingkan siapakah yang lebih hebat; Mata ataupun Silva. Ini memang tak dapat dipisahkan. Berasal dari kelab yang sama, mempunyai ketinggian yang sama (5 ft 7 in), serta berkongsi flair, kepantasan serta gaya permainan yanbg hampir serupa menjadikan kedua pemain ini memang sukar ditentukan siapakah yang terbaik.

Hujung minggu ini akan menentukan segalanya. Chelsea menentang Manchester City. Buat pertama kali Mata akan bertemu Silva dalam jersi yang berlainan. Ini bukan lagi persoalan mengenai friendship, ia mengenai maruah. Siapakah yang lebih hebat?? Mata atau Silva?? Kita nantikan hujung minggu ini.


Saturday, October 22, 2011

0 Juan Mata – Little Zola

0 Comments
Little Zola??

Baru 3 bulan membuka karier bersama Chelsea, Juan Mata sudah merevolusikan corak permainan kita menjadi lebih menarik, pantas dan licik. Ada yang mengatakan Juan ibarat Little Zola yang kita cari selama ini. Boleh bermain di mana-mana posisi serangan serta bijak mencipta ruang dan gol adalah trait Zola yang sudah lama tidak kelihatan di Bridge.

Jangan membandingkan Mata dengan wing wizard kita dahulu seprti Robben mahupun Duff, kerana mereka adalah pemain sayap sejati. Mata?? Boleh diibaratkan sebagai pemain versatile dua dalam satu. Kita membelinya dari Valencia sebagai left winger, tetapi di atas padang, Mata mempermainkan peranan free role bermakna dia bebas berada di mana-mana bahagian padang. Di situlah kita boleh melihat bagaimana stamina dan determination Mata menyerupai Zola yang menjadi nadi serangan Chelsea suatu ketika dahulu.

Kita sememangnya bertuah memiliki Mata. Menurunkannya dia atas padang ibarat kita memiliki playmaker dan winger pada masa yang sama. Ini membangkitkan persoalan samada adakah kita masih memerlukan pemain seperti Modric? Mata menjadi perancang utama kita kini di bahagian serangan, malah secara berseorangan meperbudakkan barisan midfield Everton minggu lepas antara bukti kehebatan Little Zola ini. Keistimewaan Mata yang boleh bermain sebagai perancang tengah bermakna tiada kerisauaan dan tekanan untuk kita terus mengejar Luka Modric. Frank Lampard semakin serasi bermain di samping Mata, malah Josh dijangka akan menjadi world class player dalam tempoh 1-2 tahun lagi sekiranya diberi pendedahan secukupnya.

Mungkin ada benarnya result poll di kanan ini. Dengan adanya Mata, adakah kita memerlukan Modric?? Nope, Mata sorang dah cukup.

Saturday, August 27, 2011

0 New Chelsea no 10

0 Comments

Dengan kehadiran Mata, nampaknya kita sudah menjumpai seorang candidate yang berkemungkinan bakal menjadikan nombor ini sesuatu yang legendary..

Bermula dari Joe Cole, no 10 Chelsea seumpama badi buat pemain dengan beberapa siri injury menimpa si pemakai..Ini berlainan dengan nombor 25, 26, 11, 8 yang menjadi nombor pilihan pemain legendary Chelsea..Karier Joey yang mulanya hebat bertukar suram pada musim-musim terakhirnya bersama di Bridge apabila lebih kerap terlantar di wad kecederaan..Ini diikuti oleh Youssi Benayoun yang pada mulanya diharapkan mampu menggantikan tempat Joey sebagai playmaker handalan yang baru, namun tersilap perkiraan apabila dia hanya menggantikan kelibat Joey di wad sakit..

Kelmarin, no 10 milik Benayoun telah diserahkan kepada Juan Mata dengan harapan badi kecederaannya ditamatkan segera dan Youssi mengambil no 30 (Nampaknya tiada lagi istilah Ben 10 boleh diguna pakai)..Harapan kita kini adalah kepada Mata untuk menjadikan no 10 bukan lagi nombor malang buat pemain sebaliknya mengembalikan kegemilangan Mark Hughes dan Terry Venables selaku legendary number 10 The Blues yang ditakuti pihak lawan..All the best Juan Mata - Chelsea Number Ten!!


Saturday, August 20, 2011

0 M&M??

0 Comments

Berita kita mahu mendapatkan Modric bukan satu rahsia lagi, namun kini AVB dalam senyap cuba mengalihkan pandangan ke Sepanyol untuk mendapatkan wing wizard, Juan Mata..

Selepas kegagalan Sengal mendapatkan Mata, dilihat tiada lagi pencabar lain yang bersungguh mahu mendapatkan bekas pemain Madrid ini..Situasi ini dilihat ideal buat AVB yang mahu mendapatkan seorang winger di sayap kiri selepas pemergian Zhirkov dan selaku pencabar buat Malouda yang kian berumur..Masih berumur 23, jelas AVB mahu membentuk skuad yang muda di samping pembelian Romeue dan Lukaku sebagai pemain masa hadapan..

Modric dan Mata, gabungan M&M yang kini boleh dilihat sebagai kepingan puzzle terakhir untuk AVB membentuk skuad yang cukup mantap dan sempurna buat Chelsea..Bayangkan kebijaksanaan Modric, kepantasan Mata di kiri, kelincahan Sturridge/Lukaku di kanan, dan ketajaman Torres digabungkan bersama?? Defender mana tak goyang wei!!

Apa pandangan korang?? Adakah Mata dan Modric adalah pemain yang kita cari??