The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, February 28, 2011

0 4-4-2 : Tactical Masterstroke??

0 Comments

"In recent times we have played with various systems, 4-3-3 and 4-4-2 with a diamond in the middle.

"For the FCK game, Carlo went with a flat middle four, which he has never tried before.

"It was a brilliant move by him because it was a hand-to-hand combat instead of a battle between two different systems. The FCK players found it difficult to compete with our midfield of Michael Essien, Ramires and Frank Lampard."

-Frank Arnesen-


Adakah satu kebetulan?? Ataupun Carlo dah menemui formasi terbaik untuk Torres blend dengan sempurna ke dalam skuad The Blues?? Kejayaan Chelsea meraih kemenangan ke atas Copenhage Rabu lepas banyak dikaitkan dengan taktikal Carlo yang menggunakan formasi baru flat atau normal 4-4-2 buat kali pertama..Anelka digandingkan bersama Torres di bahagian hadapan, manakala Ramires diemplentasi sebagai Sayap Kanan dan Malouda di sayap kiri, Essien dan Lampard menjadi anchor midfield..

Hasilnya amat memuaskan, mobiliti Anelka nampak lebih sesuai sebagai parnership kepada Torres berbanding Didi yang gemar menjadi Top Marksman..Seperti yang aku katakan sebelum nie, Didi dan Torres seumpama minyak dan air, tidak boleh berganding bersama kerana abiliti, gerakan dan posisi yang amat serupa..Torres juga dilihat lebih selesa mempunyai Anelka sebagai pembantu di bahagian hadapan dan dia dilihat tidak berkeseorangan ketika menyerang berbanding ketika menjadi lone striker dalam formasi 4-3-3..Gandingan Anelka-Torres mengingatkan aku kepada partnership Gerrard-Torres ketika 2008 yang memang merbahaya..Stevie G diberikan peranan Second Striker, membantu Nando dalam setiap serangan yang membolehkan budak blonde nie mencatat 33 gol dalam 46 appearances untuk musim pertamanya di EPL..Masih agak jauh untuk menilai sejauh mana bagus gandingan Anelka-Torres, tetapi dilihat ada potensi untuk menjadi sesuatu yang 'marvellous'..

Apa yang membezakan 4-4-2 (atau 4-2-2-2) berbanding formasi Diamond kegemaran Carlo (4-3-1-2) adalah width..Dengan menggunakan kelajuan sayap kita lebih lethal terutamanya formasi ini lebih sesuai di EPL kerana di England pertahanan lebih gemar drop deep dan bertahan jadi formasi diamond kerap kali gagal membuka benteng yang degil kerana ia tak fleksibel dan mudah dijangka..Menggunakan sayap mampu menarik pertahanan lawan keluar dari posisi mereka dan ia lebih mudah untuk menghancurkan formasi lawan..

Persoalannya. adakah ia formasi terbaik Chelsea buat masa kini?? Jawapannya Ya dan juga Tidak..Yupp, memang formasi baru 4-4-2 dilihat menjadi ketika menentang Copenhagen tetapi harus diingat kelab arak Denmark nie tak bermain selama dua bulan dalam match kompetetif jadi formasi baru kita ini belum lagi diuji oleh lawan yang lebih berkaliber..Malah taktikal di Eropah adalah berbeza kerana diorang lebih open dari English Club..

Pada pendapat aku, 4-4-2 memang bagus tetapi apa yang menjadikan ia adalah satu taktikal masterstroke adalah apabia ia digunakan sebagi salah satu dari pelbagai formasi untuk mengelirukan pihak lawan..Jika sesiapa memerhati sebaiknya match kita di Denmark, Chelsea tak menggunakan sepenuhnya formasi 4-4-2 kerana ketika counter attack Malouda sering dilihat masuk kebahagian tengah manakala Ramires drop deep ke bahagian midfield membentuk taktikal Diamond..Chelsea kini boleh mempelbagaikan serangan dan corak permainan di atas padang walau apapun formasi yang kita tulis di atas kertas pada permulaan match..

Carlo memang terkenal dengan 'kelambatan' dia adapt dengan suasana baru malah sering digelar Tinkerman kebelakangan nie kerana sering tewas dalam sebarang perlawanan akibat ketiadaaan Plan B..Tapi sekiranya Carlo dah dapat menemui formasi yang benar-benar tepat untuk pemainnya seperti transisition 4-3-3 musim lepas, dah pasti kita akan dapat melihat Chelsea melakukan peningkatan mendadak selepas ini..Sepanjang hampir dua musim bersama The Blues, Carlo sudah pernah menggunakan formasi Diamond (4-3-1-2), Width 4-3-3, Padat 4-2-3-1 dan terbaru Flat 4-4-2..

"Aku dah ada 4 formasi sekarang"

Apa yang penting dalam perang taktikal antara manager adalah 'elemen kejutan'..Daglish menewaskan Carlo dengan formasi tak dijangka 5-4-1 di Bridge manakala Jose mengeluarkan Chelsea dari CL musim lepas dengan menggunakan surprise taktikal 4-3-3..Formasi apa pun tak berbeza tetapi apabila ia mampu menyebabkan manager lawan mati akal bermakna taktikal tersebut boleh dianggap berjaya..Dengan mempunyai 4 formasi yang sudah diterapkan kepada para pemain, bermakna Carlo boleh mempelbagaikan strategi untuk mengalahkan lawan..

Sebelum nie Carlo sukar merubah formasi kerana kekurangan senjata tambahan, namun kini dengan adanya Ramires, Torres dan David Luiz telah membolehkan Carlo bermain taktikal dengan bebas..Ditambah dengan adanya pemain serba versatile seperti Anelka dan Malouda yang boleh beraksi di mana2 posisi serangan dalam setiap formasi yang berbeza, ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana Caro mengeksploitasi pendekatan yang berbeza untuk membentuk satu strategi yang dipanggil Tactical Masterstroke!!


Friday, February 25, 2011

0 Mengulangi Milan 2007

0 Comments
Moh pergi Wembley!!!


Cibai di liga, gempak di Eropah - Selain Liverpool yang mencipta kejutan pada 2005, skuad Milan juga antara yang mengejutkan penganalis bolasepak apabila menjuarai Liga Juara-Juara pada 2007..Dengan Chelsea kini di tangga kelima liga, tetapi masih berpeluang memenangi CL, segalanya tak mustahil..Apa yang penting adalah kita mempunyai manager yang mengemudi skuad Milan 4 tahun lepas melepasi Celtic, Bayern, Manure di peringkat kalah mati seterusnya meleburkan Liverpool di Athens untuk merangkul kejuaraan Eropah ke-7 buat Rossoneri..Selepas kemenangan 2-0 Chelsea di Copenhagen, The Blues hampir pasti ke Last 8 dan mari kita dengar apa kata Carlo :

“The season is not finished. A lot of times, I've been able to manage this moment. I want to remind you in 2007 it was the same situation (with AC Milan) and the Italian journalists know this. Maybe it (the current season) could be the best season that we (Chelsea) can ever have a memory of. Maybe it could be the worst. I don't know.”

“The Champions League is the most important competition. We are involved this season more than in other competition. We need to be focused and try and do everything to our best. We have to go game-by-game and we have to move on from this stage.”

Bagi sesiapa yang masih meragui keupayaan Chelsea mampu menyaingi skuad Milan 2007, boleh baca artikel nie (link)

Apapun kita masih dalam di peringkat awal kalah mati, masih awal untuk membuat sebarang spekulasi..Take step by step adalah langkah terbaik..Apa yang penting adalah kita harus meningkatkan corak permainan kita bermula sekarang ke tahap tertinggi kerana bermula dari suku akhir ke final adalah ujian sebenar..Sekiranya gandingan Torres-Anelka mampu menyaingi feat Kaka-Seedorf yang menggegar Eropah tahun 2007, CL dijangka akan dibawa berarak buat kali pertama sekitar SW6 London..In Carlo We Trust..Keep The Faith, Keep the Blues Flag Flying High!!



Wednesday, February 23, 2011

0 Post Match : Segalanya Sempurna

0 Comments

Chelsea menang 2-0, Spuds kalah lagi - Apa lagi yang diminta?? Segalanya sempurna!! Malam tadi memang mengukir senyuman buat semua fan The Blues, kemenangan penting di Denmark bermakna Chelsea sudah hampir pasti akan ke Last 8 Champions League musim nie, berterima kasih kepada dua gol away sumbangan Abdul Salam Bilal..Manakala bagi sesiapa yang tak tahu, ada satu match EPL menyelit antara aksi Eropah iaitu Blackpool dan Spuds..Mungkin takde sape yang kesah tapi bagi Chelsea, kita memerhati match nie yang akan menentukan nasib kita untuk mendapatkan tiket CL musim depan..Kekalahan 1-3 Spuds (yahoo??) hasil sumbangan aksi hebat Charlie Adam bermakna Chelsea kekal 2 mata di belakang Spuds, dengan kurang satu game..Tambah ironic bila Adam mendapat kad kuning bermakna dia akan terlepas match menentang The Blues bulan Mac nanti..Kemenangan ke atas Manure dalam fixture seterusnya ( Selasa depan) akan membolehkan Chelsea merampas kembali tangga keempat..

Baik, beralih ke match pagi tadi, kunjungan ke Denmark memang chill, sesejuk suhu takat beku di Copenhagen..Preview match nie banyak mengatakan Copenhagen adalah sebuah team yang kental, hasil keputusan berjaya mengikat Barca di laman sendiri dalam Group Stage..Yeah, munskin rehat dua bulan Winter menyebabkan team kendalian Stale Solbakken nie kurang panas, tetapi tetap amat teruk dalam pandangan mata aku..Selepas 90 minit match semalam, diorang taklah sehebat mana seperti yang digembar-gemburkan..Haktuihh, buat aku risau je..

Chelsea memulakan match, sekali lagi tanpa Drogba mengulangi formasi menentang Fulham minggu lepas..Torres menjadi target man, ditemani Anelka dan Malouda dalam serangan 3 serangkai...Ramires, Essien dan Lampard kekal menjadi nadi tengah, manakala Back 4 adalah sama ketika menentang Everton, cuma Ferreira digantikan dengan Bosingwa..Formasi digunakan adalah 4-3-3..

The Blues memulakan asakan dari minit pertama, dan player kita nampak lebih 'hunger', mungkin impak dari kekecewaan tersingkir FA Cup barangkali, dan ia adalah reaksi yang positif..Selepas mendominasi sepanjang match, Copenhagen dilihat hanyalah team cap ayam walaupun bermain di reban sendiri..Pihak lawan dilihat nervous dan gugup berdepan ol The Blues, hmm nie adalah penampilan kedua diorang dalam CL jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan..

Tak menunggu lama, hasil asakan demi asakan The Blues membuka jaringan hasil sumbangan Anelka..Kita melakukan counter yang pantas apabila Gronkjaer masih teringat dirinya adalah pemain The Blues lalu memberikan assist cantek untuk Nik membawa bola ke dalam kotak penalti lalu merembat gol pantas melepasi Wiland..Chelsea mendahului 1-0 !!Berapa minit kemudian Torres hampir membuka akaun gol untuk The Blues tetapi tidak berjaya menembusi gwang lawan..

Second Half Chelsea kembali meneruskan penguasaaan dan Anelka menambah derita tuan rumah dengan gol kedua Chelsea, kali nie hasil hantaran bijak Lampard..Dengan 2 gol away, Chelsea nampak selesa dan cuba mencari gol ketigam terutamanya Torres, namun berjaya dihalang oleh keeper pihak lawan..Copenhagen cuba melakukan serangan counter namun tidak memberikan threatening yang betul-betul umphh untuk membuatkan Cech membuka topi dan menggaru kepala.."Tak mencabar langsung" kata Cech penuh angkuh..Didi dimasukkan menggaantikan Anelka sekaligus menggandingkan duo ini di hadapan..Namun Didi hilang punca dan sekali lagi lembab seperti kebiasaan sehingga aku terlupa dia ada di atas padang..Yuri dan Kalou di masukan dalam hujung match tetapi dengan masa yang singkat tiada impak dapat diberi..Match tamat, Chelsea pulang ke London dengan kemenangan 2-0!!

Walaupun mendapat result yang perfect, performance bagi aku ada lubang yang boleh diperbaiki..Torres, Anelka, Ramires, Essien dan Cech antara player yang menonjol malam tadi..Torres dan Anelka menunjukkan gandingan yang lebih berkesan berbanding Didi dan jika bukan kerana sedikit nasib Torres berhak mendapat sekurangnya satu gol semalam..Kepantasan Nando dilihat sudah kembali dan movement serta trick dia dalam kotak adalah suatu yang mengasyikkan untuk ditonton..Yeah, Nando simpan satu gol pertama untuk Manure, apadahal?? Anelka adalah MOTM, memang tak syak, dua gol yang penting diharap memberikan konsistensi kepada Nik untuk terus menggegar jaring..7 gol dalam 6 match di CL, kini Nik adalah Top Scorer Chelsea di Europe, hamp dapat diadaptsaikan ke liga domestik..Ramires sememanya marvellous, semakin lama budak nie main, semakin suka aku dengan performance dia..Gandingan Ram dan Essien di bahagian tengah memang 'best' dan 'beast' sehingga mengahncurkan midfield pihak lawan sepenuhnya dan hasil usaha keras duo ini kita dapat menguasai possesion sepanjang match..Cech?? Tenang, tangkas seperti biasa - solid performance walaupun kurang diuji..

Walaupun ada pmain yang beraksi bagus, ada jugak yang sambil lewa..Terry, Iva, Bossingwa, Didi dan Mlouda antara yang tersenarai..JT dan Iva agak solid secara defensive tetapi beberapa kesilapan bodoh hampir menyebabkan kita dihukum, harap lebih fokus pasnie..Bossingwa pulak kembali ke tabiat asalnya gemar naik ke atas sehingga meninggalkan defend, malah cross dia malam tadi pon macam cibai..nampaknya Iva akan tetap menjadi first choice RB sekembali Alex nanti..Malouda tetap hambar macam sebelumnya walaupun masih menjadi pilihan Carlo..Namun ia takkan bertahan lama, denganyuri semakin cergas, nampaknya Carlo sedia memberikan posisi kegemaran Yuri di Russia iaitu Left Winger..Didi walaupun baru masuk, tetapi kelihatan lembab seperti ketika menentang Everton, malah mungkin tiada impak langsung sampai aku lupa dia ada atas padang..Dengan kehadiran Torres yang semakin lama semakin serasi dengan corak formasi Chelsea, kehadiran Drog semakin dilupakan oleh Carlo..Walaupun Didi adalah star kita, aku puji Carlo kerana berani drop Didi sekaligus memberikan amaran kepada pemain lain bahawa dia masih Boss dan sesiapa yang bermain teruk akan dikeluarkan dari first team..

Dengan kemenangan penting nie diharap akan meredakan pressure ke atas Chelsea dan menutup mulut Carlo-Haters..Walaupun performance kita semalam belum mencapai perfection, apa yang penting adalah result untuk menaikkan semangat dan keyakinan diri para pemain..Jika kita dapat result positif secara konsisten, aku yakin performance akan hadir kemudian..

Dengan kemenangan di Eropah dan kekalahan Spuds, bermakna kita semakin hampir ke targert utama Top 4 dan CL..Untuk CL segalanya masih awal dan kita harus down to earth dan follow step by step..Liga akan tetap menjadi keutamaan dan match seterusnya kita akan menentang Manure di Stamford Bridge..Apa yang mengujakan adalah kita akan menyambut kembali David Luiz untuk beraksi bersama Torres..Segalanya nampak fantastik ketika ini, harap ia berkekalan, KTBFFH!!








Tuesday, February 22, 2011

0 CL Preview : Torres starting 11

0 Comments

Berdasarkan berita di Official, Carlo dah mengesahkan Torres yang direhatkan dalam FA Cup Rabu lalu akan bermula menentang Copenhagen malam nie (pagi esok).Bermain di Eropah diharapkan dapat menaikkan nafsu Nando untuk menjaringkan gol pertamanya untuk kelab kerana dia hadir ke Bridge dengan satu tujuan iaitu beraksi dalam Champions League..

Copenghagen mungkin tidak popular dan sebesar kelab Eropah lain, tetapi rekod Eropah diorang musim nie amat kuat terutamanya bahagian pertahanan diorang yang kental sehingga mampu mengikat Barcelona 1-1 dalam Group Fixture..4-4-2 adalah formasi pilihan Stale Solbakken walaupun diorangn juga boleh bermain 4-4-1-1 menggunakan 5 midfielder..Selain Gronkjaer yang merupakan ex-Chelsea player, Copenghagen mempunyai midfielder yang hebat iaitu William Kvist..Masih berumur 25 tahun dia merupakan pemain yang hebat melakukan asakan dan rajin mengejar bola..Dijangka akan berentap kuat bersama Essien untuk mendapatkan kekuatan possesion..Dengan barisan pertahanan yang mantap, serta kekuatan sokongan home fan, ia akan mengambil kesabaran yang kuat untuk cuba menembusi gawang lawan..

Apa yang menjadi tanda tanya dah tentu formasi pasukan..Carlo kini digelar Tinkerman, gelaran yang diberikan kepada Ranieri kerana tidak tahu apa yang dia lakukan..Adakah Toress akan bermain lone atau partnership?? Adakah Carlo akan bermain diamond atau wide??

Carlo mengatakan sebelum ini bahawa dia masih belum berputus asa untuk menggandingkan Didi dan Nando di bahagian serangan..Hanya Alex dan Benayoun yang masih sidelines, manakala pemain lain kesemuanya cergas termasuklah Bosingwa yang dijangka akan kembali menggantikan Ferreira..Bagi aku Carlo perlu mencuba flat 4-4-2, dengan formasi nie kita akan dapat menggandingkan Didi dan Torres di hadapan, di samping menggunakan width melalui side midfielder..Harap kita takkan menggunakan Diamond lagi..

Skuad malam nie :

Cech
Boss-Iva-JT-Ash
Ram-Essien-Lamps-Zhirkov
Torres-Didi

Result Prediction : Copenhagen (1) - Chelsea (2)

Tersingkir dari FA Cup bermakna hanya tinggal CL sebagai satu-satunya harapan tunggal utuk kita mendapatkan trofi musim nie..Ia akan menjadi satu motivasi tambahan buat para pemain bahawa musim nie belum dikatakan failure dan kita akan mensasarkan kejayaan Eropah di Wembley bulan Mei..Mungkin agak sukar terutamanya kita dalam rentetan kekalahan yang teruk tetapi tidak mustahil kita boleh melakukannya..Come on Chels!! KTBFFH!!




Monday, February 21, 2011

0 Pesanan Seniore'

0 Comments
Ini bukan Muhammad Ali


Nie bukan aku yang cakap, tapi bro legend Centre Back Chelsea sendiri, Marcel Dessaily mengenai situasi Carlo :

"In my opinion we need to give some credit and time to Carlo so he can reorganise the team," Desailly said. "He needs to get the three-man midfield back to its best, which is not easy with Frank Lampard and Michael Essien still recovering their form after long-term injuries.

"Also Ramires is a newish player and still needs time to settle. Then they can start performing again.

"There is also the small matter of getting Fernando Torres used to playing with Didier Drogba, who himself has had problems with his fitness.

"All these things were out of Carlo’s control in a way, with lots of small things that need readjustment. Six months ago he was the man and, with a few things happening behind the scenes too, you cannot immediately blame him."



Selain Zola, Bro Dess nie memang aku minat, sebagai seorang Captain, Rock Defender dan pemenang Piala Dunia, dia memang popular di kalangan fan..Membentuk gandingan mantap bersama Frank Labeouf dibahagian tengah, duo ini menjadi benteng kukuh yang memenangi FA Cup pada 2000 menewaskan Aston Villa..Apa yang aku puji mengenai Dess adalah dia merupakan mentor yang fantastik ketika JT masih muda dan mentah ketika itu..Malah Dess juga yang memberi tunjuk ajar kepada Young JT untuk menjadi defender yang kental sepertinya, dan yang amat penting membentuk sifat kepimpinannya menjadi Captain Marvel yang kita kenali sekarang..Harap JT juga dapat melakukan perkara yang sama, menjadi mentor kepada David Luiz yang masih muda..Tunjuk ajar ku sifu!!

Haha alang-alang tetibe citer pasal Dessaily, mesti korang nak tau apa dia buat skang bukan?? Dia sekarang sedang dalam proses nak mendapatkan Coaching Badge, mengikuti jejak Di matteo dan Zola untuk menjadi manager..Apa yang menarik adalah Dess disebut untuk mengambil jawatan sebagai manager negara kelahirannya, Ghana..Rancangan asalnya adalah untuk mengemudi Black Stars di WC 2010 tetapi kelewatannya untuk mendapatkan lesen (ditangguh selama 4 bulan akibat masalah dalaman) menyebabkan plan tersebut perlu ditangguh..Hanya masa menentukan samada dia akan dapat merealisasikan impian dia atau tidak..Apapun all the best untuk bekas kapten marvel kita, KTBFFH!!


Sunday, February 20, 2011

12 Post Match : Salah Siapa??

12 Comments
Tersingkir awal?? Arghhh!!! Prtfffffffffffff!!!!!

Chelsea tersingkir dari FA Cup - Jangan salahkan pihak lawan, salahkan diri sendiri..Dapat berdozen-dozen peluang depan gawang lawan dalam second half, tetapi tak convert kepada gol adalah satu kegagalan utama malam semalam..Walaupun kita dapat gol pendahuluan, kita tak dapat mencari gol kedua untuk menamatkan match lebih awal..Babines menjaringkan gol menerusi free kick ketika berbaki 3 minit pada second half Extra Time sekaligus mengikat kedudukan 1-1..Penalti memang aku tak mengharap kuat sebab kita memang 'lemah lutut' dari dulu lagi bab-bab sepakan penalty nie..Seperti dijangka, Anelka dan Ash gagal menjaringkan gol, sekaligus membenarkan Everbontot mara dengan scoreline 3-4..Officially, kita dah tersingkir FA Cup, hanya tinggal CL dan Top 4 untuk dikejar..Salah siapa??

Sejujurnya bagi sesiapa yang tengok match nie, mungkin ada yang berbeza pendapat tapi bagi aku performance kita agak bagus sebenarnya, terutamanya dalam second half (first half macam cibai)..Kemasukan Essien menggantikan Mikel menambah energy dalam skuad dan kita mengawal Everbontot selama 45 minit Second Half serta Extra Time..Tidak seperti ketika menentang Fulham, midfield kita dilihat bekerja keras untuk mencipta peluang terutamanya Ramires yang memang aku puji peningkatan dia..Kita kurang efektif di bahagian serangan tetapi persefahaman pemain nampak ada peningkatan terutamanya kita lebih kreatif mencipta peluang..Lampard dilihat hampir kembali ke prestasi asal sebagai Box to box midfielder dan timing dia nampak cantek cuma finishing agak kurengg..Dengan 5-6 peluang terbuka di hadapan gol, kalau Frank kini adalah Super Frankie dahulu, dah tentu kita dapat menang dengan margin besar..Apapun Frank tetap perlu dipuji untuk gol pertama semalam, cuma harap dia jadi lebih ruthless dan asah kasi tajam selepas nie..

Everbontot, hanya nasib-nasib-nasib...Gol Baines memang gol individu, dari segi performance team, Chelsea lebih menguasai Everbontot dari segenap penjuru..Dengan kita mempunyai peluang gol yang lebih banyak, bagi aku kita tak layak terkeluar..Penalti tak payah la cerita..Tap i itulah bolasepak, kadangkala kejam dan sukar diterima..Tuah memainkan peranan, dan malam tadi Chelsea sekali lagi Out of Luck..

Seperti yang dijangka, jeritan SACK CARLO semakin kuat kedengaran..Keadaan menjadi dari Bangang ke Amat Bangang..Yup, amat mudah menyalahkan manager tetapi bagi aku pemain jugak perlu dipersalahkan jika kita bermain teruk..Salah Ancelotti ke jika Lampard tak menyudahkan 6 percubaan dalm kotak penalti?? Salah Ancelotti ke jika Anelka dan Ash tak gol penalti?? Pecat Carlo hanyalah satu opsyen, dan bagi aku memang tak sesuai waktu sekarang, tunggu akhir musim, barulah kita akan menilai Carlo samada dia adalah candidate sesuai untuk jangka masa panjang..Pressure di Bridge ketika ini amat tinggi, sape sudi nak jadi manager Chelsea sekarang jika Carlo dipecat?? Emenalo?? Bulsit~

Cuma apa yang merisaukan aku adalah bagaimana pemain akan memberikan reaksi hasil kekalahan mengejut malam tadi..Gol minit akhir pihak lawan adalah Big Blow, manakala tewas penalti sudah tentu akan menyentap semangat para pemain..Kini tanggungjawab terletak di bahu Carlo untuk memotivasikan para pemain, terutamanya apabila kita mempunyai match penting Rabu depan menentang Gopenghagen..Harap pemain kita akan bangkit dengan semangat juang yang kuat!!

Walaupun pasrah terkeluar FA Cup, ada hikmah disebaliknya iaitu fixture kita akan kurang padat bermakna kita boleh menumpukan sepenuhnya usaha mendapatkan Top 4 serta CL..Dapat salah satu atau kedua-dua sekali adalah target utama, harap kita dapat mencapai sasaran di akhir musim nanti..Yang lepas-lepas tu sudah le, lupakan yang lalu, fokus untuk masa depan..Musim ini belum berakhir, KTBFFH!!



Saturday, February 19, 2011

0 FA Cup Preview : King Didi mahukan takhta kembali!!

0 Comments

Yupp, King Didi sedia merebut kembali kawasan jajahannya yang dirampas oleh budak baru Torres..Selepas diturunkan pangkat ke bangku simpanan menentang Fulham, maruah The King pasti tercalar ditangan budak blonde..King Didi yang sudah merajai bahagian atttacking bertahun lamanya tidak sekali gentar, kerana dahulu ada juga gerangan dak Blonde dari Ukraine hadir, tetapi berjaya diusir dengan kekuasaan The King yang tersohor..New Kids in the house?? King Didi sudah sedia mempertahankan crown miliknya!!

Walaupun hanya disebabkan Torres cup-tied dalam FA Cup kerana penglibatannya bersama Liverpool, Didi dah tentu akan mengambil kesempatan nie untuk membuktikan dirinya belum 'tamat' dan dia berhak diletakkan dalam skuad utama..Ketiadaan Torres bermakna Didi akan kembali mengemudi bahagian serangan sebagai Top Hitman..Strategi Carlo merehatkan Didi minggu lepas bukannya kebetulan, dengan tujuan untuk membangkitkan rasa amarah Didi untuk kembali beraksi hebat seperti dahulu..Yeah, macam korang tak tahu je, The King menjadi lebih berbahaya apabila diberikan punishment, sepertimana ketika Hiddink membebaskan Didi dari kurungan Scolari yang favourkan Anelka, tanya je Juve, rest is history..

Yo, yo, blonde guy, you think you're the best?? Juz rezz, The King will take the rest!!

Selain Torres, seorang lagi pembelian baru David Luiz juga tidak eligible untuk FA Cup kerana tidak mendaftar awal, iaitu sebelum First Leg menentang Everton di Goodison Park 29 Januari lalu..Iva dijangka akan kembali beraksi sebagai Centre Back dan Bosingwa di bahagian Right Back..Bagi aku ia adalah timing yang bagus kerana kita juga akan kehilangan David pada pertemuan bersama Copenhagen minggu depan, jadi Back 4 yang sama akan dapat menyesuaikan diri untuk 2 match sekaligus..

Yuri, smile again??

Satu lagi berita baik adalah Yuri Zhirkov sudah kembali fit, dan dia bakal diletakkan dalam skuad utama malam nie..Walaupun dah hampir berbulan tak bermain, kehadiran Yuri tetap memberikan impak positif dan memberikan Carlo lebih choice untuk membuat sebarang perubahan pada skuad..Kepantasan Yuri adalah senjata utamanya, malah long shot dia seperti ketika menentang Spartak Moscow boleh menjadi satu kelebihan..Dengan versatility sebagai attacking midfield ataupun left winger, Yuri mampu memberikan dimensi tambahan malam nanti..

Mengenai skuad lawan, berita baik adalah dah tentu ketiadaan mamat Saharuddin..Dengan 9 gol dalam pertemuan menentang Chelsea bersama 3 kelab berbeza - Fulham Manure dan Everton, Saha adalah badi utama kita sepertimana Didi dan Sengal..Tanpa Saha yang cedera, bahagian defence kita seakan sudah boleh menarik nadas lega, tapi awas!! Jangan dilupakan diorang ada mamat Australia yang baru pulang, Tim Cahill - dan kangarooman nie memang berbahaya terutama di udara..Harap JT dan Iva mengambil perhatian agar pertahanan kita kekal kental walaupun tanpa David..

Selepas direhatkan menentang Fulham, Kalou dan Mikel dijangka akan bermain starting..Sedikit rotation akan dilakukan untuk memberikan beberapa pemain untuk 'segar' menjelang match minggu depan menentang Copenhagen..

Skuad malam nie :

Cech
Boss-Iva-JT-Ash
Essien-Mikel-Lampard
Anelka-Didi-Kalou

Result Prediction : Chelsea (1) - Everton (0)

MATCH LIVE 19 FEB STAR SPORTS (CH813) 8.40 pm

FA Cup satu je piala yang aku rasa konfiden boleh menang musim nie..Liga dah hampir tamat, manakala CL masih awal untuk menentukan nasib Chelsea..Dengan kita bakal memecahkan satu lagi rekod - kelab pertama menang FA Cup 3 kali berturut-turut dalam 125 tahun, ia adalah satu motivasi tambahan untuk kita memenangi match malam nie dan mensasarkan Wembley sekali lagi..Yeah, harapnya kita dapat Dua Final di sana pada Mei nanti, siapa tahu..Cmon Chelsea, KTBFFH!!


Thursday, February 17, 2011

0 Why so seriousss??

0 Comments
Huh naik muak aku dengan kata-kata nista yang penuh negatif di segenap laman web mengenai Chelsea..Tambah menyedihkan bila ramai fan The Blues sendiri yang melaungkaan slogan "Sack Carlo" dan mahukan dia dipancung dari kerusi manager di Stamford Bridge..Yupp, memang diakui prestasi kita kini macam cibai, tapi, Why So Serious??

Selepas membawa The Blues mencapai Double musim lepas, Carlo harus diberikan sedikit 'rasa hormat' dari penyokong..Ada ke manager yang perfect?? Jose, Fergie, Wenger, antara manager terbaik dunia tetapi diorang pon pernah mempunyai waktu sukar masing-masing..Tambahan pulak memecat manager di tengah musim hanya mengundang padah dan mengganggu kestabilan, di samping tiada pengganti yang berkaliber ketika ini..Bagi aku fan yang hanya tahu mencari kesalahan staff dan player bagi aku bukan fan sejati..Sebagaimana sukar pon, penyokong tegar perlu berdiri teguh di belakang player dan manager yang menjadi tunjang kelab..Mereka tak minta dipuji, apa yang dipinta hanyalah sokongan sepenuh hati..Carlo perlu diberi sokongan dalam dan luar kelab..

Zaman Peralihan

Season nie memang boleh dikatakan 'disaster' buat The Blues tetapi apadahal?? Walaupun kita di kedudukan sukar sekarang, aku tak risau, seriously, kerana bagi aku apa yang penting adalah kelab berada di hala tuju yang betul..Jika dua musim lepas kita dihambat kerisauan mengenai skuad berumur, kini aku dapat melihat kita sudah menemui jalan penyelesaian..Pembelian Luiz dan Torres adalah hint bahawa kita dalam proses pembentukan skuad baru yang bakal menggantikan skuad 'Era Emas' Mourinho..Skuad ini telah mengemudi The Blues menjadi salah satu gergasi Eropah dalam 7-8 musim yang penuh gemilang..Musim lepas adalah satu keajaiban kerana skuad yang dibentuk Ranieri dan Jose ini sebenarnya telah lama dihambat usia, tetapi kejayaan Double boleh dikatakan hadiah terakhir dari skuad generasi yang dipimpin Didi, Lampard dan Terry untuk peminat setia..Kini adalah masanya kita beralih ke satu lagi Era Baru..

Era David, Ramires dan Torres

Kemasukan Luiz dan Torres sudah tentu menandakan bahawa era pemain lama seperti Didi, Anelka, Malouda sudah semakin sampai ke penghujungnya..Ballack, Deco, Joey dan Belletti boleh dikatakan proses penyingkiran secara berperingkat pertama untuk kita memberi ruang kepada pemain generasi baru..Ramai lagi yang akan dikeluarkan pasnie..Kita kini di zaman peralihan, ditunjangi dua pembelian mega ini, kita akan membentuk satu lagi skuad emas dan ini yang menjadikan masa depan kita dilihat lebih bermakna..Mungkin kita kini dalam suasana sukar, dan bagi aku ia normal dalam proses perubahan, sudah tentu akan ada sedikit 'lagging', tetapi sebaik sahaja kita sudah mendapat satu skuad generasi baru yang serasi, kita akan kembali mengganas!!

Masa Depan Nampak Cerah

Di antara skuad generasi Mourinho, hanya 5 pemain sahaja yang bagi aku akan stay lama di Chelsea, iaitu Cech, Terry, Lampard, Mikel dan Kalou..Manakala pemain berumur lain seperti Didi dan Anelka akan dikeluarkan secara beransur-ansur..Tak summer ni, mungkin Januari atau Summer depan..Bersama Luiz dan Torres, di support oleh pembelian terawal Ramires, serta beberapa pemain muda berbakat seperti Josh, Van Aanholt, Sturridge - ia adalah sesuatu yang mengujakan aku untuk melihat bagaimana skuad ini berkembang..

Melihat kepada masa depan The Blues, ini adalah ramalan barisan skuad utama Chelsea pada 2015 :

First Team :
GK: Cech (33) - Sudah berumur, tapi Cech diyakini akan terus perform seperti VDS..
RB: Ivanovic (31) - Kental bertahan, dia akan menjadi tonggak kita untuk waktu yang lama..
CB: David Luiz (26) - 2 game dah impress fan Chelsea satu dunia, New Carvalho in the making.
CB: Terry (34) - Cappy Forever, takde siapa dapat menggantikan JT..
LB: Van Aanholt (25) - Pantas, determine, lethal - bakal pengganti Ash..
DM: Mikel (28) - Agak sloppy sekarang, tapi 'Mikelele' dijangka dah matang ketika ini..
CM: McEachran (22) - Umur 17 dah meletup, dalam 5 tahun dia akan jadi World Class..
LWM: Lalkovic (23) - Kakuta feymes, tetapi Lalkovic nampak lebih marvellous, watch him!!
RWM: Ramires (26) - Kekal bertenaga seperti Essien, Ram akan terus bersinar!!
SS: Sturridge (26) - Danny kini hit bersama Bolton, gandingan bersama Torres?? Yummy!!
CF: Torres (30)-Pengganti Didi sebagai frontman, Nando dijangka akan terus hit selagi dapat free dari injury..

Subs :
Lampard (37) - Sudah tua, tetapi bakal menjadi mentor Josh dan youngters lain seperti Giggs..
Kalou (30) - Berkemungkinan disimpan atas dasar kurang merungut, Salomon akan menjadi pemain berpengalaman dan impak subs..
Kakuta (24) - Semakin matang, Gael akan bersaing bersama Lalkovic..
Bruma (24) - Pemain akademi yang promising, jika masih kekal dan tidak dijual, dia bakal menjadi penganti JT..

Formasi skuad (normal 4-4-2):

Cech
Ivanovic-Luiz-JT-Van aanholt
Ramires-Mikel-Josh-Lalkovic
Sturridge-Torres


Mungkin ada 2-3 pemain baru tambahan tetapi ini adalah skuad jangkaan aku secara rambang dalam masa 4 tahun lagi..Nama Pato, Aguero dan Sanchez antara yang disebut tetapi dengan perbelanjaan terkini hampir 70 m pound + hutang kelab juga 70m pound, susah membayangkan bilakah Roman akan kembali berbelanja besar..Tambahan pulak Financial Fair Play yang dikuatkuasakan oleh UEFA bermakna kita akan kembali menjadi self sufficient..Membuang pemain tua yang mendapat gaji tinggi adalah satu langkah mengurangkan kos kewangan kelab, di samping memberikan pemain muda kita peluang untuk bermain di dalam kelab..Kita sudah mendapat pemain berkualiti tinggi dalam David, Ramires, dan Torres jadi bagi aku tiada pressure untuk kembali membeli..Berikan peluang kepada pemain muda kita, aku yakin diorang akan bersinar!! Chelsea mempunyai masa depan yang cerah, so chill out!! The Blues for Past, Present and Future, KTBFFH!!



Wednesday, February 16, 2011

0 Dapat satu lagi newbies

0 Comments
Dah sedia kena ragging??

The Blues nampaknya akan terus menambah lagi satu prospek dalam akademi Chelsea yang nampaknya kian meningkat..Selepas Van aanholt, Josh dan Kakuta melihatkan potensi menarik untuk menembusi first team, kita berjanji akan terus melabur untuk masa depan..

Anjur Osmanovic - merupakan satu lagi pembelian terbaru Chelsea ke dalam skuad youngsters kita..Pemain Sweeden nie meninggalkan kelab lamanya, Larje-Angereds IF untuk menyertai The Blues..Osmanovic mengesahkan perpindahannya pada 14 Feb 2011 lepas dengan membuat kenyataan bersama Aftonbladet, sokkabar Sweedish..

"As I want to become an even better footballer I knew that I had to leave Sweden and move abroad.

"I had a lot of offers from England but in the end I chose Chelsea"

"The difference between Sweden and England is enormous and I have no doubt that I will continue my development in the right way"


Tidak mahu memberi pressure kepada diri sendiri, pemain muda nie sedar dirinya masih muda dan mahukan development yang sesuai untuk dia menjadi pemain utama di masa akan datang..2 tahun akan menjadi tempoh yang dijanjikan untuk dia matured..


"I think I will be ready to play in the Premier League in two years' time."


Bagi sesiapa yang tak kenal, pemain Sweedish yang mempunyai darah Bosnia nie bermain di bahagian Midfield dan mempunyai pengalaman bermain di Division 3 Nordvästra Götaland, iaitu liga di layer kelima di Sweeden..Masih tidak pasti apakah potensi dak nie, samada akan menjadi Hot property macam Josh, ataupun berakhir seperti Matic..Apapun gud lak untuk budak muda nie, harap namanya akan menjadi familiar dalam masa 2 tahun yang dijanjikan!! All the best to Young Blues, KTBFFH!!


Tuesday, February 15, 2011

0 Post Match : Defender dah mantap, Striker pulak lembab, Cech kasi sentap!!

0 Comments
David, gua memang salute lu pagi tadi, macam dah bertahun main dengan The Blues -Defensive Rock!! 21m?? Memang berbaloi-baloi!!

Dak blonde nie pehal?? Rindu bini masa Valentine Day?? Danny pon lagi bernafsu nak gol dari ko!! 50m?? Cait!!

Petr Cech - dari keeper yang power, kemudian sengal kejap kena hantuk kat kepala, pastu jadi Penalty King Shot Stopper!! Dont mess with Big Pete!!

Carlo kata sebelum match kita dah terkeluar dari saingan liga, yupp, jangkaan dia memang tepat pagi nie..Oh ya, welcome home Jose, tak habis2 ko nak jinx Ancelotti yea..Dah bosan dengan Madrid, ke rindu Chelsea??


Fulham, Chelsea - dua-dua kongsi telur ayam - jiran la katakan..





Monday, February 14, 2011

0 Preview : Kunjungan ke Craven Cottage!!

0 Comments

Selepas Spuds menang semalam, pressure sudah tentu kepada para pemain Chelsea untuk menang..Kita kini dipintas lalu terduduk di tangga kelima, 3 mata di bawah team ayam putih..Justeru hanya 3 mata dicari malam nie bagi membolehkan kita terus kekal dalam pemburuan Top 4..Mancee kalah kelmarin adalah berita baik tetapi tak menjanjikan apa-apa jika kita gagal mengutip mata malam nie..

Mengenai persediaan skuad, pemain utama tiada latest injury cuma masalahnya adalah pemilihan pemain dan taktikal..Semenjak Wilkins chow memang kita agak tumpul dari segi strategi dan apabila Carlo dikerumuni oleh assistant yang bangang macam Emenalo, apa yang boleh diharap?? Membeli Torres adalah satu kejayaan, tetapi untuk menempatkan dia dalam skuad yang sudah pack adalah satu headache..Carlo masih mengatakan dia akan kekal dengan gandingan Didi dan Torres di hadapan, dengan Anelka bermain di belakang striker duo..Aku masih berharap Didi akan direhatkan , justeru Torres akan bermain lone striker dihadapan, diapit Malouda sebagai sayap kiri yang bermain bagus bersama Perancis minggu lepas serta Anelka di sayap kanan..Ramires yang bermain 3 game gempak sebelum digugurkan ketika menentang Liverpool bagi aku perlu diturunkan berbanding Mikel..Aksi kepantasan dan determination Ramires adalah sesuatu yang missing di bahagian Midfield ketika kita tewas minggu lepas..BTW, Its still your call, Carlo..

David Luiz - rambut dah macam Serj Tankian (SOAD) pulak budak nie

Satu je benda yang mengujakan aku untuk match malam nie adalah David Luiz akan diturunkan sebagai starting 11 malam nie, selepas cameo 15 minit yang menarik ketika bertemu Liverpool..Sejujurnya aku melihat pembelian David lebih penting ketika Januari berbanding Torres kerana masalah defensive kita lebih kritikal berbanding attacking..Aku yakin David akan memberikan dimensi berlainan kepada The Blues..Bagi sesiapa yang melihat aksi dia ketika Brazil menentang Perancis dah tentu dapat merasakan budak nie memang berbakat..Selain rambutnya, aksi dia sebagai CB memang megingatkan aku dengan Carvalho dan Puyol di waktu prime, kuat, pantas serta kental mengasak lawan..Mungkin tak dapat clean sheet hasil gol Benzema tapi contribution dia sepanjang game tak boleh disangkal..Malam nie dia bakal berganding dan berguru bersama JT, salah seorang pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman..Kemasukan Luiz juga menandakan Iva akan kembali ke posisi terbaiknya, iaitu Right Back sekaligus menjadikan Back 4 kita antara yang terbaik ketika ini!!

Skuad pilihan aku (bukan Carletto) malam nie:

Cech
Iva-JT-David-Ash
Ramires-Essien-Lamps
Anelka-Torres-Malouda

Result Prediction : Fulhampeh (0) - Chelsea (2)

Match LIVE Astro 812 TUE 15-Feb 03:54 pagi

Title Premiership bagi aku dah 99% berakhir, kita mungkin hanya ada 1% sahaja peluang nak menang liga, itupun jika Manure begitu bangang nak melepaskan mata demi mata dalam 12 match terakhir..Dengan adanya SAF-Si tua kunyah chewing gum yang dah master dalam menang liga bertahun tahun, agak sukar aku melihat Chelsea melakukan miracle melainkan kita dapat mengulangi kejayaan Blackburn 1994/95 suatu masa dahulu..Apa yang penting bagi aku kini adalah Top 4, menang liga merupakan priority sampingan..Dimulakan dengan Fulham, kita perlu konsisten bermula sekarang!! KTBFFH!!

Sunday, February 13, 2011

0 Masa untuk bersikap realistik

0 Comments
Awan mendung menyelubungi panorama
Jangan dipandang kegelapan
Yang berlalu biarkan pergi
Ada yang terlepas
Ku cari pengganti
Ku toleh kiri
Ku toleh kanan
Masih menanti jawaban
Kita pandang ke hadapan
Aku yakin pasti
Ada sinar harapan menanti


Kurang satu game, tapi dah ketinggalan 13 mata - Be rasional, impian liga kita sudah berakhir..Dengan kemenangan Manure dalam Derby suku sakat Manchestaik semalam sememangnya satu penanda bahawa kita sudah terlambat untuk memperbaiki kesilapan lalu..Namun aku tak merasakan ia adalah suatu yang malang, dan kini kita boleh fokus sepenuhnya untuk mendapatkan kedudukan Top 4 di akhir musim..Bukan nak mengatakan aku tak ambitious, tetapi harapan tak realistik liga hanya mengganggu konsenstrasi kita dalam setiap match untuk mengejar bayang-bayang Manure, sedangkan posisi kita untuk ke CL musim depan pon tak terjamin lagi..

Tapi masih ada secalit kebaikan Manure menang, sekurang-kurangnya Mancee kehilangan 3 mata dan memberi peluang untuk Chelsea semakin hampir dengan team Unta Pak Arab nie..Sejujurnya selepas rentetan celaka dua bulan lalu, aku hanya target kedudukan Top 4, untuk lebih ambitious, aku yakin kita boleh merampas kedudukan tempat ketiga di akhir musim!! Kita kini hanya dibezakan dengan 5 mata oleh Mancee di tempat ketiga, tetapi kurang 2 game menunjukkan kita boleh mendapatkan mata maksimum 6 mata sekaligus merampas kedudukan ketiga dan mendapatkan tiket automatik ke Group CL musim depan (Tempat ke -4 kena playoff)..Spurs dan Fool kekal mengekori rapat di belakang tetapi jika kita kekal konsisten aku yakin kita akan kekal di atas..Tinggal 13 game lagi untuk diharung..

Sepertimana terkeluar awal CL musim lepas menjadi inspirasi kita untuk memenangi liga, musim nie pulak aku harapkan sebaliknya akan berlaku..Title aspiration yang semakin pudar diharap akan menaikkan semangat dan hunger player untuk memenangi CL buat kali pertama..Tanpa beban EPL, kita boleh fokus untuk kejohanan CL dan aku yakin 'amarah' akan menjadi motivasi terbaik untuk para pemain beraksi hebat di Eropah untuk menebus kehampaan musim nie..Dengan adanya pemain berdarah muda seperti Torres, segalanya tak mustahil!!

Target akhir musim (seriously, secara realistik)

-EPL (Tangga ke-3)
-FA Cup (takpayah nak habaq, wajib menang)
-CL (Masuk Final, ada nasib kita boleh menang trofi nie)

p/s : Team FA Youth Cup kita dah masuk ke 4th Round, hasil kemenangan 2-1 ke atas Barnsley, mengulangi aksi kejar dari belakang seperti ketika menendang Sengal keluar pada round sebelumnya..Kali ini McEachran dan Chalobah menjadi hero The Blues, kalau youngsters kita boleh bermain penuh bersemangat, kenapa pemain senior tidak?? KTBFFH!!


Friday, February 11, 2011

3 Iva sambung kontrak!!

3 Comments
Aku akan tetap berdarah biru!!

Di saat kita masih lagi kecewa dengan kekalahan di tangan Liverpool, berita baik hadir di waktu yang tepat..Ivanovic telah melanjutkan kontraknya selama 5 1/2 tahun bermakna dia akan kekal di Chelsea sehingga 2016!!!

Spekulasi tentang bek Serbia ini mahu keluar bukannya berita baru sebelum nie, kerana agent Iva mengatakan dia mahukan posisi Centreback, bukannya Right Back seperti yang sering diberikan kepadanya oleh Carlettto..AC Milan, Sevilla antara yang sedang mengintai untuk menyambar Iva..Namun kontrak terbaru membuktikan Iva sememangnya komited dengan The Blues dan masalah posisi nampaknya hanya spekulasi sampah media..



Kata-kata Iva di Official Chelsea :

“It is good news for me, it is a very big step for me in my career and I want to give my maximum and try to help Chelsea win a lot more trophies. These things take a little time but my first vision was always to stay with Chelsea, there were not a lot of problems because I wanted to stay, the club wanted me to stay and I want to thank everyone who helped with the deal, I am very happy with that.”


Dengan Iva sudah memastikan masa depannya bersama Chelsea, segalanya nampak baguih dok ada untuk The Blues, terutamanya di bahagian defence..Iva sememangnya salah satu pemain penting kita semenjak menjaringkan dua gol di Anfield 2 tahun lalu..Malah musim lepas dia disenaraikan dalam first 11 EPL Team of The Year hasil aksi menakjubkan sepanjang musim di bahagian Right Back bersama The Blues..Yupp, komitmen Iva, serta kehadiran bintang baru David Luiz menandakan posisi Back 4 kita sudah lengkap!! Aku yakin kubu sekebal ini akan menjadi benteng pertahanan terbaik di EPL untuk beberapa tahun akan datang!! KTBFFH!!

Wall of Immortal :
Ivanovic-JT-Luiz-Ashley Cole




Tuesday, February 8, 2011

0 Aku Tidak Akan Berputus Asa!!

0 Comments
Super Danny!!

Mungkin kedatangan Torres melupakan kita kepada sorang lagi striker muda yang dihantar ke Bolton..Dengan 2 gol dalam 2 match, tak payah tag harga 50 juta pound dah membuktikan dia bakal superstar masa hadapan..DANIEL STURRIDGE - ketika ini dia memang sedang hangat membara bersama Bolton dan walaupun baru berumur 21, dia dah memberikan tekanan hebat kepada pemain senior seperti Elmander dan Kevin Davies..

Ketika nie Danny sedang dalam tempoh pinjaman sehingga akhir musim dan akan kembali untuk musim baru Chelsea..Diharap dalam tempoh yang singkat dapat memberikan pengalaman berharga untuk pemain muda ini untuk menjadi lebih matang - dan apa yang dilihat sekarang sememangnya Danny semakin hebat!! Cuma apa yang aku khuatir adalah jika Danny bakal mengikut jejak Carlton Cole, Ben Sahar serta Stoch yang dipinjamkan terlalu kerap sehingga akhirnya berpindah ke kelab lain..Dengan kehadiran Torres, serta Drogba, Anelka serta Kalou, persaingan untuk posisi striker kelihatan lebih sengit di Chelsea dan adakah Danny mampu survive??

'It’s going to be a difficult to go back to Chelsea with Didier Drogba, Nicolas Anelka and now Fernando Torres there.

'But I believe in myself and I believe in my ability.

'I’m not worried about Torres coming. I think it’s great that there is healthy competition.'


Baguslah jika Danny berfikiran camtu..Dengan Anelka dan Didi semakin di penghujung karier, aku harap Danny akan termasuk dalam perancangan jangka masa panjang Chelsea..Dia amat sesuai bermain sebagai sayap kanan seperti Anelka dan finishing abiliti dia jangan dipersoalkan lagi..Kenapa Carlo tak menggunakan dia dengan lebih kerap sebelum ini di Chelsea masih menjadi tanda tanya..Harap Danny dapat meyakinkan Carlo dengan sumbat gol berdas-das bersama Bolton (kalau boleh masa lawan Liverpool sekali), kemudian pulang ke Bridge dan membentuk gandingan mantap bersama El Nino!! Torres, Sturridge, Josh, David Luiz, Van Aanholt - Barisan Era baru The Blues!! KTBFFH!!

Dua aksi jaringan 'berapi' Danny setakat ini bersama Bolton!!


vs Wolves (1-0)


vs Tottenham (1-2)





Monday, February 7, 2011

0 "Berikan Torres masa"

0 Comments

Carlo mempertahankan Torres pada debut match yang kurang menjadi..Carlo mengatakan Nando perlukan masa untuk mendapat keserasian dan dia akan stick kepada 3 striker di hadapan seperti semalam..

'Fernando tried to do something, he had good movement and did a good job. He has to try in the training sessions to combine well with the other strikers but this is normal after one game.

'He has experience, he has confidence and he didn't show problems before the game. He was enthusiastic to play and didn't show a problem. I took him out because after 60 minutes and a very busy week for him it was good to take him out.'

'The problem was not these players together, they have a lot of quality,' the Italian argued. 'I have to try to put them together and I will try to do everything to put them together. They have fantastic quality, their shape was good. Obviously we could play better as a team, not just in front, but when you don't play quick from the back you have difficulty to find space in front.'


Tidak menyalahkan Torres kerana bagi aku dia ada potensi cuma mungkin formasi tak kena semalam..Carlo juga wajar dipuji kerana memberikan kelainan dan mencuba untuk menggandingkan Didi dan Torres di hadapan walaupun berisiko namun bagi aku hanya ada satu cara sahaja bagi membolehkan kita melihat nilai sebenar Torres; iaitu drop Drogba dan main 4-3-3..Eksperimen semalam agak jelas kita agak kaku dengan diamond seperti aksi awal musim lepas dan ketiadaan pemain sayap menyebabkan kita kurang menggunakan space di atas padang..Harap Carlo menilai kembali prestasi Drog, dan ambik risiko ini untuk mencipta sesuatu yang baru..Takde gunanya letak semua star jikalau skuad tak seimbang..Adakah 11 Messi akan menjuarai Champions League?? Fikir-fikirkanlah..Yeah, aku jugak agak kecewa Ramires tak main semalam, tetapi David Luiz adalah faktor utama aku yakin masalah defence kita akan selesai..

Dengan kekalahan semalam, peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan liga nampaknya sudah tertutup rapat..Aku harap kita kini menumpukan usaha untuk memastikan kedudukan Top 4 pada akhir musim..Dengan tinggal 12 game, serta dikejar rapat oleh Spurs, juga kini Liverpool saingan semakin sengit..The Blues akan menghadapi Manure dua kali, serta Spurs dan Mancee dalam baki perlawanan..Dengan rehat International minggu nie, diharap Carlo dapat memberikan latihan terbaik bagi membentuk formasi yang mantap bersama dua pemain baru kita untuk persiapan next game 14 Feb menentang Fulham..

Di samping FA Cup, CL masih memberi harapan namun ia bergantung kepada bagaimana Carlo menyusun Torres selepas ini samada mampu menjadi hit atau tidak menjelang pembukaan kalah mati 16 Feb nie..Tak dilupakan Barca tetap akan menjadi faveret musim nie..Chelsea till I die, KTBFFH!!


0 Kalah?? No hal la, Carefree!!

0 Comments


Chelsea kalah?? Torres flop?? Berdasarkan apa, hanya satu game?? Okey memang Chelsea tewas tadi, seperti yang aku jangka, dibezakan dengan margin 0-1 satu je hasil jaringan Meireless..Tapi apa yang aku puji adalah keberanian Carlo meletakkan gandingan Torres dan Drogba di hadapan, seakan gamble kerana belum diuji lagi keberkesanan duo ini di hadapan kecuali dalam PES 2011 yang konfem berdas-das gol masuk..

Seperti yang aku risaukan, memasukkan El Nino dalam kesebelasan utama sememangnya memberi pressure kepada dia kerana debut sahaja dah diberikan tekanan menentang bekas kelab justeru main pon agak kurang fokus..Mungkin formasi kurang berkesan atau masalah emosi tetapi formasi 4-3-1-2 adalah sesuatu yang baru dan jika tak cuba, tak tahu bukan?? Debut yang tak menarik untuk Torres dan David harinie tetapi bagi aku, apdahal?? Kita membeli mereka untuk jangka masa panjang, iaitu selama 5-6 tahun akan datang dan kegagalan diorang impress harini takkan mengubah tanggapan aku bahawa duo ini akan menjadi tunjang kita selepas satu era emas Didi n Co berakhir..Apa yang memberikan pemikiran positif untuk aku adalah Torres kelihatan serasi dengan teammate baru walaupun agak kurang menyerlah, manakala David dengan hanya cameo 20 minit dilihat ada ciri-ciri defender berkaliber yang tenang tetapi kental seperti Carvalho..Selepas 2-3 game aku yakin diorang akan menunjukkan nilai sebenar..

Biasalah dalam football ada gamble, dan berikan masa kita akan melihat hasilnya!! Sejujurnya 4-4-3 bagi aku masih formasi terbaik Chelsea, dan jika aku menjadi manager, aku sanggup melakukan rotation antara Didi dan Torres, kerana gaya permainan dua pemain nie memang sama dan diorang sama-sama mempunyai history tidak sukakan partnership di hadapan..Namun aku mungkin mahu melihat Carlo mencuba sekali lagi formasi diamond ini melawan Fulham, di mana gandingan Didi dan Torres perlu diberi peluang kedua..El Nino akan menjadi pengganti tetap Didi di masa hadapan, jadi bagi aku formasi Diamond ini hanya sementara sebelum kita kembali ke 4-3-3 bersama Torres sebagai leading striker bila sampai saat Didi sudah kurang effective..Kita kini di era peralihan, biasalah ada kurenng sikit sementara nak dapatkan yang terbaik..Change will lead to better future!! KTBFFH!!



APADAHAL!!






Sunday, February 6, 2011

0 Preview : £22m Vs £50m Man

0 Comments
Gigi Arnab lawan Si Blonde

Aku rase korang pon dah banyak baca preview match terulung malam nie..Tak perlu nak ulas panjang, tak perlu aku rasa nak review macamana 'panas' game malam nie, aku rase korang sendiri dah terasa bahangnya..

Mungkin banyak yang mengandaikan match malam nie adalah perlawanan individu antara dua signing terbaru kelab, Suarez vs Torres..Sorang pemain mahu membuktikan dia adalah hero terbaru kelab, sorang lagi mahu membuktikan dia mengejar impian di haluan yang betul..Apapun kata orang, aku mengandaikan malam nie bukan mengenai Suarez mahupun Torres, tetapi maruah kedua-dua kelab..Aku yakin perjalanan malam nie akan ditentukan oleh teamwork, determination dan siapa yang lebih hunger..Torres dan Suarez akan menjadi limelight, tetapi permainan berpasukan akan menentukan siapa yang layak mendapat 3 mata berharga malam nie...

Ancelotti belum memutuskan samada Torres akan starting atu tidak, tetapi berdasarkan suasana, malah kesungguhan Torres untuk menentang kelab lamanya, aku bajet dia akan starting 11, membentuk gandingan "Mahadewa'' bersama Drogba di hadapan..Dengan Chelsea ketika ini semakin bernafsu untuk mengganas hasil rentetan 3 kemenangan terakhir di liga, kita berada di prestasi terbaik..Stamford Bridge akan menjadi 12th Factor, malah aku menantikan chant Torres dari bangku penonton 'The Blues Army'..

Berita skuad, ketika ini hanya Zhirkov, Benayoun dan Alex yang masih tercedera manakala pembelian terbaru Luiz hampir pasti tak beraksi selepas baru pulang dari menyelesaikan isu permit..Bermakna Iva dan JT akan kekal sebagai gandingan CB, manakala Bosingwa dan Ash akan menyerang dan bertahan dari kawasan sayap..Walaupun Ramires bermain bagus, kemungkinan Mikel yang lebih berpengalaman akan beraksi bersama-sama Essien dan Lampard..

Bagi pasukan lawan, bagi aku Suarez dan Gerrard adalah threat utama untuk defend kita..Kedua-duanya pantas dan sekiranya lalai kita akan diserang secara counter yang pasti memberi padah..Jangan lupa Kuyt dan Meireless juga dalam prestasi terbaik dan perlu diberi perhatian..Cuma satu kelemahan Liverpool iaitu Kerengga dan Seketul..Sorang player dah tua, sorang skinhead hisap dadah..Walaupun ada Reina, secara defensive diorang masih kurenng jadi aku harap bahagian serangan Chelsea akan memanipulasi kelemahan di situ..

Ramai memberikan cadangan formasi terbaik untuk memasukkan Torres ke dalam starting 11..Carlo dah memberikan hint ketika menentang Sundalan dengan menggunakan taktikal 4-3-1-2 dan ternyata memberi impak positif, dengan Anelka menjadi tunjang serangan sebagai 'Trequatista'..Aku yakin strategi yang sama akan digunakan oleh Carletto, menggunakan kebijaksaaan Anelka, kepantasan Torres serta keganasan Drogba - LIVERPOOL PASTI HANCUR!!


Skuad malam nie (4-3-1-2)

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Essien-Mikel-Lamps
Anelka
Didi-Torres

Result Prediction : Chelsea (2) - Liverpool (1)

Match Live Astro Supersport (817) 11.00 malam

Sudah tentu match malam nie dijangka sengit dan aku membayangkan mungkin akan dibezakan dengan satu gol..Kedua skuad mempunyai determination yang kuat untuk mempertahankan maruah masing-masing..Macam la taktau betapa penyokong Scouse nie memang envy dengan kekayaan Chelsea..Bagi aku siapa yang paling fokus dan bermain dengan lebih berdisiplin akan menang..The Blues mempunyai advantage fan home, dan ia akan memberikan kekuatan semangat kepada para pemain Chelsea..Suarez ke sapa, pedulik hapa aku..

"He's now a blue he was a red, Torres Torres...
I'd rather walk alone he said, Torres Torres...
Off to Stamford Bridge he came, to score a goal in every game...
Fernando Torres, Chelsea's number nine!"


Cmon Chelsea, hancurkan LiverFOOL!! KTBFFH!!



0 WAhahahaha!!

0 Comments
Meh sini abang Drogba nak rap pagi pagi buta nie..



Who let the Drog Out??

Wolves Wolves Wolves!!

Who make Shrek cries out??

Wolves Wolves Wolves!!

......




Saturday, February 5, 2011

0 Buildup : David bakal terlepas Super Sunday, Torres supersub??

0 Comments
Yeah, malam esok dah tentu match yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat, terutamanya Chelsea dan Liverpool, sementara budak Sengal dengan Manure akan layan je kat tepi senyap-senyap..Perpindahan Torres ke kelab level tertinggi, Chelsea dari Liverpool secara mengejut pada Deadline Day menyemarakkan lagi api permusuhan antara The Reds dan The Blues, menjadikan ia sebagai match wajib tonton..Toksah nak kata la, malah kat internet Twitter, Fesbuk, Blog dah penuh caci-maki antara penyokong dua kelab yang tak berkesudahan..

Setiap orang ada pendapat tersendiri, bagi aku match malam esok tak beza dengan match lain, kita hanya ada satu je motif : MENANG..Bukan kerana nak menangkan Torres, tetapi kita mahukan 3 mata untuk memanjat carta liga..Libpudlians aku taktau la korang nak revenge ke, ape ke rasa dia tak menyumbang pada kelab (walaupun Torres dah skor 81 gol dalam 142 match untuk Liverpool), mungkin korang rasa dia tak mengenang budi (walaupun dapat £50m duit masuk), its up on your own opinion!! Layan la emo korang tu puas-puas~

Untuk match Super Sunday, aku akan buat buildup news mengenai perkembangan terbaru menjelang perlawanan malam esok..Berita terbaru David Luiz dilaporkan bakal terlepas match dengan Liverpool ahad nie, kerana terpaksa pulang ke rumahnya sejauh 11,000 mile untuk mendapatkan permit kerja..Luiz mungkin akan pulang ke UK esok tetapi dengan masa latihan yang terhad serta kepenatan dari penerbangan, berkemungkinan David akan menangguhkan debutnya sehingga match bertemu Fulham minggu depan..Ini bermakna Ivanovic bakal meneruskan tugasnya sebagai Centre Back manakala Bosingwa akan bermain sebagai Right Back..


Mengenai watak utama match malam esok, Carlo mengatakan Torres disahkan fit dan cergas untuk bermain malam esok, namun belum dapat dipastikan samada dia akan bermain kesebelasan utama atau digunakan sebagai subs.

"Fernando is fit, okay, and has trained well. He's available to play against Liverpool."

"I don't know if he will start or if he will come on during the game. It's my decision. I want to take that decision. I will take it before 4pm on Sunday."


Tidak ada pressure bagi aku untuk Torres menjaringkan gol dalam debut menentang Liverpool seperti yang diapi-apikan oleh media..Bagi aku ada sebaiknya kita menggunakan Torres sebagai subs untuk mengurangkan pressure..El Nino masih kurang keserasian bersama teammate baru jadi menggunakan dia sebagai kesebelasan permulaan adalah gamble terutamanya dalam match besar macam nie..Sepertimana Suarez menjaringkan debut gol sebagai subs, aku mengharapkan perkara yang sama akan Carlo fikirkan Ahad nanti..Bukan Nando seorang yang boleh memenagi match nie, tetapi semangat berpasukan adalah lebih penting!! With or without Torres, Mighty Chelsea akan meranapkan Liverpool di Bridge!! KTBFFH!



Friday, February 4, 2011

0 Belum main dah menang, apadahal??

0 Comments
Jersi Torres sedia untuk disambar!!

'Torresism' dah melanda satu London, hanya menanti masa je nak sampai ke Padang Besar..Jualan jersi No. 9 El Nino di Megastore Chelsea mencanak-canak naik dalam masa 2-3 hari dan ketika ini Torres adalah juara dalam perang jersi bersama pembelian terbaru Liverpool, Suarez dan Carrol..

Statistik terkini jualan menunjukkan jersi no.9 Torres lebih laris berbanding jersi no. 9 Carrol dengan nisbah 250-1..Di Anfield walaupun Carrol dibeli lebih mahal, jualan jersi Suarez nampaknya lebih popular melebihi Si Ekor Kuda hampir 380%..Namun haha masih tidak mampu menandingi demam Torres Mania, apabila El Nino menewaskan Si Arnab Suarez dengan nisbah 30-1..Malah permintaan untuk jersi El Nino dilaporkan adalah 40% lebih tinggi berbanding ketika Torres hadir ke Liverpool 3 tahun lalu..Dengan harga sehelai £55.94, Chelsea dijangka perlu menjual sebanyak 893,814 helai jersi (ori je, chow kit, big field, roadwalk tak main ok) untuk mendapatkan modal asal £50m Transfee Fee..



TORRESISM!!



Torres = King of The Shirt Sales, belum main dah menang, apadahal??


Thursday, February 3, 2011

0 Footage awal aksi Torres dan Luiz di Cobham

0 Comments


Mahukan gambar terkini dua signing Chelsea?? Memang sangat teruja dengan dua signing terbaru kita, dan kedua player nie dah sampai ke Cobham dan melakukan sesi latihan bersama teammate yang lain..Torres telah menjalani latihan 'ringan-ringan' dengan Coach Chris Jones semalam, diikuti oleh David Luiz yang tiba agak lewat dan baru bermula pagi tadi..Torres dan David Luiz ketika ini memang fit tanpa sebarang kecederaan dan berkemungkinan akan disenaraikan untuk debut menentang team Liverpool Ahad ini.

p/s : David akan memakai jersi no.4 peninggalan Makalele, Torres memakai jersi keramat Osgood, No.9!! Yeahh!!

Gambar paparazzi dari Cobham, layan!!

Aksi Luiz mengapungkan bola di udara

"Lain kali kalo nak tekong buat camnie Ramires, ngerti??"

Setakat timbang camnie, Titus James pon boleh buat..

"Aku nak dribble camnie la lawan Liverpool nanti, gelecek, gelecek, gelecek...Goool!!"

"Wehh, takde kuih muih ke lepas training?? Lapar siot.."

Sesi bacaan doa penutup majlis bersama Ustaz Abdul Salam Bilal





Wednesday, February 2, 2011

0 Post Match : Sesi memanaskan badan!!

0 Comments

Yeahh, pagi semalam Chelsea berjaya mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sundalan, sekaligus membalas dendam kekalahan 3-0 November lalu..Dengan 3 mata yang diperoleh, kita semakin mengukuhkan kedudukan ke dalam Top 4, kini berada 1 mata di belakang Mancee dan 6 mata di atas Spurs yang akan bermain pagi esok..Sengal dan Manure sama-sama mengutip 3 mata penuh justeru persaingan untuk trofi EPL masih lagi sukar..

Apa yang membanggakan aku adalah semangat juang Chelsea yang tidak mudah menyerah..Selepas ketinggalan 0-1 seawal minit ke 4, The Blues bangkit untuk mengejar hasil jaringan gol Lampard dan Kalou menjadikan kedudukan 2-1..Sundalan menjaringkan gol penyamaan menerusi free kick Richardson namun Second Half Chelsea kekal mengasak dan kita mendominasi baki 45minit..Gol daripada JT membolehkan Chelsea kembali di hadapan dan Anelka memastikan The Blues pulang dengan 3 mata berharga dengan jaringan gol ke-4..

Persembahan kita pagi tadi memang menarik, terutamanya di bahagian serangan yang semakin lancar dan merbahaya, walaupun masalah defensive masih menjadi gangguan..Pujian harus diberikan kepada Carletto yang memberikan formasi terbaru bagi menghadapi Sundalan..Apa yang menarik formasi 4-3-1-2 yang digunakan Carlo seolah-olah memberikan hint Chelsea sudah bersedia untuk menggandingkan Drogba dan Torres di bahagian hadapan!! Anelka merupakan pemain yang menjadi tumpuan kerana dia bakal menjadi player utama tip of the diamond di belakang 2 striker dan hasil semalam memang memuaskan..Nik memporak-perandakan midfield Sundalan dan menjadi nadi serangan Chelsea semalam di belakang Kalou dan Didi..Nik memberikan satu assist dan satu gol serta beberapa gerakan menarik yang hampir memberikan Chelsea 2-3 gol tambahan..Tak mustahil formasi yang sama akan digunakan Ahad ini dan aku tak sabar melihat Anelka, Torres dan Drogba menghancurkan Liverpool!!

Kemenangan ini dah tentu menunjukkan Chelsea hampir kembali ke prestasi terbaik, dan walaupun 10 mata di belakang Manure, aku masih tak putus harapan untuk mempertahankan trofi EPL..Kemasukan Torres dan David jelas menaikkan semangat skuad dan aku yakin kita mampu menghasilkan sesuatu yang fantastik musim nie!! Apapun tumpuan selepas ini adalah match menentang Liverpool..Kemenangan ke atas Sundalan hanya pemanas badan, kini tiba masanya Chelsea dan Torres untuk menghancurkan The Reds!! KTBFFH!!



Tuesday, February 1, 2011

0 Preview : Dendam Kucing Hitam

0 Comments

Hahaha masih lagi dalam mood exctasy dengan pembelian Torres dan David Luiz tapi nanti dulu, kita ada match pagi nie weihhh jangan luper..Masih ingat lagi kekalahan 0-3 November lalu di tangan Black Cats?? Yup, antara result paling teruk Chelsea pernah terima lawan kelab level bawahan musim nie..Selepas seri dengan Everton, nampaknya proses pemulihan kita agak tersangkut seketika, tetapi masih dalam mood selamat..Dengan pembelian duo mega semalam, motivasi para pemain dah tentu akan naik mendadak dan aku yakin ia akan memberikan suntikan semangat kepada skuad kita yang agak lesu selepas bermusim tak menerima marquee signing..

Okeh jangan berharap David dan Torres akan bermain malam nie, sebab diorang belum masuk join training di Cobham, Carlo pasti akan tengok diorang dalam sesi latihan untuk menyesuaikan diri dulu sebelum diberikan debut pertama, berkemungkinan Ahad depan menentang Liverpool..Tanpa Sturridge, Kakuta dan Aanholt yang dipinjamkan, nampaknya hanya tinggal Josh dan Bruma sebagai pemain akademi yang tinggal..Carlo dijangka takkan melakukan perubahan besar, walaupun kita bermain agak hambar di Gurisan Hati Park minggu lepas..Mungkin Kalou akan bermain menggantikan Anelka dalam permulaan kesebelasan selepas gol penyamaan tempohari..Kemenangan amat ditagih, kerana akan memastikan tempat kita ke CL musim depan..Harap kita dapat menunjukkan kepada Torres mengapa dia hadir ke kelab yang betul!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Ivanovic-JT-Ash
Ramires-Essien-Lampard
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : Sunderland (1) - Chelsea (2)

MATCH SUNDERLAND VS CHELSEA STAR SPORTS (CH813) 3.40 am LIVE






0 Rangkuman Perpindahan January : Hadiah dari Roman!!

0 Comments

Transfer window dah tamat, fuhh, dengan rasminya Chelsea memperoleh dua mega signing iaitu Torres dan Luiz dengan jumlah total transfer fee sebanyak £71m, rekod perbelanjaan terbanyak Roman semenjak pembelian Sheva pada tahun 2005..Manakala pemain yang keluar hanyalah loan untuk youngsters kita ke kelab lain, tiada pemain yang dijual..


Rangkuman Perpindahan Januari Chelsea FC

In : Fernando Torres (Liverpool - £50m), David Luiz (Benfica - Player plus cash deal £21m)
Out : Sturridge (Bolton -Loan), Kakuta (Fulham - Loan), Van aanholt (Leicester City -Loan)

Trivia : Bayaran £50m untuk Torres mengatasi transfer fee Shevchenko iaitu £30m sekaligus menjadi rekod bayaran tertinggi Chelsea

Mari kita dengar apa yang diperkatakan oleh Torres dan Luiz ke Chelsea ;



Fernando Torres :
"The target for every footballer is to play at one of the top level clubs in the world, and I can do that now, so I am very very happy.

"Chelsea are the kind of tem which I like to play against because they motivate me, but they're also the kind of team I want to play for, because they're one of the biggest teams in Europe and they're always fighting for everything."

"I just want to be at the level that I'm supposed to stay at. It's a great club, and everyone is expecting good things out of me. I am prepared and ready for the challenge."

David Luiz :

“I am delighted to be joining a big English club, and I know very well the quality that Chelsea has. It is a major challenge for me but I am determined and confident in my ability to adapt to this excellent league, and I look forward to meeting my new team-mates.”



Rangkuman Perpindahan Januari EPL secara keseluruhan

  • Musim ini mencatatkan rekod perbelanjaan tertinggi pada Musim Perpindahan Januari, dengan keseluruhan lebih £200m dibelanjakan oleh kesemua kelab EPL berbanding £24m pada waktu yang sama musim lepas
  • Darren Bent’s £18m menjadi rekod perpindahan buat Villa, sekaligus menjadi pembukaan kepada transfer window paling meriah dalam sejarah!!
  • Seminggu kemudian, Dzeko menyempurnakan perpindahan £27m ke Mancee, manakala Pienaar berpindah ke Spurs dengan bayaran £3m.
  • Walaupun senyap hampir tiga minggu, 4 pembelian mega Torres, Luiz, Carrol dan Suarez berjaya disahkan dalam minit terakhir musim perpindahan, 10.59 malam UK semalam
  • Redknapp paling kecewa apabila kesemua bid untuk mendapatkan salah satu striker Rossi, Aguero, Forlan, Carrol direject mentah-mentah pada transfer deadline, meninggalkan Pienaar sebagai satu-satunya anak ikan yang berjaya dipancing. Sorry 'arry..
  • Transfer Fee untuk Torres (£50m) dan Carrol (£35m) memecahkan rekod perpindahan Britain pada waktu yang sama, melepasi bayaran perpindahan Robinho (£33m)pada 2008.

Selain EPL, Liga Eropah lain juga menerima impak yang hampir sama dengan Seria A dan Inter paling kuat berbelanja.

Top 10 European Transfer pada Januari :

1. Torres (Liverpool to Chelsea) - £50m
2. Andy Carrol (Newcastle to Liverpool) - £35m
3. Edin Dzeko (Wolfsburg to Man City) - £27m
4. Luis Suarez (Ajax to Liverpool) - £22.8m
5. David Luiz (Benfica to Chelsea) -£21.4 + Nemanja Matic
6. Giampaolo pazzini (Sampdoria to Inter) - £10m + Biabiany
7. Andrea Ranocchia (Genoa to inter) - £10.5m
8. Antonio Cassano (Sampdoria to Milan) - £2m
9. Mark Van Bommel (Munich to Milan) - Free
10. Emmanuel Adebayor (Man City to Madrid) - Loan


Top 10 biggest transfers of all time
1. Cristiano Ronaldo
(Man Utd to Real Madrid, 2009, £80 million)

2. Zlatan Ibrahimovic
(Inter Milan to Barcelona, 2009, £56.5 million)

3. Kaka
(AC Milan to Real Madrid, 2009, £56 million)

4. Fernando Torres
(Liverpool to Chelsea, 2011, £50 million)

5. Zinedine Zidane
(Juventus to Real Madrid, 2001, £46.5 million)

6. Luis Figo
(Barcelona to Real Madrid, 2000, £37 million)

7. Hernan Crespo
(Parma to Lazio, 2000, £35.5 million)

8. Andy Carroll
(Newcastle to Liverpool, 2011, £35 million)

9. David Villa
(Valencia to Barcelona, 2010, £34 million)

10. Gianluigi Buffon
(Parma to Juventus, 2001, £32.6 million)


Dengan £71m dibelanjakan, Chelsea menjadi tumpuan utama ketika ini..Apapun musim perpindahan dah berakhir, dan walaupun kita berbelanja amat tinggi, bagi aku ia memang berbaloi kerana ia adalah marquee signing yang kita cari selama ini..Dengan adanya Luiz dan Torres, bermakna ia adalah tonik mujarab buat masalah defence dan attackin kita musim nie..Kita patut berterima kasih kepada Roman yang membuktikan dia masih 'berkuasa' dan mengotakan janjinya untuk mendapatkan signing yang kita mahukan..Sekarang terpulang kepada Carletto untuk mencorakkan formasi terbaik untuk kita merampas segala trofi musim nie!! KTBFFH!!


0 Transfer Deadline Day : Malam yang gila, tetapi berbaloi!!!! Torres dan Luiz, Welcome to The Blues!!!

0 Comments
Memang tak tidur aku malam tadi, tak pernah aku ikut transfer deadline day macam nie, refresh news setiap minit, totally crazy!! Tetapi buat sesiapa fan Chelsea yang follow buildup rumours, memang berbaloi dan hahaha dengan bangganya aku mengatakan secara official, TORRES DAN LUIZ ADALAH CHELSEA PLAYER!!

David Luiz : Transfer fee £21.5m + player Matic to Benfica in summer

Fernando Torres - Transfer fee £50m, pretty good in Blue!!

WELCOME TO THE BRIDGE!!

Walaupun aku agak bengang dengan negotiator kita kerana kelihatan agak malas dalam masa sebulan nie, tapi diorang berjaya mendapatkan dua pembelian Mega pada minit akhir Transfer Window..Harap tak buat lagi pasnie dan bagi aku sakit jantung menanti..Apapun Roman menunjukkan dia serius dengan pembelian mega pertama kita sejak Sheva 5 tahun lepas..Yeah, 2 pembelian berkualiti seperti ini menunjukkan Chelsea back in business!! Aku nak tido, pegi keje dan petang aku akan buat full report January Transfer Window..Torres dan Luiz, kita akan memenangi Champions League!! Its Blues Day!! KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

p/s : Carrol masuk Liverpool (£35m) WTF??

-sekadar gambar hiasan-