The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, January 17, 2012

0 Welcome Aboard!!


Welcome aboard mate!!

Setiap kali ada pemain baru hadir ke Stamford Bridge dah pasti aku akan excited. Kedatangan Gary Cahill adalah sesuatu yang dinantikan dengan penuh debaran selama 16 hari iaitu tempoh rundingan yang agak panjang..

Jumlah bayaran perpindahan sebanyak £7 juta dari Bolton dengan gaji £80,000 seminggu, well, boleh dikatakan ianya adalah pelaburan yang tidak melampau dan berbaloi memandangkan tahun lepas Cahill boleh mencecah harga sehingga £14 juta..Cuma pada bahagian gaji yang aku kurang berkenan, bayangkan Juan Mata yang menjadi pemain tulang belakang Chelsea musim ini hanya bergaji 55,000 seminggu..Jika aku menjadi Mata dah tentu akan cucuk pihak kelab untuk menaikkan gaji dan dah tentu pemain lain seperti Romeu dan Ramires yang bermain kesebelasan utama tetapi bergaji sedikit akan turut terasa dengan bayaran yang diterima Cahill..

Namun selain isu gaji, Gary Cahill adalah pembelian yang bagus dan mungkin akan menjadi turning over buat masalah pertahanan kita musim ini..Mempunyai aspek teknikal dan disiplin yang mantap, Cahill mungkin lebih sesuai untuk high line defensive yang dimahukan AVB berbanding David Luiz yang nampaknya masih belum mempamerkan aksi meyakinkan setakat ini.

"I think his technical attributes are immense and his pace is fantastic as well,". ujar AVB mengenai Cahill.

Dengan adanya tambahan Cahill, bermakna Alex hampir pasti akan dijual dan QPR antara kelab yang berminat. Di atas kertas, kualiti pemain pertahanan kita boleh dikatakan antara yang terbaik kerana kini (kecuali JT dan Ash yang nampaknya untouchable); Ivanovic, Luiz, Bosingwa, Ferreira dan Cahill akan merebut posisi CB dan RB. Jadi siapakah pilihan formasi terbaik??

Luiz-Cahill-JT-Ash <-----------Pilihan aku

Sebenarnya mana-mana formasi defend yang tak melibatkan nama Bosingwa dah cukup untuk membuatkan aku menarik nafas lega..Namun pilihan aku di atas mungkin adalah yang terbaik buat masa ini tanpa Ivanovic yang masih cedera..Boleh melihat Luiz overlap ke atas dari sayap kanan tanpa membuatkan kita berpeluh meninjau aspek pertahanan dia yang gopoh dalam penalty box adalah pilihan terbaik..Dengan adanya Cahill di bawah membantu JT harap ianya akan menjadi gandingan yang mantap seperti ketika bersama skuad England. Atau adakah suatu hari Hutchinson dan Bertrand akan menerjah masuk dan membentuk all-time England connection??

Sam-Cahill-JT-Bertrand <----------Hopefully one day!!

Apapun good luck buat Cahill sebagai warga Bridge yang baharu. Berikan The Blues lebih banyak clean sheet, mate!! KTBFFH!!



No comments: