
Ulasan match pagi tadi..hmmm..takde benda nak diulas kot, 90 minit yang hambar habess sampai member aku boleh terlelap..Kalau bukan sebab kopi panas Mekdi, aku pon mungkin dah terlentok sama..Bagi sesiapa yang terlepas match nie, dinasihatkan tak payah lah download highlight tue..Dari keseluruhan skuad, hanya Mikel, Zhirkov, Iva, JT dan Cech yang aku puji mencapai standard piawai ISO yang ditetapkan..Yang lain?? Mungkin masih dalam mood rehat seminggu yang panjang, kaki pon kejang - rase macam nak lempang pang pang pang..
Papehal pon, kira bersyukur jugak la dah masuk quarter final, daripada berangan nak 4 piala last-last habuk pon takde..Kita kini dah boleh cuba mengagak siapakah lawan kita seterusnya di suku akhir..Undian akan dilakukan Jumaat nie pada pukul 7 mlm waktu tempatan, LIVE di ESPN..Ini barisan pasukan untuk Last 8 Champions League : Chelsea, Barcelona, Schalke, Real Madrid, Inter, Shaktar, Man U, Spurs. (Siapa korang pilih??)
Selepas undian CL, fokus akan diteruskan kepada match utama liga pada Ahad nie antara Chelsea dan Mancee..Jika bermain macam tadi, memang takde peluang la nak menang, serius aku cakap..Aku harap ia hanya setback disebabkan rehat seminggu lepas yang menyebabkan pemain kita kurang 'umphh'..Kita perlukan sesuatu yang istimewa untuk menghancurkan barisan pemain bulldozer Mancini n Co, justeru The Blues perlu segera menaikkan gear di peringkat tertinggi jika mahukan kemenangan..Menang -tempat Ketiga hampir sah jadi milik kita; Kalah - wassalam le jawabnya..Focus to the next game!! KTBFFH!!
No comments:
Post a Comment