The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, December 24, 2009

0 Pe Cerita Bebudak Loan??

Nie bukan pasal ad loan shark datang atau Chelsea amik loan kat bank sebab nak beli player, tapi sedar tak sedar kita dah masuk pertengahan musim dan peciter player2 pinjaman yang beraksi dengan team lain skang??

Walaupun beraksi dengan team lain, diorang nie still player Chelsea dan hanya prestasi diorang yang akan menentukan samada diorang nie still ad lam perancangan Carletto atau tidak..Meletakkan diorang nun jauh ke tempat lain bukan bermakna The Blues tidak mahukan pemain2 ini tapi hanya untuk memberikan peluang kepada mereka untuk mendapat pengalaman lebih bagi mempercepatkan perkembangan dioarang agar boleh kembali sebagai pemain yang lebih bagus.. Ak akan menyentuh mengenai pemain yang kureng menjadi sampai yang beraksi bagus setakat nie..

Scott Sinclair adalah paling malang sebab kat Chelsea kurang dapat tempat, tapi lepas loan pon die still duduk kat tepi padang sebab injured sehingga jarang bermain kat Wigan..Pegi makan scott emulsion le bebanyak pasnie..

Masih ingatkah korang ngan mamat rambut cam roti jala nie?? Defender berbakat England Michael Mancienne yang dikatakan pengganti JT kini beraksi dengan Wolverhampton dan walaupun prestasi team nie kurang bagus tapi akhir2 nie dioarang dah menang balik sampai melonjak ke 12th spot liga..Mancienne dah bermain 14 game untuk Wolves dari keseluruhan 18 game dengan 10 game sebagai starters menunjukkan pemain muda nie antara tonggak utama pasukan..Dengan peranan diberikan lebih sebagai midfielder energetic di pasukan baru, mungkin adalah pengalaman baru untuk Mancienne yang lebih terdedah sebagai Defender sebelum nie..Ini menambah versatility die dan mgkin akan menjadi sesuatu yang menarik untuk dipertimbangkan oleh Carletto..

Pemain seterusnya adalah Di santo yang dianggap New Crespo, setelah beraksi setengah musim kat Blackburn, prestasi pemain nie mendapat pujian Sam Allardyce sehingga pernah berfikir untuk membeli player nie yang dikatakan menyerupai kelibat Santa Cruz di Rovers..Walaupun kurang menjaringkan gol, teamwork ability dan work rate yang tinggi membolehkan die menjadi regular starter kat Rovers dengan Sam sudah tentu akan meletakkan namanya first di atas kertas bagi setiap perlawanan..

Miroslav Stoch ( dalam gambo no. 5) adalah yang berjaya mencuri tumpuan setakat nie, perkembangan hebat striker nie setimpal dengan jarak perpindahannya yang jauh ke luar negara membawanya ke Liga Eredivisie dengan menabur bakti bersama FC Twente..Di bawah bimbingan Steve Mclaren-bekas manager England, si katik nie tidak bermasalah dengan persekitaran baru malah menampilkan aksi yang hebat di posisi winger mengispirasikan kelab barunya sehingga berada di puncak liga meninggalkan kelab besar lain seperti PSV dan Feyernood..Dengan 8 gol dalam 16 appearances, sememangnya pencapaian yang hebat tambah2 umur die masih muda dan ak yakin jika die terus berkembang dah pasti akan menjadi aset utama The Blues di masa hadapan..

Adakah Carletto akan mengambil kembali bintang2 muda ini Januari ini?? Bagi aku tak perlu mengganggu perkembangan pemain ini yang sedang elok berkembang di kelab baru cuma jangan pergi tak balik2 dah la haha..Di dalam skuad Chelsea kini pon tak kurang sinarnya dengan beberapa pemain muda seperti Borini dan Kakuta dah menunjukkan belangnya dengan beberapa kali diberi kepercayaan oleh Carletto untuk braksi di atas padang dan ak yakin dioarang nie dah cukup untuk backup player senior sepanjang Piala Afrika nanti..Bagi yang dipinjamkan, ak harap korang manfaatkan peluang yang diberi di sana dan kutip seberapa banyak pengalaman yang ada untuk dibawa bersama pulang ke kampong halaman nanti..KTBFFH!!


No comments: