The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, February 5, 2011

0 Buildup : David bakal terlepas Super Sunday, Torres supersub??

Yeah, malam esok dah tentu match yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat, terutamanya Chelsea dan Liverpool, sementara budak Sengal dengan Manure akan layan je kat tepi senyap-senyap..Perpindahan Torres ke kelab level tertinggi, Chelsea dari Liverpool secara mengejut pada Deadline Day menyemarakkan lagi api permusuhan antara The Reds dan The Blues, menjadikan ia sebagai match wajib tonton..Toksah nak kata la, malah kat internet Twitter, Fesbuk, Blog dah penuh caci-maki antara penyokong dua kelab yang tak berkesudahan..

Setiap orang ada pendapat tersendiri, bagi aku match malam esok tak beza dengan match lain, kita hanya ada satu je motif : MENANG..Bukan kerana nak menangkan Torres, tetapi kita mahukan 3 mata untuk memanjat carta liga..Libpudlians aku taktau la korang nak revenge ke, ape ke rasa dia tak menyumbang pada kelab (walaupun Torres dah skor 81 gol dalam 142 match untuk Liverpool), mungkin korang rasa dia tak mengenang budi (walaupun dapat £50m duit masuk), its up on your own opinion!! Layan la emo korang tu puas-puas~

Untuk match Super Sunday, aku akan buat buildup news mengenai perkembangan terbaru menjelang perlawanan malam esok..Berita terbaru David Luiz dilaporkan bakal terlepas match dengan Liverpool ahad nie, kerana terpaksa pulang ke rumahnya sejauh 11,000 mile untuk mendapatkan permit kerja..Luiz mungkin akan pulang ke UK esok tetapi dengan masa latihan yang terhad serta kepenatan dari penerbangan, berkemungkinan David akan menangguhkan debutnya sehingga match bertemu Fulham minggu depan..Ini bermakna Ivanovic bakal meneruskan tugasnya sebagai Centre Back manakala Bosingwa akan bermain sebagai Right Back..


Mengenai watak utama match malam esok, Carlo mengatakan Torres disahkan fit dan cergas untuk bermain malam esok, namun belum dapat dipastikan samada dia akan bermain kesebelasan utama atau digunakan sebagai subs.

"Fernando is fit, okay, and has trained well. He's available to play against Liverpool."

"I don't know if he will start or if he will come on during the game. It's my decision. I want to take that decision. I will take it before 4pm on Sunday."


Tidak ada pressure bagi aku untuk Torres menjaringkan gol dalam debut menentang Liverpool seperti yang diapi-apikan oleh media..Bagi aku ada sebaiknya kita menggunakan Torres sebagai subs untuk mengurangkan pressure..El Nino masih kurang keserasian bersama teammate baru jadi menggunakan dia sebagai kesebelasan permulaan adalah gamble terutamanya dalam match besar macam nie..Sepertimana Suarez menjaringkan debut gol sebagai subs, aku mengharapkan perkara yang sama akan Carlo fikirkan Ahad nanti..Bukan Nando seorang yang boleh memenagi match nie, tetapi semangat berpasukan adalah lebih penting!! With or without Torres, Mighty Chelsea akan meranapkan Liverpool di Bridge!! KTBFFH!



No comments: