The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, February 22, 2011

0 CL Preview : Torres starting 11


Berdasarkan berita di Official, Carlo dah mengesahkan Torres yang direhatkan dalam FA Cup Rabu lalu akan bermula menentang Copenhagen malam nie (pagi esok).Bermain di Eropah diharapkan dapat menaikkan nafsu Nando untuk menjaringkan gol pertamanya untuk kelab kerana dia hadir ke Bridge dengan satu tujuan iaitu beraksi dalam Champions League..

Copenghagen mungkin tidak popular dan sebesar kelab Eropah lain, tetapi rekod Eropah diorang musim nie amat kuat terutamanya bahagian pertahanan diorang yang kental sehingga mampu mengikat Barcelona 1-1 dalam Group Fixture..4-4-2 adalah formasi pilihan Stale Solbakken walaupun diorangn juga boleh bermain 4-4-1-1 menggunakan 5 midfielder..Selain Gronkjaer yang merupakan ex-Chelsea player, Copenghagen mempunyai midfielder yang hebat iaitu William Kvist..Masih berumur 25 tahun dia merupakan pemain yang hebat melakukan asakan dan rajin mengejar bola..Dijangka akan berentap kuat bersama Essien untuk mendapatkan kekuatan possesion..Dengan barisan pertahanan yang mantap, serta kekuatan sokongan home fan, ia akan mengambil kesabaran yang kuat untuk cuba menembusi gawang lawan..

Apa yang menjadi tanda tanya dah tentu formasi pasukan..Carlo kini digelar Tinkerman, gelaran yang diberikan kepada Ranieri kerana tidak tahu apa yang dia lakukan..Adakah Toress akan bermain lone atau partnership?? Adakah Carlo akan bermain diamond atau wide??

Carlo mengatakan sebelum ini bahawa dia masih belum berputus asa untuk menggandingkan Didi dan Nando di bahagian serangan..Hanya Alex dan Benayoun yang masih sidelines, manakala pemain lain kesemuanya cergas termasuklah Bosingwa yang dijangka akan kembali menggantikan Ferreira..Bagi aku Carlo perlu mencuba flat 4-4-2, dengan formasi nie kita akan dapat menggandingkan Didi dan Torres di hadapan, di samping menggunakan width melalui side midfielder..Harap kita takkan menggunakan Diamond lagi..

Skuad malam nie :

Cech
Boss-Iva-JT-Ash
Ram-Essien-Lamps-Zhirkov
Torres-Didi

Result Prediction : Copenhagen (1) - Chelsea (2)

Tersingkir dari FA Cup bermakna hanya tinggal CL sebagai satu-satunya harapan tunggal utuk kita mendapatkan trofi musim nie..Ia akan menjadi satu motivasi tambahan buat para pemain bahawa musim nie belum dikatakan failure dan kita akan mensasarkan kejayaan Eropah di Wembley bulan Mei..Mungkin agak sukar terutamanya kita dalam rentetan kekalahan yang teruk tetapi tidak mustahil kita boleh melakukannya..Come on Chels!! KTBFFH!!




No comments: