The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, September 3, 2010

1 Barisan Rasmi Askar Biru



Selepas berhempas pulas mencari pemain untuk menguatkan pasukan, akhirnya tingkap perpindahan ditutup kelmarin..Undang2 baru FA mengenai 25 man skuad sedikit mengusutkan kepala otak manager EPL kerana perlu memilih yang terbaik dari terbaik dan ia juga bermakna beberapa pemain perlu dilepaskan untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan..Apa yang memeningkan kepala adalah 8 pemain dari keseluruhan skuad perlulah 'home-grown' player, bermaksud mereka adalah pemain yang pernah berlatih dalam akademi sekitar England atau Wales dalm 3 tahun sebelum berumur 21 tahun..Jika tidak mencukupi 8 pemain, kriteria seperti nie, skuad perlu didaftarkan kurang dari 25 pemain..Daripada skuad Chelsea, hanya 4 orang dikategorikan Home Grown - Lampard, JT, Turnbull dan Ashley Cole.

Selain barisan skuad yang ada, kelab boleh menggunakan pemain U-21 sebanyak mana yang boleh sepanjang musim..Pemain bawah umur 21 tahun dikategorikan sebagai lahir semasa atau selepas 1 January 1989.

Barisan skuad rasmi The Blues (19 pemain) :

1. Petr Cech
2. Branislav Ivanovic
3. Ashley Cole
5. Michael Essien
7. Ramires
8. Frank Lampard
10. Yossi Benayoun
11. Didier Drogba
12. John Mikel Obi
15. Florent Malouda
17. Jose Bosingwa
18. Yury Zhirkov
19. Paulo Ferreira
21. Salomon Kalou
22. Ross Turnbull
26. John Terry
33. Alex
39. Nicolas Anelka
40. Henrique Hilario

Barisan U-21 yang didaftarkan nombor (6 pemain) :

23. Daniel Sturridge
38. Patrick van Aanholt
43. Jeffrey Bruma
44. Gael Kakuta
45. Fabio Borini
46. Josh McEachran

Barisan nie yang akan diharapkan sepanjang musim 2010 - 2011 nie seandainya kita tak membuat sebarang perubahan musim perpindahan kedua Januari nanti..Cuma agak kesal kita gagal mendapatkan CB berkaliber untuk menggantikan Carvalho..Yup, defensive agak merisaukan aku terutamanya selepas melihat Terry dan Ivanovic dah injured walaupun baru 2 minggu EPL bermula..Apapun ini adalah barisan yang cukup kuat bagi aku, moga harapan Carletto yang tinggi kepada Bruma mampu dibalas dengan sewajarnya..Keep the faith, KTBFFH!!

1 comment:

eddie dewanaga said...

bagi Zhyrkov peluang utk start first eleven musim ini, gua rasa dia akan meletup...