The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, December 2, 2009

0 Catch Us If You Can!!


Didi melontarkan cabaran kepada pencabar Chelsea supaya mengejar kedudukan skuad The Blues dalam saingan Liga Perdana England.

Penyerang Ivory Coast itu percaya Chelsea mampu menangani segala halangan daripada pencabar mereka setelah berjaya meneruskan kelebihan lima mata ke atas Manchester United.

"Apabila berada di tangga teratas liga, ia sesuatu yang bagus kerana kami boleh memberi tumpuan kepada pasukan kami sendiri. Tiada pasukan lain berada di atas kami.

"Mereka perlu mengejar kami, mereka harus beraksi lebih baik dan mesti menang banyak lagi perlawanan. Jadi ia bagus untuk kami."

Ahad lalu, skuad kendalian Carletto meraih tiga mata berharga selepas mengalahkan Arsenal 3-0 di Stadium Emirates sekaligus membuktikan Chelsea amat gah dengan rekod sempurna ke atas Big 3 dalam babak pertama musim nie.

No comments: