The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, December 18, 2009

0 Amukan Harimau Biru

Selaku rakyat Malaysia dan penyokong bola sepak tempatan, di sini ak nak selitkan sikit berita mengenai petang semalam yang merupakan detik terbaik untuk perkembangan bolasepak negara..Mungkin tidak ada kena mengena post ak nie ngan Chelsea, tetapi ak yakin ramai peminat still mempunyai sifat ingin tahu mengenai skuad negara walaupun dilanda pelbagai masalah selama ini..Apakah detik terbaik itu?? skuad bolasepak negara berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea!!

Petang semalam dengan lepak2 kat umah ak ngan abang ak usha match nie kat TV, tidak terlampau mengharap tetapi tetap optimis dengan kemampuan negara yang dah maju sehingga berjaya mengalahkan gergasi Asia Tenggara dan pembekal tomyam, Thailand..Menentang Vietnam yang dikira pilihan utama, apatah lagi selepas skuad negara kalah 1-3 ngan diorang kat group stage, dah tentu kita dikira Underdog..Tapi apa yang memanaskan hati aku bile bace kat Metro pagi tu bile coach Vietnam selamba je memberi komen “ Senang je” sambil muke ala2 kerek bila ditanya oleh reporter mengenai final ini..

Match semalam memang bagi aku nampak peningkatan dalam corak permainan skuad negara yang berbaju biru mengingatkan ak kat Chelsea..kawalan bola semakin baik dan pertahanan yang mantap!! Dengan rata2 barisan muda menjadi pilihan kesebelasan skang, ak nampak masih ada sinar untuk perkembangan bolasepak yang suram..Vietnam mmg dsat first half tapi second half barisan harimau biru mengasak bertalu2 kubu lawan sehingga berjaya memperoleh gol kemenangan di lewat game iaitu minit 85 hasil gol Shahrul Idlan Talaha..hmm 2 la pasal keeper Vietnam 2 dah la injured kerek xnak kuar gak kan xpasal2 dah bocor..Wisel tamat, kemenanga tipis 1-0 diraih dan menamatkan penantian 20 taun!!

Aku pon sebenarnya malas nak amik tau pasal bolasepak negara yang kadang naik kadang turun sampai ak naik muak dengan drama di luar padang lebih dasyat mengalahkan team Brazil beribu kali lagi dasat dari Malaysia..tapi ak yakin walaupun ada yang sokong fool, sengal, team setan atau Chelsea, tapi bila ada match Malaysia macam nie secara x langsung memisahkan perseteruan kita dan membuktikan team negara tetap di hati..

Saksikan detik2 kemenangan Malaysia :



Pingat Emas sudah diraih,so pe lagi pasni?? Harapan aku mmg la nak tgok Msia msuk WC tapi fikir logic memang la susah gler beb, Thailand yang dasat pon x pernah masuk, tidak perlu terburu2 kerana nak jadi yang terbaik bukan boleh sekelip mata je, perlukan latihan dan pendedahan yang lebih baik di peringkat antarabangsa..Liga Super perlu lebih ampuh dan diperkuatkan pengurusannya tambah2 masalah kewangan perlu diatasi..Mgkin Piala Asia boleh ditarget, kalo dapat Piala Asia baru la ak leh kata kita ad kemungkinan layak g WC beb..Kalo Iraq yang tgah perang pon leh mng kenapa bukan Malaysia?? Jangan tersekat kat sini je dan senyap terus jadi cam dulu sepertimana selepas zaman Mokhtar Dahari..Perjalanan masih jauh dan ak ucapkan caiyok2 untuk skuad negara untuk kejayaan yang lebih hebat di masa hadapan..Malaysia Boleh!!



No comments: