The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, March 21, 2011

0 Post Match : Chelsea Rampas Tempat Ketiga!!

Pembunuh kelab Manchester!!

Terima kasih diucapkan kepada hero baru dari Benfica dan Samba Boys, Luiz dan Ramires memastikan Chelsea menang 2-0 ke atas Mancee!! Walaupun diikat 0-0 hampir 80 minit, semangat juang The Blues tidak luntur dan Luiz jelmaan Singa Keramat sekali lagi mempamerkan magisnya untuk membantu Chelsea merubah keadaan..Tandukan padu melepasi Hart sememangnya gol pembukaan yang dicari, manakala larian dan gol kedua Ramires adalah desert lazat khas buat fan Chelsea pada minit terakhir!!

Seperti aku katakan game ini memang sukar dan kita memang buntu untuk menembusi defend Mancee yang tersusun..Nasib baik ada makhluk ajaib Luiz, kalau tidak berkemungkinan kita akan draw malam tadi..Keseluruhan match boleh kata Chelsea bermain agak bagus dan kita yang konker match manakala Mancee macam biasa menggunakan formula bertahan dan counter pantas..Mungkin ketiadaan Tevez menjadi faktor diorang kurang menyengat, dan aku rasa lega dia tak main sebab Dzeko memang mudah dikawal oleh Luiz..MOTM sudah tentu milik Luiz yang bermain sepenuh hati dibahagian defend dan menjaringkan gol pertama, namun Ramires, Essien, Torres dan kesemua pemain pertahanan layak dipuji hasil persembahan yang solid..Yupp, dah lama tak tengok Chelsea main macam nie :)

Aspek Positif
  • Walaupun masih gagal mencari gol pertama, Torres nampak semakin blend dengan formasi Chelsea..Backheel yang cantek untuk setup Kalou adalah bukti teamwork dia dengan teammate baru makin improve cuma malang gagal disudahkan dengan sempurna..
  • Drogba buat lagi!! Seperti ketika menentang Manure, Didi menyerlah bila masuk sebagai subs, dan aku harap ia kekal macam nie..King Didi lebih perform bila tak bermain full dan kesungguhan dia juga menunjukkan dia masih top performer kita walaupun dengan kehadiran Torres..Satu assist untuk gol pembukaan memang inspiring..Jika Didi sedia berkorban dan menjadi kekuatan tambahan kita dari bangku simpanan, aku harap Didi kekal satu season lagi.
  • Ramires menunjukkan muka sebenar!! Larian melepasi dua defender dan rembatan menewaskan Hart memang ala samba, satu kelebihan Ramires yang mengejutkan semua fan..Memang masa kat Benfica dia suka buat camnie dan aku happy tengok dia dapat mengulangi aksi sama di dalam baju biru diraja Chelsea!!
  • Luiz, aku taktau nak kata apa, mungkin dia lebih layak digelar 50m man, bukannya Torres..Clean sheet, sumbat gol pembukaan, aksi bertenaga 90 minit, apa lagi diminta?? Sememangnya layak digelar Manchester Killer!!
  • Polisi Rotation Carlo nampak menjadi, pemain nampak lebih segar dan competition lebih sihat dalam skuad..Suasana dalam kem dilihat lebih harmoni kerana setiap player dapat peluang yang hampir sama rata jelas memberikan impak positif dari segi psikologi..Keep it up Carlo!!

Aspek negatif

  • Malouda kekal sampah, aku tak pasti apa masalah dia walaupun Carlo masih memberikan kepercayaan dia untuk kembali ke prestasi fantastik musim lepas..Yuri dilihat semakin memberikan tekanan untuk posisi Left Winger dan berdasarkan prestasi semasa, dia layak diberikan tempat utama mengatasi Malouda..
  • Lampard nampak hilang punca, masih jauh dari aksi setaraf nama "Super Frankie"..Shot off target dan beberapa kesilapan passing antara masalah Lamps dalam 2-3 match terakhir..Tetap pemain utama dalam skuad, harap boleh improve menjadi Lampard yang kita kenali secepat mungkin!!

Dengan 3 mata penting, ini sememangnya antara kemenangan paling utama kita musim nie..EPL Title masih dalam jangkauan dan apa yang lebih penting adalah Tiket Kelayakan CL hampir pasti dalam genggaman!! Kita kini mencantas Mancee untuk merampas tempat ketiga (kurang satu game) dan kini mensasarkan tempat kedua pulak!! Kini 4 mata di belakang Sengal, ditambah dengan prestasi kanak-kanak Wengong semakin hambar, aku yakin The Blues boleh punyer!! Menjuarai liga tetap menjadi impian dalam senyap tetapi buat masa ini lebih elok kita fokus match to match..Lepas dapatkan tempat kedua, baru kita fikir pasal kejar Manure pulak..Finally, Chelsea kembali ke skuad yang aku kenali dulu-Kental, rakus, dan tak menyerah kalah!! Keep the faith, KTBFFH!!




No comments: