The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, December 28, 2009

0 Die Hart

Wa salute sama lu..ko ad balut ak ad topi je

Muke Jambu tapi amat berbakat dan kelibatnya di gawang mmg macam Berus gigi Willis yang sukar ditewaskan oleh lawan..Joe Hart menjadi hero Die hard selepas menjadi penghalang bala tentera biru yang menembak bertubi2 peluru ke gawang Birmingham kelmarin..Walaupun masih muda tiada perasaan takut pada muka kebudak2an Hart yang tenang menepis shot2 padu Didi, Lampard dan Sturridge..Bengang tgok die tak dapat ditembusi, tapi macam cech, walaupun player lawan ak salute!!

Menentang Birmingham yang kedudukannya atas dari Libepul skang, aku leh katakan agak tergugat di awal permainan apatah menentang West Ham yang hampir tercorot liga pon Chelsea dah kena main separuh mati 2 pon dapat seri..

Carletto menurunkan kesebelasan yang agak pelik bagi aku sebab tiada Joe Cole, apatah lagi Zhirkov yang ak leh katakan beraksi baik lawan West Ham tapi mgkin x dipandang sebelah mahupun dua belah mata oleh Carletto yang lebih sayangkan Malouda dan Beletti..sturridge diberikan peluang debut pertama berganding dengan Didi di barisan hadapan..Alex sekali lagi menjadi taruhan sekaligus mengenepikan Carvalho bagi memantapkan kekuatan pertahanan yang dilihat dah semakin pulih aura kebalnya..takde lagi bocor bertalu2 macam masa lawan Everton..

Sebastian Larsson dan Benitez (bukan rafa k) menjadi ancaman kubu Chelsea ditambah dengan sorakan dan makian dari home fan, dah tentu agak sukar concentrate bkan?? Chelsea lebih mengawal permainan dan posession mankala Birmgham lebih menenkankan serangan counter attack jika dilihat boleh tahan laju kaki Chuco, Benitez dan Larsson macam pelesit bila melakukan serangan balas..cech ak lihat agak gelabah tapi tetap maintain save shot2 murahan dari player home..

sturridge walaupun beraksi i buat kali pertama tidak nampak gugup malah hampir menghukum pertahanan lawan dengan shot padu cuma ditepis oleh Hart..Lampard pula mendapat peluang mengancam keeper muda ini selepas passing cantik dari Sturridge namun sekali lagi rembatan Lampard yang jarang2 miss ditepis lagi oleh Hart..Gol untuk Birmingham dibatalkan kerana Offside dan ak xpasti yang terbaring tu kire ke x tapi dah official kate offside, just live with it!! Didi memberikan hantaran cantik untuk Sturridge di hujung first half cuma tidak disempurnakan sebaiknya-first touch yang jauh ke luar gawang..kalo ade Anelka ak rase dah konpem gol..

Second Half Chelsea kembali mengasak namun segala cubaan diselamatkan..Oleh Siapa??Hart!!
name pon Hart mmg level Hard la..Didi kurang menyengat akibat dikawal ketat defender lawan..Sturridge dah tamat tempoh dan Kalou di masukkan..Impak yang bagus dari Salomon yang mengucar kacirkan defend di bahagian cuma cross yang sia2 diberikan coz takde sesape menyambut hantaran..Alex hampir menyentak jantung fan2 dgn memberikan shot padu dari free kick seperti menentang Fool tapi dinafikan oleh post..nampak sgat kuat gler babeng sampai bola melantun masuk tengah balik..

Carletto amat pelik..kenapa?? walaupun Malouda dah kena kad kuning, tambah dengan takde pape sumbangan dari player Perancis nie..ak musykil kenapa tidak keluarkan Malouda?? Lampard menjadi mangsa subs pelik bin ajaib dari carletto yang dikeluarkan dengan Joe Cole untuk menghidupkan suasana..lampard walaupun tidak sebahaya sebelum nie, die masih menjadi general di tengah dengan pass high ball untuk mengekalkan posseission dan corak permainan Lampard kerap membuka ruang di bahagian tengah untuk rakan2 nya naik ke atas..Tanpa Lmpard, Mikel kurang pembantu dan agak goyah di tengah.. Belletti juga bagi aku tak beraksi baik dan di manakah Zhirkov?? Beli untuk wat perhiasan je ke??? Yuri boleh kate dribbling die lagi bagus dari Malouda atau Belletti dan ak xnampak sebab ape die x dimasukkan dalam match nie..

Cech walaupun aksi die kerap dikritik, tapi die save cubaan Free kick dari larsson yang betul2 mencari bucu gol..Cuak gak ak sebab kepala die terlanggar tiang, tau2 je la kepala die kan retak injured dulu so ak risau gak tah tibe2 pengsan balik kang..Nasib baik topi ragbi die menjadi guardian , mgkin ad besi kot lam 2? huhuhu..Dan Malouda tambah membengkekkan ak sebab dikeluarkan selepas itu akibat terima kad kuning kedua..Sememangnya good decision dari Carletto lol..Dengan 10 orang, takde ape leh dilakukan sangat dan Chelsea terpaksa berpuas hati dengan result seri..sekali lagi..

Corak permainan dah semakn baik berbanding masa lawan West Ham tapi lepas bilangan bolos dah berkurang, jumlah jaringan pon turut menurun..Nie merupakan kali pertama kita takde jaringkan gol dalam musim nie..Mgkin ketiadaan Anelka menjadi punca sebab gandingan die ngan Didi jarang x mencetak gol..Harap2 lawam Fulham nie leh cover balik..Nie merupakan first clean sheet kita lam 7 game, sesuatu yang amat dinanti dan harap bleh maintain kebal di bahagaian ini..Papepon perjalanan masih panjang dan harap2 di Bridge isnin ini fulham mampu disenyapkan..KTBFFH!!

Match Highlight :


No comments: