The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, March 4, 2011

0 Legenda Singa Keramat


Pada suatu masa dahulu, singa keramat adalah simbol keazaman bagi warga Chelski dari Barat London..Simbol legenda ini ditatahkan di atas pakaian mereka dan dikatakan mempunyai aura yang mampu menghancurkan mana-mana binatang keparat lain di sekitar England..

Sejak sekian lama mencari, warga Chelski seakan berjaya menjumpai watak jelmaan singa keramat tersebut dengan kehadiran pemuda serba legenda Ruud Gullit..Ia seakan benar kerana pemuda ini telah mengangkat Chelski menjadi territory yang digeruni di sekitar Eropah..Namun aura tersebut hanya bersifat sementara kerana beliau telah meninggalkan Barat London dan sejak itu tidak kelihatan lagi..

..........

Namun pada suatu hari suasana di Barat London kembali gegak gempita dengan kehadiran seorang budak muda yang dikhabarkan adalah jelmaan kedua legenda tersebut..Kegarangan luar biasa budak muda ini dikatakan adalah hasil jelmaan sempurna singa keramat ini yang dilihat telah mengembalikan aura serba menakutkan di Barat London bagi musuh yang hadir ke kawasannya..


Singa Keramat??

Berita ini disahihkan lagi dengan kehadiran setan merah yang cuba mengganggu keharmonian Barat London..Dikatakan semangat singa keramat yang kuat telah merasuk jiwa anak muda ini untuk menjaga kawasannya lalu dia menghalau kehadiran setan merah ini dengan penuh bergaya..

BAMM!!!

BAMM!!!

BAMM!!!

Terkejut dengan kegagahan singa keramat, setan merah ini berasa takut lalu hadirlah tiga pengawal bersut hitam untuk menyelamatkannya..

Tiga pengawal tersebut dihantar oleh Bapak Setan di Wilayah Mancunia untuk menyelamatkan anak-anaknya.."Anak-anakku, singa keramat sudah kembali!! Kamu takkan selamat, ayuh pulang!!" Lalu kesemua setan merah tadi lenyap..Keadaan di barat London kembali aman dan warga Chelski di situ berasa amat gembira dengan kehadiran semula Singa Keramat buat sekian lama..

"Yeah, Singa Keramat sudah kembali!! Setan merah berjaya ditewaskan!!"

Ketua kampung di Barat London amat terkejut dengan penampilan budak muda ini secara tiba-tiba, namun dia percaya dia adalah jelmaan legenda tersebut.."Kami percaya Singa Keramat ini telah kembali sekali lagi untuk membantu kami" katanya..

Adakah benar budak muda ini adalah singa keramat?? Adakah dia legenda yang kembali untuk menyelamatkan warga Chelski??

Hanya masa yang akan menentukan. Namun selepas berjaya menghalau setan merah pulang ke sarangnya, budak muda ini mengaum seolah-olah menandakan dirinya sudah kembali!!

ROARRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!







No comments: