The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, January 31, 2012

0 More Youngster! More!



OMG! Its Kevin in London!!

Kevin De Bruyne nampaknya akan menjadi pembelian kedua AVB musim sejuk ini. Dengan harga sekitar £6m, KDB bakal mengikat kontrak sepanjang 5 tahun bersama The Blues. Tetapi jangan terlampau excited, kerana pemain muda Belgian ini akan kembali ke Genks untuk bermain secara loan sehingga akhir musim. Jadi kita hanya dapat melihat bakat De Bruyne musim depan.

Adakah AVB cuba membentuk Belgium Foundation di Chelsea?? Dengan Courtois dan Lukaku sudah berada dalam perancangan jangka panjang Chelsea, kehadiran De Bruyne sememangnya dialu-alukan. Malah adakah Eden Hazard juga akan datang untuk membentuk gandingan Fantastic Four di Bridge?? Hopefully!

OMG!! Its Tintin in London!!

Okeh lupakan mengenai KDB, ini juga berita menarik mengenai youngsters akademi Chelsea iaitu Lucas Piazon. Dengan beberapa kecederaan menimpa pemain senior Lampard dan Ramires, Piazon akhirnya mendapat panggilan pertama skuad utama dan kini sudah ke Wales sebagai persediaan menentang Swansea malam ini. Diberikan nombor 35, Piazon sememangnya amat teruja dan dibuktikan dengan tweet beliau.


Walaupun Malouda mungkin akan mendapat tempat utama malam ini, di harap Piazon bakal mendapat panggilan subs dan diberikan masa bermain sekaligus mempamerkan skill Samba beliau. Sejujurnya aku lagi excited menanti aksi Piazon berbanding Malouda yang memang selfish musim ni!

Cech
Iva-Luiz-Cahill-Ash
Romeue-Meireless
Piazon
Sturridge-Torres-Mata

Kalaulah AVB akan starting lineup lawan Swansea macam nie..I'll be on the moon!!

Cerita mengenai malam ini, berita buruk adalah JT bakal tidak bermain akibat injury (atau pergi court??) namun berita baiknya adalah Gary Cahill akan diberikan debut pertamanya bersama Chelsea! Gandingan Cahill-Luiz mungkin sesuatu yang baru namun kualitinya jelas dapat dilihat, kedua-duanya masih muda dan mempunyai aspek teknikal yang hebat. Harapnya kita dapat kekalkan clean sheet ke-6 dalam 6 match terakhir walaupun tanpa captain marvel JT.

Menentang Swansea aku agak risau kerana mereka ini umpama adik Barcelona, bermain tiki taka yang memang sukar dikekang. Rekod kemenangan 3-2 The Swans ke atas Arsenal membuktikan mereka tak boleh dipandang rendah. Respek kepada Brendan Rogers dengan falsafah flow football yang diterapkan. Namun kita adalah Chelsea, tiada apa yang perlu digentarkan. Kita akan bermain mengikut cara kita tersendiri. Cmon The Blues!! KTBFFH!!

No comments: