The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, April 30, 2010

0 Its Didi Times!!

0 Comments

Congrats untuk Didi, tersenarai dalam 100 Most Influestial People in The World dalam majalah terkemuka The Times..Pemilihan striker Ivorians nie berdasarkan populariti Didi sebagai ikon bolasepak terkemuka benua Afrika yang memberikan pengaruh luar biasa kepada rakyat di sana..Didi memenuhkan senarai yang turut disertai oleh ahli sukan lain seperti Muhammad Ali dan Michael Jordan, serta ahli politik terkemuka seperti Barrack Obama..Harap dia influential kat Anfield gak Ahad nie..KTBFFH!!

1 Tenkiu Atleti!!

1 Comments
Drogba menjaringkan gol kemenangan di Anfield

Tahniah buat Atletico dan takziah buat Liverpool selepas gagal mara ke Final Europa League pagi tadi..Atletico memang dah melakukan favour untuk Chelsea dengan sengaja bolos 1 gol, mengeheret perlawanan ke Extra Time, bagi diorang suka dulu dengan jaringan kedua, pastu barulah suruh Forlan jaringkan gol kemenangan kasi ranap hati Libepudlians..Bermain selama 120 minit dah tentu akan memenatkan fizikal pemain Libepul manakala impak kekalahan dah cukup untuk melemahkan mentaliti diorang menjelang pertemuan bersama Mighty Blues di Anfield..Congrats Atleti, Great Job!! Aguero, aku dah nampak ko memang sesuai dengan Chelsea, ada ciri2 suka menghancurkan Libepul..Oh ya, Fulham lak dengar kata masuk Final, jadi wakil England satu-satunya di Eropah buat musim nie..Biasa la, kelab London memang hebat..Nampaknya Fairy Tale diorang kekal berterusan, harap tak berakhir macam Middlesbrough, Good Luck wahai jiranku..Untuk Kem Chelsea, apa tunggu lagi?? Prepare untuk tambah azab Liverpool!!

Wednesday, April 28, 2010

0 Don Carletto – The Humble One

0 Comments
Carlo Ancelotti aka Carletto kini mempunyai peluang terbaik untuk memanjat carta sebagai manager pertama yang mampu mencabar kedudukan Jose sebagai manager terhebat Chelsea..Kejuaraan Double (EPL + FA CUP) tidak pernah lagi dicapai mana-mana manager lagi dalam history Chelsea hatta Jose Mourinho ‘Special One’ sekalipun..Pencapaian terbaik Jose pun apabila dia merangkul EPL dan Carling Cup dalam satu musim..

Chelsea kini mendahului carta liga dengan 1 mata dan sudah menempah nama di Final FA Cup di Wembley 15 May nie, segalanya tampak stabil dan kita berada di posisi terbaik untuk meraih Double buat kali pertama!!

Membandingkan Jose dan Carletto kini mungkin agak ridiculous kerana Carletto masih lagi belum sah menjuarai apa2 tetapi sengaja aku mahu melihat apakah perbezaan kedua2 manager nie..Dari segi kredibiliti, Carletto dan Jose sememangnya mempunyai rekod kejuaraan yang menakjubkan, kedua-duanya pernah menjulang trofi CL dan kejuaraan liga di negara masing-masing..Walaupun mempunyai rekod yang hebat, namun mereka mempunyai falsafah dan personaliti yang jelas berbeza antara satu sama lain..

FALSAFAH

Dari segi falsafah aku boleh katakan agak pelik dan ironic, Jose merupakan manager berbangsa Portugal tetapi mengamalkan corak permainan yang defensive umpama skuad Itali manakala Carletto adalah manager berbangsa Itali yang mengamalkan corak permainan menyerang seumpama Portugal..Yup aku akui strategi defensive Jose menyebabkan dia sukar dikalahkan, terutamanya di Home , tetapi secara jujur aku agak ‘kurengg’ dengan stail bertahan dia yang boleh dikatakan terlampau berhati-hati..Sewaktu zaman Jose, keputusan 1-0 adalah normal dan sekiranya kita sudah menjaringkan 1 gol di minit pertama permainan, kita akan melihat Chelsea bermain Defensive untuk 89 minit yang kemudian..

Di bawah rejim Carletto kita dapat melihat satu sisi yang berbeza dari skuad Chelsea walaupun rata-rata pemain kini masih lagi anak didik Jose..Skuad The Blues kini bertemakan corak menyerang yang jelas lebih menarik dan menghiburkan fan Chelsea sepertimana yang dilakukan oleh Ruud Gullit dan Sexy Football suatu masa dahulu..Season nie merupakan kali pertama kita memperoleh gol sebanyak 93, top scoring record pernah dicatatkan dalam satu musim membuktikan kekuatan serangan kita musim nie di bawah falsafah Carletto..Stail Menyerang Carletto sememangnya disenangi oleh aku, di bwah rejim Don, keputusan 5-0, 6-0 hatta 7-0 adalah sesuatu yang biasa, sesuatu yang tidak mungkin berlaku di bawah rejim Jose..

HUMBLE ONE

Dari segi personality, sudah tentu Jose mempunyai aura karisma yang lebih menyerlah berbanding Carletto..Jika tidak masakan dia menggelarkan dirinya ‘Special One’ , gaya lantang dan tidak takut kepada rival menunujukkan kehebatan persona seorang yang bernama Mourinho, sememangnya ke mana sahaja dia pergi, kekecohan akan berlaku menunjukkan dirinya mempunyai aura istimewa..Apa yang aku respek dari Jose adalah walaupun kadangkala dia agak angkuh, tetapi dia bukanlah seperti tin kosong yang hanya membuat bising, rekod trofi yang diperoleh Jose menunjukkan dia berkata dengan isi dan potensi diri, berlainan dengan Fara Benitez yang hebat berkata-kata tetapi tiada hasil..

Berlainan dengan ‘The Special One’, aku boleh menggelarkan Carletto sebagai ‘The Humble One’ kerana dia lebih pendiam dan merendah diri di sebalik rekodnya yang mengagumkan..Carletto tidak sesekali akan terperangkap dengan Mind Games walaupun sudah beberapa kali Fergie cuba bermain psiko dengan manager Itali nie..Dia lebih suka menonjolkan kehebatan di atas padang berbanding berkata-kata merapu di press conference dan interview..Personaliti Carletto walaupun kurang menyerlah dari Jose tetapi ‘The Humble One’ mengundang rasa hormat dari fan-fan rival Chelsea, sesuatu yang berbeza sewaktu zaman Mourinho di mana dia sering mencipta musuh di sekeliling..

YOUTH POLICY

Jose sememangnya manager terhebat Chelsea, tetapi polisi pemain muda dia memang takde langsung digunakan di Chelsea..Sepanjang rejim Jose, seingat aku pernah sekali je pemain muda Sinclair diturunkan, itupun subs dan lepas tu memang tak nampak muka langsung..Mungkin kerana pressure dari Roman yang mahukan kejayaan segera atau takde youngsters berbakat membuatkan Jose memang tak pakai budak2 akademi kita..

Carletto sememangnya berlainan, aku tak pasti samada takde duit, atau Carletto nie memang pandai dan suka gunakan pemain muda, atau mungkin youngsters kita kini memang best..Di bawah rejim Carletto, youth policy kita berubah, pemain muda lebih diutamakan, dan beberapa pemain akademi semakin disebut2..Kakuta, Sturridge, Hutchinson dan Aanholt antara yang dah semakin mencipta nama musim nie, tak mustahil musim depan diorang nie akan lebih mendapat peluang..Carletto juga dah sebut 5 pemain akademi akan dibawa masuk ke dalam skuad utama musim depan, sememangnya keputusan yang bagus dan aku harap kita mampu membuktikan Chelsea mampu menghasilkan star kita sendiri..Young Blues for the future!!

Kini adalah masa untuk Carletto memadamkan bayang Jose yang sukar dipadamkan buat sekian lama..Kemenangan Double akan merasmikan kedatangan Carletto dan menggantikan tempat Jose di hati Fans The Blues..’The Special One’ sudah menjadi history, kini adalah masa untuk ‘The Humble One’ mencipta sejarah baru!! Good Luck for Carlo!!

Tuesday, April 27, 2010

0 100 Gol??

0 Comments
Para media sebenarnya dah lama mencari2 team yang mampu memecahkan rekod 100 gol premiership semenjak EPL diasaskan tahun 1992 dulu..Setakat nie hanya 97 gol rekod tertinggi pernah dicatatkan oleh Manure season 1999/2000 dulu..Media sebenarnya ramai target Arsenal untuk memecah rekod nie, dengan corak permainan menyerang diorang, tetapi tak menjadi The Invicibles pon tak pernah capai jumlah gol setinggi nie..Dengan diorang skang dah berubah dari team dewasa ke team kanak2 ribena, peluang diorang dilihat makin menipis..Media masih lagi menanti, tetapi siapakah yang mampu menjadi pemecah tradisi, siapa?? Takkan nak mengharapkan Stok Belasahan kot??

Jawapannya CHELSEA..The Blues kali nie boleh dikatakan paling terbaik dari segi attacking pernah dilihat, dan juga paling 'sexy' selepas zaman Gullit..Setakat nie 93 gol dah dijaringkan di EPL, dengan dua match berbaki lagi, mampukah kita menjaringkan 7 gol untuk melengkapkan 100 gol sekaligus memecahkan rekod lagi??

Kalau korang perasan, semenjak di bawah rejim Carletto, dan sejak terkeluar dari CL, skuad Chelsea seolah2 dirasuk hantu dan mengganas 'lain macam' dari biasa..Mungkin Jose letak tinggalkan penunggu dia kat Bridge atau bagi tangkal kat pemain pun aku tak pasti, memang lepas Jose datang dan mengalahkan kita, Stamford Bridge menjadi tempat yang amat-amat berhantu, menakutkan pihak lawan yang hadir..Pemain Chelsea pulak bagai diresap semangat luar biasa menyebabkan scoring chart kita mencanak-canak naik..Malam semalam Stoke menjadi mangsa terbaru, team ketiga yang kena 7 bijik season nie..Boleh ke kita teruskan prestasi menggila nie dan genapkan 100 gol??

Berdasarkan prestasi semasa, menjaringkan gol sebanyak 7 bijik di Anfield mungkin giler dan tak masuk dek akal, tambahan lak nie game away, aku bajet kemungkinan 2 gol sudah memadai..Match seterusnya menentang Wigan adalah berlainan, kita akan beraksi di stadium berhantu Bridge, jika Spurs mampu membenam mereka 9 gol, mengapa tidak Chelsea?? Yup, aku mengharapkan 5 gol atau lebih di sini (mungkin 7 lagi??), sekaligus merasmikan kita sebagai EPL Champion dan pemecah rekod 100 Gol..

Tetapi aku harap kita tak terlampau taksub, rekod hanyalah rekod, yang penting adalah objektif asal kita perlu dicapai..Kemenangan 2 match terakhir tetap perlu dijadikan keutamaan, tak guna kita gol banyak2 jika tak dapat full 6 points..Jika aku diberi peluang memilih, aku harap 2 gol dari kemenangan 7-0 haritu dibawa ke game Spurs justeru membolehkan kita menang 3-2, dan menang 5-0 ngan Stoke..Dah konfem menang, dapat 3 mata, nak gol sebanyak 10-0 kat Anfield pon aku tak kisah..KTBFFH!!!






Monday, April 26, 2010

0 Post Match : 7 lagi!!!

0 Comments
Wau3, clap3..Sekali lagi The Blues menggegar dunia dengan keputusan yang di luar jangkaan pundits-pundits terhebat dunia, samada John Dykes, Shebby Singh, mahupun Notradamus Pele..Kemenangan 7-0 semalam memang menakjubkan, tetapi tidak mengejutkan Fan2 Chelsea, nie bukan kali pertama, bukan??

Result semalam, walau sebanyak mana pon gol, hanya 3 mata diberi dan dah cukup untuk meletakkan Chelsea di posisi asalnya, Top Sky Blues..Agak simpati kepada Manure yang hanya mampu bergembira selama 24 jam je sebelum ditendang ke bawah semula, haha..

Analisis match semalam, lineup asal agak mengejutkan kerana tiada Deco (ntah biler injured aku pon taktau) dan Joey yang diletakkan di bangku simpanan, manakala Kalou diberikan peluang selaku starting..Malouda direverse ke attacking midfield, memberikan attacking tiga di atas; Kalou dan Anelka membantu di flank manakala Didi kekal sebagai target man..

Skill Kala Jengking Didi

Sepertimana yang diharapkan agar kita beraksi aggresive dari mula, begitulah yang dipamerkan oleh pejuang biru..Boleh dikatakan hampir sepenuhnya First Half dipenuhi dengan shot2 ke gawang Stoke, sememangnya Singa Biru semalam amat ganas dan 'kelaparan'..Di minit ke-23, Chelsea mendapat gol yang dicari-cari, Malouda membuka ruang dengan cross kepada Didi yang ditahan dengan penuh bergaya ala2 Zidane, seterusnya melakukan cross cantek ke dalam kotak yang disambar dengan pantas oleh Kalou..1-0 untuk The Blues!! Tidak menunggu lama, 7 minit kemudian, Kalou sekali lagi mengganas, apabila mudah menyambar bola muntah dari rembatan Frankie, memberikan kedudukan selesa 2-0..Jika belum cukup, Kalou sekali lagi mencipta magic, dribble yang mengelirukan mencipta suasana kucar kacir di bahagian kotak penalti Stoke, mungkin mabuk, mungkin juga dia masih menyayangi Chelsea, Huth, ex-player Chelsea menjatuhkan Kalou, penalti untuk The Blues!! Penalti + Lampard = tak perlu citer kot, konfem gol!! 3-0 di First Half..

Hero Hatrik

Second Half, sekiranya ada yang menyangka Chelsea akan bertahan seperti rejim Mou, mereka silap, nie Carletto, selagi ada peluang, sayurkan lawan secukupnya!! Sekali lagi Kalou kembali memukau, hantaran cantik dari Frankie melepasi perangkap offside, dan Kalou mudah menyudahkan peluang diberi, melengkapkan hatrik pertamanya di Premiership..Congrats Kalou, you deserve it!!

Touch of Genius

Carletto kemudian mengeluarkan Hatrik Hero Kalou dengan Joey, tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah kemasukan youngsters berbakat Sam Hutchinson dan Sturridge menggantikan Ferreira dan Anelka..tidak menunggu lama, Young Blues segera memberi impak, Sam membukanya dahulu, dengan cross yang melencong cantik kedalam kotak penalti, Frankie mudah melakukan beautiful flick ala2 Johan Cruyf yang mudah melepasi Begovic..Sememangnya touch of legend, Frankie menambah lagi statsnya, 25 gol dalam semua competition, dan melengkapkan 20 gol dalam Premiership..Huh, Torres pon tak terkejar dah, jilat but Super Frankie Lampard dulu..

Danny pun nak ber'parti'

Oh ya, tak habis lagi pesta nie, jika Sam dah membuktikan keupayaannya, kali nie giliran Sturridge..through pass dari Didi berjaya mencari Danny yang dengan selamba gadak gelecek keeper sebelum menolak masuk ke gawang yang kosong..Sememangnya gol yang cantik, cuma celebration je tak 'cantik', haha Danny oh Danny..

Jika ada match dengan 7 gol, rasanya tak sah kalau Flying Frenchman tak ada dalam score list..Malouda yang terlepas dua peluang keemasan sebelum nie, kali nie tak membuat kesilapan lagi, cross dari Joey disambut dengan penuh terima kasih, dengan mudah Begovic di'ayam'kan sekali lagi untuk gol ke-7 Chelsea..Match tamat, tiga mata digapai, Chelsea on top..again!!

Match Highlight :


Chelsea v Stoke City

Marc | MySpace Video


Demolition of Stoke, atau 7th Heaven Part 3, boleh dikatakan persembahan paling perfect Chelsea pernah aku usha dalam season nie..Tetapi harap kita kembali fokus, sebanyak mana pon gol, ia hanyalah 3 mata, dan kita masih belum sah menjadi EPL Champion lagi, masih ada tugas yang perlu dilaksanakan..Match Premiership kini berbaki dua fixture sahaja lagi, minggu depan adalah ujian terbesar buat skuad kita, Liverpool sedia menanti di Anfield..Sekiranya kita berjaya menumpaskan Fool, aku yakin trofi EPL sudah boleh diikat reben biru, kerana match terakhir Wigan bagi aku adalah konfem menang, tambahan pula kita beraksi di Bridge..Sedangkan Spurs pernah sumbat 9 ngan diorang, so paham2 la apa akan terjadi nanti..Hanya seminggu sahaja masa untuk showdown di Anfield, harap semua player Chelsea mengumpul semua tenaga kembali untuk misi mengancurkan Fool!! Chelsea for Double, KTBFFH!!


2 Stok Belasahan!!

2 Comments

Ahh taktau nak letak tajuk pe, "7 th heaven" dah jadi amat tipikal, terpaksa la aku letak tajuk lain, kahkah..Dalam preview, aku mengharapkan kita beraksi aggresive, ternyata Chelsea berjaya melaksanakannya..Menang 7-0, tak terkejut?? haha mungkin sebab nie kali ketiga kita berjaya melakukannya..Kita mendapat 7-2 (Sunderland), 7-1 (Villains), dan kali nie bertambah hebat dan aku rasa paling menarik antara dua game sebelum nie, 7-0 (Stok Belasahan) adalah persembahan yang paling perfect dari Chelsea pernah aku saksikan..Hatrik (3) dari Kalou, 2 gol dari Super frank, 1 gol masing-masing dari Sturridge dan Malouda cukup untuk melengkapkan pesta gol di Bridge..Carletto, aku memang respek, di bawah rejimnya, kemenangan 5-7 gol dah jadi macam lumrah lak, gol melimpah ruah, we have become Entertainer!! dah tentu akan menggembirakan Roman yang mahukan Beautiful Football, juga Fan Chelsea yang memang teruja tengok falsafah attacking yang dibawa Carletto..Satu lagi saat yang menggembirakan dah tentu bila dapat melihat Young Blues turut serta berparti, Sturridge ( Gol ke-6) dan Sam Hutchinson (Assist gol ke-5), Good Job, Carlo!!..Sememangnya masa depan cerah untuk youngsters kita..Result nie gak memberikan kita kelebihan mutlak dari segi Goal Difference, kini 61 ( lebih 8 dari Manure)..Kita semakin hampir untuk dinobatkan EPL Champion, baki match premiership tinggal 2, next team untuk dihancurkan, Fool..KTBFFH!!


Sunday, April 25, 2010

0 Preview : Be Agressive!!!

0 Comments
Malam nie kita akan bertemu Stoke di Home Sweet Home Bridge dan dengan Manure mencatat kemenangan semalam, bererti hanya 3 mata yang akan dicari malam nie..Stoke adalah lawan yang wajib ditumpaskan!!

Apa yang aku harapkan malam nie adalah skuad kita perlu bermain dengan garang dari mula, dapatkan gol awal akan memudahkan tugasan kita dalam match nanti..Match menentang Spuds minggu lepas perlu menjadi pengajaran kerana kita bermain terlampau berhati-hati, tidak terlampau offensive dan seolah2 takut ingin melakukan cubaan di depan gol lawan..Sekiranya kita meneruskan potensi yang sama, bermain menyerang seperti ketika menentang Posemut, Villa dan Manure tempohari, aku yakin Stoke mampu diranapkan sepenuhnya nanti..Pemain seperti Malouda adalah pemain yang aku harapkan untuk kembali menyengat selepas menurun seketika prestasinya dua match lepas..Fixture premiership tinggal 3 match lagi, kenapa nak simpan2?? Ayuh, aku mahukan pejuang biru kita bermain sepenuh hati ALL-OUT 200%!!

Yup, antara highlight malam nie dah tentu bagaimana kita menghadapi balingan torpedo Delap tanpa Terry?? Jawapan yang tepat dah tentu Ivanovic..Mamat Serbia nie pulang di waktu yang tepat, bagi aku dia memang hebat di udara, dan defender yang jitu, sememangnya pengganti ideal JT..Dengan bantuan Cech dan Alex, aku yakin Delap hanyalah senjata murahan Stoke..

"Huh, Delap??"

Update pemain: Ivanovic sudah pasti akan berganding bersama Alex di bahagian tengah, menggantikan Terry yang banned selama satu match..Ash sudah diberikan lampu hijau oleh Carletto, kemungkinan dia akan beraksi di posisi Left Back menggantikan Zhirkov..Mikel konfem out, begitu juga Essien, justeru ak jangka Ballack akan kembali ke starting eleven bersama2 Deco dan Lampard..Didi masih doubtful akibat kecederaan lama, kemungkinan dia akan direhatkan justeru Anelka menjadi starting..Jika perlu, Didi boleh subs second half..

Formasi malam nie :

----------Cech-----------
Ferreira-Ivanovic-Alex-Ash
--Lamps-Ballack-Deco---
--Joey-Anelka-Malouda---

Result Prediction : Chelsea (2) -Stoke (0)

Aku harap para pemain lebih bersedia kini dari segi mentaliti berbanding apa yang berlaku minggu lepas..Kekalkan fokus, bulatkan tekad, bertarung sehingga tamat!! Chelsea for Double!! KTBFFH!!

Match LIVE 10.55 mlm ESPN



C'MON THE BLUESSSSS!!!!!!





Saturday, April 24, 2010

0 Wah3, Don layan Cinema plak!!

0 Comments
lalala, senangnya dalam hati..

Minggu nie boleh kata agak pressure untuk fan2 The Blues, apatah lagi staff, player dan manager Chelsea kerana dengan berbaki tiga game perjalanan Premiership kini memang sengit giler sampai naik semput dibuatnya..bagi sape yang berumur aku rase leh naik darah tinggi..

Malam nie Setan Manure akan bertarung dulu menentang Lilywhite Spuds, match Chelsea lawan Stoke lak malam esok, so boleh kata result nie memang penting dan sedikit sebanyak effect kepada mentaliti para pemain kat atas padang malam esok..memang kita harap Spuds mampu curi mata, tapi dalam bolasepak, macam2 leh jadi macam City minggu lepas, jadi aku tak berharap sangat, yang penting Chelsea menang 3 match terakhir, bermula dengan Stoke malam sok..

Kadang2 agak stress pikir pasal bola nie, haha, buat benda lain pon teringat gak nak cek livescore, terutama bagi fan2 yang hardcore nie..Harap2 kita sume leh contohi Carletto, haha ape la dari yang aku baca Don dengar kata malas nak tgok game Manure-Spuds malam nie, pe dia buat?? Layan CINEMA!!

"Stress is the engine of life for me. You have to cope with the pressure, the stress. There are some fantastic films at out the moment, so we will watch a film. Maybe Clash of the Titans."




Hahaha Carletto, kitorang kat sini separuh mati risau, die leh layan movie lak...Mungkin bagus la kot, biar diorang nie rilek sket, haritu lawan Spuds nampak stress sangat rupenye tu le kalah..Tapi Clash of Titans?? Aku dah tengok dah citer nie, takde la gempak sangat, jalan citer berterabur huhu..Carletto, kalo nak release tension, baik usha Adnan Sempit, konfem gelak guling-guling, derr..Buat sume Fan Chelsea, kita rilek, cool, hepi-hepi sudah..WISH A GREAT WEEKEND TO ALL :)


p/s : aku pon malas nak serabut kepala, nak ikut Carletto layan cinema la, usha IRON MAN best gak..Ehh, tak kuar lagi??

Friday, April 23, 2010

2 Interview khas bersama Delac..

2 Comments
Jurus terhebat Delap (rujuk interview)

Ehem2 aku baru sahaja mengetahui walaupun transfer window belum dibuka dan Chelsea pun masih berlumba2 untuk mengejar Double, tetapi kita sudah dikatakan mendapat muka baru di dalam skuad summer nie, bukan Pato, tetapi pemain muda dan antara prospek hangat Europe, Matej Delac..

Delac nie merupakan keeper muda dari Croatia, baru berumur 17 tahun tapi dah feymes tak ingat di negara sendiri, menganggotai Inter Zapresic dari kecil, dia merupakan prospek terhangat apabila menjadi anggota termuda pernah dipanggil untuk skuad senior Croatia ketika berumur 17 tahun di kelayakan WC..Mempunyai ketinggian 1.90 cm seperti Big Pete, Delac dilihat mempunyai masa depan cerah selaku successor Cech di masa akan datang..

Chelsea dikatakan sudah mendapat persetujuan pre-contract agreement bersama Delac dan dia akan hadir di kem Chelsea apabila sudah berumur genap 18 tahun pada 20 Ogos nie..Untuk mendapatkan informasi lanjut, aku (TBA) sudah mengadakan temuramah rasmi bersama Matej Delac (MD) , jom usha :

TBA : pekabo Delap??
MD : Delap?? nama aku Delac la..baca betul2 la bro..
TBA : Oh mintak maaf..Delap nie pemain Stoke tu..sory Delap, eh Delac..
MD : takpe, Delap tu sama jugak la macam aku, main bola pakai tangan..baling bola jauh tak ingat macam American Football..takkan bro taktau kot..
TBA : (Kuang hajar, dia pekena aku balik)..Emm, Delap lain, Delac lak, nama lebih kurang, takkan takde kelebihan kot??
MD : aku ada kelebihan menghasilkan bola baru je, tak caye?? rujuk gambar kat atas post nie (sambil dia tunjuk ke atas)
TBA : emm, camne tu?? (masih bingung)
MD : la, usha gambar nie, aku boleh menghasilkan bola baru keluar dari tapak tangan..5 bola je boleh dihasilkan setiap hari..kira kem Chelsea tak perlu risau jika tiada supply bola nanti..
TBA : Owhh..erkk..(agak blur-giler apa budak nie??)..lupakan pasal tu, kita teruskan dengan soalan pertama la, apa perasaan bila dapat join Chelsea di usia muda??
MD : Yup, dah tentu gembira dapat menyertai kelab gergasi seperti Chelsea..aku still belum kategori pro, jadi hanya boleh sign pre-contract dan umur sweet 18 nanti baru aku leh join The Blues secara rasmi..
TBA : Okeh nie first time transfer ke England, camne preparation ??
MD : Chelsea ada hantar banyak tape kat aku pasal EPL, tape2 lain pon ada gak macam2 kaler, tapi tak sesuai la aku citer kat sini..Di Croatia pon ada beberapa scout The Blues memerhatikan prestasi aku dari semasa ke semasa..macam VIP pon ada aku rase..Scout diorang memang terbaik..
TBA : Dengar kata Disember lepas ko ada datang training bersama skuad Chelsea kat London, camne, apa perasaan masa tu??
MD : Pegh, memang best first time jumpe diorang depan mata macam nak pengsan lak..Big Pete memang power abes dan aku cuba try beberapa jurus terbang ke awangan dari Bro Cech..
TBA : Ko macam minat je Big Pete, aku pun minat gak, haha sebok je, sapa keeper idola??
MD : Dah tentu Big Pete!! dan sorang lagi keeper kelab murahan tak masuk CL next season tu, pe nama dia, ya, Libepul-Pepe Reina!! tapi Reina agak bangang akibat kebangangan Libepul yang main teruk gak season nie..Aku harap dapat menjadi sehebat idola-idola aku suatu hari nanti..
TBA : Ko nie muda lagi, tak sedey ke tinggal famili muda2 camnie pergi luar negara??
MD : Aku okey je, aku bukan jenis homesick macam Khalid Jamlus, pergi oversea kejap pastu balik sebab lama tak pekena kari..lagipun aku dah besar, dan awek2 London pon dengar citer kiut-miut..
TBA : Apa perasaan bila dah jadi football star kat Croatia??
MD : Susah nak kata, tetiba je semua orang kenal aku, kat Facebook lagi la ramai add aku sampai nak penuh inbox aku, nak main Farmville pon susah..Agak best la jadi fofuler nie..
TBA : (ciss takbur habis budak nie) Emm, okey la setakat nie je la, Good Luck untuk karier di Chelsea, Delap..
MD : adoi, Delac la..papepon trimas..
TBA : ahh, whatever..









Thursday, April 22, 2010

0 Update team : Sindrom Lama Kembali

0 Comments
Baru je The Blues nak merasa aman dan melalui baki fixture dengan smooth, nampaknya sindrom lama sudah hadir..Tak cukup lagi dengan damage yang dilakukan berbulan-bulan lepas, kini ia kembali lagi untuk menghantui kita..

Sindrom apa?? Emm apa lagi kalau bukan sindrom injury, yup selepas berita Essien tak akan bermain lagi season nie, nampaknya nie bukan penamat untuk kesengsaraan kita di Wad Sakit..Mikel memang dikatakan doubtful untuk match menentang Stoke, tetapi bukan tu je, berita terbaru dia dikatakan mungkin terlepas baki musim seperti mentornya Essien..Mikel dikatakan terdapat koyakan pada meniskus di lututnya menentang Spuds, menyebabkan dia bakal direhatkan hampir 3 minggu, dah cukup untuk menamatkan musimnya kerana fixture hanya berbaki 3 match sahaja lagi..

"It’s a little tear in the knee meniscus," Mikel said. "I wont play this weekend, and the doctors say it will take about three weeks to heal, although there will be no surgery."


Hmm aku tak pasti nak kata apa, injury memang tidak boleh dikawal, dengan persaingan hampir ke penghujung, nie memang waktu yang genting, dan kecederaan kepada pemain utama sememangnya tidak membantu..Harapan kita kini kepada Ballack, Deco dan Lampard untuk kekal cergas sebagai pemain midfield yang tinggal..Mungkin kita juga akan melihat aksi Youngsters Matic dalam baki match nanti..Keep the faith!!



0 Hukum Karma

0 Comments
Emm masih lagi terkesima dengan match Inter-Barca tempohari, walaupun Jose telah lama meninggalkan kita, tetapi aku tau dalam hatinya masih ada Chelsea dan darahnya masih dan selama-lamanya akan mengalir biru..Dalam match nie, Jose bukan setakat mengajar Belacanlona dan Pep taktikal sebenar, tetapi juga memberitahu erti sebenar keadilan dunia..

Selepas kalah 1-3, pemain Belacanlona dikatakan mengerumuni Ref Olegario Benquerenca di lorong pemain kerana tidak berpuas hati dengan gol Milito yang dikatakan Offside, diorang gak tak puas hati dengan 2 penalti appeal yang tidak diendahkan..Ref, Uefa kini dianggap berat sebelah dan ingin menjatuhkan Barca..Konspirasi, bla3..

Jose The Special One pantas membangkang :

"Pemain Belacanlona nie banyak bunyi plak lepas kalah. Terima je la kekalahan. Oh ya, korang nak cakap mengenai justice?? Aku rase korang nie ada sindrom hilang ingatan insomnia dan dah lupe sape mamat botak nie serta citer season lepas. My Boy Chelsea lebih layak ke Final"


Memang lega rasanya bila keadilan dilunaskan. Oh ya Wings meh nyanyi skang meh;

Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sengsara
Ini hukum karma




Wednesday, April 21, 2010

0 Update Team : Bison Big Blow

0 Comments

Adehh, tengah2 kita mengharapkan kepulangan Essien yang dijangka kembali ke dalam skuad utama minggu nie, berita terbaru The Bison dikhabarkan bakal terlepas baki season nie akibat beberapa minor komplikasi kepada lutut Essien..Tambah mengharubirukan beberapa setback nie yang menyebabkan tarikh kepulangannya delayed dan menyebabkan musim ini boleh dikira tamat untuk Essien bersama Chelsea dan dia boleh menumpukan perhatian untuk fit sempena WC nanti..

Emm cukuplah mengenai Essien, nampaknya kita perlu memberi kepercayaan kepada pemain yang kekal fit dalam skuad kini untuk mengharungi 4 match terakhir..Update pemain, Didi yang dikatakan cedera dan agak terganggu akibat Hernia yang kian membelenggu striker kita nie sejak beberapa minggu lepas..Surgery dikatakan crucial untuk WC tetapi aku harap Didi mampu bertahan dan beraksi bersama Chelsea sehingga tamat musim..berita terbaru agak bagus, dia sudah menjalani full training di Cobham semalam bersama2 pemain lain yang diberikan sehari cuti selepas kekalahan di Lorong Hati Putih..Mungkin jika perlu, Didi boleh direhatkan menentang Stoke kerana match menentang Fool adalah crucial..aku yakin Anelka boleh menjadi pengganti..

Update lain, Mikel tidak menghadiri training bersama2 teammate lain, mengesahkan dia kini injured dan mungkin terlepas match bersama Stoke..harap Ballack kekal fit dan mampu beraksi di tengah bersama2 Deco dan Lampard weekend nanti..Keep the faith!!


0 Wa Salute Sama Lu, Jose!!

0 Comments

Aku pasti sume dah tau result Inter-Barca yang berkesudahan skuad kendalian Jose meraih kemenangan bergaya 3-1 menentang skuad 'terkuat' dunia Belacanlona..Melihat match pagi tadi, aku sememangnya respek kepada taktikal, strategi yang diterapkan serta cara Jose membina pasukan walaupun hanya dua musim bersama kelab baru di Itali..Taktikal Jose amat jelas, merantai Xavi adalah faktor utama Belacanlona tidak mampu beraksi sehebat mungkin..Tanpa playmaker Spain nie yang dijaga rapi oleh Motta dan Cambiasso, Belacanlona hilang nadi utama mereka manakala skuad Inter sememangnya beraksi sebagai satu team, mentality yang kuat adalah asas kekuatan mereka, sesuatu yang sering diterapkan oleh Jose dalam mana-mana skuad didikannya..Berjaya menghancurkan skuad sehebat Belacanlona adalah taktikal yang terhebat pernah dipamerkan Special One, yup, dia sememangnya special..Wa salute..

Mengapa aku berbicara mengenai Jose?? yup, agak janggal kerana dia hanya ex-manager The Blues , tetapi apa yang aku ingin kaitkan adalah Roman harus keep faith pada Ancelotti sepertimana Moratti memberi kepercayaan kepada Jose untuk develop pasukan mengikut gayanya..Jika dibandingkan Jose juga gagal di CL dalam musim pertamanya apabila tewas kepada Manure, musim kedua kita dapat melihat betapa progress dan kebebasan yang diberikan kepada Jose kini membolehkan Inter dibina menjadi skuad yang amat gah di Europe..Harap Roman sedar dan tidak membuat kesilapan lama, Ancelotti perlu stay, dan aku yakin kita akan dapat melihat hasilnya di Europe musim depan!! Long live Jose, Long live Carletto, Long Live The Blues!!

Tuesday, April 20, 2010

0 Terry oh Terry..Hati kau keras..

0 Comments

Di dalam Dunia Bolasepak, ada 2 jenis kapten yang boleh dikenalpasti untuk mengemudi satu-satu pasukan :

1) Natural Leader
2) Lead by Example

Kapten 1, Natural Leader adalah pemain dan kapten yang mempunyai bakat semulajadi untuk menjadi seorang pemimpin dalam pasukan, contohnya Cannavaro, Keane, Maldini..Mereka ini mempunyai identiti bengis, pemarah, kuat mengherdik dan tidak gentar dengan pihak lawan yang cuba menjatuhkan pasukannya..

Kapten 2, Lead by Example adalah seorang kapten yang tidak mempunyai ciri-ciri semulajadi seorang pemimpin, kebanyakan mereka adalah pendiam dan jarang menunjukkan emosi mereka..Namun seperti Zidane, Beckham, kerana mereka ini merupakan footballer yang hebat dan sering melakukan aksi2 yang memukau di atas padang, mereka dihormati oleh teammate justeru melayakkan mereka dinobatkan sebagai Captain..

Capten Marvel JT merupakan kapten kebanggaan Chelsea, kategori apa kapten kita ini?? Yup, JT merupakan Kapten 1, sebagai Natural Leader, dia sememangnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan semulajadi, tegas, garang dan bengis..dikesan oleh Claudio Ranieri, JT mudah diberikan armband sebagai pengganti Marcel Dessaily, mentornya..Walaupun masih muda, aura leadership dan top class defensive yang dipamerkan JT menjadi penyebab dia layak diberikan lilitan kapten, juga yang membolehkan dia dihormati dari dulu hingga kini serta diakui sebagai The Best Chelsea Captain..

Namun apabila kita melihat aksinya ketika menentang Spuds kelmarin, bagi aku tiada langsung ciri-ciri di atas yang ditonjolkan, JT agak emo, tidak menaikkan semangat teammate dan aksinya di atas padang sememangnya mengecewakan apabila dia menerima kad merah..

Super Frank-Lead By Example

Dalam match kelmarin, yup Terry sememangnya dilahirkan untuk menjadi Captain, tetapi Frankie menunjukkan mengapa kadangkala aksi di atas padang adalah lebih penting dari ciri-ciri semulajadi seorang pemimpin..Super Frankie Lampard merupakan contoh terbaik untuk Kapten jenis ke-2, Lead By Example..walaupun tidak mempunyai karektor Captain, aksi menakjubkan yang sering ditonjokan Frankie di ats padang membuatkan dia sering dihormati kawan mahupun lawan..Menentang Spuds kelmarin, walaupun bermain 10 orang, Frankie tidak berputus asa dan kekal berusaha mencari gol untuk pasukan, hasilnya dia berjaya mencari satu gol di penghujung permainan dan menaikkan semangat pasukan, sekiranya diberi lebih masa, aku yakin kita mampu mencari gol penyamaan!!

Namun bukannya aku ingin mencari pemain yang ingin dipersalahkan, ia adalah tipikal selepas kekalahan satu2 match, sudah tentu kita akan mencari 'kambing hitam'..aku tidak ingin meletakkan sepenuh tanggungjwab kekalahan ke bahu Terry kerana ini adalah permainan berpasukan, justeru keseluruhan team perlu dipersalahkan akibat kekalahan kelmarin..Mungkin Terry agak penat selepas bermain 3 match seminggu, mungkin juga dia agak terkesan dari abuse Home Fan..aku agak memahami JT, selepas diexpose sepenuhnya oleh gol kedua Bale, sudah tentu JT agak panas melihat defense Chelsea ditembusi dengan mudah, dan seperti ketua keluarga sudah tentu dia akan marah apabila rumahnya diganggu..Terry bagi aku melakukan tackle yang agak keras, sekeras hatinya yang ingin mempertahankan kubu Chelsea, cuma kadangkala gayanya tidak kena, menyebabkan dia dilayangkan kad merah..Ancelotti juga bersetuju, dia juga mengakui ia adalah hari yang off-form untuk JT..

"I was a player and you know sometimes you are not always rational, you sometimes lose your control. He has had a fantastic season. Maybe sometimes he had some problems and didn't play so well, maybe against Spurs he didn't play too well," Ancelotti told The Sun.


Sudah lumrah apabila seseorang melakukan kesalahan, kita akan segera mencaci, walaupun seberapa banyak kebaikan yang dilakukannya sebelum ini..jangan cepat melatah, bagi aku Terry sudah melakukan aksi2 defensive terbaik sebelum ini, terutamanya dalam 3-4 match lepas yang membolehkan kita kembali merampas puncak EPL, harap jangan dilupakan..Cuma JT perlu kembali rasional, tenang sepertimana yang ditonjolkan oleh Vice-Captain Lampard, no offense, JT adalah Captain Fantastic, cuma dia perlu memperbaiki aksinya di atas padang selepas ini, bukannya mengherdik dan memaki hamun semata-mata selaku Natural Leader..

Terry boleh dikira bernasib baik tidak dikenakan straight Red Card yang memungkinkan dia terlepas 3 match sekaligus, seterusnya menyebabkan dia out sehingga tamat musim untuk Premiership..Dua kad kuning menyebabkan JT akan terlepas match menentang Stoke, jangan risau Ivanovic ada sebagai pengganti, mungkin masa yang tepat untuk Cappi berehat seketika..Seumpama nyawa kedua, Terry akan kembali dalam match seterusnya, iaitu menentang Liverpool di Anfield minggu depan, sudah tentu masa dan peluang yang terbaik untuk JT kembali menunjukkan aksi seorang kapten sebenar!! Aku yakin Terry akan kembali bangkit dan dia akan membuktikannya dengan kemusnahan Fool di laman sendiri nanti..JT-Captain, Leader, Legend!!


Monday, April 19, 2010

2 Post Match : Juz a BAD day..

2 Comments
Keputusan kemenangan berpihak kepada Manure agak kecewa disambut namun sememangnya result match pasukan lain kita tidak mampu mengawalnya-lain yang diharap, lain yang jadi..Apa yang kita boleh lakukan adalah-TERUSKAN RENTAK KEMENANGAN..selepas match menentang Spurs, jelas kita tidak melakukan tugas kita dengan baik..baru sahaja tangan JT ingin merangkul trofi EPL, ada sahaja tangan2 lain yang menghalang..kekalahan 1-2 kelmarin membuatkan persaingan kembali terbuka, dengan 3 match sahaja tinggal, sudah tentu kita kian dihantui resah dan gelisah kerana jelas kejuaraan liga masih belum pasti untuk dicapai..

Mengenai analisis perlawanan, Carletto nampak tidak melakukan kesalahan kerana barisan semalam merupakan kesebelasan terbaik Chelsea kini, jelas dia mahukan kita mencapai kemenangan mutlak selepas mendengar khabar berita Setan sudah merapatkan kedudukan..Namun Carletto hanya mampu menganalisis, merancang dan menyusun strategi, selebihnya bergantung kepada performance para pemain di atas padang..

First Half, aku tidak tahu mengapa kita terlampau berhati-hati di awal permainan, sememangnya mengulangi kesilapan yang hampir membelenggu kita sewaktu menentang Villa dalam FA Cup cuma bezanya Villains tidak mampu menggunakan peluang sebaik mungkin..barisan pejuang biru kita sememangnya terlampau defensive menyebabkan kita kerap diserang oleh Spuds dari pelbagai sudut..Mungkin result Manure menyebabkan kita tertekan untuk memungut mata justeru kita risau dibolosi dari awal..ya, kita mahukan match yang stabil tetapi jelas ia memakan diri kerana 'Attacking is The Best Defending'..

Gol pertama Spuds tidaklah menarik, bola terkena tangan (mungkin bahu) Terry justeru menyebabkan kita dibolosi awal hasil sepakan penalti Defoe..Yup, aku akui agak harsh dan tidak mustahil keputusan ref disebabkan kita tidak dihukum dari match2 sebelumnya..Tambah2 lak nie home Spuds, pressure lebih kepada referee untuk memberikan penalti, mungkin Fergie dah hantar surat bantahan kepada FA sebab Chelsea selalu dapat favour dalam 2-3 match kebelakangan nie, sesuatu yang kerap diterima Manure saban tahun..

Gol pertama Spuds memang menyentap semangat namun aku masih optimis, kerana nie bukan kali pertama kita dibolosi awal, dan seperti baru ditampar oleh Guru Disiplin, barulah kita tersedar dari lamunan dan barisan midfield kian berani merangka gerakan dan serangan bertali arus mula dilakukan ke kubu Spuds..Gol Malouda dikatakan offside, agak kecewa tetapi aku yakin kita sudah hampir untuk mencari equaliser..

Tup2 Bale muncul dari entah mana melakukan counter, Ferreira, yang aku katakan merupakan sisi kelemahan terbesar kita dalam skuad, nampaknya dieksloitasi sepenuhnya oleh Bale yang memang melalui top form kini..sukar dijangka, dan rembatan padunya tepat membidik ke sudut bawah gol menewaskan Big Pete..Spuds bagi aku tidaklah sehebat mana, kita menguasai mereka dari segenap penjuru, cuma kemunculan Bale yang membezakan segala-galanya..Mamat Wales nie memang syial!!

Second Half, Carletto melakukan pertukaran segera double; Ivanovic dan Anelka dimasukkan menggantikan Ferreira dan Joey yang kurang menyerlah..Satu usaha yang aku puji dari Carletto, nampaknya dia sudah dapat membaca kesilapan lalu yang lembab melakukan subs di waktu2 penting..Mengeluarkan Ferreira dan kemasukan Ivanovic membuktikan Don sudah peka dengan apa yang berlaku, Bale sememangnya senjata utama Spuds, dan dia perlu dijaga rapi..

Kemasukan Anelka sememangnya keputusan yang bagus, kita memegang segenap possesion di Lorong Hati Putih hasil gerakan Frenchman nie..Namun kita masih gagal mencari gol pertama, magic Malouda dilihat hilang seketika, manakala Didi kelihatan penat dan cedera, manakala Gomez dan Dawson lak memang sukar ditembusi..

Ditengah-tengah kebuntuan, di saat kita mencari sinar cahaya untuk meraih mata yang penting, sudah tentu kita mengharapkan aksi2 yang penuh bersemangat dari kapten kita JT sebagai leading role..Yup, JT memang penuh bersemangat, mungkin terlebih bersemangat sehingga mendapat dua kad kuning=1 kad merah free menyebabkan dia akan terlepas match menentang Stoke minggu depan..

Ketiadaan JT menyebabkan kita hilang punca, ketiadaan leader seperti kapal tiada nakhoda, hanset tanpa bateri, laptop tanpa skrin..hasilnya Spuds memonopoli minit2 yang tinggal apabila kita terpaksa bermain dengan 10 pemain..Counter Spuds memang berbahaya, namun prestasi cemerlang Big Pete berjaya menepis beberapa cubaan dari Defoe, Pabliucenko(??) dan Bale..Dah aku kata, Spuds nie bukannya hebat sangat, hanya naseb je diorang menang malam tu..dengan 10 pemain pon diorang takleh menambah jaringan diorang manakala Chelsea berjaya menjaringkan gol pertama di penghujung match apabila cross Ballack berjaya mencari Lampard yang mudah menolak masuk..okey, mungkin tidak mampu mengubah keputusan match, tetapi bagi aku agak melegakan kita dapat satu gol kerana Goal Difference memang penting, membuatkan kita kekal mempunyai kelebihan 3 gol di atas Manure..

Match Highlight :


Tottenham Hotspur v Chelsea

Ilias | MySpace Video



Kesimpulannya, aku tak mahu mengatakan Spuds totally outplayed us, kerana kita lebih banyak menguasai possesion, cuma tidak ditukar kepada gol..Dalam dunia bolasepak, sesiapa yang menggunakan peluang secara maximum akan beroleh advantage!! Nie hanya hari malang buat The Blues..Spuds hanya mengharapkan Bale dan gol penalti hadiah referee..tanpa dua ekor nie tak kemananya Spuds..ak rase semua boleh tengok dengan 10 orang Chelsea pon diorang takleh menambah jaringan..Spuds boleh dikira bernasib baik Malouda hilang magic-nya kelmarin-sesuatu yang aku harap akan segera kembali secepat mungin!!

Kekalahan nie memang perit, agak sukar diterima, hampir satu hari suntuk hari Ahad aku ambil masa nak telan kepahitan nie, tapi bila fikir2 balik, takde guna meratap benda yang sudah lepas, mengambil kata2 yang positif, kita masih di puncak walaupun hanya berbeza tipis 1 mata, dengan 3 match berbaki, sekiranya kita dapat memenangi kesemua baki match, kita akan menjadi juara!! Tidak perlu bagi aku kita memaki dan sumpah seranah untuk mencari pemain yang perlu dikambing hitamkan, kerana mereka inilah yang akan membawa cabaran kita sehingga ke akhir musim, keep supporting to the end!! Manure tidak mampu berbuat apa2, agak pathetic, mereka hanya mampu mengharapkan kita drop point, kesian bukan?? Memegang semangat sewaktu kita out dari CL, kita menang 3 match berturut2, tidak mustahil kita mampu melakukannya sekali lagi!! Menang 3 match terakhir, aku harap kita mampu membuktikan mengapa kita layak menjadi EPL Champion!!

Kalau Carletto boleh bersikap positif, mengapa tidak kita??

"It's very exciting, I always said it will be decided in the last game, until then it will be a fight."





Saturday, April 17, 2010

1 Ombak Biru sedia menggegar London, juga England!!

1 Comments
Apabila match nie berlangsung, kita sudah sedia mengetahui result match antara adik beradik ManCHEATER – City dan United yang bermula lebih awal, mungkin akan favour untukThe Blues, mungkin tidak, namun apa yang penting adalah kita sudah mendahului liga dengan 4 mata, justeru pressure akan lebih terarah kepada pengejar daripada pendahulu..Aku menjangkakan Manure akan kalah kepada Tevez & Co dan kita akan mengganas di Lorong Hati Putih untuk memberikan kata pemutus kepada kejuaraan liga..7 mata di atas akan menjadi Great Finisher dan Smack Down terbaik untuk mengatakan kita sudah pasti menjadi EPL Champion!!

Merehatkan beberapa pemain utama dan memenangi match menentang Bolton di pertengahan minggu merupakan persiapan terbaik untuk Carletto menjelang match malam nie..Spuds juga memenangi match terakhir menentang rival London, Si Meriam namun mereka akan keletihan selepas beraksi 3 match dalam masa seminggu menggunakan pemain yang sama dan aku menjangkakan mereka akan rebah awal sepertimana apa yang kita lakukan kepada Manure yang kepenatan selepas pulang dari Europe..

Kepulangan Malouda, Joey dan Deco yang kepada starting lineup akan menjadi pembuka selera kepada gol2 yang sering hadir apabila trio ini dimasukkan dari awal, kita dapat lihat betapa kita agak kaku menentang Wonderpet tanpa ketiga-tiga player nie yang direhatkan..Malouda dan Joey hanya subs second half jadi agak sukar untuk memberikan perbezaan walaupun Joey hampir menjaringkan gol kedua ketika menentang Wonderpet.

Update kecederaan masih tiada news baru cuma Ivanovic dikatakan hampir pulih dan mungkin akan dipanggil dalam skuad..Ferreira sememangnya bhagian terlemah kita dan dah tentu kepulangan Ivanovic adalah berita baik..Apapon kata2 Don adalah pemutus terakhir, juz wait and see..Berita len Ashley Cole dikatakan sedang training dan mungkin akan beraksi dalam masa dua minggu lagi..tapi aku tak kisah sangat kerana Zhirkov memang beraksi marvelous kini, peningkatan yang menakjubkan, sesuatu yang sama dilakukan Ivanovic apabila Bosingwa injured teruk season lepas..

Tidak perlu la aku cakap banyak kot, formasi malam nie macam biasa tetapi aku yakin persembahan yang luar biasa akan berlaku malam nie..


Skuad malam nie :


-----------Cech-------------
Ferreira-JT-Alex-Zhirkov
---Lamps-Mikel-Deco---
---Joey-Didi-Malouda---


Result Prediction : Tottenhampagas cap ayam (0) – Mighty Chelsea (3)

Aku yakin sekiranya semua berpihak kepada kita malam nie, jelas lagi bersuluh Trofi EPL akan menjadi milik kita secara mutlak minggu nie, mugkin terlalu awal nak excited tapi firasat aku kuat mengatakan Chelsea mahu memutuskan siapakah EPL Champion season nie secepat mungkin, dan aku yakin ini adalah saatnya!! Ayuh ranapkan Spuds, we are PRIDE OF LONDON, KING OF ENGLAND!! KTBFFH!!

Match LIVE ESPN Sabtu 12.25 tgh mlm


Friday, April 16, 2010

1 Lagi Lagi Kisah Jersi Baru!!

1 Comments
Oh ya, masih lagi teruja dengan kemunculan jersi baru 2010-11, aku ingin memberi beberapa ulasan mengenai perisai baru kita ini yang sememangnya superb..

Jersi terbaru nie yang menggunakan teknologi adidas TechFit™ menonjolkan sisi otot bagi para pemain yang berbadan sasa..memang sesuai untuk sesape yang kuat pegi gym badan pon macam Essien, Didi..Kalou?? emm..

MERAH??

Jersi baru nie diinspirasikan dari jersi tradisi Chelsea, aku yakin pasti ramai yang nampak kolar yang berwarna merah yang agak menceroboh jiwa 'biru' setiap penyokong Chelsea..Merah adalah kaler Arsenal, Liverpool dan MU justeru boleh dikatakan ada yang membangkang..Tapi perlu diingat sebenarnya pada badge Chelsea memang ada kaler merah (pada warna bunga)..secara sejarahnya pulak, kita sebenarnya dah pernah menggunakan elemen red pada jersi2 zaman tok kaduk dulu iaitu pada tahun 1953, 1959 walaupun hanya sedikit (sejalur merah je pada stokin) dan beberapa kali juga ia digunakan sehinggalah tahun 1990 kita berhenti menggunakan elemen kaler merah berdarah nie mungkin atas alasan rivalry dan kaler biru, putih, kuning dan hitam lebih diutamakan dalam pembuatan jersey kita sehingga kini..

MADE FROM 100% CHELSEA

Bertemakan 'Made from 100% Chelsea' pasti korang tertanya2 apa kebendanya nie?? untuk mengimbau zaman pre-historic The Blues dahulu, jersi ini dicipta berdasarkan rekaan zaman 1950-an dulu..Sir Peter Blake yang merupakan legendary artist telah diberi tugasan untuk mereka atwork bagi meraikan kisah dan warna warni sepannjang history Chelsea dari dulu hingga kini dengan mengaitkan kepada aspek2 yang ada pada jersi baru ini, dari sudut warna, design dan hatta fabrik sekalipon diselusuri dengan rapi..

Oh ya, korang leh usha hasil kerja Sir Peter Blake dan 'Made From 100% Chelsea' campaign nie kat laman web nie : www.adidas.com/madefromchelsea ( Memang best!! Wajib tengok!!)

Barisan Terry dan Co akan merasmikan jersi nie pada match terakhir premiership menentang Wigan bulan depan (6 May)..Kita akan melihat sekali lagi jersi nie diperagakan pada Final FA Cup nanti 15 May..Justeru mungkin kita dapat melihat kita memegang kedua-dua trofi Double menggunakan perisai baru kita nie, sememangnya cara terbaik untuk merasmikan jersi terbaru..Harap2 jersi nie mampu jugak membawa tuah kepada kita di Europe season depan..Pasnie leh la usha-usha kat Padang Besar dan Rantau Panjang..hehe..KTBFFH!!

Video behind-the-scenes-launching :

video

Thursday, April 15, 2010

0 Official : Chelsea New Kits 2010/11

0 Comments
Dah official, nie adalah jersi baru kita season depan, mugkin agak pelik sebab ada kolar merah, tapi bagi aku still cun dari jersi season nie, Great Job Adidas!!

Galeri :



3 Chelsea tepuk tangan, Arsenal tepuk Dahi

3 Comments


Oh ya, good job dari Spuds yang berjaya mengalahkan kanak2 tadika kemas Arsenal semalam dengan jaringan 2-1..sememangnya menepati ramalan..kini kanak2 meriam boleh dikatakan hamper GAME OVER dalam persaingan kejuaraan liga dengan perbezaan kini 6 mata dan 4 match remaining..Nie juga menunjukkan bebudak meriam berjaya meneruskan tradisi hebat diorang saban tahun ‘kempunan trofi ‘ dan ungkapan’ season depan ada lagi’ serta ‘in Arsene we Frust’ menjadi ungkapan keramat fan2 meriam kini..dah boleh la pikir season depan lak..

Arsenal = ARSE


Untuk Spuds, korang dah wat keje bagus dengan menghancurkan seorang rival The Blues, tapi cukup2 la kegembiraan korang dan bersedia untuk menghadapi amukan ombak biru di White Hart Lane weekend nie..dengan 4 mata di atas, kita lebih santai, kurang tekanan, mentality sedang memuncak, dan beberapa pemain utama kita sudah direhatkan dalam match menentang Wonderpet, beraksi sehari awal juga memberikan kita lebih masa berehat dari Spud.. Dengan skuad yang lebih cergas, kita akan menurunkan barisan terbaik dengan Malouda, Joey dan Deco kembali starting, ehem2 siap sedia la untuk dibelasah nanti 6-0..CHELSEA-True Pride of London!!

Wednesday, April 14, 2010

0 Post Match : Anelka pemusnah Wonderpet!!

0 Comments
Huhh aku dah agak match semalam akan menjadi suatu pertarungan yang sukar, kerana selalunya apabila kita menjadi clear favourite, skuad the Blues secara tiba2 menjadi kaku dan gemuruh akibat pressure berlebihan..rentetan kemenangan 4 match berturut2 termasuk kemenangan besar2 kepada Villains dan Manure sebelum nie meletakkan kita dikatakan mudah mengalahkan kelab Bolton 'Wonderpet'..Fergie juga sudah bermain minda dengan mengatakan kita akan mudah membenam Wonderpet kerana dia tahu skuad Chelsea akan menerima tekanan akibat harapan yang tinggi..

Selain pressure, Carletto yang dikatakan akan melakukan rotation player juga menjadi punca aku agak risau kerana gandingan kini memang merupakan skuad terbaik kita jadi sebarang perubahan besar agak membimbangkan, takut menjejaskan corak permainan dan rentak kemenangan..

Seperti yang dijanjikan, Carletto semalam melakukan perubahan dalam skuad untuk persiapan menentang Spurs Sabtu nie..Malouda, Joey dan Deco direhatkan dari starting lineup manakala Anelka, Kalou dan Ballack menjadi taruhan..
First half bleh dikatakan agak hambar kerana Bolton jelas lebih bersedia dan hanya lebih suka bertahan, peluang terbaik Chelsea hadir di minit 24 apabila Free Kick Didi ditepis oleh keeper Wonderpet namun Kalou lambat menyambar bola muntah menyebabkan peluang pertama tersasar..namun di penghujung separuh masa Didi berjaya melakukan cross cantek dari sayap kiri yang tepat menamui kepala botak berkilat Anelka yang mudah menanduk masuk untuk gol pertama Chelsea!! Nie juga gol pertama Abdul Salam Bilal semenjak januari, sememangnya hadir di waktu yang tepat!!

Second Half, Chelsea kembali mengatur gerak dan Didi dekali lagi menjadi provider dengan through ball kepada Kalou tetapi Si 'Ceplos' nie memang kadang2 menjadi gila sebentar di depan gawang, one on one dengan Juuskelainen tidak diterjemahkan kepada gol menyebabkan kita gagal menambah jaringan..kontroversi apabila cross dari pemain Wonderpet dikatakan terkena tangan JT, justeru menyebabkan mereka meraung2 meminta penalti..Bagi aku, apabila melihat highlight keputusan agak sukar dan mungkin tepat kerana jika diperhatikan bola terkena bahu JT..agak 50-50 dan jika penalti diberi mungkin agak melampau bagi aku..nasib baik nie bukan Old Kerepot..

Carletto yang agak panas apabila kita tidak dapat menambah gol memasukkan Joey dan Malouda, dua winger terbaik kita manakala Kalou serta Anelka dikeluarkan..Joey segera memberi impak, flick untuk Lamps dicipta baik setup untuk Frankie melepaskan Jurus Sepakan Torpedo tetapi sayang bola terkena tiang dan melantun keluar..Hampir-hampir menjadi gol ke-23 dia musim nie..

Bermula dari minit ke-80 situasi mnjadi cemas apabila barisan Wonderpet menyerang kubu The Blues bertali arus dan beberapa serangan dari Elmander dan Klasnic jelas menyebabkan Fan2 The Blues (termasuk aku) gigit jari, gigit kuku, gigit meja kedai mamak pon ada..Namun kekentalan Terry dan Co menyelamatkan keadaaan..tanpa disangka di penghujung match minit ke-94 kita memperoleh counter yang lazat dari sayap kiri oleh Zhirkov dan cross leret tepat mencari joey cuma gagalk disudahkan dengan sempurna menyebabkan match kekal 1-0..Chelsea bertahan dan kita memperoleh 3 mata berharga!!



Match Highlight :

Chelsea v Bolton Wanderers

Trey | MySpace Video


Namun jika ada yang mengatakan Chelsea tak layak menang memang ridiculous kerana kita mencipta peluang yang lebih genuine dari team Wonderpet, cuma penyudah kita kurang berbisa malam semalam..Wonderpet memang memberikan tentangan sengit dan layak dipuji, namun gol Anelka menjadi pemisah kedua2 team dalam match nie..Takpuas hati lagi?? tengok stats nie :

Shots on target Chelsea 8 Bolton 0

Kemenangan malam semalam membolehkan Chelsea menjarakkan kedudukan kepada 4 mata diatas Manure dan 6 mata di atas kanak2 Sengal..Spurs akan bertemu kanak2 Meriam malam nie jadi kita akan melihat samada mereka mampu keep it up atau tidak, jika Sengal kalah, GAME OVER untuk barisan Wedges..Sememangnya Big Advantage kini, dengan 4 match tinggal, Chelsea kini mencengkam kedudukan teratas dengan erat, teruskan prestasi, tingkatkan motiovasi, kekalkan fokus, tumpaskan lawan satu persatu, aku yakin kita akan menjadi EPL Champion!! Congrats The Blues, Spurs menanti Sabtu nie pulak, KTBFFH!!

Nie lagu khas aku tujukan untuk team 'Wonderpet' :


apa yang penting ?
Chelsea menang..
apa yang penting ?
tiga mata..

Wonder Pets Wonder Pets…
korang datang..
merengek-rengek bola kena tangan..
Drogba cross lawa..
Tandukan Anelka memang kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..

yea Wonderpets yea!!



Tuesday, April 13, 2010

1 Preview : Ayuh jarakkan jurang!!

1 Comments
Malam nie The Blues mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan setapak lebih dekat kepada trofi EPL..Keputusan seri Blacburn-Manure tempohari membolehkan kita mendapat peluang menjarakkan standing kepada 4 mata di kemuncak liga!!

Kita akan menghadapi Bolton Wonderpet malam nie di Stamford Bridge namun jangan dipandang rendah kerana mereka mempunyai skuad yang lebih segar (takde game weekend) berbanding Chelsea yang masih terasa bahang match FA Cup 3 hari lalu..Namun kita mempunyai favour kerana berada di Home, harap digunakan sepenuhnya untuk mendominasi Bolton..

Carletto dijangka melakukan rotation kerana dalam masa 3-4 hari lagi kita akan bertemu Spurs pula di White Hart Lane.. skuad kita agak kecil akibat injury list justeru fitness pemain2 utama perlu dijaga rapi..Kata-kata Carletto :

'Some players I want to rest, for sure will start from the beginning Ballack, and Kalou in place of Joe Cole. For the strikers I want to take a decision tomorrow. Defensively we are doing well, I don't have a possibility to change some players, Ferreira, Alex, Terry, Zhirkov are doing well."


Berdasarkan apa yang dikatakan Carletto, aku menjangkakan skuad kita malam ini :

----------Cech----------
Ferreira-JT-Alex-Zhirkov
--Lamps-Mikel-Ballack--
--Kalou-Anelka-Malouda--

Result prediction : Chelsea (2) - Bolton (0)

Walupun Didi direhatkan, Anelka aku yakin mampu menjalankan tugas dengan baik seperti apa yang dilakukan kepada Villains dengan result 7-1..Lampard dan Malouda mampu menjadi finishing walaupun tanpa Didi..Sebarang kemungkinan aku harap Carletto cepat bertindak dengan melakukan subs..

Apa yang merisaukan aku adalah kemunculan Ballack dan ketiadaan Deco dalam starting lineup..Deco menjadi tunjang utama kebangkitan kita dalam beberapa match lepas, kepantasan, dribble dan vision Deco membaca permainan jelas satu kelebihan yang tidak dimiliki Ballack..Harap Carletto akan memasukkan Deco segera sekiranya Ballack tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik atau sering berlari lembab seperti biasa..Alternatif lain mungkin Mikel perlu menjadi korban dan Ballack-Deco-Lamps menjadi starting lineup..Keputusan di tangan Carletto dan aku harap dia membuat keputusan yang tepat..

Kemenangan malam nie sudah tentu akan memberikan kelebihan penuh kepada Chelsea dalam perebutan trofi EPL..dengan kanak2 Arsenal dijangka tewas kepada ayam Spurs, kita mampu menjarakkan mata ke atas kedua2 rival ini sekaligus..Tumpaskan Bolton, padamkan segala harapan Manure dan Arsenal, kita semakin hampir untuk bergelar Juara England!! Ada Berann?? KTBFFH!!


