The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, September 30, 2010

0 Bayern sambar Kakuta??

0 Comments
Weh, ko nak blah mane plak??

Yeah walaupun Kakuta baru sahaja memulakan debut Europe dia semalam, ia tak menghentikan spekulasi mengenai masa depan budak kecik nie..Laporan dari France Football mengatakan Bayern dikatakan berminat untuk mendapatkan Kakuta yang berumur 19 tahun secara pre - agreement pada Januari sebelum membelinya pada summer depan..Ketika ini Kakuta mempunyai kontrak berbaki selama setahun bersama Chelsea jadi ini membolehkan Kakuta membuat mana2 kontrak bersama kelab lain dalam masa 6 bulan sebelum kontraknya berakhir..

Adakah Kakuta akan dijual sepetimana Stoch?? Aku tak pasti kerana aksinya agak sederhana walaupun diberikan beberapa peluang bermula musim nie..Carletto agak yakin dengan Kakuta akan menjadi bintang masa depan dan aku berpihak dengan Carletto kerana dia jarang melakukan kesilapan..Harap dengan debut semalam akan merubah fikiran Kakuta untuk stay di SB..Apapun hanya spekulasi , kita nantikan Januari nanti..

Wednesday, September 29, 2010

2 MarSial tumbang, seterusnya Sengal!!

2 Comments

Match yang amat mudah buat Chelsea..2-0 keputusan CL di SB malam semalam dan kita kembali ke zon kemenangan!! Seperti lazimnya skuad ini sememangnya penuh pengalaman untuk bangkit dari kekalahan..Kita menguasai MarSial sepenuhnya sepanjang 90 minit seolah2 tiada apa yang berlaku minggu lepas di Eastland..

Dalam match nie Carletto melakukan beberapa pertukaran – Disebabkan Didi suspension, Anelka menjadi lone striker, Kakuta mendapat permulaan pertamanya di Eropah, Ramires direhatkan manakala Zhirkov berganding bersama Essien dan Mikel di tengah, Back four solid – tiada perubahan seperti di Eastland..

The Blues tidak menunggu lama untuk leading..Minit ke -7 JT menolak bola masuk hasil sepakan sudut Malouda untuk gol pertama Chelsea dan juga gol pertama Captain Marvel kita musim nie..Selepas beberapa minit Chelsea sekali lagi tersenyum lebar apabila kita mendapat penalty hasil handball pemain MarSial di dalam kotak..Pucuk dicita ulam mendatang, Anelka yang bermusuh dengan FFF sudah tentu lebih dari gembira dapat menjaringkan gol penalty dengan cool menentang kelab Perancis sekaligus memberikan keputusan selesa 2-0 kepada The Blues..

Masa masih banyak, adakah 6-0 lagi?? Aku mengharapkan begitu jugak tetapi ketiadaan Didi, Kalou dan Lampard menyebabkan kita agak tumpul di hadapan walaupun Malouda dan Anelka amat bijak merencana serangan – sayang tiada penyudah di Second Half..Baki masa agak hambar mungkin untuk mengelakkan injury dan hanya rembatan Essien terkena tiang menjadi highlight yang memungkinkan kita mendahului 3-0..Apapun kita menguasai sepenuh match dan sudah tentu petunjuk pemain kita sudah kembali confiden menjelang match menentang Sengal Ahad nie..Match tamat : Chelsea menang 2-0!!




Dengan dua kemenangan dalam 2 match, kita berkongsi Top Spot Group F bersama Spartak Moscow dengan 6 mata, hanya dibezakan dengan goal difference kita yang lebih superior..Nampaknya match menentang Spartak nanti agak penting untuk menentukan siapa pendahulu yang lebih layak..

Berbalik kepada Premier League, kemenangan ke atas MarSial dah tentu boost terbaik untuk menaikkan semangat pemain untuk meratah Sengal hujung minggu nie..Selepas tibai Meriam dua kali musim lepas, slurpee aku tak sabar nak tengok diorang kena ganyang sekali lagi season nie di Setapak Bridge..Kepulangan Didi sebagai Pemusnah Sengal amat dinanti dan aku yakin kanak2 meriam seperti biasa akan menjadi santapan lazat King Didi..Kill them and we are 7 point ahead!! KTBFFH!!


0 The Yossi Benayoun Song

0 Comments


Juz for fun :)



Tuesday, September 28, 2010

0 Welcome home Didier!!

0 Comments

Bukannya Didier Drogba - tetapi bekas plaer Chelsea - Didier Deschamps!! Kepulangan Deschamp ke SB akan dinanti selepas kali terakhir dia hadir pada 2003..Masih ingat Monaco?? Yeah aku masih ingat keperitan disingkirkan oleh Monaco di bawah kendalian Deschamp ketika itu..Aku amat respect pada DD tapi di atas padang, we are enemy!!

Situasi The Blues ketika ini tidaklah seburuk disangka walaupun kita mengalami kekalahan pertama musim nie minggu lepas di tangan Man Shitty..Walaupun tewas kita mengamalkan corak serangan yang bagus dan aku yakin hanya nasib tak menyebelahi kita di Eastland..Bertemu Marseille aku yakin adalah pengubat terbaik sebagai tonik kekecawaan hujung minggu lepas sekaligus menjadi persiapan terbaik – jangan dilupakan kita ada Big Match Ahad nie menentang kelab setaraf West Brom, Sengal FC..

Youssi, Kalou masih unavailable manakala Lampard juga seperti dikatakan sebelumnya, akan terlepas baki 2 minggu selepas nie..Frankie dilihat bakal terlepas minimum 3 match penting, Marseille, Sengal dan match kelayakan Euro 2012 menentang Montenegro..CL memang penting namun dari segi taktikal malam nie aku mengharapkan Carletto akan merehatkan beberapa pemain menjelang match Sengal..Tanpa Didi yang masih dalam suspension, Anelka akan menjadi lone striker dan seperti menentang Zilina, aku merasakan Carletto tidak akan melakukan perubahan yang ketara pada skuad..Tidak mustahil Carlo juga mungkin akan menggunakan khidmat Mceachran, Kakuta atau Aanholt jika perlu..

Skuad malam nie :

Cech
Ferreira-Ivanovic-JT-Ash
Essien-Mikel- Ramires
Sturridge-Anelka- Malouda

Prediction : Chelsea (3) – Marseille (1)

Walaupun bagi aku Marseille bukanlah Big Team seperti Milan mahupun Barca yang perlu dirisaukan, diorang ada kemampuan untuk mencipta kejutan..Ini antara ujian mentaliti para pemain untuk bangkit dari kekalahan dan aku yakin pemain senior kita penuh pengalaman untuk handle situasi seperti ini..Juz win the game,KTBFFH!!

"Gua tetap sokong Chelsea senyap2 malam nie!!"



1 Suri Ram Ram..Ramires!!

1 Comments
Iklan Colgate


Bertemu lagi dalam segmen wawancara, yeah kali nie TBA bersama seorang pemain yang baru menyertai Chelsea summer lepas, sapa lagi kalau tak bukan Suri Ram Ram Ram…Ramires!!

Ramires : Lu pehal memandai nyanyi nama gua nie?? Ejek ke wehh??

TBA : Owhh sori2 Ram gua teruja je dapat jumpe lu..rilek la bro (ciss emo giler dak nie)

Ramires : Pape la, gua sakit perut nie, baru makan Burger King London..Nak tanya tanya la cepat..ish..

TBA : Takpe nanti gua bagi Pil Cikitekaun..okeh2 gua dari Blog TBA nie nak temuramah perkembangan lu sepanjang hampir 2 bulan berada kat rumah baru Chelsea..Camne kehidupan di Cobham??

Ramires : Secara jujurnya gua tak reti lagi cakap English-Menglish nie jadi kebanyakan masa kat sini gua hanya sembang ngan pemain yang pandai cakap Portugal je (Brazil guna bahasa Portugal)..Nak buat camne MUET pon tak lepas..Jadi boleh kata gua tak dapat peluang lagi la nak ayat awek2 London..Kat bilik persalinan gua dapat tempat duduk bersebelahan dengan Danny dan Bruma..

TBA : Selama berada kat sini, player mana yang berjaya curi tumpuan lu??

Ramires : Keseluruhan team memang gempak, tapi gua lagi suka tengok pemain yang main di posisi gua, central midfield supaya gua boleh ambil iktibar dan pengajaran..Bak kata ustaz Hotfm, ‘Renung-renungkan dan selamat beramal’..Boleh dikatakan setakat nie memang gua kagum dengan Lampard, Mikel dan Essien..

TBA : (Camne lak dia tahu pasal Hotfm nie?? lantak la..) Err..Apa pandangan lu ketika match pertama di SB??

Ramires : Sememangnya fantastic dan memberikan roti basi..ehh, motivasi kepada gua untuk bermain di stadium ini dengan sokongan yang memang mabeles dari para penyokong The Blues..

TBA : Ada kenangan bilik persalinan yang lu ingat sewaktu separuh masa??

Ramires : Yeah, semasa di Cruzeiro, kelab sebelum gua berpindah ke Benfica..Gua baru join diorang dalam masa seminggu, dan keadaan ketika itu agak haru biru buat kelab..Assistant Manager buat meeting dan keadaan memang panas dengan herdikan!!

TBA : Apakah maksud ‘HOME’ buat lu??

Ramires : Katie Holmes?? Yeah die memang cunn gua suka kalau dapat berbinikan die mwahaha..

TBA : Bukan la bangang, kan dah kena..maksud gua Home – Rumah lu kat sini..

Ramires : Owh sori my bad, lain kali cakap biar terang..Home?? Yeah setiap kali gua dengar perkataan nie gua teringatkan Katie, ehh, maksud gua family dan kawan2 gua tak kira di mana gua berada..Tak kira ketika gua perform atau tidak, amat penting ada mereka di sisi..Lu tau tak bile kena ingat orang tersayang??

TBA : Ehh dia tanya aku lak..err taktau..masa kesusahan??

Ramires : Haha salah, masa pakai helmet la, pe la lu..

TBA : Cess dia kenakan aku lak, binawe..(pura2 senyum)..BTW, katne lu tinggal sekarang??

Ramires : Gua tinggal dekat apartmen kat London, dekat je dengan seorang lagi Brazilian, Alex..

TBA : Okehh selain bolasepak lu ada minat sukan lain tak, bola jaring ke, konda kondi ke..

Ramires : Gua minat tengok Tenis – sebab ada Sharapova dan Golf – sebab ada Michelle Wie..Gua pon tak paham sangat amende diorang main tapi dah ASTRO tayang tu, gua tengok je la..

TBA : Ada membe feymes selain footballer??

Ramires : Nope, janji gua feymes sudah..

TBA : Dah pusing2 London lom??

Ramires : Dah tentu la, hari pertama gua dapat cuti terus gua jalan2..Tapi tak dapat la naik Bus Keropok Dabel Deker, gua naik van je ikut drebar nak bawak gua..Dapat la merasa gua pergi Big Ben, London Eye dan Buckingham Palace..Adehh, gua sakit perut balik la, banyak lagi ke soalan??

TBA : Sabar2, sikit lagi je.. Tempat mana lu suke pergi nak lepas tensen??

Ramires : Adehh..emm..Gua takde la suke berjoli joli keluar nanti kena fitnah bahaya gua nanti..Lagipun gua dah ada family beb..Gua tak sanggup jadi kes macam JT sebab gua tengok banyak awek gebu2 cam Veronica Peroncell kat sini..Nak selamat gua lagi hepi duk rumah dengan family dan anak lelaki gua yang baru umur 5 bulan..

TBA : Giler la lu muda2 dah kawen macam orang Melayu dulu2 lak..Kaka pon tak silap gua kawin muda..Memang lu Brazilian suka kawin awal ke??

Ramires : Ntah la, gua tak pasti..Ronaldo Gemuk tu tak kawin pon, siap jadi Playboy lagi walaupun gua lagi hensem dari die..

TBA : Ala gua lagi hensem dari lu, tak kecoh ponn..

Ramires : Padia??

TBA : Err takde pape..okey la Ram, gua rasa setakat tu je wawancara kali nie..Ehh??

Ramires : (Hilang – pintu terbuka- terdengar bunyi orang berlari)

TBA : Alamak, dah melepas la tu.. Giler laju giler lari macam masa main bola gak..Err nampaknya setakat nie je wawancara kali nie bersama Ram..Jumpe lagi, ciau..

Artikel full - Link

Monday, September 27, 2010

0 Oh! Man! Shittty!!

0 Comments

Kisah lalu berulang kembali, watak yang sama, kesilapan yang sama..Yeah keputusan yang tidak diharapkan menimpa kita kembali tetapi melihat kepada aksi kita kelmarin, tak sukar menafikan kita agak longlai, kurang nafsu macam tak cukup Pil Kuda..Ahh aksi yang memang lemau dari Chelsea walaupun Man Shitty pon bagi aku main taklah sebagus mana cuma satu rembatan gol Celake Tebes je yang memisahkan nasib kedua2 pasukan..Shitty juz Lucky!!

The Blues walaupun tewas bagi aku keputusan seri adalah lebih adil..Kedua2 pasukan agak balance (mungkin terlampau berhati2) dari segi possesion dan penguasaan..Yeah kadangkala satu kesilapan suadah cukup memberikan perbezaan dan gol Tevez memang celake habes dan nie kali ke 3 berturut2 dia gol menentang team kita sampai aku rase nak sumpah je mamat muka macam Hulk nie..

Apa yang aku lihat dari segi taktik tidak banyak kesilapan dari Ancelotti yang agak kurang opsyen akibat kecederaan Frankie, Youssi dan Kalou..Namun kemungkinan gandingan Ramires-Essien-Mikel masih lagi baru dan kurang keserasian terutamanya buat pemain baru kita, Ramires..Yeah, Ram agak kelam kabut bermain di kawasan tengah dan disebabkan ketiga2 pemain tengah kita adalah jenis combative midfielder, maka kurang kreativiti di situ akibat ketiadaan Lampard..Ramires kurang imaginasi untuk memberikan ruang untuk pemain lain melakukan serangan dan sejujurnya aku kini lebih tertarik dengan aksi McEachran bermain sebagai attacking midfield..Walaupun berumur baru 17, aku yakin aksi dia ketika menentang Newcastle membuktikan dia ada potensi menjadi playmaker yang bagus, dan aku berharap Carletto akan kerap menurunkan dia pasnie terutamanya dengan tiada sumber kreativiti seperti Lampard mahupun Benayoun ketika ini..

Yeah kita mungkin tewas dan melepaskan point pertama kita musim nie tetapi masih tidak perlu untuk gelabah..Musim masih panjang dan Manure Setan pon seri semalam membolehkan kita masih kekal 3 mata di atas justeru aku yakin nasib masih menyebelahi kita..Masih ingat musim lepas?? Kita tewas dua kali kepada Shitty namun tetap menjadi Juara BPL, haha jadi no hal la..Cuma aku harapkan kita akan cepat bounce back dari kekalahan..No point untuk terus bersedih, life must go on dan aku mahukan kita menang 2 match seterusnya - Marseille dan Sengal untuk menjadi penebus kekecewaan dan seterusnya mengembalikan moral pemain..Keep the blues flag flying high!!




Saturday, September 25, 2010

0 Hancurkan Mancis!!

0 Comments

Okeh2 yang lepas tu sudah kita lupakan..Kekalahan last minit kepada Zebra memang agak memakan hati tetapi aku harap tak menggangu mentaliti para pemain yang sudah pasti akan segera meletakkan fokus utama kepada match di Eastland malam ini..Berita yang baik adalah kebanyakan pemain utama kita nampaknya sudah sedia kembali ke dalam skuad..JT yang mendapat 45 minit aksi Rabu lalu sudah pasti akan diturunkan..Didi, Ash, Cech, Ivanovic, Malouda, Essien dan Mikel yang direhatkan ketika Darling Cup sudah pasti lebih dari bersedia untuk menumbangkan Mancis malam ini..Namun malang Lampard yang sedang berusaha pulih selepas pembedahan Hernia dia 2 minggu lepas nampaknya masih lagi perlukan masa untuk kembali bermain..Dilaporkan kita bakal kehilangan Frankie kemungkinan untuk 3 match berikutnya..Justeru aku berharap gabungan Ramires-Mikel-Essien akan terus mantap sepanjang ketiadaan Lamps..

'There is no news, he is not 100 percent so we don't want to take a risk, we need to have him 100 percent so we need to have more time to be fit,' Ancelotti said as he referred to the England midfielder.


Mancis sememangnya berbelanja besar summer lepas tetapi aku melihat diorang sebagai gabungan individu, bukannya sebuah team yang cukup padu untuk mencabar big team di England..Hanya kelibat Tevez yang agak merbahaya kerana secara berseorangan dia mampu mengubah sesuatu keputusan..Namun sekiranya The Blues bermain sebagai satu team seperti sebelumnya, aku yakin Tevez seorang sahaja tak mampu mengatasi kita..

Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Ramires-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result prediction : Mancis (1) – Chelsea (2)

Match LIVE Sabtu 25 Sept 7.30 malam

Aku melihat Essien sebagai faktor utama dalam match nie..Sekiranya dia dapat beraksi di tahap terbaik, aku pasti midfield Mancis mudah digenggam sepenuhnya oleh The Bison sekaligus mematikan sebarang usaha diorang untuk memegang possession..Essien amat penting sebagai tembok pertahanan kita manakala Malouda bagi aku akan menjadi pemecah benteng Mancis yang boleh dikatakan walaupun tak begitu mantap, Joe Hart masih antara keeper terbaik EPL..Aku masih ingat bagaimana Hart menafikan 2 mata kita ketika menantang Brimingham musim lepas.. Dengan 24 gol dalam 7 match, aku yakin barisan serangan kita belum lupa cara menjaringkan gol..Harap gabungan Didi-Malouda-Anelka dapat menghancurkan pertahanan Mancis dan Hart sekaligus!! Jika musim lepas kita tewas 2 kali di tangan Mancis, musim nie aku mahukan revenge!! Cmon Blues!!

Thursday, September 23, 2010

0 Malam Tegang Urat

0 Comments
Celaka punyer Kuda Belang

Player banyak tegang urat sampai otot kejang, Fan pulak tegang urat kepala tengok kekalahan Singa Biru di tangan Kuda Belang semalam..Nak tak nak kita kena terima hakikat skuad muda kita semalam dah out dari Darling Cup..Tak terlampau kecewa kerana hanya cup murahan tetapi cara defend kita bertahan semalam memang amat mengharu birukan malam aku semalam sampai taktau nak kata apa..Boleh kata Kuda Belang serang sekali, kita bolos sekali..Yup, keeper Tunggul memang efficient dalam memboloskan gol..

Carletto menurunkan hampir 50% pemain muda dalam skuad pagi tadi yang melihat Kakuta, Bruma, Van Aanholt dan Sturridge mendapat permulaan kesebelasan utama manakala pemain muda lain seperti McEachran di bangku simpanan..Turut diturunkan adalah beberapa pemain senior yang jarang diturunkan antaranya Zhirkov, Ferreira, Ramires, Benayoun..JT dan Anelka yang direhatkan sewaktu match menentang Blackpool juga diturunkan untuk mendapat match fitness menjelang match di Eastland hujung minggu nie..Tunggul diberikan peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu dan menjadi penjaga gawang menggantikan Cech..

Chelsea mendapat gol awal yang tak disangka2 apabila Van Aanholt yang mendapat umpanan Kakuta dari sayap kiri merembat bola masuk untuk gol pertama The Blues seawal minit ke - 6..Namun pada minit ke 27 Kuda Belang menterbalikkan situasi dengan dua gol pantas dalam 5 minit sekaligus menyebabkan Chelsea agak terkejut dan kaget dengan situasi yang tak disangka..Second Half, Terry yang masih lagi tidak 100% fit digantikan dengan Alex manakala Kalou menggantikan Kakuta..Chelsea cuba bangkit dengan melakukan beberapa cubaan awal namun Ameobi mengejutkan sekali lagi dengan rembatan luar kotak melepasi Tunggul - ya, seperti namanya - tidak mampu menepis bola untuk gol ketiga Kuda Belang..Situasi makin pincang, urat kaki player semakin tegang, keadaan makin malang..Kalou yang dimasukkan menggantikan Kakuta yang tercedera pulak injured (mungkin hamstring) dan diusung keluar membolehkan Mc Eachran dimasukkan..Dalam masa beberapa minit Benayoun juga menghidap penyakit dan wabak yang sama dan terpaksa dikeluarkan akibat kekejangan otot kaki..Dengan 3 subs sudah digunakan, Chelsea perlu bermain dengan 10 pemain dalam baki 30 minit terakhir..

Semangat Singa Biru tidak pernah luntur, dengan kemunculan Mc Eachran yang fresh dan secara cool nya mendominasi midfield, youngsters 17 tahun nie memberikan impak hebat di bahagian tengah yang sebelum ini agak lesu..Teknikal abiliti budak nie agak mengagumkan aku walaupun dia berbdan kecil..Dengan mudah dia merangka serangan2 Chelsea yang nampak lebih rancak menyerang kubu Kuda Belang..Di minit 70 Van aanholt sekali lagi menjadi punca dengan melakukan hantaran cantik dari sayap kiri yang mudah mencari Anelka untuk melakukan remabatan padu ke sudut gawang Kuda Belang..2-3 Chelsea!! Dengan keadaan semakin rancak, Singa Biru menggandakan asakan dan hasilnya Alex dikasarkan dalam kotak dan The Blues mendapat sepakan penalti diidamkan di minit 83..Anelka yang cool bertambah cool dengan finishing mudah ke sudut kiri gawang manakala Krul hanya mampu memandang..3-3 dan Great comeback!!

Namun kalau dah namanya Tunggul tu Tunggul gak la..Aku taktau kenapa dia makin lama semakin teruk sebab bagi aku performance dia musim lepas not bad..Kuda belang mendapat corner kick tatkala perlawanan masuk minit 90..Dengan hanya satu tandukan, Tunggul rebah sekali lagi dan bocor buat kali keempat..Kemana dia tepis aku pon tak pasti seolah2 dia takde kat depan gawang..Stadium gegak gempita dengan sorakan sekawanan kuda belang lain dalam stadium..Aku dah agak dah, no turning back, defensive memang hncur..4-3..Offically, we out!!




Nak kata aku hampa giler babeng tak jugak, Chelsea menurunkan ramai pemain muda malam semalam..Yup, mungkin Newcastle juga sama tak beraksi dengan skuda utama tetapi perlu diingat kita bermain 10 vs 11 dalam 30 minit terakhir namun masih mampu mengejar dari 1-3 ke 3-3 sama jadi ia adalah sesuat yang agak membanggakan..Jika kembali ke objektif asal kita compete dalam Darling Cup adalah untuk memberikan experience dan peluang bakat2 muda menonjolkan skill diorang, aku rasa kita dah berjaya mencapai matlamat asal..Walaupun kalah kita dapat melihat beberapa aksi fantastik dari pemain2 muda yang diturunkan..Nie komen aku pasal diorang :

bruma - Fantastik?? Tak jugak..Tapi masih boleh dikategorikan bagus walaupun bolos empat bukanlah kesalahan dia tetapi akibat kebangangan Tunggul..Bruma melakukan beberapa tackle crucial ketika pihak lawan counter dan ia adalah petunjuk yang hebat..

Kakuta - Next Wonderkid?? HAhaha...Aku tak pasti mengapa media selalu mengembar gemburkan budak muda nie..Yup, mungkin dia agak menonjol di French U -19 tetapi ketika menyarung jersi Chelsea - he is nothing special..Sejak aku melihat aksi die musim lepas, tiada peningkatan drastik dilakukan dan malam semalam dia agak gelabah jika dilihat secara keseluruhan match walaupun memberikan assist gol pertama..Yeah, bagi aku dia hanya popular kerana kes saman musim lepas..

adik Malouda??

Van Aanholt - Tidak sepopular Kakuta tetapi bagi aku antara best promising Left Back yang kita ada kini..Dengan wajah dan rambut seiras Malouda, aku yakin dia bakal mengikuti jejak langah Flying Frenchman malah dia boleh dikatakan pemain terbaik di atas padang semalam mengatasi pemain senior lain yang bermain hambar seperti Ferreira..Dengan 1 gol dan 1 asssist semalam, its fantastic!!

Sturridge - Not usual Danny yang aku kenal semalam kerana dia agak senyap tetapi aksi die dalam match2 lepas masih mengekalkan tanggapan aku he is one BIG THING..

Mc Eachran - Yup susah disebut dan dieja namanya tetapi agak menyenangkan hati melihat cara dia bermain seolah2 dah bertahun2 menyarung jersi The Blues..Dengan mudah dia mendominasi bahagian tengah semalam dengan kawalan yang kemas dan seriously dia ada ciri2 playmaker sejati..Melihat cara dia bermain aku dapat melihat dia mampu menjadi pengganti Lampard sekiranya dia diberikan pendedahan berterusan..Seperti gabungan Iniesta, Joey dan Frankie dia mengemudi bahagian midfield membuatkan aku rasa amat teruja semalam..Hopefully, aku rasa walaupun baru 17 dia ada ramuan yang cukup untuk ditempatkan dalam skuad utama...Mungkin dia mampu mengatasi Wilshere dalam masa terdekat yang juga English dan bersaing di posisi yang sama di Sengal..Thumbs up!!

Walaupun kalah, kita harus berbangga dengan aksi semalam terutamanya dari segi mentaliti pemain yang mampu mengejar dengan 10 pemain..Namun agak sedih kerana Kakuta, Kalou dan Benayoun dikatakan akan berehat dalam masa beberapa minggu akibat kecederaan semalam..Harap2 tidak seteruk disangka dan pemain lain mampu menggalas harapan yang ditinggalkan..Lupakan Darling Cup, fokus kini kepada Mancee..Hanya tinggal 3 hari, aku harap Lampard cepat sembuh dan JT akan fit 100% di Eastland nanti..Win or loose, KTBFFH!!







Wednesday, September 22, 2010

0 Membirukan Istana Baru pulak

0 Comments
Setakat Darling Cup, aku rasa Carlo tak perlu memenaingkan kepala untuk meletakkan barisan terkuat Chelsea kerana ini adalah piala kelas bawahan yang setaraf dengan bekas juaranya musim lepas Manure United..Dengan MAncee menanti di Eastland hujung minggu nie aku tak nampak ada sebab mengapa Carlo perlu merisikokan barisan pemain utama yang mungkin injured..

Barisan pemain skuad kedua kita agak bagus jadi aku menjangkakan Carlo akan bereksperimentasi dengan pemain yang jarang diturunkan..Seperti satu peluang sekali seumur hidup, aku berharap pemain muda seperti Kakuta, Sturridge, McEachran akan memanfaatkan peluang yang bakal diberi sekaligus memikat Carlo untuk sebarang peluang bermain di skuad utama..

Aku malas ulas panjang, aku berharap barisan skuad ini akan diturunkan :

Hilario
Ferreira-Bruma-Ivanovic-Zhirkov
Ramires-Mikel-Benayoun
Sturridge-Anelka-Kakuta

MAtch LIVE Khamis 23 Sept 2.30 pg

KTBFFH!!


Tuesday, September 21, 2010

0 No Lampard, NoJT, No Problemo!!

0 Comments
Kacang jer!!

Dalam masa 8 tahun aku menyokong Chelsea, nie boleh dikatakan skuad yang paling mantopp serba serbi..Buat pertama kalinya tanpa ketiadaan 2 Mr chelsea, Super Frankie dan Captain Marvel JT, Chelsea mampu bermain dengan amat amat bagus dan barisan pemain yang menggantikan tempat kedua2 legend nie sememangnya menjalankan tugas yang mengagumkan..Sekaligus membuktikan barisan kedua kita juga amat kuat dan kita mempunyai depth yang lebih dari cukup untuk mengharungi sepanjang musim nie..

Aku dah kata setakat tasik hitam, takyah la nak risau..Dalam 2 minit je, Chelsea dah leading dan kedudukan menjadi 4-0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Malouda (2), Didi dan Kalou..Jika bukan sebab The Blues agak kurang efficient dalam masa second half, aku yakin kedudukan mampu menjadi 7 atau 8-0..Namun beberapa serangan dari Blackpool agak merbahaya dan walaupun sedikit mendedahkan kelonggaran bahagian pertahanan, ia tetap pengajaran yang bagus untuk Carlo dan pemain bermain dengan lebih kemas dan berhati2 berdepan pasukan yang mempunyai semangant juang tinggi seperti Blackpool..

Pemain yang aku puji habess sudah tentu Malouda dan Didi..Walaupun tanpa Lampard dan JT, kedua2 pemain nie menunjukkan leadership yang tinggi di atas padang..Melihat kepada peningkatan Malouda, aku boleh dikatakan cukup bangga dengan aksinya berbanding 2 musim lepas yang hampir menyebabkan kita mahu menjualnya..Didi, yup, dia masih superstar kita tetapi yang aku pelik semakin tua Didi semakin bagus aksinya..Yup aku agak benci jugak melihat kelibat Didi dalam 2-3 musim lalu walaupun dia kerap menjaringkan gol, dia suka berlakon dive seperti Ronaldog dan itu antara satu sebab mengapa segelintir peminat membenci The King..Kini, kita dapat melihat satu perubahan drastik Didi kerana dia kerap bangun walaupun ditackle pihak lawan malah sikap Bad Boys Didi seperti selepas semi final menentang BArca sudah tidak kelihatan..Mungkin usia 33 tahun semakin mematangkan Drogba untuk beraksi sebagai pemain yang lebih dihormati dan kita dapat melihat hasilnya kini..Drogba,you rockss!!



Walaupun kini kita mencatat 5 kemenangan dari 5 match, aku masih tidak berpuas hati selagi Chelsea tidak menang ke atas Big Team..Yup, kita mampu mendabik dada dengan berada di puncak kini tetapi melihat kepada lawan kita sebelum ini; West Brom, West Ham, Wigan, Balackpool, Stoke City; kesemuanya kelab target relegation atau kelab yang baru naik BPL..Match BPL selepas nie, Manchester City adalah Ujian Pertama buat The Blues samada kita benar2 mampu menjadi juara sekali lagi musim nie..Tumpaskan ManCee, ia akan memberikan mesej yang benar2 jelas kepada rival, Chelsea means business!! Buat sementara nie, fokus beralih ke Carling CUp menentang Istana Baru Khamis nie..Aku harap beberapa pemain utama akan direhatkan menjelang match di Eastland nanti..Lagipun boleh gak tengok aksi pemain muda cam Sturridge dan Kakuta beraksi dan aku harap kita mara ke next round..KTBFFH!!



Sunday, September 19, 2010

1 Membirukan Tasik Hitam

1 Comments

Setakat Tasik Hitam dan budak baru nak naik, aku rasa takde hal la..Nak ulas panjang2 pon bukannya Big Match kita nak risau macam nak rak..Lagipun main kat Setapak Bridge, konfem aku rasa Tasik Hitam jadi Biru pasnie kena basuh cukup2 dek dak2 The Blues..

Bro lampard nampaknya makin positif dan selepas direhatkan 2 match sebelum nie, Carlo mengatakan Lampard bakal diturunkan hujung minggu nie..

‘Lampard trained in Cobham, I think he will be able to play on Sunday,' Carlo said

Tapi jika berisiko aku rasa Frankie perlu direhatkan apatah lagi umur dia dah 33 beb, dapat main sekejap subs pon dah memadai bagi protection dan safe recovery skett..Lagipun Youssi main cambest lawan Zina haritu aku rasa takde Lampard pon no hal..


Didi, Ash, yang direhatkan haritu bakal kembali dan sudah tentu lebih dari bersedia untuk membenam Tasik Hitam cukup2 tersembam ke Bumi..Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic-Alex-Terry-Ash
Lampard-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result : Chelsea (3) - Tasik Hitam (0)

Sun 19th September 2010 10.00 malam Channel 817 LIVE




Kerana kita bermain agak lewat, mungkin ketika nie Sengal sudah di atas tapi apadahal season2 lepas camtue gak cerita die, diorang hanya juara sehari atau tak sampai 24 jam..Diorang hanya mampu mengejar tapi we will always ahead!!


Saturday, September 18, 2010

0 Highlight lawan Penukul

0 Comments
Sorry kerana haritu aku agak busy jadi tak sempat nak cover kisah kemenangan 3-1 kita ke atas Penukul minggu lepas..So bagi sesape tak sempat nak usha, nie highlight die :


Friday, September 17, 2010

0 Nik kena Gari

0 Comments

Apehal Niko masuk kem segari lak nie?? Ke die minat karakter Gary dalam Encik Span Bob tu..Haha bukan2 gaya Nic Anelka menjaringkan gol pertana dia semalam agak kontroversi namun sekali imbas aku dah boleh agak masa tengok match - khas ditujukan kepada French Football Federation (FFF)..

"It was just something for the French Federation about what happened at the World Cup," said Anelka of his celebration. "What happened in summer is in the past, now I'm 100% focused for Chelsea."

Cerita Anelka dikenakan hukuman oleh FFF dah lama berlalu akibat protes sewaktu WC 2010 dulu namun bahangnya masih ada..Yeah, aku agak setuju dengan Niko yang menganggap hukuman diberikan adalah KELAKAR habess kerana dia dah umum bersara dari International selepas WC tamat namun tetap diberikan hukuman gantung dari bermain match antarabangsa..WTF is that?? Seolah -olah korang sebagai majikan nak pecat pekerja yang dah berenti, seriously kelakar nak mati..Dah obvious France memang hawau dalam Piala Dunia dan untuk membersihkan nama badan bolasepak maka bebrapa pemain dijadikan kambing hitam...Memang nama pon FFF so memang F word la tok korang..

Kalau nak diikutkan gaya kem segari nie bukannya benda baru malah Mou Special One jugak pernah buat tahun lepas sebagai protes kepada badan bolasepak Itali yang tak habis2 cuba memangkah dia sepanjang musim..Mungkin Anelka tak sempat bermain di bawah telunjuk Mou tetapi warisan itu tetap ada..Buat Niko sememangnya keputusan dia bersara adalah tepat apatah lagi untuk terlibat dengan badan korupsi yang tidak mengenang budi..Yeah mungkin Les Blues bukanlah rumah yang sesuai untuk Anelka tetapi THE BLUES will always be there for you..Chelsea is your true family!!


Thursday, September 16, 2010

0 Perfect Start di Eropah

0 Comments

Yup, mungkin masih terlalu awal untuk mengagak nasib Chelsea dalam CL musim nie tetapi berdasarkan performance kita malam semalam, its pretty damn we are on right track!! Dengan merehatkan beberapa pemain utama antaranya Didi, Frankie, dan Ash - kita masih boleh beraksi bagus dan jika tidak kerana kemalasan skuad The Blues di Second Half, dah tentu MSK Kuat Berzina dah dibelasah dengan margin yang lebih besar..

4-1 - cukup memuaskan bukan?? Dengan 21 gol dalam 5 game setakat nie, we are unstoppable samada di England mahupun Europe..Carlo walaupun menggunakan bebrapa pemain muda dan simpanan semalam kita masih mampu menunjukkan aksi seperti biasa Chelsea - lagak Sang Juara..Aksi Benayoun amat memuaskan, mendominasi tengah midfield..Sturridge pulak, tak perlu aku cakap lagi, youngsters nie makin lama makin umphh dan dengan first gol di Europe, aku yakin banyak lagi akan kita lihat dari Danny..Zhirkov walaupun tak bermain 3 game sebelum nie, dia tak pernah menurun prestasi dan malam semalam dia kekal mantopp di posisi Left Back menggantikan Ash yang direhatkan..Harap dia akan mendapat banyak peluang pasnie..Selain 3 pertukaran nie, 3 pemain muda turut diberi peluang dalam match semalam sebagai subs sekadar untuk memberi pendedahan awal ke Eropah..MacEachran, Kakuta dan Van Aanholt diberikan peluang lewat match dan walaupun tak sehebat aksi Sturridge, aksi diorang agak so-so dan aku harap lebih peningkatan lagi dibuat jika nak lihat diorang kekal lama dalam pandangan Don Carlo..Terutamanya Kakuta, yup mungkin dia dilabel Best Promising wonderkid tapi berdasarkan aksi semasa, nothing special aku tengok..Harap2 dia boleh tunjukkan belang sebenarnya tak lama lagi..

Okeh mengenai match semalam, hanya 3-4 pertuakaran dilakukan Carlo dengan bertujuan untuk merehatkan beberapa pemain utama yang dah beraksi secara berterusan 3 match sebelum nie dan mempersiapkan diri untuk berdepan Blackpool hujung minggu nie..Kerek?? Yup agak angkuh Don Carlo kerana memandang rendah MSK Zina dengan menurunkan barisan kedua tetapi memang berbaloi dan menunjukkan kita mempunyai depth yang memang bagus..Antara yang direhatkan Ferreira, Ash, Frankie (injured), dan Didi memberikan laluan untuk Ivanovic, Zhirkov, Benayoun dan Sturridge beraksi selaku starter semalam..

First Half - Brilliant!! Hanya seawal minit ke 13 Chelsea sudah mendahului walaupun beraksi di stadium lawan yang memang bingit dengan sorakan untuk Team Kuat Zina..Essien makin lama makin dahsyatt dan ini gol ketiga dia dalam 2 match..Cross dari Anelka dikuis oleh Malouda dan berjaya mencari The Bison yang mudah merembat masuk dari celah2 ketiak keeper Zina yang tak terdaya menahan torpedo Essien..di minit 23, Chelsea menggandakan result apabila lob pass Malouda berjaya mencari Anelka, hasilnya?? Rembatan mudah ke penjuru dan Gol Kedua buat Chelsea!! Hanya 4 minit, Anelka sekali lagi menemui sasaran dan kali nie tandukan Terry terkena palang dan dengan keeper lawan sudah tewas, Anelka hanya perlu menolak masuk dan gol ketiga buat The Blues!! 3-0 di first half, segalanya tampak mudah buat Chelsea..

Second Half, kita tidak menunggu lama dan dalam 3 minit kali nie Sturridge mendapat bonus gol pertamanya di Europe..Hantaran through pass dari Benayoun memang cun dan lagi cun melecun bile Danny memperdayakan keeper Zina dan menolak bola masuk dengan penuh bergaya nak rak..Baki minit seterusnya agak bosan kerana Chelsea agak malas2 bermain sehingga bolos gol bodoh nak mati apabila cross dari pihak lawan terkena kepala Ivanovic dan masuk ke gawang sendiri..3 youngtsers kemudian diberi peluang masuk- Mc eachran, Van aanholt dan Kakuta dimasukkan dan dengan hampir berpuas hati, The Blues maintain dan pulang ke London dengan 3 mata dalam tangan..



Masih awal aku nak kata pasal prospek CL kita musim nie sebab walaupun kita nampak agak kuat serba serbi berbanding musim lepas, jangan dilupakan team lain juga semakin meningkat dan akan menjadi penghalang utama kita musim nie untuk merangkul Piala Eropah yang pertama..Antara yang merbahaya bagi aku AC Milan, Barca dan Madrid..Jika kita mampu menewaskan salah satu big team nie, aku yakin kita ada kekuatan cukup untuk memadamkan badi selama nie di Eropah..Papepon masih banyak masa, buat masa nie, fokus untuk Blackpool hujung minggu nie, KTBFFH!!


Saturday, September 11, 2010

0 Preview : Kill for Grant-ed!!

0 Comments

Yup2, okay mamat nie la yang berjaya bawak Chelsea masuk Final CL buat pertama kali dulu..Dia gak la yang selamatkan Chelsea dari kejatuhan selepas pemergian mengejut Jose Mourinho dulu malah kekalkan The Blues sebagai Big 4 di England..tapi tue sume citer lama dan banyak kisah dah berlalu malah aku agak melupakan Grant yang bagi aku tetap merupakan salah seorang trophyless manager di Bridge..Apa yang masih aku berterima kasih kat Grant adalah pembelian terbaik dia, Anelka dan Ivanovic yang kini menjadi tonggak utama kelab..Walaupun tempoh dia agak singkat, sekurang2nya pembelian dia nie amat berbaloi..

Cukup pasal mamat Israel nie, walaupun ad gak jasa dia ngan Chelsea, kita mungkin hanya mampu menambah misery kat mamat nie..Selepas mengalahkan Posemut musim lepas dalam FA CUP FINAL, kali nie Chelsea mungkin mampu membunuh karier Grant di West Ham..Selepas permulaan musim yang mengecewakantermasuk kalah barai ngan Setan Merah 2 minggu lepas, pihak kelab Penukul nampaknya dah panas hati dan mungkin memecat Grant jika tewas di tangan Chelsea..

Apa boleh dilakukan?? We are The Blues!! Chelsea hanya ada satu tujuan - kill whoever on the front!! Grant kena pecat ke tak, tu bukan masalah kita malah aku lagi concern masa Zola kena pecat musim lepas..Chelsea akan teruskan rekod 100% dan hancurkan West Hampeh secukupnya..Kill for Grant-ed!!

Preview skuad malam nie, Lampard dijangka akan diturunkan selepas Hernia Surgery minggu lepas dan dia dah mula training minggu nie..Terry juga hampir pasti akan beraksi di bahagian bek tengah bersama2 Alex walaupun terlepas Qualification Euro selepas sembuh dari Hamstring..Sekiranya tiada aral melintang, ini adalah barisan skuad yang akan menjahanamkan West Ham malam nie :

Cech
Ferreira-JT-Alex-Ash
Mikel
Essien-Lamps
Anelka-Didi-Malouda

Result akhir : West Ham (0) - Chelsea (2)

Match LIVE 10.00 mlm Ch. 812 Sat 11th September 2010



Friday, September 10, 2010

1 RAya, Raya, Raya..Maaf Zahir Batin!!

1 Comments



Buat semua pengunjung blog The Blues Army yang setia dan beragama Islam

Harap maafkan segala salah silap aku sepanjang TBA beroperasi

Tanpa korang takdelah blog nie

Harap teruskan sokongan korang sampai bila -bila

Setelah berhempas pulas sebulan berpuasa,

Yang Muda, Yang Tua,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!!





Thursday, September 9, 2010

0 Zhirkov the new Wayne

0 Comments
Rambut aku macam Wayne Bridge tak??

Agak simpati tapi begitulah kadangkala dunia bolasepak, terutamanya dalam kelab sebesar Chelsea..Yuri Zhirkov masih tidak bermain dalam 3 match terawal Chelsea dan ini semua gara2 Ashley Cole yang begitu hebat bermain sebagai Left back The Blues..

Ronaldinho Russia nampaknya tidak berpeluang untuk memecahkan benteng first team dan bukannya apa, aku merasakan agak sayang bakat sehebat Yuri hanya mampu memanaskan bangku simpanan..Carletto tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana dia hanya memilih pemain terbaik dalam pasukan..Perlukah Zhirkov di berikan posisi dan peranan lain?? Tidak, keadaannya tetap sama..Letakkannnya di posisi sayap kiri seperti di Moscow?? Kita sudah mempunyai Malouda, malah Kalou juga masih ada di hadapan Zhirkov..

"Nie semua Ashley punyer pasal - sapa suruh hebat sangat"

Situasi yang dialami Zhirkov sememangnya sama seperti Wayne Bridge, pemain yang dikategorikan sebagai Left Back yang bagus tetapi diketepikan oleh pemain yang sama - World Best Left Back - Ashley Cole..Akhirnya Bridge mengalah dan berpindah ke Money Citeh untuk mencari peluang first team..Kesudahan yang sama dirisaukan akan perlu diambil oleh Zhirkov sekiranya keadaaan berterusan..Yuri dikatakan sedang menimbang masa depannya di Chelsea dan mungkin akan melihat keadaan dalam masa beberapa bulan lagi sebelum membuat keputusan..Zenit St Petersburg, Spartak Moscow dan kelab lamanya CSKA juga sedang membuat tinjauan mengenai keadaan semasa pemain Russia ini..

Kata2 Zhirkov :
“I’ll certainly get a chance in the next few months and I’ll try to use it completely,” he said. “Then, in the winter, everything will probably depend on whether I got this chance and how I used it. “We are currently in brilliant form and getting past Malouda and Cole is problematic. Everyone understands about the competition: once you are on the bench you can be there for a long time. But I will definitely get a chance. “The thoughts when you are watching your team play are always the same: you support, worry and your soul wants to be on the pitch to help.”


Aku agak setuju dengan Zhirkov, Chelsea adalah pasukan yang besar dan kita compete dalam semua kejohanan utama - FA, Carling, BPL, CL..Justeru aku yakin dengan sejumlah match yang banyak untuk dilalui dalam satu musim, di samping kemungkinan injury untuk beberapa pemain sudah tentu akan membuka ruang untuk Zhirkov beraksi..Kita dapat melihat betapa kecederaan AC selama 3 bulan musim lepas tak dirasai kerana adanya pemain sehebat Zhirkov sebagai backup..Yuri memang pemain yang bagus dan dapat dilihat dengan membantu Chelsea membelasah Villa 7-1 musim lepas..Kita tidak dapat meneka masa hadapan, kemungkinan juga Ash bakal dipancing oleh Jose ke Madrid, siapa tahu?? Aku amat berharap Zhirkov tidak segera membuat keputusan awal dan stay bersama Chelsea dalam waktu terdekat..Get stay Yuri!!



Friday, September 3, 2010

1 Barisan Rasmi Askar Biru

1 Comments


Selepas berhempas pulas mencari pemain untuk menguatkan pasukan, akhirnya tingkap perpindahan ditutup kelmarin..Undang2 baru FA mengenai 25 man skuad sedikit mengusutkan kepala otak manager EPL kerana perlu memilih yang terbaik dari terbaik dan ia juga bermakna beberapa pemain perlu dilepaskan untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan..Apa yang memeningkan kepala adalah 8 pemain dari keseluruhan skuad perlulah 'home-grown' player, bermaksud mereka adalah pemain yang pernah berlatih dalam akademi sekitar England atau Wales dalm 3 tahun sebelum berumur 21 tahun..Jika tidak mencukupi 8 pemain, kriteria seperti nie, skuad perlu didaftarkan kurang dari 25 pemain..Daripada skuad Chelsea, hanya 4 orang dikategorikan Home Grown - Lampard, JT, Turnbull dan Ashley Cole.

Selain barisan skuad yang ada, kelab boleh menggunakan pemain U-21 sebanyak mana yang boleh sepanjang musim..Pemain bawah umur 21 tahun dikategorikan sebagai lahir semasa atau selepas 1 January 1989.

Barisan skuad rasmi The Blues (19 pemain) :

1. Petr Cech
2. Branislav Ivanovic
3. Ashley Cole
5. Michael Essien
7. Ramires
8. Frank Lampard
10. Yossi Benayoun
11. Didier Drogba
12. John Mikel Obi
15. Florent Malouda
17. Jose Bosingwa
18. Yury Zhirkov
19. Paulo Ferreira
21. Salomon Kalou
22. Ross Turnbull
26. John Terry
33. Alex
39. Nicolas Anelka
40. Henrique Hilario

Barisan U-21 yang didaftarkan nombor (6 pemain) :

23. Daniel Sturridge
38. Patrick van Aanholt
43. Jeffrey Bruma
44. Gael Kakuta
45. Fabio Borini
46. Josh McEachran

Barisan nie yang akan diharapkan sepanjang musim 2010 - 2011 nie seandainya kita tak membuat sebarang perubahan musim perpindahan kedua Januari nanti..Cuma agak kesal kita gagal mendapatkan CB berkaliber untuk menggantikan Carvalho..Yup, defensive agak merisaukan aku terutamanya selepas melihat Terry dan Ivanovic dah injured walaupun baru 2 minggu EPL bermula..Apapun ini adalah barisan yang cukup kuat bagi aku, moga harapan Carletto yang tinggi kepada Bruma mampu dibalas dengan sewajarnya..Keep the faith, KTBFFH!!