The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

0 Sesi Interview Bulan May

0 Comments
Panel Ketua Juri pada sesi interview (bengis semacam)

Bukan sesuatu yang pelik buat Chelsea buat audition pada setiap penghujung musim..Tajuk dia adalah 'Pencarian Manager yang boleh menang piala setiap musim di bawah pressure tahap autoclave di samping mengekalkan keharmonian kelab dan menjaga hati pemain senior dan tak merungut bila Roman masuk campur dalam keje korang dan pecat korang punyer best assisstant dan jangan terkejut jika korang akan dijemput ke suprise farewell party pada bila-bila masa sahaja walaupun pernah menang trophy"

Sila hantarkan resume korang bila-bila masa je kalau berminat...

.....




Selepas mendapat beberapa feedback, ini adalah 5 candidate yang akan dipanggil interview pada bulan May :

1. Jose 'Yang Teristimewa' Mourinho

Oooaaah balik kampung!! 2x

Tak sah kalau nama Jose tak dikaitkan dengan kerusi panas Chelsea..2CL, 3 kejuaraan liga di 3 negara berbeza adalah point terkuat dalam resume Mou. Status Legendary di Chelsea jugak umpama tiket khas buat Mou untuk dipanggil sebagai candidate utama pada sesi temuduga nanti. Depend pada pencapaian di Madrid musim ini, jika gagal menang sebarang cup kemungkinan dia akan stay di Spain untuk membuktikan keupayaannya buat satu musim lagi. "Unfinished Business??" Hmm..


2. Frank Rijkaard

Luiz nampaknya bakal ada geng pergi saloon


Sorang lagi manager yang ada kejayaan memenangi CL justeru berada dalam radar Chelsea dan Roman..Selepas menaikkan Barca menjadi Big European Team semula, Rijkaard dipecat selepas beberapa prestasi yang kian merosot dalam musim2 terakhirnya..Pergi ke Galatasaray tapi memang tak boleh compare dengan kejayaannya bersama kelab Catalan..Mempunyai pengalaman memenangi kejuaraan besar, Attacking philosphy dan keupayaan Frank combine pemain muda dan senior adalah ciri yang dicari oleh Roman..Antara calon utama.

3. Louis Van Gaal

Sape nak gaduh tu aku jentik kepala sampai sawan

Sekor lagi mamat Belanda, cuma kali nie keturunan Van Helsing..Baru saja dipecat oleh Bayern, Van Gaal antara manager berkaliber yang available..Pernah membawa Ajax memenangi Eredivisie dan CL, serta beberapa kejayaan liga di Spain bersama Barcelona..Bersama Bayern dia memenangi Double musim lepas tetapi prestasi teruk musim ini menyebabkan dia dipecat..Melihat situasi Van Gaal adalah umpama Carlo yang juga memenangi Double musim lepas..Mengamalkan falsafah attacking tetapi gaya managerial yang terlampau strict menyebabkan dia selalu bergaduh dengan pemain antaranya Van Bommel dan Rivaldo..Experience yang hebat dalam resume tetapi hampir pasti bukan calon utama Chelsea..


4. Van Basten

Kena ada kabel baru boleh dapat job, ye tak??

Satu lagi van berjenama dari Belanda..Dari pemain bolasepak taraf legend yang selalu korang usha dalam You Tube ke Managerial Career..Menjadi coach Belanda yang membawa Oranje melepasi kelayakan ke World Cup dan Euro sebelum kemudian ke Ajax..Namun result kurang memuaskan menyebabkan dia dipecat dan digantikan oleh Martin jol lalu bekerja mengutip anggur..Dari segi pencapaian resume memang tak boleh compare dengan otai2 di atas tetapi Hiddink yang dikatakan bakal menjadi Direcor of Footbal Chelsea musim depan telah memberi cadangan supaya Basten perlu diberikan tampuk pemerintahan di Chelsea menggantikan Carlo..Gemar menggunakan youngsters adalah ciri2 yang positif mengenai Basten terutamanya Chelsea kini mempunyai sejumlah pemain muda berbakat yang bagus cuma jarang digunakan..Adakah Basten calon utama?? Mungkin tidak. Agak berisiko kerana Basten takde kejayaan lampau yang boleh menguatkan kredibilitinya sebagai calon manager Chelsea terutamanya di Bridge pressure adalah lebih tinggi berbanding di Ajax..Tak pernah menang CL?? Lagilah Roman tak pandang.


5. Andre Villa Boas

Bekas Jedi, Villa Boas menggunakan 'force' untuk mengawal bola dan memenangi liga Portugal

Atau nama lainnya Luís André de Pina Cabral de Villas-Boas. Merupakan bekas anak murid Sir Bobby Robson atas dasar pandai berbahasa Inggeris,Villas Boas kemudiannya menjadi orang kanan Jose Mourinho sepanjang di Chelsea (yupp!) dan Inter. Selepas tempoh yang lama menimba pengalaman, Villas Boa menyertai kelab Academica pada 2009 dan berjaya membawa kelab ini dari kedudukan tercorot ke tangga ke 10 hujung musim.Falsafah serangan menarik menyebabkan dia diintai oleh Porto dan Sporting Lisbon. Musim 2010-11 menyaksikan Villas Boas berpindah ke Estadio Dragao. Seperti Special One, Villas Boas sememangnya ada bakat menjadi manager yang hebat. Seperti namanya juga, Villas Boas memang 'buas'. Musim pertamanya dia telah memecah rekod tok gurunya dengan unbeaten dalam semua competition selama 36 match (Jose 33) dan memenangi Liga Portugal. Porto juga merupakan candidate utama untuk memenangi UEFA Cup musim ini selepas melepasi Last 16 mengalahkan CSKA Moscow. Jika mahukan manager yang pandai bercakap English, mempunyai rekod management yang fantastik, ada ciri manager hebat macam Jose tetapi bermain attacking - tak syak lagi Villas Boas adalah jawapannya!!


Adakah sesi interview ini dah berakhir??

Oh, ada satu lagi candidate. Bukan candidate sebenarnya, tetapi current employee..

.....


6. Carlo Ancelotti

Pecat la aku. Haha. Bagi aku lapan juta dulu. Haha.

Mengapa perlu bersusah payah membayar £8m compensation untuk memecat Carlo dan membotakkan kepala berfikir siapakah manager baru yang perlu dicari?? Carlo ada baki satu musim lagi dalam kontrak. Bagi Carlo satu peluang lagi untuk prove dirinya, overhaul skuad dalam summer dan lihat bagaimana prestasi kita musim depan. Jika menjadi, sambung kontrak. Jika tak menjadi, biar dia habis kontrak, Carlo pergi ke Roma dan kita ambik Villa Boas untuk musim 2012-2013. Smooth bukan?? Tak perlu serabut-serabut.


Keputusan interview akan diumumkan pada bulan Jun 2011. Harap Maklum.






Friday, March 18, 2011

0 Klon-Klon Dunia Bolasepak

0 Comments

Selain Lucas Piazon dan Kaka, sebenarnya banyak lagi klon yang muncul sebagai reinkarnasi pemain lagenda terdahulu..Persoalannya, menjadi atau tidak?? Jom layan senarai Klon Sepanjang Zaman..

Lionel Messi - Diego Maradona

- Klon yang bakal lagi hebat dari baka original..Kegemilangan Piala Dunia tetap menjadi pemisah, namun telah memenangi segala-galanya di peringkat kelab, abiliti yang dikatakan telah mengatasi predecessor, 2 kali FIFA World Player of The Year, dan lebih penting tak bergelumang dengan 'benda alah' menjadikan Messi tetap special..
Rating Klon : A+

Wayne Rooney-Paul Gascoigne


-Kalau ikut perangai tak senonoh, boleh kata lebih kurang je dua ekor nie (sorang kaki rembat nenek, sorang kaki teguk air setan)..Tapi dari segi kejayaan di atas padang, Wazza nampak lebih menyerlah dengan beberapa kejayaan kelab walaupun Gazza memberi impak lagi umphh buat England dalam World Cup 1990 dan Euro 1996..
Rating klon : A

Milos Krasic-Pavel Nedved


Rambut kuning Super Saiya, winger sejati dan bermain untuk Old Lady 'Bianconeri'-Krasic mempunyai segala-galanya untuk menyamai legenda Juve serta bekas pemenang Ballon d'Or, Pavel Nedved..Masih dalam musim pertamanya di Itali tetapi dah menjadi antara teraju utama Juve sepanjang musim..Masih muda dan mempunyai banyak masa untuk menjadikan reinkarnasi Nedved satu kenyataan..
Rating Klon : B+

Robinho-Pele

-Berasal dari kelab yang sama (Santos), Robinho hanya boleh berbangga dengan jumlah kelab yang disertainya setakat nie yang lebih banyak berbanding hanya Santos dan New York Cosmos..Pele masih lagi dalam kategori legend dengan Piala Dunia dalam genggaman.."Ko ade??" ujar Pele dengan angkuh.
Rating Klon : B

Dos Santos - Ronaldinho

Juga dari kelab yang sama (Barca), malah pernah beraksi bersama cuma mungkin tiada tuah buat Dos Santos menjadi sehebat idolanya..Keputusannya berangkat keluar dari Barca lalu menyertai kelab ayam Spurs memakan diri..Beraksi agak hebat bersama Mexico semasa World Cup 2010 namun kembali merempat di England dan kini melayan hati yang lara di Racing Santander sebagai pinjaman..
Rating Klon : C

David Bentley - David Beckham

'Bent it like Becks' adalah slogan paling popular berdasarkan paras rupa dan posisi di padang tetapi David sememangnya tak layak dikategorikan setaraf dengan satu lagi David bekas kapten England ini..Bermula sebagai pemain Arsenal menyebabkan kesengalan melampau, naik kejap kat Blackburn, kemudian merosot di kelab ayam Spurs, serta akhirnya merempat di pelbagai kelab EPL menyebabkan slogan ini ditukar ke 'Bent it like Bent-ten'
Rating Klon : D


Thursday, March 10, 2011

0 Torres, satu kesilapan??

0 Comments
Ahh budak Blonde nie, main rambut je tau..

Memang sebelum beli dak blonde nie, aku memang agak 'kurengg' dengan keputusan mendapatkan Torres..Last Transfer Day Januari pon aku lagi usha berita David Luiz berbanding Torres..Sebab?? Dia selalu injured, dan faktor utama tentu sekali sebab dia adalah player Liverpool, dan suka gol lawan Chelsea..Aku lebih gemar kita mendapatkan Aguero yang lebih sesuai dengan corak permainan The Blues, 4-3-3..

Yupp, Aguero memang target utama kita pada Januari lepas sebenarnya, cuma dihalang dengan keras oleh Atletico menyebabkan kita perlu mengalih tumpuan kepada Torres yang dilihat available dan mahu keluar dari Liverpool..Dan aku tak menyalahkan scout, kerana kita dah 2-3 kali mencuba mendapatkan Aguero tetapi gagal, Torres is Second choice..Aku tetap positif, jika Barca boleh tersenyum mendapatkan Ronaldinho berbanding Beckham, juga Manure mendapatkan Cantona berbanding Shearer, bermakna tak semestinya first choice kita adalah benar-benar tepat..

Yang lepas biarkan berlalu, dah beli, nak buat macamane..Dan disebabkan Torres sudah menyarung jersi biru keramat Chelsea, maka aku akan menyokong dia sepenuh hati..Dan Aguero juga aku rasa tak diperlukan dah kerana kuota serangan kita dah cukup untuk sekurangnya 3-4 tahun lagi..Sturridge pon ada kan, apadahal??

Namun apa yang merungsingkan pemikiran fan The Blues adalah form Torres ketika nie..Prestasi dak blonde nie dalam 4 match terakhir agak tak menjadi, tiada gol, tiada assist - David Luiz dengan Terry yang defender pon lagi power score dari Torres..Media ape ke lagi, bakar membakar la sementara ada peluang..Jika difikirkan, apa masalahnya??

Sheva ke dua??

Jika ada yang mengatakan dia seperti Sheva, aku kurang setuju kerana situasi adalah berbeza..Sheva hadir tanpa persetujuan Jose jadi dapat dilihat kenapa dia dianak tirikan dan tak dimasukkan sebagai perancangan taktikal Special One..Torres adalah pilihan Carlo, dan dia sememangnya mahukan Nando di dalam pasukan..Kesungguhan Carlo mencuba berbagai formasi untuk suit Nando adalah bukti..Malah Nando hadir pada ketika Didi sedang merosot, Sheva hadir ketika Didi sedang meningkat..Tanpa saingan nama besar lain di Chelsea, dapat dilihat betapa Nando akan menjadi long term striker kita berbanding Sheva yang hanya dibayangi oleh kehebatan Didi suatu ketika dahulu..

Prestasi merosot??

Yupp, point paling ketara..Jika dibandingkan dengan prestasi hebat Torres pada 2007 yang menjadikan dia disebut sebagai striker terbaik dunia, jelas terdapat banyak penurunan prestasi..Pada musim pertamanya bersama Liverpool, Nando menjaringkan gol pada setiap 3.9 shot dan mendapat 61% shot on target..Musim nie, dia hanya mendapat gol pada setiap 11 shot, manakala ketepatan dia shot on target menurun ke 31%..

Torres tidak seperti Teves, mahupun Rooney yang dinilai bukan sahaja kepada gol tetapi assist dan bermain sebagai playmaker team..Nando adalah top man striker seperti Nistelrooy yang hanya dinilai berdasarkan gol ratio jadi sekiranya dia kurang shot on gol, peratusan jaringan yang menurun, kita boleh mengatakan performance dia semakin merosot..Ketika menentang Blackpool kelmarin, dapat dilihat dia hanya ada 1 shot on target, itupun straight ke arah goal keeper lawan..Takde shot, macamane nak gol..

Support??

Situasi di Chelsea adalah berbeza di Liverpool, taktikal Benitez pada 2007 adalah membentuk team yang dibina sekitar Torres bermakna teammate di sekelilingnya akan cuba memberikan hantaran seberapa banyak bagi Nando menjaringkan gol, terutamanya Gerrard yang merupakan partner terbaiknya di bahagian hadapan..Di Chelsea kini kita cuba melakukan perkara yang sama tetapi ia memakan masa kerana taktikal kita sebelum ini adalah bermain one striker up front, long ball yang memerlukan Didi menjadi big man di hadapan dan menggunakan pemain sayap untuk menyerang, serangan kita tidak dibentuk sepertimana di Liverpool..

Penukaran formasi 4-4-2 adalah satu langkah ke arah yang tepat untuk membantu Torres bermain di potensi tertinggi seperti pada 2007 dahulu, namun kita kekurangan pemain yang sesuai..Masalah partnership adalah satu topik utama, Didi jelas bukan gandingan sesuai, lembab dan mempunyai kriteria hampir serupa, ia mengingatkan aku kepada Villa dan Robbie Keane yang gagal membentuk chemistry bersama Torres sebelum nie..Didi-Torres, memang nampak macam gandingan yang terhebat dunia, tetapi dalam PES mahupun FIFA je, realitinya ia amat sukar dilakukan..Torres memerlukan pemain yang lebih mobile di belakangnya, playmaker - pemain berjersi 10, dan ketika ini hanya Anelka, Josh dan Kalou yang menepati kriteria nie, walaupun aku lebih menantikan Benayoun yang merupakan teammate lamanya untuk beraksi di belakang Nando..Youssi kini cedera, harap dia cepat sembuh untuk mengembalikan naluri pemusnah Torres..

Clique??

Ibarat budak baru masuk sekolah, pastu nak buat kepala, mesti pelajar senior panas ye dak?? Kedatangan Torres bukan sahaja meletakkan bekas King Drogba ke bangku simpanan, malah dengan tag 50m, dia seakan diberikan layanan istimewa dengan bermain hampir setiap game..Bagi aku memang normal sebab Carlo nak memberikan Nando lebih masa untuk blend dengan taktikal pasukan, namun mungkin disalah erti oleh pemain lain..Ketika menentang Blackpool, dilihat beberapa pemain Chelsea terutamanya Malouda dan Kalou tak memberikan hantaran kepada Nando walaupun dia berada di posisi terbaik untuk menjaringkan gol..Mungkin hanya spekulasi, namun biasalah kalau nak diterima masuk geng baru bukan senang, ko kena buat sesuatu yang menunjukkan ko layak..Seperti Ramires dan David Luiz, diorang berusaha keras dalam setiap game dan telah menjaringkan gol pertama, sekaligus membolehkan kedua pemain baru ini semakin diterima sebagai Blues Brother..Buat Torres, harap dia akan bermain bersungguh selepas ini untuk mendapatkan respek dari pemain lama dengan usaha dia di atas padang, bukannya berpandukan tag harga semata..

......

Apapun selepas melihat aksi dia ketika menentang Copenhagen dalam First Leg sebelum nie, aku boleh katakan Torres masih mempunyai bakat dahulu, cuma dia kurang konfiden ketika ini..Aku harap Carlo kekal menggunakan Anelka atau Kalou sebagai partnership terutamanya dalam match CL pasnie bagi membolehkan dia mendapat lebih bantuan di hadapan..Gunakan Didi memang tak jadi, dia akan bolot bola sorang..Jika Torres tak mendapat assist dari teammate, bagaimana dia nak score?? Berikan dia sedikit masa, kita akan melihat kembali Torres yang sebenar!! KTBFFH!!

p/s : Bebaltop pun amik masa semusim baru perform, apadahal??

Friday, March 4, 2011

0 Legenda Singa Keramat

0 Comments

Pada suatu masa dahulu, singa keramat adalah simbol keazaman bagi warga Chelski dari Barat London..Simbol legenda ini ditatahkan di atas pakaian mereka dan dikatakan mempunyai aura yang mampu menghancurkan mana-mana binatang keparat lain di sekitar England..

Sejak sekian lama mencari, warga Chelski seakan berjaya menjumpai watak jelmaan singa keramat tersebut dengan kehadiran pemuda serba legenda Ruud Gullit..Ia seakan benar kerana pemuda ini telah mengangkat Chelski menjadi territory yang digeruni di sekitar Eropah..Namun aura tersebut hanya bersifat sementara kerana beliau telah meninggalkan Barat London dan sejak itu tidak kelihatan lagi..

..........

Namun pada suatu hari suasana di Barat London kembali gegak gempita dengan kehadiran seorang budak muda yang dikhabarkan adalah jelmaan kedua legenda tersebut..Kegarangan luar biasa budak muda ini dikatakan adalah hasil jelmaan sempurna singa keramat ini yang dilihat telah mengembalikan aura serba menakutkan di Barat London bagi musuh yang hadir ke kawasannya..


Singa Keramat??

Berita ini disahihkan lagi dengan kehadiran setan merah yang cuba mengganggu keharmonian Barat London..Dikatakan semangat singa keramat yang kuat telah merasuk jiwa anak muda ini untuk menjaga kawasannya lalu dia menghalau kehadiran setan merah ini dengan penuh bergaya..

BAMM!!!

BAMM!!!

BAMM!!!

Terkejut dengan kegagahan singa keramat, setan merah ini berasa takut lalu hadirlah tiga pengawal bersut hitam untuk menyelamatkannya..

Tiga pengawal tersebut dihantar oleh Bapak Setan di Wilayah Mancunia untuk menyelamatkan anak-anaknya.."Anak-anakku, singa keramat sudah kembali!! Kamu takkan selamat, ayuh pulang!!" Lalu kesemua setan merah tadi lenyap..Keadaan di barat London kembali aman dan warga Chelski di situ berasa amat gembira dengan kehadiran semula Singa Keramat buat sekian lama..

"Yeah, Singa Keramat sudah kembali!! Setan merah berjaya ditewaskan!!"

Ketua kampung di Barat London amat terkejut dengan penampilan budak muda ini secara tiba-tiba, namun dia percaya dia adalah jelmaan legenda tersebut.."Kami percaya Singa Keramat ini telah kembali sekali lagi untuk membantu kami" katanya..

Adakah benar budak muda ini adalah singa keramat?? Adakah dia legenda yang kembali untuk menyelamatkan warga Chelski??

Hanya masa yang akan menentukan. Namun selepas berjaya menghalau setan merah pulang ke sarangnya, budak muda ini mengaum seolah-olah menandakan dirinya sudah kembali!!

ROARRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!







Friday, October 30, 2009

0 VaRiaSi

0 Comments


Kehebatan Chelsea yang memperoleh tiga kemenangan berturut2 dengan 13 gol dijaringkan adalah berpunca daripada kebolehan skuad Chelsea untuk berubah formasi dalam permainan dengan variasi pemain yang fleksibel dan sukar dibaca oleh pihak lawan..Formasi diamond Ancelotti bagi aku mmg unik dan boleh berubah2 dan ia sememangnya berkesan!!..

Meletakkan keempat2 playmaker di bahagian ini kita akan mendapat satu corak permainan yang agak slow tapi passing yang menarik dan possession yang lebih seperti ketika menentang fool...Jika winger dimasukkan, kita akan mendapat corak permainan yang lebih laju dan skill sepertimana yang dilakukan oleh Joe Cole dan apa yang menarik perhatian aku adalah seorang pemain itu tidak terikat di satu posisi2 semata2..Ballack boleh bermain sebagai attacking atau defensif..Deco kadangkala beraksi sebagai wing di bahagian kanan atau merencana serangan di bahagaian tengah..dan strategi ini memang mengena bagi team lawan yang menggunakan taktik Zone Marking..

Pak Uda yang score lawan Bolton aritu pon sependapat dengan ak..haha ko memang best r pak uda..

"The threat comes from everywhere in our team and that's going to be our strength this season," Florent malouda told the Evening Standard.

"We don't have to depend on one player. Obviously in a season you can have moments when someone is not in form or has the capacity to score.

"We have quality throughout the squad. It's important every player shows it when he has an opportunity to do so. That's our strength at the moment because people are doing just that.

"Everyone can score with the movement we have and the quality of our passing game. We have improved a lot with the system.

Walaupun di awal musim skuad kita masih mengharapkan Didi dan Nik untuk menjaringkan gol tapi ak boleh lihat lama kelamaan seluruh skuad dah dapat memahami gaya permainan dan corak serangan yang dimahukan oleh Ancelotti.. ak harap ia dapat mengurangkan beban yang dipikul didi dengan semua player sama2 berusaha menjaringkan gol..Deco, lampard, Ballack, essien, malouda dan Joe bagi aku sudah mampu untuk sama2 menjana satu gandingan dan chemistry yang mantap di bahagian tengah dan merobek gawang lawan dalam musim nie..

Umpama Milan di ambang kehebatannya, ak boleh membandingkan Joe cole selaku penggerak utama midfield Chelsea seperti kaka atau rui Costa..kenapa tidak lampard?? Walaupun Frank hebat, tapi die kurang skill dan kelajuan seperti yang dimiliki Kaka..ak anggap Lampard seperti Seedorf atau pirlo kerana die lebih mahir dalam hantaran jauh, bijak dalam membaca permainan dan mempunyai rembatan yang padu..Boleh bermain sebagai winger, attacking midfielder atau supporting striker merupakan kelebihan Joe sebagai player serangan yang versatile..Jikalau die boleh kekal dari kecederaan musim nie ak yakin die boleh menjadi antara pemain terbaik Chelsea musim nie..Carletto sendiri mengakui kehebatan Joe Cole.."He is Genius" adalah ungkapan pertama yang dikatakan oleh beliau selepas melihat aksi menakjubkan menentang Blackburn.. Di bawah bimbingan Ancelotti selaku mentor Kaka sudah tentu dia tahu apa yang diperlukan untuk membawa Joe ke tahap yang lebih tinggi...NOTHING IS IMPOSSIBLE