The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, September 28, 2011

0 Masihkah kau ingat??

0 Comments



0 Cech-Mate??

0 Comments

Insiden ngeri 2006 umpama berulang kembali buat Cech apabila dikeluarkan pertengahan minggu lepas menentang Fulham..Hentakan di kepala ala Hunt menyebabkan Big Pete diusung keluar namun dengan adanya headguard berjenama Adidas (bukan cap ayam), ianya tidak serius sekaligus menyelamatkan Cech buat kali kedua..

Namun selepas insiden sama hampir berulang, sudah tentu keselamatan adalah kebimbangan besar keeper legend kita ini apatah lagi keluarga pastinya bermain di fikiran..

"I had a concussion last week. When I came inside to the dressing-room I couldn't see properly and I didn't have the awareness of the space,"

"My head was shaken. I could feel it but when I stood up I was fine. At that point I was absolutely fine.

"But at half-time as soon as I sat down I couldn't stand up. I went to hospital and had a scan. With my history they were not taking any chances."

"When I played again after my first injury I said if I need to put my head somewhere I will do it. It's part of the game," he said.

"One day if I feel the fear of putting my head in the middle of some battle or scrum, then I stop. But so far I haven't felt that."

Adakah Cech akan bersara awal?? Ianya bergantung pada keadaan. Perubatan moden memang maju dan tak mustahil Big Pete boleh bertahan sekurangnya 10 tahun lagi. Diharapkan dia boleh bermain selama boleh bersama Chelsea namun nyawa bukan mainan. Jika Cech terpaksa berhenti bermain suatu hari nanti, sudah tentu dia akan kekal diangkat sebagai legend Chelsea. Kita juga tidak perlu risau, Cortouis yang dipinjamkan ke Atletico dilihat sebagai pengganti jangka masa panjang Big Pete suatu hari nanti. Dan budak muda ini bukan calang-calang keeper seperti Cech di masa muda. Patah tumbuh hilang berganti.  All the best buat Big Pete dan Cortouis!!

0 Persediaan ke Mestalla

0 Comments

Torres semakin tajam, midfield makin serasi, Chelsea semakin garang!! Kemenangan 4-1 ke atas Swansea walaupun bermain 10 orang sepanjang baki 45 minit second half membuktikan kekuatan The Blues di bawah revolusi AVB..Skuad Chelsea kini dilihat semakin yakin dengan para pemain sudah hampir menyesuaikan diri dengan falsafah yang diterapkan manager, yupp hasilnya memang memberangsangkan..Kini kita sudah bersedia untuk kunjungan ke Mestalla..

Mata sudah pasti akan menjadi tumpuan sebagai bekas pemain Valencia namun kita perlu memenangi match penting ini dengan kekuatan berpasukan..Torres walaupun malang dikenakan kad merah dan terlepas 3 match liga selepas ini, masih berpeluang meneruskan tempoh cemerlang 2 gol dalam 2 game menentang Valencia..Press masih kuat meletakkan beban di bahu Torres, justeru aku mengharapkan Nando kekalkan prestasinya untuk menutup mulut busuk pengkritik..

Di bahagian midfield, Mikel memberikan headache buat AVB memberikan kata putus siapakah yang layak melengkapkan bahagian tengah..Meireless dan Ramires dilihat sudah mendapat tempat tetap justeru hanya satu posisi untuk direbut samada Obi atau  Frank, sedangkan Josh dan Romeu masih dikategorikan sebagai backup..Persembahan bagus Obi menentang Swansea memberikan tekanan buat AVB namun Frank yang direhatkan dua match sudah tentu tidak akan berdiam diri jika terus dipinggirkan..Seandainya polisi rotation digunapakai bermakna Frank berkemungkinan diberikan starting 11..Walaupun sudah tua, aku masih percaya Lampard mampu memberikan sesuatu buat Chelsea dan diharapkan dia tak menghampakan apabila dipanggil.

Mata, salah satu pemain baru kegemaran peminat dilihat sedikit demi sedikit merevolusikan bahagian serangan kita dengan minda kreatif dan sentuhan magis..Hantaran bijak untuk gol pertama Torres tempohari adalah satu contoh terbaik kebijaksanaan Mata..Yupp, kita mengharapakan kombinasi yang sama akan berulang malam nanti..Kepulangan ke Mestalla sudah tentu beremosi namun pastinya Mata mahu membuktikan mengapa dia memilih  untuk bermain bersama kelab besar seperti Chelsea..

Seri match pertama, Valencia nampak goyah tatkala Chelsea berada di tangga teratas dengan 3 mata hasil kemenangan ke atas Leverkusen..Kita mampu melebarkan jurang dengan kemenangan malam ini untuk terus kekalkan penguasaan Group E..Harap MATA mampu memberikan inspirasi 3 MATA penuh buat The Blues di Mestalla..KTBFFH!!

Thursday, September 22, 2011

0 Turn-Bull-Leh!

0 Comments

From zero to hero, dari tunggul ke duta Red-Bull..Turnbull sememangnya hero yang menyelamatkan maruah Chelsea untuk terus kekal di Carling Cup..Bermain 10 orang separuh masa kedua+ extra time sudah cukup menyeksakan namun semangat dan kekuatan mental pemain  The Blues jangan dicabar..

Penentuan penalti memang kerap menjadi badi buat Chelsea namun di bawah AVB mentalitinya berlaianan..Malahan walaupun Frankie terlepas sepakan pertama, pemain kita yang lain dilihat begitu konfiden terutamanya JT yang begitu berani melupakan kes 'pijak kulit pisang' di Moscow untuk menyempurnakan sepakan melepasi Schwarzer..Chelsea akhirnya memenangi penentuan penalti 5-4..

Romueu, Josh, Bertrand memberikan persembahan yang wajar dipuji manakala Lukaku dan Sturridge sedikit tenggelam..Menggunakan Carling Cup sebagai medan latihan pemain muda nampak memberikan impak positif dan diharapkan kita mampu kekal lama sehingga ke final sekaligus memenangi piala pertama buat AVB..David Luiz juga semakin cergas dan dijangka akan bermain match liga pertamanya di bawah AVB hujung minggu nanti..Cuma apa yang merisaukan adalah keadaan Big Pete yang cedera semalam..Harap tidak serius seperti yang diperkatakan..Apapun ini adalah warmup terbaik untuk melupakan kelahan di OT sekaligus meneruskan fokus untuk game seterusnya..Next Match, Swansea!!

0 Chelsea Vs Fulham : Peluang buat pemain muda

0 Comments
Selepas 6 match tidak dipilih, kini masanya Josh beraksi!!

AVB sudah mengesahkan Bertrand, Josh, Romeue, Lukaku antara youngsters yang akan diturunkan sebagai kesebelasan utama menentang jiran sebelah rumah sempena Carling Cup pagi nanti..Ini merupakan peluang terbaik buat pemain muda kita menyerlahkan diri sekaligus merebut peluang memecah masuk first team..Josh bakal menjadi tumpuan, terutamanya apabila mentornya Lampard berada di prestasi terburuk dan kini adalah masanya untuk wonderkid ini menyerlah!! Selain youngsters, beberapa pemain senior juga bakal diberikan masa bermain terutamanya bagi yang baru pulih dari kecederaan, antaranya Didi yang masih terasa kesengalan di kepala selepas insiden ngeri menentang Norwich..David Luiz, hero menentang Leverkusen yang direhatkan di OT juga akan diturunkan untuk memantapkan bahagian pertahanan ditemani Alex..

Skuad jangkaan : 

Hilario
Ferreira-Luiz-Alex-Ash
Josh-Mikel-Romeue
Anelka-Lukaku-Malouda
Adakah AVB perlu menggunakan polisi seperti Sengal yang menggunakan Carling Cup sepenuhnya sebagai landasan membentuk pemain muda, atau menurunkan pemain senior semata-mata untuk memenangi trofi pertamanya sebagai manager Chelsea?? Aku mengharapkan keduanya. Pemain muda sememangnya harapan kita di masa hadapan tetapi jika boleh mendapatkan piala awal (walaupun sekadar Carling Cup), ia lebih berbaloi terutamanya ia akan mengurangkan pressure kepada AVB..Jose juga memenangi Mickey Mouse Cup ini sebagai piala sulungnya dalam musim pertama di Bridge seterusnya mendapat momentum dan keyakinan untuk memenangi EPL..Pemain muda mungkin akan digunakan pada peringkat awal kalah mati tetapi jika sudah ke peringkat semi mahupun final, aku tak kisah sekiranya pemain senior digunakan..Harap AVB sudah merangka pelan terbaik untuk menggabungkan pemain muda dan tua kita sebaik mungkin..Cmon Chelsea!! KTBFFH!!




Wednesday, September 21, 2011

0 Kalah bermaruah

0 Comments
Lupakan scoreline 3-1, bagi aku Chelsea bermain dengan hebat di OT..Ini antara sebab mengapa kita harus optimis walaupun tewas..

- Nando menjaringkan satu gol di sudut sukar, dan tidak bernasib baik terlepas 2-3 peluang terbaik untuk menambah derita De Gea..Mengingatkan kepada El Nino yang sebenar, kita bakal menantikan Torres dengan tranformasi terbaru di bawah AVB..
- Perbezaaan klinikal sahaja yang membezakan Chelsea dan MU, sedangkan kita mencipta sejumlah 21(8 On target) berbanding 14 (6 On Target) oleh MU..Yupp, secara jelas kita memberikan tentangan hebat terutamanya apabila dilihat kita bermain di kubu lawan..
- Oh ya,dan tak perlu aku ingatkan gol MU kebanyakannya offside..
- AVB memang ada aura Mou, mengeluarkan legend seperti Frank dan memasukkan Anelka adalah keputusan paling besar yang menunjukkan ketegasan manager baru kita ini berhadapan dengan pemain senior di sebalik umurnya yang muda..Lamps bermain teruk dan kemasukan Anelka memberikan perbezaan dalam hanya dua minit dengan assisst gol pertama buat Torres..
-Perlu diakui, kita masih dalam proses transisi, sedangkan MU telah mempunyai core player yang sudah mempunyai chemistry yang kuat..Kemasukan Mata sememangnya pembelian terbaik AVB, namun memerlukan masa  untuk satu skuad membentuk keserasian bersama-sama..Hanya menunggu detik dan ketika, sedikit demi sedikit AVB akan membentuk skuad yang mantap!! 

 Aim to the future

Keep positif, skuad ini mempunyai potensi dan aku yakin kita akan menebus kekalahan ini di Bridge.Dan ketika itu dah tentu AVB dan pemain The Blues sudah lebih bersedia..Keep the faith, KTBFFH!!




Thursday, September 1, 2011

0 Masalah belum selesai..

0 Comments
Bukan seperti yang diharapkan..

Selepas berhempas pulas sepanjang summer transfer untuk mendapatkan seorang playmaker, deadline day semalam (pagi tadi) berakhir dengan penuh kehampaan..Untuk sesiapa yang tidak tahu, Chelsea telah membeli Meireless dengan harga 12m buat 4 tahun kontrak manakala Benayoun bertukar arah ke Emirates..

Kegembiraan sedikit melihat skuad Chelsea bebas dari anasir yahudi namun sumber kreatif yang dicari nampaknya belum terjawab..Kemasukan Meireless hanya menambah kepada pemain Box to Box midfielder yang sudah berlambak di Chelsea (Lampard, Ramires, Essien), sedangkan Mikel dan Romeu adalah defensive midfield, kini hanya Josh sahaja boleh dianggap satu-satunya playmaker yang kita ada untuk musim baru..Dengan usia yang amat muda, aku tak merasakan AVB akan menaruh kepercayaan penuh kepada Josh sebagai pengganti Modric yang kita mahukan..Tiada minit bermain selepas 3 match EPL menjelaskan segalanya mengenai status Josh ketika ini..Kita memang jelas nampak lesu di bahagian midfield dan tanpa seorang playmaker bertaraf dunia, ia akan menjadi satu masalah besar..Mata seorang sahaja tak pasti boleh menyelamatkan kita musim ini..Harap AVB tak menyesal di kemudian hari..

Selain kemasukan Raul, 2 lagi pemain iaitu Kakuta dan Van aanholt telah dipinjamkan masing-masing ke Bolton dan Wigan..Diharapkan Owen Coyle mampu mentransformasikan Kakuta seumpama yang dilakukan terhadap Sturridge, manakala Van aanholt perlu menimba pengalaman lagi di halaman orang tatkala teammate Bertrand lebih bernasib baik dipercayai menjadi backup untuk Ash..

Apapun, dikira dengan pembelian awal Lukaku, Romeue dan Mata, proses pembelian kita kali ini masih dikira bagus dan smooth berbanding Januari lalu..Skuad juga nampak lebih kukuh dan kuat dari segi setiap department berbanding musim lepas apabila kita kekurangan backup..Hanya posisi playmaker masih bermasalah walaupun aku tak menyalahkan Board kerana telah berusaha bid Modric sehingga mencecah 40m tetapi tetap ditolak mentah..Usaha mendapatkan Alvaro Perreira juga tidak menjadi atas dasar tiada persetujuan antara dua kelab selepas perbincangan panjang..Dengar kata Porto nak kenakan Chelsea selepas mengambil AVB, hmm nampaknya masih berdendam lagi Dragons nie dekat The Blues..Butthurt?

Kesimpulannya, ini point positif dan negatif mengenai proses summer transfer kita kali ini :

Positif
-Mata, Lukaku pembelian terbaik; masih muda dan mempunyai kualiti yang akan perform untuk The Blues buat masa yang lama. Tak ambil masa lama selesaikan transfer. Good job AVB.
-Meireless dan Romueue menambah kekuatan dalaman pasukan, cover kehilangan Essien.
-Benayoun pergi Arsenal (loan)!! Chelsea bebas Zionis sekurangnya setahun. Harap wenger suka dan beli dia terus summer depan. Yuhuuu!!

Negatif :
-Tiada Modric, tiada playmaker. Masalah utama semenjak Carletto masih belum selesai. Harapan tipis untuk melihat AVB memberikan harapan penuh kepada Josh untuk step up ke first eleven walaupun kita tahu kualiti sebenar wonderkid ini. Mungkin kita perlu menunggu sehingga Januari depan untuk membida Modric semula.

Walaupun belum sempurna seperti diharapkan, harap skuad ini suduh cukup untuk membawa Chelsea kembali digeruni. Keep the faith. Cmon AVB, cmon Chelsea!! KTBFFH!!