The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, November 29, 2009

0 Korban Arsenal!!

0 Comments
Malam nie Chelsea akan bertemu Arsenal di Emirates untuk aksi BPL dan derby London selepas minggu yang cemerlang di Eropah..Kemenangan MU ke atas Porstmouse semalam merapatkan jurang kepada dua mata dengan Chelsea selaku pendahulu liga justeru hanya kemenangan yang dicari malam ini untuk kembali menjarakkan kedudukan..

Prestasi terbaik skuad Chelsea sememangnya dialu-alukan dan kepulangan beberapa pemain utama seperti Lampard, Ballack, Zhirkov dan Didi menjadi suntikan semangat di waktu yang tepat..Carletto kini mempunyai banyak pilihan untuk mendekorasi bahagian tengah yang menunjukkan persaingan yang sengit di kalangan pemain2 The Blues..Lampard, Essien dan Ballack kini dicabar oleh kelompok pemain yang kini menagih posisi tetap di bahagian midfield dengan menampilkan prestasi yang menarik dalam beberapa match terakhir antaranya Malouda, Mikel, Joe Cole dan Deco.. Jangan dilupakan juga kelibat dari pemain muda seperti Kakuta dan Borini yang kian mencucuk rapat..Saingan yang sihat sememangnya bagus untuk pasukan dan sekiranya ak diberi hak memilih, ak mahukan kelibat Malouda di dalam first team malam nie bergandingan dengan Lamps, Essien dan Ballack untuk memecahkan dominasi team Arsenal di bahagian tengah..

Berlawanan dengan home team, Sengal skang nie kehilangan beberapa tonggak utama antaranya Van Pasir, Diabiol, Clichy dan Gibbs..Dengan skuad lawan tempang, nie merupakan peluang terbaik Chelsea untuk meratah diorang secukupnya sekaligus meninggalkan diorang 11 mata di atas dan mengurangkan saingan kejuaraan liga kepada dua penjuru sahaja..Tapi walaupun kehilangan beberapa pemain penting, skuad The Blues harus berhati2 dengan sengal kerana kita bermain di tempat lawan dan dalam big match seperti ini macam2 boleh terjadi..Semoga pemain Chelsea tidak terlalu angkuh dan dapat bermain mengikut disiplin dan strategi yang ditetapkan oleh Carletto..

Dengan hampir kesemua pemain telah sembuh dari kecederaan (kecuali Bosingwa), ak harap agar dapat melihat kekuatan penuh Chelsea-aksi yang menarik, pertahanan yang mantap dan serangan yang efektif!! Sempena Aidiladha ini ak nak skuad The Blues mengorbankan Sengal secukup2 nya malam nie haha..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Formasi malam nie :

----------Cech-------------

Ivanovic-JT-Carvalho-Ash-----

Lamps-Ballack-Essien-Malouda

-------Anelka—Didi-------------


Result Prediction :

Arsenal (0)- Chelsea (2)

Match LIVE kat ESPN, 26 Disember 2009 pukul 11.55 malam..DONT MISS!!

0 Selamat Hari Raya Aidiladha

0 Comments


Kepada semua Blues Fan terutamanya pengunjung blog nie yang beragama Islam ak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dariNYA..Di harapkan di hari mulia ini kita sanggup melakukan pengorbanan yang mampu merubah diri kita dan masyarakat untuk menjadi insan yang lebih baik amin..Jom makan!!

p/s : Di Malaysia kita korban daging, untuk Team Chelsea kat London ak nak kita korbankan Arsenal huhu..

0 JT The 300!!

0 Comments
Match menentang Porto bukan sahaja memberikan Chelsea kedudukan teratas di dalam peringkat kumpulan, malah ia juga merupakan match yang bersejarah untuk Captain Marvel kita, John Terry kerana ia merupakan penampilan ke 300 beliau selaku Captain The Blues!!

John Terry pertama kali ditabalkan selaku Captain Chelsea oleh Claudio Ranieri menggantikan senior beliau yang turut merupakan legendary center back, Marcell Dessaily..Keupayaan JT selaku natural leader turut diakui oleh manager Chelsea yang lain; Jose Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan yang terbaru, Carlo Ancelotti..

Terry added: "Playing 300 games as Chelsea captain is a great achievement for myself.

"I have played for a lot of managers and they have kept me as captain which is a great honour and I want to stay fit and keep Chelsea winning trophies."

JT merupakan kebanggaan Chelsea kerana merupakan bekas pelajar akademi Chelsea yang berjaya naik dari bawah dan seterusnya menjadi antara pemain bertaraf dunia kini..Jikalau ada kesungguhan tiada apa yang mustahil dan JT telah membuktikannya dan diharapkan pemain2 muda Chelsea seperti Kakuta, Sam , Sturridge , Borini dll dapat mengikuti jejak langkah legenda Chelsea ini..Pemilihan JT selaku kapten England oleh Capello sekali lagi membuktikan kewibawaan beliau selaku pemain kebanggaan Chelsea dan England dan prestasi cemerlang England di pusingan kelayakan membuktikan segala2nya..

Kehebatan JT selaku antara defender terbaik dunia merupakan faktor JT terus mempertahankan kedudukannya selaku leader terhebat Chelsea walapun manager datang dan pergi silih berganti..JT mempunyai ciri2 kapten yang sudah tertanam di dalam dirinya..sifat berani mati dan berkorban demi kelab kesayangannya Chesea telah membuatkan JT menjadi inspirasi buat teammate dan fan The Blues untuk memberikan yang terbaik demi pasukan mencapai kejayaan..

Masih ingat lagi bagaimana JT pengsan kerana disepak di bahagian kepala sewaktu menentang sengal di final Carling Cup?? Selain itu, ketika Chelsea ditimpa krisis selepas pemecatan Jose dan hampir tekeluar dari saingan kumpulan CL, JT yang cedera akibat keretakan di tulang hidung tetap bermain dengan menggunakan pelindung muka dan JT menunjukkan aksi menakjubkan di bahagian defend yang membolehkan Chelsea memperoleh kemenangan berharga ke atas Valencia seterusnya melayakkan diri ke peringkat kalah mati yang seterusnya membuka jalan untuk membawa Chelsea ke Final CL yang pertama..Gol tandukannya menentang MU baru2 nie turut membuktikan JT sentiasa merupakan leader terhebat Chelsea dan tulang belakang bagi The Blues dulu, kini dan selamanya..

Diharapkan agar JT mampu menjadikan season ini sebagai detik terbaik dalam karier beliau dengan membawa Chelsea merangkul kejuaraan liga dan tidak mustahil Champions League serta menjulang Piala Dunia bersama England!!..

JOHN TERRY-CAPTAIN, LEADER, LEGEND

Saturday, November 28, 2009

0 Chelsea Juara Group D!!

0 Comments

Chelsea berjaya menjuarai Group D dalam saingan CL selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Porto di Portugal..Dengan kemenangan nie skuad The Blues telah memperoleh 13 mata meninggalkan Porto di temnpat kedua dengan perbezaan empat mata..hanya satu je match tinggal pasnie iaitu menentang APOEL dan ak pasti Carletto dapat menggunakan peluang nie untuk merehatkan pemain2 utama..Dengan keputusan nie Chelsea akan terselamat daripada diundi untuk bertemu dengan juara kumpulan lain..tapi sume team kat CL nie mmg kuat x kira la naib x pun juara kumpulan..tgok la Bordeoux pn leh jadi juara group...yang penting Chelsea yang harus maintain form di peringkat seterusnya jika ingin mara lebih jauh dalam kejohana eropah nie...papepon Congratts Chelsea!!!

Seperti yang dijanjikan, Carletto membuat beberapa pertukaran dengan ivanovic, Ballack, Deco, Zhirkov dan Carvalho dimasukkan ke dalam skuad setelah terlepas perlawanan menentang Wolves hujung minggu lepas..apa yang mengejutkan adalah kelibat Didi yang dimasukkan dalam first team walaupun Carletto mengatakan sebelum nie yang die belum bersedia..Supprise??

Match nie mmg fight sebab Porto bermain di halaman sendiri..dengan kekuatan sorakan dan sokongan di belakang mereka, Porto terlebih dulu melakukan beberapa asakan berbahaya dari gandingan Belluschi, Falcao dan Rodriguez tetapi Cech ternyata kebal dalam match nie..Shot2 berbahaya dari trio nie berjaya ditepis oleh Big Pete yang ak boleh lihat tidak di support sepenuhnya oleh Defender yang kerap memberi ruang kepada pemain2 Porto melancarkan serangan..Fist half banyak didominasi oleh home team dengan hanya sesekali Chelsea melancarkan serang melalui Anelka dan Malouda yang bagi ak memang pemain terbaik Chelsea dalam match nie..Malouda memang pandai membuka ruang untuk rakan2 dan kelajuan dan cross Malouda memang meresahkan defender Porto cuma tiada siapa yang menyudahkannya ..Mgkin layak menjadi regular starter pasnie?? Didi menghilang tanpa arah tuju dalam game nie..mgkin kesakitan di rusuk masih menggangu permainan Didi, harap2 tidak melarat sehingga ke Emirates ahad nie..


Second Half Malouda sekali lagi menjadi threat utama untuk Porto dan kali nie usahanya mebuahkan hasil..Zhirkov yang naik ke atas berjaya membuka ruang untuk Malouda untuk melakukan cross yang cantik dan disambut dengan tandukan pantas oleh Anelka..1-0 untuk Chelsea!! Nie merupakan kali kedua Anelka menjadi pemusnah Porto selepas turut menjaringkan gol tunggal Chelsea di Bridge sebelum nie..

Deco dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Joe Cole dan Deco diberikan standing ovation oleh fan2 home team yang masih mengingati jasa beliau selaku hero yang membawa kejuaraan Eropah kepada Porto pada tahun 2004 di bawah bimbingan Jose Mourinho..Deco menjaringkan salah satu gol di final menentang Monaco dengan result penuh 3-0..

Walaupun ketinggalan Porto tetap tidak berputus asa dan menggandakan asakan dan ak sememangnya lemas tgok kesungguhan player2 Porto menyerang pertahanan Chelsea bertali arus..Mujur Cech beraksi dengan amat cemerlang dan sedikit luck dengan beberapa kali serangan dari Falcao dan Belluschi terkena tiang..Keputusan seri adalah lebih adil but victory is victory!! Chelsea bertahan untuk memperoleh tiga mata berharga dan ditabalkan selaku Juara Group D!!

Dengan nie skuad Chelsea leh menumpukan perhatian ke aksi liga pula menentang Arsenal ahad nie di tempat lawan..Kemenangan Ahad nie akan meninggalkan diorang sebelas mata di atas dan dah tentu akan mengecilkan saingan antara Chelsea dan MU sahaja..Harap Didi dan Lampard dapat fit sepenuhnya sebelum Ahad nie..Prestasi yang cemerlang setakat nie dan kebolehan skuad Chelsea bertukar2 player tapi tetap memperoleh kemenangan dan mampu beraksi menarik sememangnya mengagumkan dan membuktikan The Blues mempunyai kekuatan dalaman yang hebat...Thumbs Up untuk Carletto kerana berjaya membawa Chelsea ke tahap ini..Keep The Blues Flag Flying High!!

Match Highlight :


Wednesday, November 25, 2009

0 Hancurkan Porto!!

0 Comments
Malam nie Chelsea akan bertandang ke Estadio de Dragao, Portugal menentang tuan rumah Porto dan match nie akan menentukan siapakah yang bakal menduduki tangga teratas Group D sekaligus mnegelakkan diri dari bertemu dengan juara Group len dalam pusingan kalah mati nanti..

Keputusan seri sudah cukup untuk Chelsea kerana match terakhir Chelsea akan menentang Apoel di laman sendiri dan Porto akan bertemu Atletico pasnie..Tapi tidak perlu bersusah payah bila ada jalan yang lebih mudah iaitu kemenangan..Jikalau Chelsea menang kita konfem jadi Juara Group dan match terakhir nanti beberapa pemain utama leh direhatkan dan beberapa pemain muda boleh diberikan peluang merasai pengalaman bermain di Eropah..


Deco, Ballack dan Didi sudah kembali ke dalam pasukan setelah pulih dari kecederaan sementara lampard masih lagi tersekat di Wad Sakit Bridge dan mungkin tidak beraksi menentang Sengal hujung minggu nie..Carletto memberikan hint yang beberapa pertukaran akan dilakukan pada barisan pemain malam ini berbanding semasa menentang Wolves di mana beberpa pemain akan direhatkan untuk match showdown di Emirates nanti..

'We are in Portugal now, and I want to say that Carvalho and Deco will play tomorrow. I want to change something, some players, and the players that did not play against Wolves will play, Ivanovic, Carvalho, Deco, Ballack,' he explained. 'I think that Zhirkov can play tomorrow at left-back.

'I don't know for Drogba, maybe he will start on the bench. He is well but I prefer to keep him on the bench.'

Porto yang tewas dalam match terakhir diorang jangan dipandang rendah kerana di Eropah prestasi mereka amat berbeza..Setelah tumpas di tangan Chelsea sewaktu match pembukaan, Porto telah mengumpul mata penuh untuk game2 seterusnya yang membolehkan diorang merapati kedudukan dengan Chelsea selaku pendahulu Group D..Dengan 12th man factor menjadi kelebihan diorang malam nie, Porto pasti akan memberikan tentangan sengit kepada skuad The Blues..

Hulk merupakan striker yang perlu diberi perhatian malam nie..striker dari Brazil nie memang antara faktor kehebatan Porto setakat nie di Eropah dan telah diintai oleh beberapa Kelab Eropah untuk memndapatkan khidmatnya..Dengan badan yang besar dan tendangan yang padu Carvalho dan Jt pasti mempunyai kesukaran untuk merantai pemain ini..Kesilapan menentang Atletico jangan dilulang lagi kerana sebarang kealpaan oleh benteng pertahanan pasti akan dihukum oleh Hulk sepertimana yang dilakukan Aguero..

Kakuta yang memberikan debut menarik turut serta dalam skuad ke Portugal dan mungkin akan diberikan peluang untuk beraksi di Eropah buat pertama kali oleh Carletto malam nie..Essien dan Didi walaupun turut serta mgkin akan direhatkan dalam match nie kerana baru pulih dari kecederaan bagi mengelakkan sebarang risiko..

Formasi malam nie:


-----------Cech------------

Ivanovic-JT-Carvalho-Zhirkov

---Mikel-Joe-Ballack-Deco---

--------Kalou-Anelka----


Result Prediction : Porto(1) - Chelsea(2)

Malam nie match LIVE kat ASTRO STAR SPORT pukul 3.40 pagi..Dont miss!!

0 Kuda Tua jadi sasaran???

0 Comments
Hampir nak tergelak aku bila membaca Chelsea dikhabarkan ingin membeli dua superstar (atau old superstar) iaitu uncle Gattuso dan pakcik Inzaghi..Selepas dikaitkan dengan Player Milan yang lain Pirlo dan Pato, kini The Blues dikatakan ingin membeli Muke mafia Gattuso dan Si Kuat Jerit Inzaghi pada bulan Januari nie..

Gattuso dan Inzaghi dikatakan ingin keluar dari Milan kerana sering diketepikan dari skuad utama oleh manager Milan, Leonardo di dalam formasi terbarunya..Dengan WC semakin hampir, sudah tentu kedua2 player nie nak terpilih di dalam skuad Itali jadi untuk mendapatkan tempat tersebut mereka memerlukan masa bermain yang maksimum..Chelsea sekali lagi dikaitkan kerana bekas manager diorang Carletto berada di Chelsea dan dia mungkin memerlukan beberpa pemain tambahan untuk menempung ketiadaan player Afrika bulan Januari nanti..

Adakah kita memerlukan kedua player nie?? Sudah tentu tidak perlu..Bukan ingin menidakkan kehebatan Inzaghi dan Gattuso yang bagi aku memang legend di Milan tapi faktor umur dan kecergasan perlu diambil kira..Bagi aku tidak guna membeli player tambahan jika hanya ingin digunakan untuk jangka masa pendek sahaja iaitu satu bulan selama Piala Afrika berlangsung..Skuad Chelsea yang sedia ada bagi aku memang sudah cukup ampuh untuk menampung ketiadaan bintang Afrika nanti walaupun tanpa pembelian baru dibuat..Persembahan menarik dari Kakuta, Borini dan Matic menunjukkan kita tidak ketandusan pemain2 muda yang boleh diharapkan selaku pengganti terbaik skuad utama masa kini dan akan datang..Forget The Big Name, Long Live Young Blues!!

Tuesday, November 24, 2009

0 Bicara Kakuta

0 Comments
Dengan wajah dan skill umpama Robinho, Kakuta merupakan prospek terhangat Chelsea masa kini..Debut yang menarik dari Gael Kakuta sewaktu menentang Wolves menutup segala kisah2 kurang enak dalam awal karier pemain muda Perancis nie dan membuka mata para pengkritik dan peminat bola sepak yang THE NEW STAR IS BORN!!..pe kata Kakuta??

'I have been waiting so long for it and I am really happy, I enjoyed playing the game,' he said.

'I wanted to score so much but I lost focus when I shot. It was good, I enjoyed playing the game and all the players were behind me, helping me and talking to me, so that was good for me.'

Seperti biji benih yang bermutu, jikalau tidak disertakan dengan air dan nutrien yang cukup sudah tentu tumbesaran benih tersebut akan lambat dan terbantut..Sepertimana karier Kakuta di usia yang amat muda, 16 tahun dirinya telah dijulang antara bakat terbaru yang bakal menyinar dengan prestasi yang hebat di RC Lens dan nie menyebabkan dirinya menjadi buruan kelab 2 ternama Eropah antaranya Chelsea..Pujukan The Blues membuka jalan untuk Kakuta mengembangkan bakatnya di bumi England pada tahun 2007 dengan impian bermain di samping Lampard dan Drogba menjadi igauan..Umurnya ketika itu hampir 17 tahun, tanpa mengetahui sebarang peraturan Kakuta mengangguk tanda setuju..Siapa yang tidak mahu bermain dengan Kelab Gergasi Eropah seperti Chelsea di usia muda??

Karier awal Kakuta di Chelsea agak baik walaupun masih kurang dikenali..musim 2007-08 Kakuta menjaringkan 12 gol dalam 24 penampilan dalam skuad muda Chelsea dan ditabalkan Academy Player of the Year musim tersebut..Namun begitu perjalanan ke Skuad Utama masih jauh dan Feb 2009 Kakuta menerima kecederaan teruk di lutut menentang Glenn Hoddle Academy yang menyebabkan bintang muda ini malap seketika ekoran perlu direhatkan selama 6 bulan..

Enam bulan berlalu, dan bintang muda ini sedia untuk bertarung untuk memecahkan benteng ke skuad utama tapi Kakuta sekali lagi ditimpa musibah, mgkin antara yang terburuk dalam kariernya..Tanpa mengerti apa yang berlaku nama Kakuta menjadi hangat di mata Media, bukan kerana bakat tetapi skandal perpindahan dan kontroversi yang sudah tentu tidak diingini oleh pemain muda yang baru ingin mencipta nama di arena Bola Sepak..Kakuta didenda €780,000 dan di haramkan bermain perlawanan kompetitif selama 16 bulan..Kakuta menjadi mangsa kontroversi dan dipandang selaku kambing hitam dalam kes nie..

Jangan dipersalahkan bintang muda ini, di usia 16 tahun sudah tentu Kakuta tidak faham apa2 mengenai rule FIFA, apa yang pasti dia memang passion mengenai bolasepak dan dia tahu Chelsea adalah kelab yang tebaik sebagai platform untuk dirinya memacu diri menjadi antara pemain terbaik dunia suatu hari nanti..Pengurusan Chelsea yang bersalah dalam hal ini kerana Kakuta tetap Kakuta, hanya seorang insan yang ingin bermain bola sepak..

Tetapi jika benih itu bermutu, di campak kemana pun mesti akan megeluarkan hasilnya..Hukuman terhadap skandal perpindahan ini ditangguhkan oleh CAS dan Kakuta kembali memperoleh peluang untuk membuktikan dirinya bukan popular semata2 kontroversi..Match menentang Wolves dipergunakan sepenuhnya hatta 30 minit sahaja masa yang diberikan..Seminit selepas dimasukkan menggantikan Anelka, bintang muda nie menggelecek pertahanan Wolves di sayap kanan sebalum melakukan rembatan yang menerjah kiri gawang..Kakuta sekali lagi mencuba nasib dengan rembatan dari luar kotak penalti yang deras seumpama senior essian cuma sedikit tersasar-hampir menjaringkan gol kompetitif pertamanya untuk kelab..3o minit adalah masa yang amat singkat, tapi cukup untuk membuktikan Kakuta adalah bintang muda masakini!!

'My fitness is good, because of the ban I have been out for months, but I have worked double sessions every day and I feel good,' he explained.

'It has been a little bit like pre-season, because when the boys finished I was still in, working in the afternoons.

'[In the Premier League] the game is much quicker, you have more choice when you play, you can play one touch, two touch, so it is much better.'

Seumpama mati hidup semula, semoga Kakuta mampu mempergunakan sepenuhnya peluang kedua ini untuk membuktikan dirinya adalah pembelian berbaloi oleh Chelsea dan dia sememangnya mempunyai bakat yang tidak ternilai harganya..ALL THE BEST KAKUTA!!

Ingin lebih aksi Kakuta?? Saksikan di sini..




Monday, November 23, 2009

0 Lampard jumpe Dr. Horse

0 Comments
Frank Lampard yang kini mengalami kecederaan di paha kiri telah terbang ke Serbia kelmarin untuk berjumpa dengan Doktor ajaib Marijana Kovacevic aka Dr. Horse yang terkenal dengan rawatan pemindahan placenta kuda kepada pemain2 Premier League sebelum nie..

Doktor nie memang ajaib sebab teknik rawatan die leh memulihkan kecederaan pemain lebih awal dari jangkaan..antara player yang gune rawatan nie adalah player libepul Riera dan Benayoun, diorang nie dijangka akan terlepas perlawanan dalam 2 minggu tapi hasil rawatan Dr. Horse, diorang sembuh lebih awal dan mampu beraksi lawan Man City haritu..Benitez skang pun dah hantar Johnson dan Aurelio untuk rawatan yang same..Haha x tau la leh caye ke x jangan rawatan guna jin dah le..

Rawatan moden ke, tradisional ke, ak xkisah yang penting harap2 Lampard cepat sembuh sebab kita memerlukan khidmat die terutamanya lam perlawanan besar2 pasnie..Lampard dijangka absent sekurang2 nya 3 minggu dan die akan terlepas match menentang Porto dan Arsenal hujung minggu nie..Harap2 die sempat sembuh sebelum menentang Mancity bulan 12 nanti..GET WELL SOON FRANK!!

0 Bebas!!

0 Comments
Setelah menyepi 3 minggu nie sebab exam, akhirnye leh gak ak kembali melakukan posting kat sini..I'm Free!! Mungkin agak kurang update sebelum nie harap2 di masa nie leh ak cover balik ruang2 kosong sewaktu tempoh ak menyepi..Sempena ak cuti nie mgkin ak akan wat beberapa perubahan untuk memantapkan blog nie..Harap korang fan Chelsea sentiasa menyokong aku!!

Sunday, November 22, 2009

0 Serigala mangsa ke 12!!

0 Comments

Fortress Bridge sekali lagi menjadi lubuk kematian lawan Chelsea dan kali nie kelab yang baru naik, Wolverhampeh menjadi mangsa yang ke-12 dengan The Blues mendapat kemenangan besar 4-0..Nie merupakan kemenangan ke-12 berturut2 untuk Chelsea kat home, mengekalkan rekod bersih setakat nie kat Bridge dan memecahkan rekod kita terdahulu iaitu 11 straight win di bawah rejim Special One tahun 2006..Kemenangan nie gak merupakan kemenangan ke-1000 untuk Chelsea kat home..

Dengan Sengal tewas mengejut (ak x terkejut pn-sengal mmg x power haha) dengan Sunderland hasil jaringan player Fantasy aku, Darren Bent huhu dan kelab Tasik Hati (Liver-pool) seri ngan kelab poyo MoneyCity, skang nie Chelsea hanya dikuti rapat oleh MU yang menang ngan Everton semalam dengan perbezaan still 5 mata..Minggu depan kita akan bertemu sengal so ak harap bleh menang kasi diorang out terus dari title competition..

Match semalam mmg menarik, walaupun xde pemain2 utama cm Didi dan Frank, bahagian attacking Chelsea tetap hidup dengan Malouda, Joe Cole, Mikel dan Essien menjadi nadi di bahagian tengah dan Kalou berduet dengan Anelka selaku striker..Alex dan Beletti menggan tikan Carvalho ngan Ivanovic kat Defence dengan Ash kembali ke dalam skuad..Chelsea macam bese memang ak leh katakan mendominasi sepenuh game semalam dari mula sampai abes..Walaupun Chelsea bermain dengan cemerlang semalam, tapi ak leh katakan team Serigala nie main teruk nak mampus terutamanya keeper die yang memang gelabah dan kuat bocor gol..ak tgok macam keeper reserve je muke mude cam budak2 patut la x dasat..

Gol pertama dijaringkan oleh Malouda seawal minit ke-4 shot yang deras dari luar kotak dan Essien menambah dua gol pastu dengan tandukan cantik hantaran Malouda dan satu lagi cam bese la rembatan padu die menjadikan match berakhir mudah 3-0 dalam first half..Match second half Essien melakukan beberapa shot2 peluru supersonik die nyaris2 nak dapt hatrik tapi Joe Cole akhirnya yang menambah gol keempat buat menambah derita di luka dan parut kat serigala nie..Keeper Wolves nie mmg murahan la, die tepis bole sume masuk dalam salah masuk akademi kot haha..Nie merupakan gol first Joe musim nie harap leh dapat sumbat byak lagi pasnie..Go Joe!!

Carletto melakukan beberapa pertukaran dengan Wonderkid dan Si Kontroversi Kakuta masuk manggantikan Anelka..Pemain Muda Borini dan Matic turut diberi peluang penampilan pertama diorang musim nie dalam match kompetitif..Sume Fan Blues mesti tertanya2 bagus sangat ke Kakuta nie sampai sanggup kena banned?? dan Kakuta manjawabnye dengan melakukan dribble yang menarik di sayap kanan yang bagi ak mmg laju dan mengelirukan player Wolves..sayang rembatan die tersasar..Bagi aku die nie nampak macam Wright Phillips pantas dan lincah cume ak harap die leh dpat banyak peluang lagi pasnie mgkin suatu hari nanti leh jadi cam Messi..Borini kurang dapat bola cume ad la die wat beberapa flick lam kotak penalti nyaris2 assist Joe untuk go kelima..Matic baru ak pasan badan budak nie mmg besar cam Ballack walaupun baru umur 21 dan die die mmg bagus lam kontrol possession Chelsea menyekat team wolves dari mencari gol saguhati..

Buat mase skang nie prestasi The Blues mmg meletup2 dan ak harap akan maintain lame pasnie..match seterusnye kite akan bertemu Porto untuk menentukan Juara Group D dan pastu baru jumpe sengal..harap2 player yang injured cam Didi, Ballack, Frank, Deco cepat sembuh dan player yang sedia ad xde injured..haha kalau dapat mengekalkan prestasi camnie sampai abes musim ak yakin Chelsea mampu menjuarai EPL season nie!! KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Match Highlight :

Saturday, November 21, 2009

0 Kalalakuta in da house!!

0 Comments
Kecederaan ke atas pemain2 utama Chelsea bukan satu masalah menantang Wolves malam nie sebab kita masih ad senjata rahsia - Young Blues..Pemain muda Chelsea mmg ramai yang berbakat tapi kalau x digunakan mmg r diorang nie akan berkarat dan las2 kena jual kat kelab len..Tapi season nie ak rase Ancelotti mmg mempunyai method yang berbeza dari manager The Blues yang lepas2 iaitu pemain mude akan menjadi keutamaan Chelsea sebagai pelaburan jangka panjang..Transfer ban dan Piala Afrika akan menjadi titik tolak yang membolehkan pemain muda Chelsea mendapat tempat dalam skuad dan mencari pengalaman..

Carlo Ancelotti bagi ak memang berani sebab Roman mmg strict dan sebarang kegagalan mesti akan membawa padah so ramai manager sebelum nie x yakin nak turunkan pemain mude sebab diorang nie perlu develop dan memerlukan mase yang lame untuk melihat hasilnya..Roman macam bese mmg x sabar tapi ak yakin Ancelotti mmg dapat meminkan peranan untuk membentuk Young Blues nie jadi player2 yang hebat di samping mengekalkan konstintensi Chelsea dalam perlawanan utama..Carletto akan membuat kejutan malam nie; pemain mude Chelsea akan diletakkan di bench dan mgkin hot prospect Kakuta akan dimasukkan menentang Wolves nanti..

'We have young players, we can use them in that period. I want to use young players on the bench and if it is possible I can put them on the pitch.

'Tomorrow we have Fabio Borini, Nemanja Matic and Gael Kakuta (pictured above left) on the bench.'

Lampard, Ballack, Deco, Ash dan Didi disahkan cedera dan xkan men lam game nie so ak yakin Malouda, Joe Cole dan Mikel akan mencuri posisi midfield..nie kire gandingan baru dan harap diorang leh mengekalkan teamwork yang mantap di bahagian tengah sepertimana yang ditunjukkan oleh gandingan Lampard-Ballack-Deco sebelum nie..Anelka dan Kalou akan mengisi posisi penyerang hadapan..dengan Ash baru je pulih, mgkin die akan diturunkan malam nie..Kalo x, ak harap Zhirkov akan dapat membuat kemunculan full match sulung die malam nie selaku Left Back dan membolehkan Ash mendapat rehat secukupnye..Kalo dapat score banyak mase first half, mgkin kita akan dapat melihat aksi Kakuta atau Matic di second half nant

Prediction : Chelsea (3)-Wolves (0)

Match LIVE ESPN 10.55 mlm

0 Hitam dan putih

0 Comments
Dunia Bolasepak memang dipenuhi dengan pelbagai kisah dan cerita dan ada yang gembira dan ada yang kecewa..Match playoff untuk ke World Cup 2010 yang sudah berakhir khamis lalu memang dipenuhi dengan babak2 cemas, detik2 kemenangan dan wajah2 kegagalan...serta x lupe gak mesti disertakan dengan KONTROVERSI..

Malang buat Zhirkov, selepas kembali cergas dan pulih dari kecederaan, player baru Chelsea nie menerima khabar buruk lagi dengan kegagalan skuad Russia mara ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan Jun nie selepas tewas di tangan Slovenia..Arghh kecewa gak aku sebab ak minat gak kat Russia nie pas Euro huhu..Ronaldinho Russia nie main untuk kedua2 leg dan ak memang salute dengan gaya permainan Zhirkov; dribbling yang pantas dan crossing yang cantek memang buat ak x sabar nak tengok mamat nie main untuk Chelsea nanti...Dalam match nie, Zhirkov memang antara tunjang serangan skuad Russia dengan bermain di posisi Midfield selaku Wing kiri dan die nie memang banyak memberi masalah kat defender Slovenia..Tapi mengharapkan Zhirkov sekor je mmg x gune sebab player Russia len mmg men cam hampeh, lagipun Slovenia men leh tahan r tambah2 Dedic yang sumbat winning gol 2 dasat gak ak tgok..Tambah derita lagi wat Zhirkov bile die kena kad merah kat ujung2 game sebab dapat second yellow card..Skang nie Zhirkov leh la join Big Pete tgok World Cup kat Stadium Astro je la pasnie....

Kecuali Zhirkov, player2 the Blues len kembali ke London dengan kegembiraan selepas sume dapat tiket free g Afrika cuti nanti...Antara yang layak Deco dan Ferreira hasil kemenangan aggregat 2-0 Portugal ke atas Bosnia...Bosingwa la ak rase paling hepi sebab die injured so rilek je tgok kat tepi padang..player len cam nak mati men bagi team layak die senang2 je tgok Portugal msuk WC huhu..Die nie mgkin sembuh bulan 3 so sempat la nak main untuk Piala Dunia nanti..Tak dilupakan gak Mikel yang berjaya membawa skuad The Eagles ke WC di laman sendiri nanti..Congratts!!

Pe cite Nik ngan Pak Uda?? Diorang nie akhirnya berjaya gak menegekalkan maruah Perancis selaku Big Nations yang berjaya ke kejohanan besar mengelak nasib yang menimpa England mase EURO dulu dengan kemenagan tipis 2-1 ke atas Ireland...Tapi betul ke diorang layak menang??

Match nie memang kontroversi sebab gol kemenangan Perancis hadir dari hantaran Handball Henry..Perancis menang First leg 1-0 tapi game kedua Ireland menyamakan kedudukan hasil gol Keane..Game nie masuk ET dan Henry melakukan magic macam selalu die wat dengan menahan hantaran bola dari Malouda menggunekan tangan tanpa dilihat ref yang membolehkan Si Nangis Gallas menjaringkan gol kemenangan..

Kedua2 team nie memang boleh aku katakan seimbang dari segi kekuatan dan dua2 team nie mmg layak masuk World Cup tapi cara Perancis nie menang memang memalukan dan selaku Kuasa Besar, perlu ke diorang guna taktik kotor nie lawan team sederhana cam Ireland?? Henry mengakui bola 2 mmg kena tangan die tapi die kate nie sume salah pengadil sebab xnampak ap yang die wat..WTF??..walaupun ak xminat sengal xpon belacanlona, ak respek Henry selaku antara Great Footballer pernah ak tgok, tapi insiden baru nie wat ak x sangke player cam Henry sanggup handball semata2 nak team die menang..

Taktik kotor nie mengingatkan ak dengan double handball oleh team Belacanlona mase lwan Chelsea season lepas..2 kali bola kena tangan depan ref dalam kotak penalti dan xde penalti dikenakan..Mungkin Ref salah tapi sapa si celaka sebenar belakang propaganda sume nie??

Michael Platini sekali lagi ak leh persoalkan kredibiliti die dengan Perancis kali ini mendapat favour yang same dari ref spertimana belacan dulu..Jangan dilupakan Platini nie Perancis so dah tentu die xnak tengok negara die out dari WC..walaupun die nie berkuasa kat UEFA je tapi die nie kamcing ngan Sepp Blater so macam2 leh berlaku..FIFA kate nak investigate kes nie dan tak tau le ak leh caye ke x...Rematch telah diminta oleh Ireland tapi ak yakin xkan ad ulangan pye dan bagi aku mgkin dah sampai mase Teknologi Video digunakan utuk membantu pengadil..Kalo x pun mgkin leh letak satu lagi linesman kat gawang untuk membantu referee..

Papepon persetankan citer2 xbest nie, yang penting tahniah kat player2 the Blues yang dah layak dan harap korang leh tumpukan performace korang 100% kat Chelsea skang nie hehe..Tingkatkan PRESTASI, kurangkan KONTROVERSI..

Saturday, November 14, 2009

0 Talian Hayat Terakhir

0 Comments
Malam nie playoff World cup 2010 akan dimulakan dan bagi player2 yang terlibat, ini merupakan peluang terahir diorang untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Julai tahun depan..

Player2 The Blues seperti Anelka, Deco dan Zhirkov antara yang terlibat dan dah pasti diorang akan bermain giler babas mase play off supaya tak diketawakan oleh temmate masing2 nanti yang dah layak lebih awal haha..jangan injured sudaa...Match nie akan dijalankan dua kali; hujung minggu nie dan Rabu depan..

Antara yang menarik Portugal vs Bosnia..Ferreira dan Deco akan akan berdepan Dzeko, tanpa si bapuk Ronaldo boleh ke diorang menang?? Bosingwa akan diketepikan sebab kecederaan dan akan berfungsi sebagai penyorak je la dalam playoff nie..Anelka dan Malouda lak akan mewakili Perancis berdepan Ireland dengan Given keeper MoneyCity akan menjadi penghalang di gawang..kalo Perancis xlayak mmg malu la sebab diorang nie kire kuasa besar dalam Bolasepak..Mikel yang baru keluar dari Wad Sakit Bridge akan berdepan dengan Kenya mewakili negara die Nigeria atau The Eagles..Bekas player Chelsea Sheva lak akan bertemu Juara Euro 2004, Greece..

Match len Russia akan menentang Slovenia..Apa yang penting??...Zhirkov is Back!! Nie antara berita terbaik ak dengar lepas banyak berita2 player injured sebelum nie..harap2 die leh maintain fitness pasnie dan bebas dari kecederaan....ak harap 3 team besar nie; Russia, Perancis ngan Portugal layak r baru best sket WC nanti hehe..yang len 50-50..May The Best Team Win!!

Match friendly ad gak dan match Brazil vs England mesti jadi tumpuan tapi wat Fan Chelsea dan England mesti kecewa sket sebab ramai player The Blues x men lam game nie sebab injured..Lampard, Terry, Ashley Cole sume cedera dan akan direhatkan lam game nie..Tapi yang paling xbest game nie xde live, delay je nak bagi laluan untuk match playoff..So depend kat korang le nak tgok mane satu..Match International nie ak xgemor sangat le so ape yang mamak 2 tayang ak tgok je la hua3..Nie Jadual perlawanan..Have a Nice Weekend!!

ASTRO SUPERSPORT

Playoff 1st Leg
14 Nov 2355 Russia vs Slovenia (Live)
15 Nov 0155 Greece vs Ukraine (Live)
15 Nov 0355 Republic of Ireland vs France (Live)
15 Nov 0425 Portugal vs Bosnia-Herzegovina (Live) ( on Channel 816 )
15 Nov 0955 Costa Rica vs Uruguay (Live)

Playoff 2nd Leg
19 Nov 0340 Bosnia-Herzegovina vs Portugal (Live)
19 Nov 0340 Slovenia vs Russia (Live) ( on Channel 816 )
19 Nov 0555 Uruguay vs Costa Rica (Live)
19 Nov 0800 Ukraine vs Greece (Delayed)
19 Nov 0950 France vs Republic of Ireland (Delayed)

International Friendly

15 Nov 0600 Brazil vs England (Delayed)
15 Nov 2030 Spain vs Argentina (Delayed)
15 Nov 2210 Italy vs Netherlands (Delayed)
19 Nov 2000 Germany vs Ivory Coast (Delayed)
20 Nov 0000 Austria vs Spain (Delayed)
20 Nov 0150 Italy vs Sweden (Delayed)
20 Nov 0340 Netherlands vs Paraguay (Delayed)

0 Malang buat Cudicini

0 Comments

Hmm banyak btul benda yang teruk jadi kat player2 skang nie..lepas kecederaan ke atas player2 The Blues cam ak post kat bawah nie, campur yang terbaru Terry pun injured gak skang..berita terkini bekas goal keeper Chelsea dan antara player faveret ak, Carlo Cudicini mengalami kemalangan semalam bila Motor BMW yang ditunggang oleh Carlo bertembung dengan kereta Ford Fiesta di Walthamstow, berdekatan dengan Stadium White Hart Lane milik kelab Tottenham..

Carlo yang terus dibawa ke East London Hospital dikatakan mengalami kecederaan retak di pergelangan tangan dan kecederaan di pinggul dan harini die akan menjalani pembedahan..Kecederaan yang dialami Carlo amat teruk dan mgkin akan mengubah nasib dia sebagai seorang pemain bolasepak..

A police spokesperson confirmed: "A 36-year-old male suffered injuries described as possibly life-changing and was taken to an East London hospital for further assessment and treatment."

Head of medical services of Tottenham Hotspurs, Wayne Diesel told the club's website: "We have leading specialists looking after Carlo and once surgery is complete and his recovery is underway, we will have a clearer idea of how many weeks he will be out,"

Peh sedih siot kalau Cudicini xleh sambung men balik sebab die nie antara keeper faveret ak kat chelsea walaupun banyak dibayangi oleh Petr Cech..Carlo nie masuk Chelsea pada tahun 1999 dari Ed de Goey dan die nie antara player yang memang setia r sebab dah men dekat 10 tahun ngan Chelsea sebelum berpindah ke Spurs Januari lepas; dan ak mmg respek r kat die sebab die mmg antara keeper terbaik yang Chelsea ade dan snggup stay kat Chelsea untuk berbakti kepada kelab walaupun dah kurang peluang first team di tahun2 terakhir die..Antara pencapaian terbaik die masa taun 2001/02 mase die diundi sebagai Chelsea's Player of the Year hasil kecemerlangan di gawang yang membolehkan Chelsea layak ke Champions League dan tahun 2002/03 bile die menang ITV "Golden Gloves" Premiership Goalkeeper of the Season award yang mengiktiraf kehebatan Carlo sebagai keeper terbaik di EPL..Wlaupun die dah xmen untuk Chelsea, die tetap bekas player The Blues dan ak harap die cepat sembuh..Good Luck Carlo!!

Selain tu di kesempatan nie aku nak memberi ucapan takziah kepada keluarga Robert Enke atas kematian dan tragedi yang menimpa satu lagi goalkeeper yang beraksi untuk Hannover dan Jerman nie yang dikatakan membunuh diri...Satu lagi kehilangan dalam dunia Bolasepak dan harap boleh dijadikan pengajaran untuk semua..SAYANGILAH DIRI ANDA

Friday, November 13, 2009

0 Kesibukan Wad Sakit Bridge

0 Comments
Di tengah2 keseronokan kita berparti meraikan kemenangan keatas team setan haritu, terdapat beberapa berita buruk yang melanda skuad Chelsea kini iaitu mengenai kecederaan pemain..

Ashley Cole seperti yang diketahui dah injured balik dalam game ngan Mankayu haritu sebab beria2 sangat nak men lawan diorang sampai mintak injection walaupun dh cedera mase lawan madrid..lagipun men lawan MU haritu memang syial pn byak giler tackle dah macam Ragbi lak..2 pasal ak xnampak pn Owen dalam match 2 takut injured kot haha...nasib bek kecederaan Ash xteruk (mgkin seminggu je) dan xmemerlukan surgery seperti membe die sorang nie..

Jose Bosingwa antara mangsa terburuk sebab mengalami kecederaan lutut yang akan menyebabkan die perlu menjalani surgery dan berehat selama lebih kurang 3 bulan..Boxing bakal terlepas perlawanan playoff world cup menentang Bosnia minggu nie dan akan terlepas sebahagian besar aksi bersama skuad The Blues season nie..peh agak2 mgkin bulan 2 baru die leh main balik seb bek mase 2 peringkat kalah mati CL baru nak mule..

Kecederaan terbaru adalah Maestro dan General kita di bahagian tengah, Frank Lampard yang mengalami kecederaan di kaki kiri mase training dan mungkin direhatkan selama 8 minggu bermaksud die mgkin terlepas match2 penting bulan 12 nie iaitu mase krismas sebab mase tu jadual mmg padat gler dan chelsea mmg selalu kantoi mase nie..

Antara yang dah sembuh adalah Mikel dan die akan beraksi untuk Nigeria minggu nie harap x injured balik..Zhirkov ak xpasti sebab xdengar pape berite pon pasal die skang nie tapi ak rase die still injured dan mgkin diketepikan..

tapi jangan risau sebab bagi aku Chelsea memang banyak backup untuk player yang injured...Di bahagian Defend ; Ivanovic, Alex, belletti dan ferreira memang boleh diharap dan boleh cover bahagian full back..Ivanovic bagi aku paling menyerlah, walaupun x hebat cross macam Boxing, die pye defending ability mmg superb dan bagi aku lagi bagus dari Boxing..Ak mengharapkan Zhirkov cepat pulih sebab die leh cover posisi Ash dan midfield..Kecederaan Frank mmg berat sebab die paling konsisten kat posisi tengah tapi kat tengah kita ada banyak player dasat2 cam Joe Cole, Mikel, Malouda, Zhirkov dan Deco sedia untuk menggalas beban yang ditinggalkan oleh Lampard..Ballack boleh diharapkan untuk menjadi tunjang di bahagian tengah sepertimana yang dilakukan semasa kecederaan panjang Lampard dulu dan die nie mmg pengganti semulajadi lampard..masih ingat dua gol mase lawan MU dulu??

Cume yang ak risau dengan Piala Afrika semakin hampir, bermaksud bilangan player kita akan semakin berkurangan dan menggunakan player yang sama untuk setiap game mmg bahaya dan akan menyebabkan fatigue dan kecederaan..ak harap player Chelsea yang tinggal dapat cope dengan jadual yang padat pasnie, jika tidak Carletto mgkin akan memanggil player loan seperti Stoch, Di santo dan Mancienne..Mngkinkah ad player baru akan di bawa masuk?? Sama2 kita nantikan..

Wednesday, November 11, 2009

0 Captain Marvellous!!

0 Comments
Haha akhirnya dapat gak ak wat posting lepas dekat seminggu bertapa kat bilik kena hafal formula2 ngan nama2 saintifik untuk exam aku..sempena ada gap untuk next paper leh la ak post sket pasal kejayaan skuad The Blues menewaskan team setan sabtu lepas..

Takde benda len yang menggembirakan aku selain menyaksikan Manure tersungkur dan merupakan team yang kesebelas menerima padah di Lembah Maut Stamford Bridge season nie..setakat nie Chelsea dah mendapat rekod 11 kemenangan berturut2 dekat home menyamai rekod semasa di bawah rejim Special One..Ak jawab exam isnini haritu pun heppi je masih terbayang wajah The Red Face Fergie memarahi ref macam marah cucu2 die lak haha..Carletto memang cool abes sambil tergelak kat bangku melihat telatah Fergie yang dikatakan Senior kat EPL..

Match bermula dengn Chelsea meletakkan skuad terkuat dengan seperti biase formasi diamond menjadi paksi serangan The Blues..Ash kembali di dalam skuad dan ak dengar die injured mase lawan Madrid so sebab nak main pye pasal die amik injection kasi tahan sakit..wa respect r sama lu Ash, ko memang sesuai dengan lagu P.Ramlee 'berkorban apa saja'.. deco kembali di posisi tengah menggantikan Joe yang beraksi longlai di Madrid dan gandingan Didi dan Nik sekali lagi menjadi taruhan untuk meranapkan defend2 manure yang beraksi tanpa kelibat Vidic dan Ferdinand..Manure ak tgok dari formasi diorang ak dah tau si fergie tu cuak dengan midfield diamond Chelsea tu pasal die guna formasi 4-5-1 dengan 5 orang midfielder kat tengah..Pentagon lawan Diamond sape menang??

Match first half memang best dengan dua2 team saling menyerang dan Chelsea antara yang melakukan percubaan awal bile shot Ivanovic berjaya diselamatkan oleh Van Spender Besar..Manure melakukan bebrpa percubaan ke gawang chelsea dengan mengharapkan Si Shrek Rooney tapi Cech memang cool je menjaga gawang The Blues dari bocor..Nik merupaka antara sumber utama serangan Chelsea malam tu dengan kawalan bola yang bagi aku memeng perfect dan ramai player Manure susah nak rampas bola dari mamat nie..ak mmg salute r dengan peningkatan Nik, kalo dulu bile ak tgok die nak bawak bola je mesti ak kutuk die nie tapi skang nie ak rase die memang dah improve dan memang antara pembelian terbaik Chelsea..Minit 30 Nik melakukan satu cubaan shot yang padu dan melencong dari luar kotak dan ak bajet mmg boleh gol tapi sayang ditepis oleh keeper manure Van..ak rase kalo si benFoster yang men konpem dah gol dah semalam hehe..Didi ad beberapa peluang menjaringkan gol tapi disia2kan dan malam 2 die nie memang kureng menyerlah..

5 minit masuk second Half didi melakukan trademark shot die dari jauh selepas mendapat hantaran dari Cech tapi tersasar sket..Joe Cole the Birthday Boy pastu dimasukkan menggantikan Deco yang ak memang x nampak pon kelibat die dalam game nie..tapi kemasukan Joe macam x bermakna gak same ngan Deco..ak mmg xnampak fungsi Joe sampai abess game dan die memang jarang dapat bola..Hmm malas, x fit atau xsabar nak makan kek kat umah??hmm ak harap pasnie Joe leh perform balik macam mase lawan Blackburn dulu..Si Shrek melakukan beberapa shot berbahaya pastu tapi Big Pete membuktikan die still antara Top Keeper dengan 2 save yang mmg world class..


Masih ingat dengan Cantona?? ak rase die dah ade pengganti, tendangan ala2 kungfu oleh J.Evans ke rusuk Didi memang syial dan ak dah risau dah kalo2 rusuk die patah..syial pye Evans muke cam budak tapi men cam haram ganas nak mamposs..seb bek r rusuk Didi 2 macam besi xde pape yang jadi..tapi ak mmg xpuas ati sebab tibe2 si ref Atkinson 2 bagi kad kuning lak kat didi kononnye sebab lambatkan game..pale hotak die player 2 tengah injured mmg r lambat sket nak gerak..ikut hati aku leh je karate rusuk ref tengok die lah bangun cepat ke x..patutnya si Evans 2 yang patut kena Kad, bagi merah lagi bagus orang suh die men bola tendang bola r bukannye tendang orang..seb bek r akak ko si Juliana Evans (pelakon KAMI) 2 cantek cis2..

Tapi Atkinson ak maafkan ko sebab die bagi free kick yang memberikan Gol kemenangan untuk The Blues..minit ke 75 Chelsea dapt sepakan percuma lepas Fletcher mengasari Ash dan hantaran dari Lampard memang precise dan JT tanpa membuang mase lagi menanduk masuk melepasi Van Spender Besar yang terkapai2 nak tepis bola tandukan berapi Captain Marvellous..Chelsea seterusnye bertahan sehingga minit terakhir dan sekali lagi The Blues menang ke atas big 4!! Next victim..Arsenal!!

haha ramai fan MU xpuas ati tapi kadang2 nasib memang penting dalam bolasepak..tapi ak nak kate nasib je xleh menjamin kemenangan, kalo hantaran Lampard x cantik dan tandukan Terry x padu mesti cese x gol punye semalam..so kena terima hakikat bagi aku nasib 2 mempengaruhi sket je yang penting teknikal dan keupayaan player yang lagi banyak memepengaruhi result perlawanan..haha kalo hebat sangat nape xleh score ngan Big Pete?? nie menunjukkan Manure memang loser dan macam bese r team yang kalah mesti banyak komplen pye terutamanya bile ade manager cam Si Tua Fergie..macam bese ak cakap May The Best team Win dan Chelsea sememangnya The Best Team!!

Kita skang dah berada di takhta Liga dengan 5 point di atas Sengal dan ak rase Sengal memang antara pencabar berbahaya kita musim nie untuk kejuaraan Liga di samping team Setan 2..Fool ak rase dah jauh sangat aritu pn seri je dgan BirmingHamPeh bek besaing jela nak masuk top 4 macam sengal sebelum nie.. Sengal diorang skang tengah perform tapi sekuat mane pon team hingusan sengal 2 las skali mesti Cese menang pye dan ak harap di emirates kita akan mengulangi result season lepas..pasnie ad rehat International dan pastu kite akan bertemu Wolverhampton sebelum jumpe sengal dekat home diorang ujung bulan nie..mase tu ak da abis exam yuhuu!! KEEP THE BLUES FLYING HIGH!!

Match Highlight :

Friday, November 6, 2009

0 Rehat sebentar bersama..

0 Comments
sorry guyz ak kat sini nak gtau yang aku mungkin kurang sket wat posting lam 2-3 minggu nie sebab aku ad final exam untuk semester nie..exam ak stat minggu nie pastu ak akan kembali post macam bese..

Papepon thanks untuk sesape yang rajin melawat blog ak..walaupon baru sebulan ak wat blog nie peh mmg best dan ak rase makin banyak yang ak tau pasal team faveret ak neh..bagi sume Blues fan, korang memang Rockzz!!



Untuk sesape yang nak amik exam ataupun dah habis exam, ak ucapkan Semoga Berjaya untuk korang..Di mana ad usaha, di situ ada jalan..All THE BEST!!

Tuesday, November 3, 2009

0 Didi vs Kun

0 Comments

Keputusan seri 2-2 menentang Atletikus semalam menamatkan rentetan hebat 4 kemenangan berturut2 chelsea tapi xmengapa sebab ape yang penting sekarang adalah skuad The Blues telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan apa yang perlu dilakukan adalah memastikan agar kita dapat menamatkan 2 match terakhir selaku pendahulu Group D..Congrats Chelsea!!

Match semalam berkisar mengenai ketajaman dua striker; Didier Drogba dan striker buruan Chelsea, Sergio Kun Aguero..Kedua2 nya menjaringkan dua gol dan dan merupakan detik terhebat match semalam sebab kebanyakan gol dijaringkan di hujung permainan..

Chelsea yang bertandang ke Sepanyol memulakan match semalam dengan Deco, Ballack dan Anelka di rehatkan di bangku simpanan manakala Kalou, Joe Cole dan Malouda di bawa masuk untuk membantu Didi di bahagian serangan....ak boleh nampak Carletto nak merehatkan beberapa pemain untuk match menentang Manure..Ash kembali kedalam first team selepas pulih dari kecederaan tapi ak boleh lihat dia masih x fit sebab tidak efisien seperti biasa..Harap leh perform lawan team setan nanti..Ak terkejut gak semalam sebab Atletikus meletakkan Aguero di bangku simpanan di awal match..

First Half agak bosan dengan banyak try dilakukan dari long shot dan diganggu dengan tackle 2 yang x diperlukan...Kalou nampak menghampakan dan Joe Cole gak kurang berbisa malam nie..hanya didi nampak bersemangat untuk mencari gol..Berbeza ngan game Milan-Madrid yang rancak di awal permainan tapi bosan mase second half..

Separuh Masa Kedua bermula dan nampak ada semangat baru mungkin selepas terkena bebelan Carletto barulah player2 sedar dari lamunan diorang..Didi memberikan amaran awal dengan free kick yang hampir menerjah gawang cuma ditepis Asenjo dan terkena tiang..Kemasukan Bintang Argentina Kun Aguero pada minit ke-54 memang memberikan perbezaan kepada skuad Atletikus yang nampak agak lesu dengan menjaringkan gol pertama hasil volley yang padu di dalam kotak penalti..ak mmg xsalahkan Cech sebab mmg susah nak tepis bola giler babas laju camtu..Tersentak dengan gol Kun, Carletto segera menukar strategi dengan memasukkan Ballack, deco dan Nik menggantikan Essien, Joe Cole dan Kalou yang dilihat kurang berkesan malam ini..

Percaturan Ancelotti memang mengena sebab Chelsea kembali mengawal permainan..ak mmg salute r kat Ballack sebab die mmg cool kat tengah dan sememangnya memberikan chelsea kekuatan possesion..Guess what?? The Blues berjaya mencari gol penyamaan hasil tandukan padu The Comeback King Didi pada minit ke 83..Ak membayangkan match akan berakhir seri tapi Didi membuktikan mengapa dia antara penyerang terhebat di Eropah dengan menjaringkan Gol kedua hasil larian solo yang menarik melepasi 3 defender Atletico dengan game berbaki 3 minit..

Tapi match nie memang dramatik dan penuh dengan kejutan; sememangnya Bola itu Bulat..Atletikus memperolehi free kick di luar kotak penalti di akhir match dan Kun Aguero menunjukkan kepada Roman, Carletto dan Fan The Blues kenapa kita harus mendapatkan die jika berpeluang..Sepakan Free kick yang melencong cantik menuju ke bucu gawang sememangnya sukar ditepis oleh Cech..Kun sememangnya striker berkelas dunia dan ak xbleh bayangkan apa akan berlaku jika dapat menggandingkan die dengan Didi..Sama kuat, sama handal dan yang paling penting sama2 mempunyai ketajaman yang luar biasa di depan gol..Sememangnya Dream team!!

Bolos di last2 minit memang kelemahan Chelsea dari dulu lagi dan ak harap xkan berulang lagi terutamanya dengan adanya match besar hujung minggu nie..Walaupun kecewa x menang semalam, kita harus berbangga sebab berjaya menunjukkan kebangkitan yang hebat di 10 minit terakhir dan beraksi di tempat lawan memang sukar jadi keputusan seri adalah fair result sebab kedua2 team pon seimbang semalam..ape yang best Didi sememangnya membuktikan dia antara Penyerang Terbaik Dunia dan Carletto mengakui yang dia xkan menukar Didi dengan mana2 striker lain sebab Didi is THE BEST!!..yang paling penting adalah xde kecederaan dialami oleh player2 semalam dan nie merupakan persiapan terbaik Chelsea dengan Didi memang berada di top form dan ak yakin die mesti score pye Ahad nie hehe..Football is the game, Blue is the Colour!!

Match Highlight :