The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, February 1, 2012

2 Bernasib Baik di Liberty Stadium

Sinclair - Budak suruhan di London, Raja di Wales

Chelsea memang amat, amat bernasib baik dapat draw semalam. Jika diikutkan Swansea sememangnya layak menang (walaupun aku Chelsea Fan) kerana bermain dengan amat baik dan memperkotak katikkan midfield kita. Malah Nathan Dyer seorang sahaja boleh memalukan seluruh bahagian tengah kita yang sememangnya longlai.

Apa yang tambah menambah luka di hati Chelsea adalah bekas pemain akademi kita, Scott Sinclair menjaringkan gol pembukaan yang hampir menjadi gol kemenangan Swansea jika tidak kerana own gol injury time Taylor yang memberikan keputusan akhir 1-1. Jauh dari lubuk hati aku adalah Scott memang layak mendapatkan gol ini kerana setelah ditendang keluar oleh Chelsea (board menganggap Scott tidak cukup bagus) dia membuktikan yang sebaliknya dan menjadi nadi The Swans musim ini di bawah Rogers. Apa yang lebih ironik adalah melihat bagaimana hebatnya bekas staff Chelsea, Brendon Rogers mengubah pasukan divisyen kedua menjadi skuad yang bermain total football menarik. Sedangkan kita membayar AVB dengan harga 14 juta hanya untuk hadir ke Chelsea dan mengubah corak permainan kita, namun sehingga kini masih lagi jauh panggang dari api nak dikatakan sebagai total football.

Kecewa? Memang kecewa dengan result, tapi aku lebih kecewa dengan AVB. Hari semakin hari aku bertambah sadis dengan pemilihan pemain oleh AVB. Adakah ini manager yang bakal menjadi pengganti Special One?? Buat masa ini aku tak nampak langsung di manakah kredilibiliti AVB untuk berdiri sama tinggi dengan coach legend kita. Apa yang tak kena dengan AVB??

Sam berkata kepada Cahill : "Kita senasib Bro"

1) Apa tujuan membeli Cahill?? Kita sudah sedia tahu Gary memang fit untuk bermain namun sejak hadir ke Bridge dia tak bermain untuk 3 game. Malam semalam adalah sepatutnya debut yang layak diberikan kepada Cahill lantaran ketiadaan JT yang cedera tetapi apa yang dilakukan AVB?? Iva dan Luiz bermain CB manakala Bosingwa dipanggil semula ke dalam first team. Kenapa AVB kenapa? Iva memang tak sesuai bermain centre back manakala Bossman, macam biasa, memang Right Back yang hanya tahu menyerang tanpa bertahan. Aku tak memahami apakah yang dilihat AVB pada Bosingwa dan dah pastinya Cahill akan menyumpah diri kerana hadir di Chelsea hanya untuk berada di bangku simpanan yang bakal merosakkan harapannya ke Euro 2012.

Jangan tertipu!! Malouda tidaklah seganas rambutnya seperti dua tahun lepas.

2) Malouda sudah tua! Memang midfield kita ramai yang injured tetapi tetap aku tak menyukai Malouda musim ini. Tak memberikan apa-apa sumbangan kreativiti di hadapan, selain hanya membuang satu tempat kosong dalam pasukan. Apakah gunanya ada Piazon dibangku simpanan?? Kita memang longlai di bahagian midfield dan Malouda tak membantu langsung tetapi yang lebih pelik AVB masih lagi menaruh harapan kepada kuda tua Perancis ini.

Beli, dan loan balik!! Bijak sungguh!!

3) Loan Loan Loan! - Aku memang tahu Loan adalah satu langkah yang bagus untuk memberikan peluang bermain kepada pemain muda kita, tetapi sampai bila?? Sekiranya sampai satu tahap tak diberikan peluang yang diharapkan, sudah tentu pemain muda kita akan cabut ke kelab lain umpama Scott Sinclair. Membeli De Bruyne adalah contoh utama. Mengapa membeli KDB tetapi meminjamkannya semula ke Genks, sedangkan kita amat memerlukan left winger sekarang untuk menggantikan Malouda? Board Chelsea memang pelik. Aku tidak tahu nak salahkan Emenalo ataupun AVB dalam hal ini.

Phillip Prosenic - Satu lagi permata Chelsea disambar Milan

4) Youth Policy?? Haktuihh!! - Kelmarin Prosenic adalah satu lagi pemain muda mengikut jejak Sinclair dan Stoch yang dijual. Apa yang menghairankan aku mengapakah kita tidak yakin dengan pemain muda kita?? Josh, Lalkovic, Rajkovic, Kakuta, Conor Clifford, Sam Hutchinson, Piazon mungkin masih muda, tetapi dari segi kualiti aku yakin mereka lagi bagus dari segelintir pemain senior yang masih bermain untuk Chelsea kini. Malah kita sepatutnya tak perlu berbelanja sakan membeli pemain, cuma perlu memberi sedikit keyakinan kepada pemain muda kita sudah mencukupi.

Transfer window sudah tutup. Chelsea hanya membeli Cahill, De Bruyne dan Bamford, 3 pemain yang takkan memberi impak kepada skuad kita musim ini. AVB membeli Cahill tetapi sayangkan Bosingwa, De Bruyne dibeli namun dipinjamkan semula ke Genks, Bamford pula masih 18 tahun terlampau muda. Ini semua hanyalah pembelian yang membuang masa jika manager kita masih sayangkan pemain tua macam Malouda dan Bosingwa. Buat masa ini AVB bagi aku belum lagi menepati tanggapan kita sebagai New Special One. Hanyalah manager muda yang clueless mengenai pemilihan pemain.

Special One and..Clueless one

Buat semua fan Chelsea, harap turunkan expectation kita musim ini jika tak mahu kecewa. Lupakan trofi EPL, malah CL dan FA Cup juga aku tak yakin kita boleh menang jika main macam sekarang. Top 4 adalah target utama kita musim ini. Keep Believing, Keep The Blues Flag Flying High!



2 comments:

DuanHr said...

ak pon tak tau nk ckp ape...avb pong bengong nk gune gak fomasi 433..payah nk gol..

Raiden said...

AVB dah ketandusan idea..tak habis-habis harapkan Malouda, Bosingwa dengan Meireless walaupun dah tau diorang takde impak dalam game. Essien, Piazon dengan Cahill kenapa tak masuk starting lawan Swansea??