The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, December 2, 2009

0 Meriam Buluh

Meriam Besi jadi Meriam Buluh di pagi Aidiladha..Gembira dan sedih gak ak tgok match Chelsea ngan Sengal semalam..Hepi sebab Celsi menang beso dan sedih tgok kanak2 ribena tadika Sengal dipermain2 kan oleh team ‘dewasa’ Chelsea hahaha..Kemenangan 3-0 semalam melengkapkan korum big 3 yang rebah di badai ombak biru dan jelas menunjukkan penguasaan Chelsea di dalam EPL musim nie dan ak boleh katakan sebelah tangan JT sudah memegang trofi kejuaraan!!

Takde banyak yang perlu ak kritik mengenai persembahan Chelsea semalam kerana sudah hampir perfect corak permainan yang ditonjolkan..Kesemua player menunjukkan prestasi yang top class dalam match nie daripada defence, midfield dan attacking sememangnya kita mengatasi sengal dari semua aspek..Mungkin agak keterlaluan jika ak mengatakan Chelsea tiada pencabar untuk kejuaraan liga musim ini..

Player yang paling ak salute semalam adalah Ashley Cole..Walaupun teruk di boo oleh penyokong lawan, (Sebabnye?? korang agak2 r sendiri hehe..) Ash tidak menggelabah malah membalasnya dengan dua assist yang membawa Chelsea ke kedudukan yang selesa di penghujung First Half..Mentaliti yang tinggi dimiliki Ash merupakan sesuatu yang mmg ak respek kerana untuk mengabaikan jeritan dan makian haram dari penonton yang boleh ak kata beribu2 semalam mmg mmerlukan kekuatan mental yang tinggi dan focus yang mantap dan Ash berjaya melakukannya..The Blues amat bertuah kerana memiliki Ash yang bagi aku sememnganya seribu kali lagi bagus dari Si Nangis Gallas..

Ak nak ucapkan terima kasih kat Sengal sebab dulu bagi Ash kat kitorang dan tolong bersihkan kem Chelsea dari gangguan virus Gallas yang sangap nak gol sendiri..Mamat nie sememngnya barah kat Chelsea sbb x abes tak puas ati x dapat main center back sedangkan die dah mantap dah sebagai Defend kiri masa 2..Arsenal amik die, dapat la main tengah, pastu dapat Captain peh konon bangga la..Pastu satu2 hancur,hamik ko Sengal jadi barah lak kat sane haha.. kena buang jadi kapten, nangis atas padang , bolos lak banyak..Papepon thanks for Arsenal ak harap korang pegang die lama2 boleh Drogba bedal die lagi..

Drogba @Didi merupakan salah satu player yang ak tabik spring sebab macam bese die nie kalo korang pasan die nie mmg suke gol lawan Sengal x tau la nape..Semalam tambah lagi dua so setakat nie die dah sumbat 11 gol dalam 10 pertemuan dengan Meriam bengkok nie..Kalo Fan Sengal nak menang ngan Chelsea korang harap2 la Didi x men nanti hehe..Hmm mungkin Didi tak tahan kot tgok budak2 x cukup umur nie men rasa panas je so pe lagi buli la..Ak sokong Didi sebab die pemain ‘dewasa’ so kena tunjuk sket kat budak2 hingusan nie jangan bajet bagus..Lawan ngan team murahan len leh la ngan The Mighty Chelsea jangan harap r nak menang..Dengan finishing yang cantik untuk gol yang pertama dan Free kick yang masyuk untuk gol ketiga Didi sememangnya unstoppable!!

Sememangnya pengalaman itu lebih penting dari sepasang kaki yang kuat..Macam cerita arnab dan kura2..Dengan sepasang kaki yang laju x semestinya kita akan menang, akal adalah senjata utama dalam strategi untuk menumpaskan lawan..Memang ak akui player2 sengal mmg laju cam Walcot, almaklum la sume mude2 tapi tanpa pengalaman yang cukup korang tgok sendiri la pe Walcott wat semalam..Sengal ak tgok dalam match nie hanya berlari, berlari dan berlari tanpa hala tuju..Chelsea lebih bijak dengan memerhati dan mengambil peluang sekelip mata bila muncul untuk menjaringkan gol..

Mentaliti juga bagi aku adalah kekuatan utama The Blues yang rata2 player adalah golongan senior dan bukannya kanak2 seperti Si Meriam Buluh yang masih mentah..Pengalaman lalu membentuk kekuatan dalam pemikiran player yang boleh dikatakan mempengaruhi 80% prestasi seorang ahli Sukan..Dari experience muncul kekuatan mental yang mantap..Walaupun di awalnya kita asak oleh Sengal dalam match nie, pemain2 Chelsea tidak menggelabah dan berjaya mengawal permainan tanpa terikut2 dengan corak permainan lawan..Hasilnya?? Berkat kesabaran tiga mata dalam tangan..

Walaupun Sengal dah ditinggalkan jauh 11 mata di atas, jangan dilupakan team Setan yang masih mengekori di belakang dengan perbezaan 5 mata..Ak amat optimis dengan peluang Chelsea yang boleh dikatakan amat cerah untuk merangkul kembali merangkul kejuaraan liga musim nie tapi sebarang kealpaan pasti akan memakan diri jika tidak berhati2 sepertimana Fool musim lepas..Hanya yang konsisten akan berada di puncak dan kejayaan menumpaskan Big 3 bagi aku adalah satu kejayaan yang hebat bagi babak pertama EPL untuk Chelsea musim ini..Babak kedua akan bermula tidak lama lagi disajikan dengan Piala afrika selaku pembuka selera yang memualkan.. Diharapkan kita tidak goyah, telan segala kepahitan dan meneruskan perjuangan!! CHELSEA FOR PREMIERSHIP!!

Match Highlight :




No comments: