The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, November 29, 2009

0 Korban Arsenal!!

Malam nie Chelsea akan bertemu Arsenal di Emirates untuk aksi BPL dan derby London selepas minggu yang cemerlang di Eropah..Kemenangan MU ke atas Porstmouse semalam merapatkan jurang kepada dua mata dengan Chelsea selaku pendahulu liga justeru hanya kemenangan yang dicari malam ini untuk kembali menjarakkan kedudukan..

Prestasi terbaik skuad Chelsea sememangnya dialu-alukan dan kepulangan beberapa pemain utama seperti Lampard, Ballack, Zhirkov dan Didi menjadi suntikan semangat di waktu yang tepat..Carletto kini mempunyai banyak pilihan untuk mendekorasi bahagian tengah yang menunjukkan persaingan yang sengit di kalangan pemain2 The Blues..Lampard, Essien dan Ballack kini dicabar oleh kelompok pemain yang kini menagih posisi tetap di bahagian midfield dengan menampilkan prestasi yang menarik dalam beberapa match terakhir antaranya Malouda, Mikel, Joe Cole dan Deco.. Jangan dilupakan juga kelibat dari pemain muda seperti Kakuta dan Borini yang kian mencucuk rapat..Saingan yang sihat sememangnya bagus untuk pasukan dan sekiranya ak diberi hak memilih, ak mahukan kelibat Malouda di dalam first team malam nie bergandingan dengan Lamps, Essien dan Ballack untuk memecahkan dominasi team Arsenal di bahagian tengah..

Berlawanan dengan home team, Sengal skang nie kehilangan beberapa tonggak utama antaranya Van Pasir, Diabiol, Clichy dan Gibbs..Dengan skuad lawan tempang, nie merupakan peluang terbaik Chelsea untuk meratah diorang secukupnya sekaligus meninggalkan diorang 11 mata di atas dan mengurangkan saingan kejuaraan liga kepada dua penjuru sahaja..Tapi walaupun kehilangan beberapa pemain penting, skuad The Blues harus berhati2 dengan sengal kerana kita bermain di tempat lawan dan dalam big match seperti ini macam2 boleh terjadi..Semoga pemain Chelsea tidak terlalu angkuh dan dapat bermain mengikut disiplin dan strategi yang ditetapkan oleh Carletto..

Dengan hampir kesemua pemain telah sembuh dari kecederaan (kecuali Bosingwa), ak harap agar dapat melihat kekuatan penuh Chelsea-aksi yang menarik, pertahanan yang mantap dan serangan yang efektif!! Sempena Aidiladha ini ak nak skuad The Blues mengorbankan Sengal secukup2 nya malam nie haha..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Formasi malam nie :

----------Cech-------------

Ivanovic-JT-Carvalho-Ash-----

Lamps-Ballack-Essien-Malouda

-------Anelka—Didi-------------


Result Prediction :

Arsenal (0)- Chelsea (2)

Match LIVE kat ESPN, 26 Disember 2009 pukul 11.55 malam..DONT MISS!!

No comments: