The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, December 3, 2009

0 Carling Cup je..


Relaxx, Dont panic at the disco..kita tersingkir dalam saingan piala kali pertama musim nie malam semalam tapi ia hanyalah Carling Cup yang digunakan sebagai medan ujian pemain2 muda dan second team..Dengan sudah berada di suku akhir, sudah tentu kita semakin hampir untuk mendapatkan piala ini tapi skuad perlu fokus kerana tumpuan utama kita musim ini adalah untuk kejohanan utama Champions League dan Premiership..

Walaupun menurunkan kesebelasan yang berbeza berbanding ketika kemenangan ke atas Arsenal sebelum ini (kecuali Didi yang sub second half), bagi aku player2 yang diberikan tanggungjawab malam semalam tetap mantap dan sudah cukup untuk membenam Si Hitam Terbakar tapi entah di mana silapnya barisan defend kita terutamanya Hilario cukup goyah menangkis serangan pihak lawan yang takde la sehebat mana..

Kalinic meletakkan Hitam Terbakar di hadapan tetapi Chelsea berjaya membalas dengan dua gol melalui duo dari Ivory Coast, Didi dan Kalou..Blackburn sekali lagi menjaringkan gol melalui Kalinic selepas tandukannya gagal ditepis oleh Si Gelabah Hilario untuk menyamakan kedudukan yang mengheret perlawanan ke Extra Time..Amat ketara prestasi Hilario yang hancur dalam match nie jika nak dibandingkan dengan persembahan die ketika menentang Liverpool dulu..Adakah Cik Rose Redbull akan mengintai peluang naik pangkat selaku keeper kedua??

Memasuki Extra Time tanpa Kalou yang cedera dan tanpa subs boleh dilakukan lagi( ye la half time 3 org masuk sekali), skuad The Blues terpaksa bermain dengan 10 orang dan Si Hitam segera mendapat gol awal menerusi sepakan penalti Mc Carthy memberikan kelebihan kepada tuan rumah..Pantang berundur sebelum ajal, Ferreira membuktikan semuanya belum berakhir dengan jaringan di hujung permainan dengan hanya berbaki 4 minit..Result akhir 3-3!!

Penalti Shoot out kita mengharapkan agar Hilario mampu melakukan keajaiban bagi memastikan Chelsea kekal ke pusingan seterusnya tapi tuah penalti menentang MU awal musim tidak bersama2 Carletto malam nie..Budak Ajaib Kakuta hilang keajaiban die dengan miss crucial penalty dan Rovers mara untuk bertemu Villa di semi..

Mungkin ad hikmah kita terkeluar dari Piala Mickey Mouse nie..Sekiranya kita layak, kita akan bertemu Villa untuk semi final yang dijadualkan bulan Januari nanti, iaitu masa yang sibuk untuk skuad Chelsea kerana ketiadaan bintang2 hitam kita ke Afrika..Saiz skuad ketika itu sudah tentu mengecil dan sudah tentu kita tidak mahukan penambahan fixture yang akan menyaratkan keadaan dan menyusutkan pemikiran..Aku lebih rela kita gagal dalam Carling Cup jika ia mampu membantu kita dari mengganggu prestasi pemain dalam aksi liga..Bagi aku Kejuaraan Premiership adalah lebih penting dari segala2 nya musim nie..

Kekalahan nie gak boleh membantu para pemain untuk menumpukan fokus sepenuhnya kepada kejohanan2 utama; Premiership, Champions League dan FA Cup..Semoga kita akan dapat memenangi semua baki trofi yang tinggal..Tak dapat satu, dapat tiga2 sekali pun boleh la hehe..Kakuta dan Bruma dah memberikan impak yang bagus dalam match semalam dan mampu mengejar walaupun bermain 10 orang menandakan mentaliti yang kuat - keseluruhannya keadaan The Blues masih di tahap tertinggi..Lupakan kekalahan, fokuskan pemikiran untuk next fixture adalah langkah terbaik..CHELSEA IS THE TEAM, BLUE IS THE COLOUR, WINNING IS THE GAME!!

Highlight :



No comments: