The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, May 31, 2010

0 Bena-Zionis-youn??

0 Comments
WTF..Aku tak pasti lagi berita nie boleh percaya atau tidak, walaupun nampak macam transfer rumours murahan dari mula, tetiba jadi macam siries lak..

Chelsea dilaporkan berminat gila dengan pemain Liverpool, Youssi Benayoun dengan dikatakan dah bid £4 m minggu lepas tetapi di-reject oleh Libepul..Minggu nie dengan Joey masih dikatakan akan keluar dan berpindah, Si Israel nie dikatakan akan menjadi pengganti Joey musim depan dan Chelsea akan membida tawaran setinggi £6 m dalam masa terdekat..

"Ancelotti wants me for next season and now everything depends on Liverpool. Chelsea will have to pay some £6m, but I believe that, in the end, I'll be moving there."Benayoun said.


Secara jujurnya aku memang bangkang giler subjek perpindahan nie..First Reason, of course la, sebab die nie Israel, walaupun bukan tentera Zionis yang perang kat Palestin, aku tetap rase tak best kalo die masuk The Blues..Salah satu reason mengapa dan kenapa aku rasa tak selesa dulu biler ada Ben Haim dan Grant kat Chelsea..Kedua, okey mungkin ada mengatakan Football adalah Global, so kita ketepikan sentimen prejudis, aku tetap rasa tak rasional ambik Benayoun yang berumur 30 taun berbanding mengekalkan Joey yang baru umur 28 taun..Tambahan lak dengan 6 + 5 Rule yang akan dikuatkuasakan tak lama lagi, aku rasa mengekalkan Englishmen seperti Joey adalah sesuatu yang ideal berbanding membeli pemain luar..Reason ketiga, aku tak nampak apa yang special pada Benayoun nie berbanding Joey, cuma dribble la aku nampak kelebihan dia tapi finishing dan cross sume bagi aku biasa je, Joey pon boleh buat..Skuad Chelsea pun bagi aku dah banyak pemain macam Benayoun nie, Kalou, Malouda, Sturridge malahan Stoch mungkin pilihan yang lebih bagus..Reason ke-4, masih ingat lagi bagaimana kunjungan Chelsea ke Malaysia nyaris2 ditangguhkan gara-gara Grant?? Yup, selaku negara Islam memang Malaysia tak benarkan mana2 warga Israel jejak kaki ke tanah melayu sebagai tanda sokongan kepada Palestin..Nasib baik waktu tu Scolari ambil alih saat akhir..Jadi kepada Fan The Blues di Malaysia, kalau berhasrat nak usha team kesayangan kita mai sini lagi, sama2 la kita boikot Benayoun nie..Punya la banyak 195 negara kat dunia nie, kenapa Israel??

Aku harap nie hanya omong kosong dan gebang2 je orang Perak kate..Carletto, aku tak pasti apa dalam pemikiran die sebab masih tak jelas intuisi dia dalam transfer market nie..Nak kata beli Torres ke Aguero, tak nampak rumours yang kuat dan boleh dipercayai..Carletto lak hanya berdiam diri, senyap, mungkin sedang mengatur gerak secara sembunyi?? Sama2 kita nanti..


Dengar kata Benayoun suke roti nie




0 Kamikaze!!

0 Comments
Boleh tahan Nippon punye semangat nie sampai mengah gak 'bakal' Juara Dunia England malam tadi nak menang 2-1..Ape yang ak respek adalah semangat kamikaze Jepang yang dari dulu hingga kini memang menggila, samada di atas medan perang seperti terjunan bomber di Pearl Harbor mahupun di atas padang bolasepak seperti Captain Tsubasa..

Apa yang buruk pasal Kamikaze nie, ko bunuh musuh ko, same2 dengan ko sekali terkorban (Kalo Islam konfem masuk neraka jahanam dah nie)..jadi nak dipendekkan citer, dalam match semalam, boleh dikatakan taktik Kamikaze si Jepang nie memang menjadi, cuma diorang yang terkorban banyak daripada pihak musuh, huahua..Jepang skor 3-Satu Gol, Dua Own Gol..Pekejadah diorang pikir aku tak pasti, dah leading pastu bunuh diri sendiri, dari Kamikaze jadi Harakiri..

Okeh tapi tu sume tak mustahak sangat, berbanding apa yang penting?? Kerjasama!! Opss, bukan..yang penting England menang, dan yang lebih menggembirakan bila Joey dapat memberikan assist kepada gol pertama England, sekaligus mencerahkan peluang dia untuk naik kapal terbang ke Zoo Afrika nanti, berbanding Walcott yang hanya kuat berlari tanpa otak..Yang agak malang apabila Lampard sekali lagi terlepas penalti kali kedua berturut2..Selepas miss dalam Final FA Cup, kali nie Lampard sekali lagi malang bila Kawashima menyelamatkan penalti shot Super Frankie..Aku harap nie hanya sindrom awal dan Lampard akan lebih fokus selepas nie dalam kejohanan sebenar..

Emm, dari layan Kamikaze 'Luar-Biasa' Nippon Hait baik aku dengar lagu ' Tawa dalam tangisan' dari Kamikaze...Friendly dah tamat, dan barisan lengkap 23 skuad England akan diumumkan tak lama lagi oleh Capello..Aku harap yang tertawa adalah Joey, dan yang menangis adalah Walcott..Tawa dalam tangisan, Layann!!!


Thursday, May 27, 2010

2 Report Card Musim 2009/2010

2 Comments

Dengan berakhirnya Final CL minggu lepas, maka secara rasminya musim bolasepak musim 2009/2010 melabuhkan tirainya..Sebelum kita layan World Cup, jom review pencapaian Chelsea sepanjang musim 2009/2010..

RATING

Musim 2009/10 ( 8/10) - Musim yang amat, amat cemerlang..Yup, mungkin kita out CL dan menang EPL dengan beza tipis satu mata, tetapi rekod menjaringkan 103 gol, 4 kali membelasah 7-8 gol, perfect rekod menentang Big 3, dan yang paling penting pertama kali meraih Double menjadikan musim nie amat special..Kalau dapat CL, mungkin aku bagi 9/10..

Manager, Carletto (8/10) - Hanya out CL sahaja yang mencalarkan CV dia musim nie, yang lain perfect..Berjaya menengelamkan muka lama seperti Farah, Wedges dan Pak Gasang dengan perfect score adalah rekod terhebat..Keupayaan merevolusikan skuad Chelsea untuk bermain cantik adalah bukti satu kepakaran Carletto..Menyesuaikan diri dengan cepat di England walaupun nie musim debut adalah sesuatu yang membezakan dirinya dengan Scolari..Memacu Chelsea meraih Double, kini bayangan Jose sudah boleh dilupakan..

Squad utama 2009/10 :

- Cech ( 7/10) - Agak cemerlang musim nie walaupun masih belum boleh disamakan dengan musim debutnya dulu..Aksi di penghujung musim selepas kembali dari injury amat membanggakan dan antara punca Chelsea berjaya meraih Double..Save Penalty di Wembley merupakan antara sumbangan terhebat musim nie..

-Ivanovic (8/10) - Jika dulu semua bertanya siapa mamat nie, kini aku rase samua dah kenal..Mantap sebagai Right Back, juga kental di Central Defence..Antara pemain yang banyak meningkat dan sesuai diberi gelaran Sergio Ramos Chelsea..Tak terkejut namanya tersenarai dalam PFA Team of The Year..

-John Terry (6/10) - Dari segi bolasepak, JT masih menampilkan aksi yang jitu..Namun skandal JT menjadi punca kita goyah di bulan Feb dan Mac, sekaligus mencalarkan report card dia musim nie..

Ash (8/10) - Sememangnya berbaloi-baloi dibeli dari Arsenal..Kental defensive, tajam attacking..Layak digelar Left Back terbaik dunia kini..

Ballack (5/10) - Selalu injured, namun menjadi backup yang bagus di midfield tanpa ketiadaan Essien hampir separuh musim..Semakin dimamah usia, mungkin keluar ke Schalke summer nie..

Mikel (5/10) - Nie jenis pemain atas pagar..nak marah tak boleh, nak puji pon tak boleh..Ak tak pasti nak kata die nie bakal Makalele atau Essien, sebab dua2 pun tak..Hanya pandai rampas bola, no improvement dan nothing special..Perlu build attacking ability musim depan..

Deco (6/10) - Seperti Ballack, kerap injured namun menyerlah di penghujung musim terutamanya selepas kita out dari CL..Menjadi sumber kreatif di bahagian tengah sewaktu membelasah Posemut 5-0 dan Villains 7-1..tetap akan chow dan mungkin ke Flamengo..

Lampard (9/10) - Semakin tua makin berisi..menjaringkan rekod peribadi 27 gol musim nie dan merupakan punca utama Chelsea berjaya meraih Double..Shame kepada FA yang tak menyenaraikan Frank dalam PFA team of The Year..

Kalou (7/10) - Agak senyap namun menyerlah di saat penghujung musim dengan menjaringkan beberapa crucial gol sekaligus menepis keraguan kepada finishing ability Si Solomon..Harap peningkatan dia berterusan, bukan tenggelam timbul macam dulu..

Joey (7/10) - Isu kontrak masih belum selesai, namun musim nie agak malang buat Joey..Kerap injury dan tak diberi peluang dalam first team..Agak menyerlah terutamanya gol di Old trafford dan penghujung musim sebagai subs..Masih mencari-cari sentuhan emas musim 2007..

Malouda (9/10) - Antara muka paling meningkat musim nie..Adakah nie Malouda yang kerap dicaci dulu?? Sememangnya revolusi di bahagian wing kiri musim nie terutamanya dalam match menentang Manure..

Anelka (8/10) - Kurang menyerlah berbanding musim lepas, tapi menjalankan tugas dengan cemerlang apabila diperlukan..Beraksi dengan penuh komited di mana2 posisi diberikan, striker mahupun winger menjadikan dia antara aset terbaik kelab..

Didi (9.5/10) - Chelsea Player of The Year nie memang layak mendapat rating tertinggi..menjaringkan 37 gol musim nie dan menjadi Top Scorer EPL dengan 29 gol mengatasi Rooney..Hebat sebagai striker, Free Kick, dan juga membantu dengan memberikan assist dari bahagian sayap..Layak dilabel sebagai complete striker zaman moden..

MOMENTO MUSIM 2009/10

Pemain Terbaik - Didi?? Lampard?? Okeh, nampaknya ak terpaksa memilih Didi, top scorer Chelsea dan juga EPL, mampu menjaringkan gol dari pelbagai sudut dan situasi..Gol penting dalam Big Match lawan Manure, Sengal dan Fool menunjukkan kepentingan Didi kepada skuad..Salah satu musim terbaik die, sememangnya Fantastik!!

Pemain terburuk - Okeh, agak sukar sebab boleh kata ramai main bagus, tapi aku mungkin pilih Beletti..Dah sah aku taknak nampak muka dia musim depan..Jarang main dan bila dipanggil kerap melakukan kesilapan berprofil tinggi, antaranya kad merah ketika menentang Mancee di Bridge..Satu lagi ketika menentang dalam Final FA, kegopohan dia nyaris memberikan kemenangan kepada Posemut dengan memberikan penalti..Namun nasib baik kebodohannya berjaya di'cover' baik oleh Big Pete yang menyelamatkan penalti Boateng yang sama level bangang dengan Beletti..

Gol terbaik - Sebab musim nie ada lebih 100 gol untuk dipilih, jadi rambang mata gak..Emm, g
ol Ash yang dinobatkan sebagai Chelsea Goal of The Season mungkin gempak, tapi aku mungkin pilih gol Lampard ketika menentang Stoke, cross Hutchinson ditampan dengan cool ala2 Johan Cruyff oleh Frankie, memperdayakan Sorensen dan menerjah
gawang..Smart!!




Celebration Terbaik - Haha aku rasa tak susah nak pilih, masih ingat Air Guitar?? Sempoi, kelakar dan klasik..Gaya Didi dan Malouda menjayakan band performance ketika meraikan gol menentang Wigan dalam last match memang sukar dilupakan..




Celebration Terburuk - Gol cantik, tapi celebration?? Huhu, Sturridge memang power tapi kena belajar lagi camne nak celebrate pasnie..Celebration ketika menentang Stoke macam kuda sakit kaki, sampai Didi pon malas nak layan, haha..

Match paling Best - Agak sukar tapi aku pilih menang dengan Villa 7-1..Melawan semua odds, Chelsea mengejutkan semua pundits dengan membelasah Villains sehabis-habisnya, sekaligus menjadi boost yang memacu Chelsea kepada kejuaraan liga..oh ya, satu lagi menang dengan Manure 2-1 memang terbaek!!

Match paling Sengit - Chelsea seri 4-4 dengan Everton..Fuhh, memang kecewa dengan result tapi match nie memang sengit habis sampai tak lalu ak makan tengok last scoreline..Kegopohan Cech dan defence menghukum The Blues walaupun Didi dah melakukan yang terbaik malam tu..

Match paling hampeh - Walaupun banyak game best, tapi ada gak pasang surutnya..Kekalahan lawan Mancee 2-4 antara kekecewaan terbesar musim nie dan menyebabkan rekod home kita lebur..Tambah2 lak skandal terry dan Bridge turut menghangatkan suasana..tetiba lak aku benci giler kat Tevez malam tu, walaupun dia player fantasy aku..


Detik paling terharu - tengok Chelsea angkat Piala EPL..siriesli, memang fantastik moment..

Detik paling nostagik - Nampak muka Jose kembali ke Stamford Bridge pertama kali dalam 4 tahun..Special one come home!!

Detik terburuk - Jose menewaskan kita di Bridge dan Chelsea terkeluar dari CL..arghh..

Best Quote - “I don’t even need to shout in Italian when I get angry with my players now. I just tell them to ‘Fuck off’.” (Carlo Ancelotti)


HOPE THE BEST NEXT SEASON!! KTBFFH!!





Monday, May 24, 2010

0 Rest Blues Day

0 Comments
J&J : Joey ke Johnson??

Menjelang match friendly menentang Mexico Rabu nie, Fabio Capello dikatakan akan merehatkan beberapa pemain Chelsea yang beraksi dalam FA Cup Final minggu lepas..Selain Chelsea, keeper Posemut James juga akan diberi cuti berjalan-jalan merehatkan minda.. Pemain Chelsea yang direhatkan merupakan nama yang hampir pasti dalam last 23 man squad seperti JT, Lampard dan Ashley Cole..Namun Joey yang tersenarai dalam pre-skuad England dijangka beraksi kerana tempatnya masih diragui dan bersaing hebat dengan pemain muda Mancee, Adam Johnson..

Mengenai merehatkan pemain Chelsea adalah berita baik, terutamanya JT yang agak perlu diberi perhatian rapi..Berita kecederaan dia minggu lepas agak merisaukan walaupun scan akhir menunjukkan tiada keretakan, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil..Aku harap Joey akan melengkapkan skuad England sekaligus meletakkan 4 nama The Blues yang akan bertolak ke Afrika dalam 3 minggu lagi..Joey masih mempunyai magic dan aku yakin dia mampu memberikan perbezaan terutamanya sebagai super sub di WC nanti..Capello, open your eyes!!


Sunday, May 23, 2010

0 Special One memang Special!!

0 Comments
Yang teristimewa

Tahniah kepada Jose kerana berjaya memenangi CL pagi tadi..Aku dah agak keputusan akhir kerana barisan skuad Inter sememangnya kuat dari pelbagai sudut apatah lagi berdepan Bayern yang agak tempang tanpa Ribery..Rambo sememangnya striker paling menjadi kat Eropah bila menjaringkan dua gol..Takziah lak kat Robben yang tewas walaupun harus dipuji kerana tak berputus asa sehingga minit terakhir..Boleh dikatakan match yang agak menarik untuk neutral Fans, penuh debaran dan klasik!!

Selepas berjaya memenangi Treble di Italy, Jose dah mengesahkan dia akan beralih angin ke Spain..Dah konfem dan pasti destinasinya selepas nie dia akan pergi ke Madrid..Kemungkinan akan diumumkan 2-3 hari lagi, sepertimana selepas dia memenangi CL bersama Porto dan berhijrah ke Chelsea 6 tahun dulu..



"My Work here is done. I have made history with this club. I will find motivations in another big club. Playing against Barcelona in Spain? That would be a big challenge,"



Walaupun bukan lagi manager Chelsea, Jose tetap antara figura yang akan dihormati oleh aku sampai bila-bila..Memang layak digelar Special One, impiannya untuk memenangi piala dia 3 negara liga terkuat dunia (England, Italy, Spain) kini hampir menjadi kenyataan..Walaupun selepas nie menjadi manager Madrid, aku harap impiannya akan tercapai sebab aku takde la suka Barca sangat pon, hehe...Tetapi aku kirim berkat kepada Jose untuk La Liga dengan Copa Del Rey je, CL musim depan Chelsea dan King Carlo punya!!! All the best to Jose in your fantastic journey..KTBFFH!!



Saturday, May 22, 2010

0 Flying Dutchman Vs Special One

0 Comments
Old pal meet again!!

Macha, teh tarik, roti bom satu onee!! Setelah tamat musim EPL, keadaan di kedai mamak agak, agak sunyi sejak kebelakangan nie..Tapi malam nie, mungkin keadaan di waktu 3-4 pagi akan kembali bergema dengan sorakan kelawar-kelawar yang jenis tak tidor malam (termasuk la aku)..Ape kes lagi, kalo bukan Final Champions League!!

Final antara Bayern dan Inter malam nie (pagi Ahad) boleh dikatakan penyeri terakhir kepada musim bolasepak peringkat kelab sebelum kita beralih arah kepada kehangatan World Cup 2010 dalam masa 3 minggu lagi..Aku tak pasti samada final CL taun nie kurang meriah sebab takde kelab EPL atau sebab kehangatan WC, yang pastinya memang ramai yang tak amik pusing pasal match nie berbanding musim2 sebelumnya..Kelab Itali lawan Kelab Jerman, dah sah kurang sikit hangatnye, tambah2 kat Malaysia yang rata2 sokong kelab EPL, kalo takpon, Barca atau Real..

Bagi aku, walaupun kecewa Chelsea tiada di Final, sekurang-kurangnye kita dapat melihat kawan lama The Blues bertemu di Stadium Bernabeu malam nie..'The Special One' Jose Mourinho bertemu 'Flying Dutchman' Arjen Robben..Kedua-duanya adalah tonggak utama yang mendukung kelab masing-masing sepanjang kejohanan..Jose sebagai mastermind yang menenggelamkan Barca, manakala Robben menjadi pemusnah Manure di saat2 akhir...

'Tok Guru akan bertemu anak murid' merupakan tema malam nie..Robben merupakan penyebab utama Jose berjaya merangkul EPL dalam musim debutnya bersama Chelsea..Jose jugalah yang menaikkan nama Robben sebagai winger terhebat sepanjang aksinya di England sebelum kedua-duanya berpisah dan membina haluan sendiri di Sepanyol, Itali dan Germany..Jika ditanyakan kepada aku, sukar bagi aku untuk memilih antara kedua-dua figure Chelsea nie untuk disokong malam nie, biarlah team yang terbaik menjadi Juara..Jika dari sudut neutral, mungkin aku akan memilih Inter sebagai pemenang kerana skuad mereka lebih ampuh dan jitu dari pelbagai sudut berbanding Bayern..Namun apa2 pon boleh berlaku dalam bolasepak, juz wait and see..All the best untuk Robben dan Jose!!


ESPN 23-May 02:00 FINAL : Bayern Munich vs. Inter Milan






Friday, May 21, 2010

0 Kita mesti berbelanja??

0 Comments
Villa - mimpi ngeri semua kelab musim depan??

Berita kemasukan Villa ke Barca sememangnya mengejutkan satu dunia semalam..Peghh walaupun aku memang berharap Chelsea mampu memenangi Piala Eropah musim depan, tetapi dengan pembelian mega nie, dah tentu keyakinan aku kini agak goyah..Apatah lagi Villa bukan sahaja satu2 nya rekrut Barca, dengar kata Fabregas juga akan menjadi perpindahan kedua Barca dalam masa beberapa hari lagi..Jika benar, sejujurnya aku mengatakan Barca akan menjadi skuad yang amat menggerunkan dan impian kita (dan juga team lain) untuk merangkul CL musim depan akan menjadi amat2 sukar, apatah lagi sekiranya kita tidak upgrade skuad kita..

Namun firstly aku nak kata keputusan Barca berbelanja besar (Villa - 50 m!!) menunjukkan tiada team yang boleh kekal mantap tanpa mengeluarkan duit, sekaligus menepis anggapan Barca nie memang hebat dengan homegrown player dan akademi player sahaja..Cett, setahu aku Etoo, Alves, Ibrahimovic dan Villa pon beli mahal, jadi tak payah la kecoh2 bila Chelsea dulu keluar duit sebab nak upgrade team..Aku dulu agak panas bila ada fan len kata Chelsea nie gila duit dan beli player sesuka hati, habis dah ada duit, guna la kan?? Takkan nak buat pekasam lak..Barca ke, Real ke, sume kelab sama je, duit nie amat penting kalo tak mesti Leeds kekal kat Premiership sampai sekarang..Kelab Sengal antara contoh tersengal sekali, duit dah ada hasil tiket stadium tak guna, kan gersang 6 musim kabinet bersawang takde trofi..Kalo Fabregas chow, memang aku gelak puas2..kalau dulu diorang antara kuat bising Chelsea beli player situ sini, sekarang diorang yang kecoh2 suruh Proff Wedges beli player banyak2 nak ganti kanak2 meriam yang men macam haram..

Okeh, cukup pasal isu nie, topik utama aku nak cakap, Chelsea nampaknya perlu meng'upgrade' team supaya kekal atau lebih superior berbanding team lain sekiranya kita mahukan trofi musim depan, terutamanya Piala Eropah..Yup, walaupun masih belum ada pembelian dan Ancelotti nampaknya agak berpuas hati dengan skuad kini, aku rasa masih belum cukup X factor dalam skuad yang membolehkan kita mengatasi Barca musim depan sekiranya tiada muka baru ditambah..

Seperti yang aku katakan, sekiranya kita mahukan CL, perlu ada X-Factor, Barca dulu dengan Messi/Ronaldinho, Milan dengan Kaka, Madrid dengan Zidane..Adakah Chelsea mempunyai pemain seperti ini?? Kita masih mencari walaupun Didi dan Lampard agak hebat, tetapi agak kurang aura mereka untuk membawa Chelsea menjadi Juara Eropah..Kita perlu membeli musim depan, aku tak berharap banyak, cukuplah dengan 1-2 muka baru yang mempunyai aura dan taraf yang tersendiri..

TRANSFER TARGET??

Kun berbaju biru??

Nama2 seperti Torres dan Aguero antara nama2 yang bagi aku memang mempunyai level tersendiri dan mempunyai 'X-Factor' untuk addition kepada skuad kita musim depan..Disebabkan ekonomi yang agak kurengg, aku akan berpuas hati sekiranya salah satu player nie join The Blues..Jika diberi hak memilih, aku akan memilih Aguero..Mengapa?? Dari segi stats, memang Torres lebih hebat, namun rekod injury dia agak teruk..Sanggup ke bayar 50m untuk injury prone player?? Aguero lebih muda, tangkas dan lincah, di umur 22 dia dah dilabel antara striker utama Europe..Aku yakin harganya juga lebih murah dan akan lebih berbaloi, maybe dalam range 30-35m..

Hamsik juga berbaju biru??

Selain Aguero, aku menyasarkan Hamsik yang merupakan midfielder akan menjadi superstar kedua kita, bagi menggantikan Ballack dan Deco yang hampir pasti akan keluar..Jika mahukan addition, Ozil, Gourcuff juga adalah pilihan yang bagus dibahagian midfield untuk digandingkan bersama Lampard dan Essien musim depan..Tak kenal Hamsik?? klik Sini

Subotic? emm..berlatih pakai baju away Chelsea kaler kuning kot..

Dibahagian defender, aku rasa tak banyak perubahan boleh dilakukan kerana posisi ini agak mantopp..Namun sekiranya Carvalho yang sudah tua akan dijual, aku berharap pemain Serbia, Neven Subotic akan dibawa masuk..Masih di awal 20an, dia dah menjadi best defender di Bundesliga bersama Borussia Dortmund..JT akan mencapai umur 30 musim depan dan masalah injury dia juga agak merisaukan, jadi backup plan perlu ada..Alex, masih 27 dan bagi aku adalah First Choice Defender musim depan..Tak kenal Subotic gak?? Apela korang nie..Sekali lagi, klik sini

Nah, aku yakin kita tak perlu banyak perubahan, tetapi aku berharap 2-3 muka baru sudah memadai..Jika dapat Aguero sahaja pon mungkin aku sudah berpuas hati..Jangan lupa Chelsea jugak masih punya Youngster yang mampu menjadi superstar musim depan..

Top 3 player target aku :
1. Aguero (30m)
2. Hamsik (13m)
3. Subotic (10 m) Total = 53m

50m untuk 3 player?? Lagi berbaloi-baloi dari belanja 50m untuk Torres sekor je..

Team musim depan (Jangkaan) :

----------Cech--------
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Hamsik-Essien-Lampard
--Aguero-Didi-Malouda


Adakah team ini mampu memecah tradisi dan merangkul Champions League buat pertama kali buat Chelsea?? Yup, sudah tentu dan aku yakin skuad ini mampu mengatasi Barca hatta diorang letak seberapa banyak Villa pon aku tak kisah..Apapun nie hanya tanggapan aku, mungkin berbeza dengan pemikiran Ancelotti..Harap King Carlo memikirkan perkara yang sama, I hope so!! KTBFFH!!!

0 Road to Glory : Top 10 Match Premiership

0 Comments
Road To Glory!!

Okeh, mungkin dah lama Chelsea menang EPL tapi aku yakin semangat juara masih kekal panas lagi dalam hati Blues Fan..Baru 2 minggu je kot?? Huhu..Musim EPL 2009/10 nie boleh dikatakan antara paling sengit sekali sebab melibatkan 3 rival sampai penghujung season..Jom refresh balik 10 match yang membawa Chelsea ke puncak kejuaraan!!

Chelsea 1 - Manure 0 (1st-beza 5 mata)

Match nie boleh dikatakan bukan antara persembahan terbaik Chelsea namun semangat juang The Blues menjadi pemangkin kemenangan dalam match nie..Manure mengasak kita sepanjang match nie namun kekebalan defend antara faktor utama Chelsea kekal ampuh..Diketuai Terry, Rooney amat sukar mencari lubang2 untuk menewaskan Cech..Kerana Terry juga, Manure rebah dibenam tandukan berapi JT hasil hantaran free kick Lampard di penghujung match..Chelsea Top League dengan 5 mata!!

Arsenal 0 - Chelsea 3 (1st -beza 5 mata)

Ketika ini Arsenal agak rapat dengan kedudukan pendahulu Chelsea dan dilihat sebagai pencabar utama kejuaraan..Tapi, kalau dah bebudak tu bebudak gak..Didi menunjukkan gaya permainan 'orang dewasa' dengan meledak 2 gol..Vermaelen menjaringkan Gol Sendiri kerana tak sanggup tengok Didi gol hatrik..Tadika Sengal 0 - Mighty Blues 3!! Free Kick Didi antara paling cunn..

Chelsea 2 - Fulham 1
(1st -beza 5 mata)

Match nie agak tense selepas musim Disember yang agak mengecewakan..Dua draw bersama West Ham dan Birmingham menyebabkan leading point kita kian dikurangkan oleh rival Manure dan Sengal yang kekal menang..tambah tensen apabila Gera menjaringkan gol awal menyebabkan kita merasakan sumpahan nie akan berterusan..Namun kredit perlu diberi kepada Carletto, melakukan dua subs; Ivanovic dan Strurridge dimasukkan, manakala formasi ditukar dari 4-4-2 kepada 4-3-3 merupakan langkah yang bijak!! Ivanovic melakukan hantaran untuk Didi menanduk gol pertama, dan Sturridge melepaskan shot padu yang ditahan oleh Schwarzer namun terkena kaki Smalling menyebabkan bola menembusi gawang Fulham buat kali kedua..Chelsea menang 2-1!!

Chelsea 7 - Sunderland 2
(1st - beza 1 mata)

Ini boleh dikatakan edisi awal atau prelude kepada Magnificent Se7en Edition..Kemenangan nie agak bermakna kerana kita terpaksa beraksi tanpa kelibat Bintang Afrika akibat CAS..Didi, Essien dan Mikel antara yang hilang dari first team..Namun tidak sesekali mematahkan semangat Singa biru, Chelsea membalas dengan 7 gol hasil jaringan Anelka (2), Lampard (2) dan masing2 satu dari Malouda, Ballack dan Ash memeriahkan pesta gol di Bridge!! Antara petanda awal Chelsea nak jadi juara..

Burnley 1 - Chelsea 2 (1st - beza 4 mata)

Mase nie tengah meletup2 pasal skandal Terry dan nie antara match pertama JT perlu berhadapan dengan fan di atas padang..seperti dijangka Boo kedengaran merata-rata dari home fan..Anelka menjaringkan gol awal sebelum Fletcher menjaringkan gol penyamaan..Di saat keputusan seri hampir dijangka, sorakan Boo tiba-tiba bertukar jadi Goool!! JT menjaringkan gol kemenangan di penghujung match, sekaligus mendiamkan Fan Burnley..

Chelsea 7 - Villa 1 (2nd - beza 1 mata)

Satu lagi edisi kedua magnificent Se7en, match menentang Villa dihebahkan sebagai penentu kejuaraan kerana jika seri atau gagal, dah tentu Chelsea akan gagal keep it up dengan Manure sebagai pendahulu liga ketika itu..Cerita punye gempak, tapi bile main macam lawan ngan West Brom, Chelsea terlampau kuat atau Villa terlampau lembik?? Gol2 dijaringkan oleh Lampard (4), Malouda (2) dan satu dari Kalou..wow!!

Manure 1 - Chelsea 2 (1st - beza 2 mata)

Match nie boleh dikatakan adalah kemuncak kerana pendahulu jumpe pengejar..Chelsea yang tengah on-form selepas membelasah Villa 7 gol dah tentu amat segar berbanding Manure yang masih terbakar dek api neraka dari Allianz Arena oleh Bayern dan Olic..Malouda sekali lagi mempamerkan kehebatannya dengan provide assist gol pertama..penyudah Joey memang hebat, backheel melepasi Van Der Sar, totally cool!! Didi menambah gol kedua Chelsea walaupun Offside yang jelas..Macheda juga menjaringkan gol pertama Manure walaupun handball yang jelas..Chelsea menang 2-1 dan merampas takhta pendahulu liga!! Nie antara match yang menyebabkan Fan Manure menyalak hampir seminggu..kahkah buat penuh notification kat FB aku je..Menyalak la camne, fair and square, Chelsea tetap menang!!

Chelsea 7 - Stoke 0 (1st - beza 1 mata)

Okey Edisi Magnificent Se7en yang ke-3, merupakan yang paling perfect sekali..Selepas cap ayam Spurs membuktikan mereka tetap ayam di Old Kerepot, nampaknya Chelsea perlu menang untuk kekal di atas..Respons yang baik, eh silap, gempak habes, sekali lagi amukan di Bridge dengan 7 gol dijaringkan..Kalou melengkapkan hatrik pertama, diikuti dengan Lampard (2), Sturridge (1) dan Malouda (1)..Mahu lagi??

Liverpool 0 - Chelsea 2 (1st - beza 1 mata)

Match nie agak ganjil, pelik dan unik..Ramai mengatakan Fool akan membantu Chelsea, hanya untuk menghalang Manure merampas EPL ke-19 sekaligus mendahului rekod 18 EPL mereka..
Agak sukar diterima akal sebab player adalah Pro, tapi Gerrard membuktikan rivalry adalah segala-galanya..Assist terbaik untuk Didi untuk gol pertama agak mengejutkan buat kapten Fool nie..Chelsea kemudian menambah gol kedua hasil jaringan Lampard untuk mengesahkan Chelsea bakal hadir ke perlawanan terakhir selaku pendahulu..

Chelsea 8 - Wigan 0 (1st - beza 1 mata - FINAL!!)

Match terakhir menjadi penentu kejuaraan, Manure bertemu Stoke, Chelsea bertemu Wigan, Arsenal bertemu makcik cleaner tolong bersih habuk kat kabinet yang kosong..Fan agak bimbang takut tersungkur di hujung jalan, namun Chelsea membuka akaun gol seawal minit ke-6..Gol2 dijaringkan oleh Anelka (2), Didi (3), dan satu dari Ash dan Lampard, sekaligus menjadi rekod tertinggi gol EPL, 103 Gol Premiership!! Dan yang paling penting..Chelsea dinobatkan selaku EPL Champion!!


Aku pilih match kat sini bukan berdasarkan gol je, tapi tengok kepada pihak lawan , kepentingan dan suasana match..Sorry, mungkin sebab season nie agak mantopp jadi mungkin ada beberapa match best yang tertinggal dari senarai..Btw, this is the best of the best!! KTBFFH!!












Thursday, May 20, 2010

0 Joey ada harapan??

0 Comments
Joey smile again!!

Yup, umum sudah mengetahui Joey telah berada dalam top 30 skuad England dan aku berani mengatakan dia akan berada dalam skuad last 23 ke England..Capello seperti diketahui sememangnya meminati Joey yang kerap beraksi sebelum nie bersama England sebelum injured teruk season lepas..Tetapi, semenjak ketiadaannya persaingan kini amat sengit, apakah sebab Joey dipanggil semula??

Jika dikira prestasi, persembahan Joey sememangnya belum mencapai standard yang ditetapkan..Hanya satu gol menentang Manure boleh dibanggakan manakala game selepasnya hanyalah cameo dan 1-2 assist yang sekadar untuk menyedapkan hati Capello..Jadi bagi aku aksi Joey belum cukup meyakinkan..So, apakah faktor utama??

Sebenarnya, manager Chelsea adalah penyelamat kareer Joey..Yup, Carletto merupakan tulang belakang kepada pemanggilan Joey semula kedalam skuad England..Carletto dikatakan telah bercakap secara peribadi dengan Don Capello mengenai fitness dan mentaliti Joey yang dikatakan cukup baik serta Joey adalah antara nama yang perlu dan wajibulghunah dibawa ke Afrika..Tambah2 Capello dan Carletto nie dua2 Italian, jadi dah tentu senang nak bersefahaman..Hasilnya?? Joey dipanggil ke skuad three lion..'Gracias', kata Ancelotti..

Bagi aku Joey sepatunya amat berterima kasih kepada Carletto atas usaha yang dilakukan..Okeh mungkin kontrak Joey masih belum mencapai kata sepakat namun beberapa aspek sudah diselesaikan..Aksi Carletto menunjukkan dia begitu mengambil berat dengan karier pemainnya dan ini jugak membuktikan Joey merupakan catur yang amat penting dalam skuad Chelsea..Kalo Carletto tak sayang Joey nie, dah tentu dia biarkan je kan?? Adakah nie hint Joey akan stay??

Apa yang pastinya, Carletto dah menunjukkan dia memang mahukan Joey dalam skuad musim depan, dengan aksi di Afrika dah pasti akan memberikan boost kepada winger wizard nie untuk kembali ke aksi terbaik sekaligus menjadi tonggak utama untuk membantu Chelsea dalam usaha merangkul Piala Eropah kali pertama.Apa yang tinggal hanyalah perselisihan antara Roman dan Joey..Selagi Joey tak merendahkan demand 100k wages yang dimahukan, aku tak yakin dia akan kekal di Chelsea walau bagaimanapun Carletto memujuk..Carletto dah memberi hint, kini semuanya bergantung pada Joey!!




Wednesday, May 19, 2010

0 10 tahun lagi!!

0 Comments
Darahku biru 10 tahun lagi!!

King Carlo nampaknya semakin berkobar2 semangat berapi Singa Biru selepas meraih dua kejuaraan EPL dan FA Cup..Selepas menenggelamkan muka lama Fergie, Farah dan Wedges dalam musim debut dengan melakukan Double Win ke atas diorang, kini Carletto ingin terus menghantui ketiga2 manager nie selama 10 tahun lagi!!

“After this first season if they asked me how long I want to stay here I would say maybe 10 years. That wouldn’t be bad, especially if every season is like this season."


Cayalah, aku memang berharap agar Carletto dapat stay di sini dalam satu tempoh yang panjang..Selepas pemergian Jose, kita sering bertukar manager sehingga membuatkan kita dilabel seperti Madrid..Pertukaan manager yang kerap memang x baguih dok ada, sebab kita mahukan kestabilan sekiranya ingin memenangi CL..Cuba lihat apa jadi pada Madrid selepas mereka memecat Vicente Del Bosque yang membawa mereka memenangi dua CL dalam tempoh 4 tahun rejim (1999-2003)..Selepas Bosque, Madrid mengamalkan polisi "Satu Manager Satu Season", apa terjadi?? Madrid tak pernah memenangi CL selepas itu!! Tambah memalukan, kelab 'terbaik' dunia nie kini dilanda badi tak pernah lepas Last 16 pon sejak 2003..

Pemecatan Jose sememangnya satu kesilapan besar Roman, namun perlantikan Carletto mampu menebus kembali kesilapan lalu..Harap Carletto akan diberi segala bantuan oleh BOD (Board of Director) untuk membina skuad yang mampu memenangi Piala Eropah musim depan..Aku yakin kita semakin, semakin hampir untuk mencapai impian tersebut..kemenangan Double hanyalah permulaan, next season, treble??

Apa yang pasti, manager kelab lain dah tentu tak senang duduk dengan keputusan King Carlo untuk kekal..Apa reaksi diorang??


Apa?? 10 tahun lagi?? hnss..hnss..(sesak nafas)

Adehh, bersara la aku pasnie..takkan nak menang Darling Cup je tiap2 tahun..

Arggghhh!! Carlo, kenape ko stay?? habis la kanak2 meriam aku kena ayam lagi..


Monday, May 17, 2010

1 Fuhrer Ballack terlepas penerbangan..

1 Comments
Where's my plane??

Aku bersimpati kepada Ballack yang sudah pasti tidak akan beraksi di Afrika bulan depan..Hasil terjahan keras Boateng sewaktu match menentang Posemut menyebabkan Ballack tercedera teruk dan dikeluarkan dari match..Scan terbaru dia dikatakan hanya akan sembuh dalam masa minimum 8 minggu, sekaligus secara rasminya kapten Germany nie takkan menaiki kapal terbang ke Afrika..

Berdasarkan umur yang kian meningkat, Ballack sudah tentu dah terlepas peluang terakhir untuk beraksi di WC..Seperti Beckham, besar kemungkinan kita tak akan dapat melihat lagi muka diorang dalam edisi WC dalam masa 4 tahun lagi..Harap kemenangan Double Chelsea akan menjadi penawar kepada kekecewaan Ballack..Get well soon!!

p/s : Boateng nie pemain Ghana kelahiran Germany, dan dua negara nie ditempatkan dalam Group D..Boateng menyingkirkan Ballack, adakah satu provokasi awal untuk melemahkan pihak lawan??


0 Galleri : Jalan - Jalan Naik Bas!!

0 Comments
Fuhh memang penuh gambar je blog nie semenjak dua nie, takpe kasi meriah sikit, haha..Nie merupakan Final Celebration meraikan Double Champion Chelsea semalam di sepanjang Kings Road, London..Menggunakan bas tanpa bumbung, diorang berarak dengan membawa dua trofi kebanggaan season nie!! Bila nak datang Malaysia, ek?? Sememangnya penamat kepada musim yang gemilang!! Enjoy!!


Ombak Biru melanda King's Road!!

Lihatlah Dunia!!Siapa bilang gadis Melayu tak menawan..ewahh..

