The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, December 7, 2009

0 Cik Siti bikin kacau!!

Selepas melakukan persembahan memukau di Anugerah Skrin 2009, Cik Siti masih tak puas ati dan terus ke England bikin kecoh lak kat sane di Bandar Manchester dengan kehadirannya menggugat iman player2 Chelsea dan mengganggu kempen The Blues dalam misi menggapai kejuaraan Liga musim ini..

Dalam match Sabtu lepas, Man City mengejutkan prestasi konsisten The Blues dengan kemenangan tipis 2-1 di laman diorang..dengan aku x sempat nak usha game nie sebab sibuk ada kenduri, nak usha curi2 pon Astro lak mane la ade kat kampong ak nie..So ak pon tau pasal kekalahan mengejut Chelsea nie pon mase tgok Info Sukan kat TV 1..So maafkan aku sekiranya ada beberapa kesilapan dalam maklumat aku sebab ak hanya mencoret berdasarkan highlight dan berita yang ak baca..

Di tengah2 kita meraikan rentetan cemerlang Chelsea dalam beberapa perlawanan terakhir terutamanya selepas membelasah Sengal 3-0 minggu lepas, dah tentu keyakinan tengah memuncak dan ramai pemerhati mengakui The Blues sukar dihentikan buat masa kini..Walaupun kita tewas kepada Blackburn lam Piala Murahan Carling Cup 3 hari lepas, bagi aku ia tak menarik perhatian ak untuk mengandaikan kita tidak bagus kerana menggunakan pemain2 pilihan kedua dalam match tersebut, tetapi selepas tewas kepada pasukan shit cam City dengan menggunakan team terkuat kita, ak terfikir, apa lagi yang tak kena??

Dengan hampir kesemua kesebelasan utama yang mempermainkan team budak Sekolah Sengal kembali kedalam pasukan, sudah tentu hanya kemenangan yang dicari bagi memperkukuhkan kedudukan di kemuncak liga..Chelsea bermula cemerlang dengan menjaringkan gol awal menerusi gol sendiri Si Poyo Adebayor dan segala2 nya tampak bakal berakhr seperti di Emirates..

Tapi Cik Siti memberikan tentangan yang bagi ak takde la seberapa sangat, dengan gol penyamaan Si Adepoyo seperti bola2 pinball di depan gawang Chelsea yang nasib terkena kaki Si Poyo melepasi Cech..Sorak lak lebih2 bukan lawa pon jaringan ko konpem x masuk langsung dalam Goal of The Week..Tevez @ Takbest memang takbest betul dalam match nie sebab menjaringkan gol kedua Cik Siti menerusi Free Kick..Ak x nak salahkan Cech sangat sebab bola die mmg die kasi bucu, dengan muke Takbest ala2 Tarzan Kelaparan, sape tak cuak??

Satu yang ak kesalkan adalah nasib yang tidak menyebelahi kita di penghujung permainan..Chelsea berjaya memperoleh penalti, dan dengan Pakar Penalti Lampard sudah kembali, gol penyamaan sudah pasti berada di dalam tangan..Tetapi Given membuktikan mengapa dia adalah antara Keeper paling konsisten dalam Premiership dengan menepis shot padu Frank yang menafikan Chelsea untuk pulang ke London dengan sekurang2 nya 1 mata..Adoii dah la Lampard Captain ak beb konpem markah die low gler GW nie..

Match Highlight :


Chelsea menguasai match ini keseluruhannya cuma nasib tidak menyebelahi kita kerana bukan performance yang memberikan kemenangan tetapi gol, dan Man City bernasib baik mendapat gol2 mudah..Penyertaan Didi dalam Carling Cup juga perlu dipersoalkan kerana nampak die agak lesu dan hambar di samping penyudah yang tidak menjadi dalam match nie mgkin akibat bermain 3 match dalam seminggu..Harap2 Carletto dapat memerhatikan fitness dan kepentingan player2 utama yang perlu dijaga rapi selepas ini..

Dengan kekalahan ini, Team Setan yang dah menang awal kembali merapatkan kedudukan dengan 2 mata di belakang kita, menghangatkan kembali persaingan EPL musim nie..Senario ini (bukan kumpulan lawak tu) mengingatkan kembali aku dengan kejadian menentang Wigan di mana kita tewas mengejut di tempat lawan walaupun baru je mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Fool sebelum itu..Sepertimana yang aku katakan sebelum ini, konsistensi adalah elemen utama yang perlu dalam pasukan kita jika inginkan kejuaraan musim ini..Diharapkan kita mampu memmberikan peningkatan menakjubkan seperti selepas menentang Wigan di mana kita menang 5 perlawanan liga berturut2 tanpa dibolosi..

Match Premiership seterusnya :

Sat Dec 12

Everton

H

Wed Dec 16

Portsmouth

H

Sun Dec 20

West Ham United

A

Sat Dec 26

Birmingham City

A

Mon Dec 28

Fulham

H

Sat Jan 9

Hull City

A

Sat Jan 16

Sunderland

H

Wed Jan 27

Birmingham City

H

Sat Jan 30

Burnley

A




Match2 seterusnya adalah agak kacang Ngan Yin buat Chelsea dengan hanya team pertengahan menjadi santapan dengan perlawanan menentang Big 4 hanya akan berlangsung semula 7 Feb 2010 menentang Arsenal, so aku harap kita dapat memanfaatkan peluang ini untuk mengutip seberapa banyak point yang boleh..Tanpa gangguan dari Kejuaraan Eropah yang berehat kejap, sudah pastinya kita mengharapkan persembahan maksimum dari para pemain..Bintang2 dari Afrika diharapkan agar dapat menunjukkan prestasi yang mantap dalam match2 terakhir sebelum berlepas ke Afrika dan pemain yang sedia ada dapat menampilkan aksi yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sepanjang ketiadaan bintang2 hitam kita bulan Jan nanti..Keep positive, Keep supporting and KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

No comments: