Frank Lampard yang kini mengalami kecederaan di paha kiri telah terbang ke Serbia kelmarin untuk berjumpa dengan Doktor ajaib Marijana Kovacevic aka Dr. Horse yang terkenal dengan rawatan pemindahan placenta kuda kepada pemain2 Premier League sebelum nie..
Doktor nie memang ajaib sebab teknik rawatan die leh memulihkan kecederaan pemain lebih awal dari jangkaan..antara player yang gune rawatan nie adalah player libepul Riera dan Benayoun, diorang nie dijangka akan terlepas perlawanan dalam 2 minggu tapi hasil rawatan Dr. Horse, diorang sembuh lebih awal dan mampu beraksi lawan Man City haritu..Benitez skang pun dah hantar Johnson dan Aurelio untuk rawatan yang same..Haha x tau la leh caye ke x jangan rawatan guna jin dah le..
Rawatan moden ke, tradisional ke, ak xkisah yang penting harap2 Lampard cepat sembuh sebab kita memerlukan khidmat die terutamanya lam perlawanan besar2 pasnie..Lampard dijangka absent sekurang2 nya 3 minggu dan die akan terlepas match menentang Porto dan Arsenal hujung minggu nie..Harap2 die sempat sembuh sebelum menentang Mancity bulan 12 nanti..GET WELL SOON FRANK!!
malam nie mmg terbaek r..dan team dari spain mmg ayam r mggu nie..barcelona bungkus semalam...kemudian diikuti dgan madrid dilunyaikan oleh milan, barisan skuad The Blues lak berjaya melunyaikan team jiran die Atletikus Madrid..
gol dijaringkan oleh kalou (2), next guess who?? lampard (1) haha akhirnye...dan satu own gol dari player madrid..bagi la nak sangat gol haha..k la ak nak tido dulu sok ad test lak post match nanti ak wat ngan highlight sekali..haha tidur dlam senyuman r ak nanti..k la guyz have a nice day tomorrow.. BLUES FOREVER!!
Peter Crouch menguatkan peluangnya merebut satu tempat utama ke Piala Dunia dengan dua gol ketika England menamatkan kempen kelayakan bola sepak mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Belarus, kelmarin.
David Beckham pula mengumpul penampilan antarabangsanya yang ke-115 sebagai pemain gantian babak kedua dan penjaga gol Manchester United, Ben Foster, turut mengukuhkan harapan mendapat peranan penting di Afrika Selatan apabila pasukan Fabio Capello itu melengkapkan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan Kumpulan 6.
Namun, jaringan Crouch, kedua-duanya dengan tolakan masuk jarak dekat tidak mengagumkan seperti rembatan Shaun Wright-Phillips selepas sejam permainan.
Apa pun, kehadiran penyerang Tottenham itu di tempat yang tepat memang tidak diragui lagi.
Dalam penampilan antarabangsa ke-35, dia kini mengumpul 18 gol walaupun Emile Heskey yang tidak berada di bangku simpanan, masih merupakan pelindung berkesan buat Wayne Rooney di mata Capello.
Kecederaan menyaksikan Rooney dan Steven Gerrard tidak dapat diturunkan dan kedudukan jaringan akhir itu memberikan sedikit sinar untuk barisan uji kaji England yang tidak pernah difikirkan secara positif pada permulaan perlawanan.
Wright-Phillips mencetuskan asakan awal dengan mengirim satu rembatan rendah yang tersasar beberapa inci dan kurang tiga minit kemudian, Crouch membuka jaringan.
Umpanan mempesonakan Gareth Barry menerusi sebelah kiri memberikan Gabriel Agbonlahar peluang mencipta nama dan bola rendah itu ditolak masuk oleh Crouch yang bertindak baik mengatasi pembayangnya, Sergei Sosnovsky.
Penyerang Tottenham itu bertindak kurang baik ketika menanduk sepakan sudut Frank Lampard yang tersasar pada minit ke-15 dan Agbonlahor mensia-siakan peluang dalam aksi antarabangsanya selepas membebaskan diri ke kanan.
Gagal melepasi pertahanan terakhir, penyerang Aston Villa itu tidak mampu menguji penjaga gol, Yury Zhevnov dari sudut yang sukar.
Glen Johnson kemudian menunjukkan kehandalan serangannya, berlari ke satu lontaran Aaron Lennon ke kotak dan mengatasi Sosnovsky walaupun rembatan dari arah menuju bendera sudut, kurang memikat.
Sehingga itu, Capello pasti berpuas hati dengan apa yang disaksikannya tetapi perasaan warga Itali itu berubah suram apabila babak pertama berkembang sedangkan rentak dan tahap tumpuan England merosot.
Johnson khususnya membenarkan Vitaly Kutuzov berada di depannya dalam kawasan penalti sebelum dengan cuainya melepaskan kawalan bola kerana terlalu ghairah membuat umpanan lintang.
Lawan yang lebih handal pasti lebih beruntung daripada kedua-dua kesilapan itu dan kerapuhan England di bahagian belakang terserlah apabila John Terry terpaksa menarik baju untuk menghalang Sergei Kornilenko daripada mengatasinya.
Foster tampak lebih pasti dalam mengambil rembatan lengkung Sergei Omelyanchuk sejurus selepas sejam manakala sepakan bebas Lampard ditolak melepasi palang dan kemasukan Beckham sebagai gantian, mendapat sorakan terbesar malam itu.
Impak serta-merta pemain berusia 34 tahun itu dalam penampilan ke-115 buat negaranya berbayar dengan reputasi di samping kemahiran teknikalnya.
Beckham mendapat sorakan penonton lagi dengan satu umpanan 40 ela ke dada Crouch tetapi penyerang itu gagal memanfaatkannya dari hujung kawasan yang mampu menghasilkan gol.
Ricardo carvalho, defender Chelsea yang memainkan peranan penting sewaktu menentang Libepul menyanjung kehebatan keeper second The Blues, hilario kerana berjaya mendapatkan clean sheet dengan beberapa save yang mantap dan permainan yang kemas dan yakin..Carvalho mengatakan :
""It is not easy to play against big teams, but he was ready and he always is – and Petr spoke with him before the game," Carvalho told his club's official website.
"We were stronger than the last two games and this game means a lot for us. It was important to win at home against a big team, to show we are strong and can fight for the top.
"It is always tough to play against Liverpool – normally you don't get too many chances or too many goals, apart from last year, so you have to score to give confidence, and after that we defended well."
Bagi aku Hilario mmg dasat haritu terutamanya save shot riera ngan gerrard..seb bek die xcuak game2 besar camnie..Kalo die mantain form camnie, mgkin Big pete sudah ad pencabarnye..No cech, no problem!!
Lampard tampil membidas kritikan daripada pihak media tentang prestasi skuad Blues kini. Selepas tewas di tangan wigan 3-1minggu lepas, Chelsea berjaya bangkit dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas APOEL. Namun begitu, kemenangan tersebut tidak dapat menutup kata2 pengkritik berikutan aksi pemain Chelsea yang agak hambar.
Lampard mengatakan kepada The Daily Mail,"Saya tidak tahu mengapa ramai pihak mengatakan kami tidak bermain sebagai satu pasukan. Setakat ini kami hanya kalah sekali sahaja dalam semua kejohanan."
"Perlawanan menentang Wigan memang antara persembahan terburuk kami. Tetapi selepas itu kami berjaya mencatat kemenangan menentang APOEL di gelanggang meraka sendiri. Persembahan penting tetapi 3 mata kemengan adalah lebih berharga. Kami berharap agar kami dapat melayakkan diri dalam pusingan kalah mati secepat mungkin"
Betul gak cakap lampard, pe gune gol banyak2 klau last sekali kalah gak..dalam kejohanan besar mcm Champions League nie, macam2 leh jadi, so setiap mata tu amat berharga woo..
p/s:Media pun xabes2 nak kondem Chelsea, setakat nie Chelsea cume kalah sekali je pn..ak arap Chelsea menang lawan Libepul nanti kasi tutup sket mulut pengkritik neh..haha