Wow, seronoknya naik bas nie!! Kan, kan??

Wahaha Ash, aku dapat FA Cup!!

Apela Didi, aku lagi best dapat dua sekali, EPL dan FA!! Muahahaha..

Cam kenal je budak nie?? Bukan anak jiran sebelah rumah aku ke?? Kuang ajo, tu baju aku dia curi..

0 Galleri : FA Cup Menambah Penyeri!!

0 Comments
Woit Terry, aku Prince Boateng, ehh silap Prince William..Gud Lak Final, wa manyak minat sama lu..

Camne tiang nie tepis shot aku??

Woit, ko nie hidup ke?? timkai2..

Weh, ajar skit camne buat skill kepit bola tu??

Wargghh malunya tak gol, aku taknak kuar rumah sebulan pasnie..

Bosannya, asik aku je gol je kat Wembley..

Lampard + Penalti = Gol!!!! Eh, Miss??

Amik ko Double Champion Love Kiss!!

0 Post Match : Didi Jadi Penentu!!

0 Comments
Sori la, FA Cup pon kitorang sapu!!

Maafkan aku atas kelewatan post match kali nie, mungkin saja buat lambat2 sebab nie post match terakhir aku untuk match Chelsea season nie, sob sob..Sebab agak lewat, jadi aku akan tulis ringkas2 je sebab aku rase dah lemau kot aku tulis sekarang, mood dah pudar sedikit berbanding malam semalam yang berapi-api..

Okey seperti biasa kita mulakan dengan pemilihan skuad King Carlo, nampaknya malam semalam selepas mendapat jampi pendinding, Ivanovic disahkan fit dan 'kebal' dari sebarang kecederaan, melengkapkan posisi Right Back..Ferreira nampak pasrah kerana nie mungkin match terakhir dia sepanjang 6 tahun yang gemilang bersama Chelsea..

First Half, aku tak tau apa yang dijampi James dan Grant, mungkin ada tangkal atau vodoo..Mungkin juga samada Israel ada buat teknologi untuk membolehkan tiang gol 'menepis' shot pihak lawan pon aku tak pasti..Chelsea sememangnya mengawal permainan, dan tak terkejut apabila melihat kita melepaskan hujanan peluru2 misil kepada James..Yang amat pelik, 5 dari shot Chelsea diselamatkan bukannya mamat rambut Predator James, tetapi tiang gol dan palang!! Aku tak tahan nak gelak bila Didi buat giler dengan pukul dan marah tiang Posemut..

Mungkin Fan Chelsea agak risau dengan keadaan yang kekal 0-0, tetapi buat fan Germany seperti aku lebih risau bile Ballack terpaksa dikeluarkan akibat terjahan keras Putera Boateng..Belleti dimasukkan untuk menggantikan kapten Germany nie..Mungkinkah Fuhrer Ballack akan terlepas World Cup yang tinggal 25 hari lagi??

Second Half, corak permainan masih agressive namun disiplin yang tinggi dari pemain Posemut dan Tiang Gol menyebabkan mereka kekal bertahan dan sukar ditembusi..Situasi nie membuatkan aku risau kerana selalunya apabila Chelsea gagal score First Half, ada alamat buruk akan berlaku..Di minit ke-54, jangkaan aku mengena apabila kebodohan Belletti menjatuhkan Din-Dang Datang Lagi memberikan sepakan penalti kepada Posemut..Masih aku ingat bagaimana Belleti buat silap masa lawan Money City, baru masuk, dapat kad merah dan hadiahkan penalti untuk lawan..Sah, aku harap Belletti out season depan..Seteruk-teruk Mikel, teruk lagi Belletti bagi aku..

Namun, adakah kita akan membuatkan peristiwa yang sama berulang?? Sudah tentu tidak, keeper ketika itu adalah Pak Lawak Hilarious, dan kali nie berbeza, kita mempunyai Big Pete..Melihat kepada Cech kini, aku boleh lihat dia dah semakin hampir kepada prestasi asal sebelum injury dulu..Di bawah Carletto, aku memang salute, selain menaikkan prestasi Kalou dan Malouda, King Carlo juga perlu diberi credit kerana berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Cech..Boateng, aku taktau die fobia tengok topi Cech ke apa, tapi memang antara penalti paling malas bagi aku selain berbaFlop..Cech yang dapat melihat shot slow motion Boateng dengan mudah menepis keluar..Match kekal 0-0!!

Jika aku fan Posemut, memang aku snipe Boateng, kerana satu kesilapan dah cukup memberikan perbezaan..Miss Penalty merendahkan mentaliti player Posemut dan menaikkan semangat player Chelsea..Didi antara yang paling bersemangat, apatah lagi di tempat kesukaannya iaitu Wembley..Chelsea mendapat free kick di luar kotak, dan Didi tanpa membuang masa melakukan special menunya..Free Kick Didi memang perfect, padu dan menjunam ke penjuru gawang, bukan je James, mungkin Casillas pun boleh tumpas bagi aku, apatah lagi Flopbianski..Tiang Gol Posemut sekali lagi ingin menempah nama, cuma kali nie dia membantu Didi menolak bola masuk ke gawang!! 1-0 untuk The Blues..

Carletto kemudian melakukan second sub, Joey dimasukkan menggantikan Kalou yang terlepas hampir 1-2 cubaan di depan gol..Joey masuk ke padang, nampak ceria, adakah nie akan menjadi match terakhir dia?? Joey masuk, namun Lampard tetap Englishmen yang kekal dipuja oleh Fan Chelsea..Super Frankie sekali lagi menjadi masalah buat team lawan, dan kali nie dia dijatuhkan di dalam kotak, giliran Chelsea untuk mendapat penalti!!

Jika sebelum nie, Lampard + Penalti = Goal!! tetapi malam tadi entah mengapa Super Frank miss..Mungkin tak mahu memalukan James di depan Capello yang memandang..Didi agak kecewa, sambil dalam hati berkata "Kalau aku yang ambik tadi.." Carletto kemudian melakukan last sub; Top scorer FA Cup Chelsea season nie, Sturridge dimasukkan menggantikan Anelka..Chelsea kekal bertahan dari serangan Posemut yang agak2 menyengat, tetapi penyudah, alahaii..Wisel ditiupkan, match tamat 1-0, The Blues adalah FA Cup Champion, The Blues adalah EPL Champion, The Blues adalah Double Champion!!

Match Highlight :



Match Final keseluruhannya adalah seimbang, dan aku memang respek Posemut..Walaupun dah relegate, dengan bajet ciput diorang masih boleh memberikan pertarungan yang sengit dan mugkin juga mampu memalukan Chelsea semalam..Sekiranya penalti Boateng masuk, sudah pasti akan menjadi kesudahan yang berbeza..Posemut membuktikan sekiranya ada determination, apa pon leh terjadi, dan aku lagi salute corak permainan diorang yang bersemangat dari Fool dan Benitez yang macam 'orang hilang bini'..Tetapi bersemangat macam mana pon, Chelsea tetap di kelas tersendiri, tanpa tiang gol, aku yakin Chelsea dah tentu menang besar..Posemut amat lucky dapat bertahan sehingga minit ke 60 dan mendapat penalti..Namun jelas lagi nyata, walaupun hanya dibezakan 1 gol, kita mendominasi dan layak menjadi Juara!!

Kemenangan FA Cup, walaupun agak ciput dari EPL, tetap diraikan kerana membawa Chelsea untuk mencipta sejarah (sekali lagi) mencapai Double buat kali pertama..Pujian perlu diberikan kepada usaha keras King Carlo yang berjaya membawa Chelsea ke tahap ini, di samping mengatasi rekod Jose..Carle Ancelotti-bukannya Special One, tetapi King Carlo!! KTBFFH!!



p/s : Cadang nak ringkas, tetibe jadi panjang, hehe..Nie adalah post-match terakhir dari aku, berikutan tamatnya Season 2009/2010 untuk Chelsea..Harap kita akan berjumpa lagi dalam 3 bulan dengan Season Baru 2010/2011..Tenkiu atas segala komen korang dalam full musim blog nie berjalan..You're the best..Masa untuk bahang World Cup!!












Sunday, May 16, 2010

0 Sejarah Telah Tercipta!!

0 Comments
D for Didi, D for Double!!

Didi sekali lagi mempamerkan kehebatannya-Score dalam Big Match..Aku masih sangsi mengapa dan kenapa dia tak dinobatkan sebagai PFA Player Of The Year..Top Scorer EPL (walaupun hilang sebulan sewaktu Piala Afrika), banyak assist dan merupakan complete striker..Didi dah menjaringkan gol dari pelbagai sudut dan pelbagai cara-tandukan, kaki kiri, kaki kanan, serta Free Kick, tak payah cakap la, tanya Almunia dan James..Pujian gak perlu diberi kepada pemain ke-12 Posemut iaitu 'tiang gol' diorang..Hampir 6 kali kot menyelamatkan Posemut dari bocor sewaktu first half..'Tiang Gol' Chelsea gak perlu dipuji, iaitu Big Pete..Cech menyelamatkan penalti membolehkan kita kekal 0-0 sebelum Didi menjaringkan gol tercantik dengan free kick seperti peluru ke penjuru gawang..Lampard, mungkin nak bagi James tak mental down sebagai keeper England di Afrika, jadi dia sengaja miss penalti terakhir..Papepon, kita dah melakar sejarah terbaru, Chelsea mendapat trofi Double buat pertama kali dalam history kelab!! KTBFFH!!

Saturday, May 15, 2010

0 Final FA Cup Preview : Mari Mencipta Sejarah!!

0 Comments
Sori agak lewat preview kali nie, jadi aku pon malas nak cakap banyak..Dalam 3o minit match akan bermula, dan aku akan cuba meringkaskan preview kali nie..

Update team Ivanovic dikatakan masih doubtful, jadi berkemungkinan Ferreira akan mengambil alih posisi Right Back..Bahagian lain, bagi aku tiada perubahan..Formasi malam nie (4-3-3) :

---------Cech---------
Ferreira-JT-Alex-Ash
Lamps-Ballack-Malouda
---Anelka-Didi-Kalou--

Result Prediction : Chelsea (2) - Posemut (0)

Yup, Posemut mungkin dah relegate dan berdasarkan rekod terdahulu diorang tewas besar 5-0 kepada Chelsea sebelum nie..Namun nie tak boleh dijadikan kayu ukur kerana di dalam FA Cup, terutamanya Final semangat pemain boleh jadi luar biasa, jadi aku takkan sesekali memandang rendah Posemut..Kekalkan corak permainan pantas, di samping disiplin yang tinggi di bahagian pertahanan, aku yakin Chelsea mampu memenangi match nie..Ayuh, kalahkan Posemut, kita bakal mencipta sejarah Double yang pertama!! KTBFFFH!!

Match LIVE 15 May 9.30pm

Eh, tak cukup lagi..Kitorang nak satu lagi malam nie!!



0 Match Terakhir??

0 Comments

Adakah malam nie akan menjadi match terakhir Joey??

Yup, aku pasti sume dah tau malam nie adalah match terakhir untuk Chelsea dalam kempen 2009/2010..Sob sob, agak sedih dan kita perlu menunggu hampir 3 bulan pasnie untuk melihat Mighty Blues kembali beraksi..Tapi nie bukanlah point UTAMA aku dalam post nie, walaupun season nie dah berakhir, Chelsea akan kembali beraksi season depan, tetapi bagaimana dengan player??

Beberapa pemain dah disebut2 untuk menjadi mangsa rombakan Carletto summer nie untuk mengurangkan purata umur di dalam skuad yang rata-rata 30an ke atas..Selain faktor umur, masalah gaji juga menjadi persoalan dengan Chief Executive Chelsea Ron Gourlay sudah mengatakan kelab ingin menjadi lebih self-sufficient..Bermaksud kos operasi akan dikurangkan dan pemain yang kurang beraksi tetapi mempunyai gaji tinggi mungkin akan dilepaskan..

Antara nama yang berlegar di benak pemikiran Fan Chelsea dah tentu Joey..Winger berbakat nie dah terperangkap dengan rumours sejak Januari lagi dengan tertangguhnya kontrak baru bersama Chelsea dan dia akan 'bebas' selaku Free Agent selepas kontraknya tamat Jun nie..Mancee, Spurs dan Manure antara yang dah disebut2 sebagai tempat Joey beraksi selepas nie, dan Spurs dilihat sebagai favourite, pindah dekat je ke London dan diorang akan beraksi di CL musim depan..Adakah malam nie akan menjadi match terakhir Joey?? Harap Fan Joey bersedia dengan menikmati aksi dia sehabisnya malam nie..

Selain Joey, beberapa pemain seperti Ballack, Carvalho, Ferreira, Deco dan Belletti juga antara nama yang akan chow selepas match malam nie tamat..faktor umur adalah penyebab diorang nie tidak akan termasuk di dalam perancangan Carletto yang kini sudah mempunyai pemain muda berbakat seperti Bruma, Stoch, Hutchinson, Aanholt, Kakuta dan Sturridge yang siap sedia untuk diberikan peluang beraksi lebih kerap musim depan..Sekiranya nama2 dalam list perpindahan nie adalah betul, aku berharap kemenangan Double Chelsea malam nie akan menjadi hadiah perpisahan bermakna untuk diorang yang dah lama berkhidmat untuk Chelsea..

With or Without Chelsea Crest On Your Chest, All of You Still The Best!!



Antara muka yang mungkin tidak akan memakai jersi biru Chelsea lagi musim depan..
Thanks for Everything..


0 Didi : We want Double!!

0 Comments

0 Road To Wembley

0 Comments
Wembley, Wembley, Wembley..

Perjalanan Chelsea ke Final FA Cup bukanlah sesuatu yang mengejutkan, tambahan pula kita dah memenangi piala tertua nie musim lepas..Jom imbas kembali bagaimana kita berjaya mara ke Wembley..

ROAD TO WEMBLEY :

Watford 5-0

Chelsea memulakan kempen FA Cup dengan amat bergaya dan cool habis..muka baru dan pemain muda berbakat, Sturridge membuka akaun gol bersama Chelsea dengan 2 gol, 1 gol dari Malouda dan Lampard, serta Own Gol dah cukup untuk membenam What-the-F di Bridge..

Preston 0- Chelsea 2

Sturridge sekali lagi memukau, kali nie menjaringkan gol kedua Chelsea selepas Anelka melakukan jaringan pembukaan di hadapan penonton Preston yang dah boleh agak diorang takkan pergi ke Wembley..

Chelsea 4 - Cardiff 1

Perlawanan menentang Cardiff adalah mudah walaupun suasana di luar padang amat sukar..Kes Skandal JT sedang hangat dihebohkan dan menerjah majalah Mangga dan URTV setiap hari..Marion Caounter pon sebok wat kisah di MyEG Extra Time, bersama2 Fazura..citer JT memang hot, tapi tak se-hot Marion kot, fuhh..Untuk meredakan keadaan, JT ketika nie diberi rehat dan dihantar ke Dubai untuk memujuk bininya yang lari dipukau Pak Arab..

Sepanas macam mane pon, Chelsea tetap berkuasa di Bridge..Sturridge sekali lagi mengganas dengan 1 gol, menyamai rekod Peter Osgood yang berjaya menjaringkan gol dalam 3 match berturut2..Didi, Kalou dan Ballack penambah duka Cardiff..Chopra menjaringkan 1 gol, satu-satunya gol yang berjaya membolosi gawang Chelsea sepanjang kempen FA Cup musim nie sehingga ke Final..

Oh ya, yang best nya dalam round nie bila Sengal, Manure dan Fool pulak tewas kepada lawan masing2, haha menyebabkan kita menjadi favourite sebagai juara..

Chelsea 2 - Stoke 0

Ketika nie kes JT masih hangat, dan Terry kembali kedalam skuad setelah terlepas match Cardiff..Lupakan Delap, Lampard menjaringkan gol permulaan selepas bergelut selama 35 minit berdepan team yang compact seperti Stoke..Lupakan Delap lagi, JT menjaringkan gol kedua Chelsea dengan tandukan berapi..Yup, sudah cukup untuk membakar press dan penonton Stoke yang tak pernah berhenti 'Boo' kepada JT..Celebration JT amat bermakna untuk diingati..

Chelsea 3 - Villa 0 ( Semi-Final Wembley)

Okeh, mungkin result akhir agak melampau, tetapi semi final di Wembley nie boleh dikatakan agak seimbang..Villa mengasak kita dengan hebat sepanjang First Half, namun Gol dari Didi di minit ke 69 dan gol lewat dari Lampard dan Malouda sudah cukup untuk memastikan Chelsea kekal hebat di Wembley baru..CHELSEA TO FINAL!!

Hajat aku nak bertemu Gudjohnsen dan Spurs tak kesampaian apabila diorang risau jika diayamkan oleh Mighty Chelsea di Wembley nanti..Posemut mengambil kesempatan dengan mengalahkan Spurs..Grant berkata " kitorang dah relegate, kalau kena belasah kat Final nanti normal la"

Chelsea - Posemut (Finale)

???

Rekod Chelsea di FA Cup sama hebat dan mantopp seperti di Premiership..sebanyak 17 gol dihasilkan dan hanya bolos 1 gol dalam 5 match Road To Wembley..Penjaring terbanyak kita di FA Cup adalah Sturridge (4), diikuti dengan Lampard (3), Didi dan Malouda (2)....Dalam 2 Final terakhir, kita dah berjaya mengalahkan Manure dan Everton di Wembley Baru, justeru aku yakin tuah Wembley sekali lagi akan kuat melekat kepada Chelsea..Hanya Arsenal (2002) dan Manure (1999) yang pernah mencapai Double buat kali terakhir..We will make history, again!!


From Chelsea to Wembley, we'll keep the blues flag flying high!!





Friday, May 14, 2010

0 Tuah Jersi Baru??

0 Comments
New Home Kits 10/11 - Double Champion??

Malam besok akan menjadi penentu samada Chelsea mampu melakar sejarah baru kelab dengan merangkul Double atau tidak..Tetapi aku yakin Chelsea akan menang, selain tuah Wembley yang amat kuat bersama Chelsea, kita dah ada perisai baru untuk menentang pihak lawan sok!!

Kit Home Chelsea season 10-11 yang menimbulkan kontroversi jalur merah akan dipakai oleh para pemain bermula malam esok di Wembley..Undian yang dilakukan bulan lepas membolehkan Chelsea mendapat hak memakai jersi biru diraja kebanggaan, manakala Posemut perlu memakai baju away biru/hitam diorang..Bagi aku ini dah dikira kemenangan, jika kita perlu memakai kit away belang hitam-biru, dah tentu haru-biru jawabnya sebab baju away nie memang terpamer ke'sialan'nya..

Harap baju home terbaru nie mempunyai aura yang tersendiri dan mampu memberikan tuah kepada skuad Chelsea untuk menjadi Double Champion!!

p/s : Tak sabar nak cari baju nie kat Padang Besar..:p


Thursday, May 13, 2010

0 Update Team : JT Terselamat!!

0 Comments
Baru malam tadi berita tergempar Kapitan Chelsea JT dikatakan tercedera sewaktu training di Cobham, berkemungkinan retak tulang metatarsal..Kecederaan nie dikatakan bakal menghalang JT untuk beraksi di Final FA Cup, serta mungkin terlepas aksi Piala Dunia di Afrika..Namun jangan risau buat semua Blues Fan, selepas scan rasmi dilakukan semalam, berita baik adalah JT tidak mengalami keretakan dan berkemungkinan tidak seteruk yang disangkakan..JT kini memakai protection boot dan dijangka bakal beraksi di Wembley hujung minggu nie..Sudah tentu berita ini bakal melegakan Carletto dan Capello..Harap Cappi JT cepat sembuh!!

Wednesday, May 12, 2010

0 Magician atau Pure Coincidence??

0 Comments
Mari kita saksikan apa yang dikatakan oleh Carletto dalam 2 bulan lepas :

‘We are disappointed. We are out of the Champions League and lost our position at the top of the table. The players, the club, we want to stay ­together at this difficult moment.


Ini adalah kata2 Carletto ketika terkeluar dari Europe dan seri 1-1 bersama Blackburn, sekaligus memberikan top position kepada Manure..Jom dengar ape lak kata2 die selepas tu :

‘I like statistics and I think that, in the past, with 86 points every team has won the title,’ Ancelotti said.

Ketika itu Chelsea menghuni tangga ketiga dengan 65 mata dan berbaki 8 match..Berdasarkan target Carletto, kita memerlukan 7 kemenangan bagi mencapai target 86 mata untuk memintas Manure dan menjadi Juara EPL..Dua bulan berlalu, mari saksikan result akhir table EPL yang berakhir Ahad lepas..


Ajaib?? Kebetulan?? Carletto boleh dikira pundits terhebat, dia meramalkan 86 mata sudah mencukupi untuk menjadi Juara EPL, dan dia membuktikan jangkaannya tepat!!..Mungkin bukan keajaiban mahupun kebetulan, dari segi logik akal, Carletto meletakkan target 86 mata sebagai matlamat kepada para pemain untuk kembali bangkit dari kekecewaan menentang Inter, dan sama2 mereka berusaha mencapai target tersebut..Tapi yang aku musykil, Carletto boleh mencapai 89 mata jika menang semua baki 8 game, adakah dia sengaja kalah dengan Spurs supaya target 86 mata jadi kenyataan?? Haha Carletto, kalo camtu, ko memang kerek abess..


King Carlo : aku dah agak dah..

2 Joey dapat seru!!

2 Comments

Tahniah kepada Joey kerana berjaya dipanggil ke last 30 squad oleh Capello..Ini semua hasil kerja keras Joey dalam beberapa minggu lepas, walaupun belum sepenuhnya kembali ke Top Form, dah cukup untuk meyakinkan Don Capello untuk memanggil winger berbakat nie..Joey patut berterima kasih kepada dua Italians, Carletto dan Capello yang masih mempercayai beliau..

Selain Joey, 3 lagi pemain utama Chelsea; JT, Lampard dan Ashley Cole turut dipanggil ke dalam skuad..Namun skuad nie belum final dan Joey masih berkemungkinan tidak dibawa ke Afrika..Hanya 23 pemain diperlukan untuk setiap skuad negara, dan sekiranya Joey mahukan tiket penerbangan percuma, dia masih perlu beraksi lebih mantap selepas nie, terutamanya dalam Final Fa Cup nanti..

Top 30 Squad England :

GOALKEEPERS:
Joe Hart (Manchester City), David James (Portsmouth), Robert Green (West Ham)

DEFENDERS:
Leighton Baines (Everton), Jamie Carragher (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Michael Dawson (Tottenham), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Liverpool), Ledley King (Tottenham), John Terry (Chelsea), Matthew Upson (West Ham), Stephen Warnock (Aston Villa)

MIDFIELDERS:
Gareth Barry (Manchester City), Michael Carrick (Manchester United), Joe Cole (Chelsea), Steven Gerrard (Liverpool), Tom Huddlestone (Tottenham), Adam Johnson (Manchester City), Frank Lampard (Chelsea), Aaron Lennon (Tottenham), James Milner (Aston Villa), Scott Parker (West Ham), Theo Walcott (Arsenal), Shaun Wright-Phillips (Manchester City)

FORWARDS:
Darren Bent (Sunderland), Peter Crouch (Tottenham), Jermain Defoe (Tottenham), Emile Heskey (Aston Villa), Wayne Rooney (Manchester United)

Emm mengenai kontrak Joey, dikatakan akan dibincang selepas semua match habis, iaitu selepas Final FA lawan Posemut nanti..Selain Joey, Ballack dan Anelka pon akan turut serta berunding..Bagi aku Ballack hampir pasti perlu dilepaskan atas faktor umur, Anelka mungkin stay..Joey, mungkin perlu tengok kepada wages dia, aku nak die stay tapi kalo masih demand tinggi, mungkin perlu dilepaskan..Apapun kita masih ada satu match, selagi semua masih sah player Chelsea, sokonglah diorang habis-habisan!!