Match LIVE ESPN 2.45 pg Rabu



Monday, April 12, 2010

4 Kita sudah menjumpai pengganti Flo!!

4 Comments
T.A Flo

Torre Andre Flo-mugkin ada fan The Blues mengenali mamat nie atau tidak-agak ditenggelamkan oleh populariti Zola, tetapi bagi aku Legend Norway nie sememangnya antara pemain terbaik pernah dibeli oleh Chelsea suatu masa dahulu..

Menyertai Chelsea pada 1997 dengan harga ciput, £300,000 dari kelab Norway, Brann tiada siapa menyangka Flo mampu menjadi antara striker yang disegani..Debut bersama Chelsea sahaja sudah menjelmakan 15 gol dalam musim pertama di England, gandingan mantap bersama Zola masih lagi diingati sebagai partnership striker terbaik di Premiership ketika itu..Muka jambu Flo juga menyebabkan gadis dan makcik2 di sekitar London menjadi Gila Bayang..Namun musim terbaik Flo adalah pada musim 1999-2000, apabila dia menjadi Top Scorer The Blues dengan 19 gol, menjaringkan 3 gol bertemu Barcelona dan membawa Chelsea meraih trofi FA di akhir musim..Flo berpindah season 2000/01 apabila kehadiran Gudjohnsen dan Hasselbaink menyebabkan peranan Flo kian terbatas..

Adakah kita sudah menemui pengganti Flo?? Mungkin dia adalah Flo yang baru :




FLO-rent Malouda


Sekian lama mencari, Chelsea cuba menjejaki Flo yang merupakan mamat perancis yang kian meletup2 namanya di Ligue 1..Florent Malouda nama diberi, mamat nie merupakan Winger Olympique Lyon yang kian menyinar, musim 2006/07 adalah kemuncak prestasi Flying Frenchman, menjaringkan 10 gol, menyepak keluar Real Madrid dari CL, dan membawa Lyon meraih kejuaraan Ligue 1 ke-6, justeru membolehkan dia dinobatkan sebagai Ligue 1 Player of the Year..

Sign for £13.5m

Malouda dibeli oleh Yang Teristimewa Jose Mourinho pada 2007 dengan harga £13.5m..Mungkin tidak setampan atau sejambu T.A.Flo tapi nie bukan rancangan realiti Top Model atau AF nak muke hensem2, bakat Malouda dikatakan lebih 'kacak' dari rupanya..Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya pagi-pagi lagi dah hujan lebat..Jose tidak yakin dengan Malouda, kurang beraksi menyebabkan dia kian merosot dan pencapaian hebat dia di Lyon kian dilupakan..Walaupaun ketiadaan Mourinho yang resign, manager2 seterusnya sekali lagi kurang mempercayai Malouda..Ketika ini Ken Bates dan sidang2 dari managerial Chelsea semua sudah mengatakan " Kita silap, dia bukanlah pengganti Flo yang kita cari"

Namun kehadiran Hiddink umpama Sinar Baru dalam hidup Malouda..Hiddink memberikan sepenuh keayakinan untuk Malouda mencari kembali bakatnya yang hilang, dan Malouda sedar ini peluang dia untuk kembali menyerlah.. tidak menghampakan, penghujung season lepas merupakan antara aksi terbaik Malouda dengan beberapa assist dan gol menyebabkan kedudukan Left Wing dilihat sudah secure untuk Malouda..Pertuakaran rambut juga menyebabkan gaya Malouda dilihat sudah berubah, gaya Predator lebih ganas, memukau dan membolehkan dia kembali hebat di atas padang..

DULU : rambut ala2 budak PLKN yang jambu habess


KINI : Rambut ala2 Predator yang menggerunkan lawan

Baru je nak naik, Ancelotti pula hadir, dan Malouda perlu bermula dari bawah semula..Don Carrletto menggunakan formasi Diamond menyebabkan peranan Malouda sebagai natural winger kian terbatas..Tidak sesuai bermain sebagai Attacking Midfield, Malouda sekali lagi dipinggirkan oleh Don..Namun di bulan Januari, Carletto menukar formasi kepada basic 4-3-3, Malouda kian menyerlah di bawah taktikal baru, bebrapa gol dan assist menyebabkan nama Malouda kian disebut2 tatkala Chelsea dilihat lebih merbahaya apabila Malouda beraksi..

Nama Malouda sebagai pengganti Flo kini nampaknya hampir menjadi realiti, finishing dan cross Flying Frenchman kini memang setajam dan sebijak Legend Flo..Bermula dengan dua gol ketika menentang Posemut, juga dua gol ketika menentang Villains, keduan-duanya menang besar 5-0 dan 7-1..assist tak payah citer la, berlambak..pertemuan dengan Manure menyerlahkan kehebatan Malouda yang kian sukar disekat, dengan mudah Flying Frenchman melepasi kawalan benteng Manure dan melepaskan low cross yang tepat hinggap pada backheel Joey..Jika belum cukup, semalam sekali lagi Malouda menjaringkan gol menentang Villains membawa The Blues ke final FA Cup..Pengganti Flo sudah dijumpai, Ken Bates juga sudah mengatakan "He is the man"

Malouda telah menjaringkan 15 gol untuk Chelsea musim nie, dan selagi adanya Flying Frenchman, aku yakin The Blues amat sukar disekat oleh mana2 kelab sekalipun..Pemain Terbaik Chelsea musim nie?? Vote aku untuk Malouda..Hanya 5 match premiership dan satu Final FA tinggal, sekiranya dia kekal bermain hebat sehingga tamat musim dan membawa Chelsea meraih Double, aku yakin Malouda bakal mencabar Didi dan Rooney sebagai Pemain Terbaik EPL musim nie..Go Flying Frenchman, Go Flo!!

Sunday, April 11, 2010

2 Post Match : The Blues to Final, Manure seri!! Who's laughin now??

2 Comments

Wakakaka aku memang tak tahan nak gelak pada semua Chelsea haters, tiga minggu lepas kita direject sepenuhnya oleh media dan fan2 seluruh dunia, Out CL, bakal terlepas Premiership kepada Manure, dan mungkin hanya memenangi FA Cup..barisan kita juga di cop sudah tua dan tidak bermaya, Carletto hilang punca dan Joey nak tukar kelab..Tak sangka banyak perkara boleh berlaku dalam hanya tiga minggu, kita menang direct 3 match termasuk menang besar ke atas Posemut dan Villains serta mengalahkan Manure, merampas Top Spot Premiership, Manure dan Arsenal out dari Europe, kita menumpaskan Villains sekali lagi untuk menempah tempat ke Final FA buat kali kedua berturut2 dan paling mahsyuk, best dan menceriakan hari2 aku bila terlihat result akhir Blackburn-Manure seri 0-0!!

Perjalanan merangkul Double kini amat cerah, kalahkan Bolton Rabu nie, kita akan leading 4 mata di hadapan Manure, dengan Arsenal akan bertemu Spurs, aku yakin kanak2 bimbingan Wedges akan kecundang!! Who's Laughin Now??

Okey berbalik kepada post match berkenaan game antara Chelsea dan Villa semalam, Carletto menurunkan Didi sebagai starting striker di dalam formasi 4-3-3 manakala posisi lain tiada perubahan..O'Neill pula mendapat kembali mendapat khidmat Milner dan Dunne yang fit untuk revenge kekalahan 7-1 kepada Chelsea tempohari..kemenangan 7-1 Chelsea ke atas Villains dua minggu lepas sememangnya meletakkan The Blues sebagai clear favourite, mampukah pejuang biru menahan pressure ini??

First Half, sememangnya kekalahan besar di Bridge lalu menyebabkan Villains seumpama harimau terluka dan jelas dapat dilihat apabila mereka mengasak kita habis-habisan seawal minit pertama lagi..Milner melakukan shot pertama ke bucu gawang, cuma tersasar beberapa inci je, fuhh..Di minit ke-15, Agbonlahor dijatuhkan oleh Mikel dalam kotak, tetapi adakah penalti?? Webb berkata tidak, bagi aku 50-50, Mikel agak kasar, tetapi Agbonlahor dilihat sememangnya mencari penalti dengan mudah jatuh..kata pengadil adalah muktamad, match diteruskan..Villains sekali lagi mendominasi, cross Downing ditanduk keluar oleh Terry walaupun Carew sudah siap sedia menghulurkan kepala botak dia..Namun Malouda kemudian melakukan counter yang cantek, cuma cross gagal disudahi dengan kemas oleh Didi yang dibentes keras oleh Warnock..separuh masa tamat 0-0..

Second Half keadaan yang sama berulang, Villains kekal mendominasi, namun ketumpulan serangan mereka disamping kekebalan Terry and co menjaga gawang menyebabkan match kekal 0-0, sehingga ke minit 70..Chelsea mendapat corner kick, Malouda mengambil sepakan yang menemui Terry di luar kotak, mungkin dia mahu assist atau shot, aku tak pasti, tetapi sepakan lerat JT berjaya menemui Didi yang mudah menolak masuk ke gawang Villains..Mungkin ini tuah Wembley kerana kita tidak pernah kalah lagi di Stadium Bersejarah England nie..Semenjak dari gol itu, Villains dilihat hilang punca, dan barisan mereka kian retak, hancur dan menanti belah..

Carletto melakukan subs, Ballack, Anelka dan Kalou dimasukkan menggantikan Deco, Didi dan Joey yang agak tenggelam, agak jelas wajah kehampaan pada Joey yang bermain agak 'biasa2' sahaja malam nie..sedah tentu bukan cara terbaik untuk meyakinkan Capello yang melihat di tempat penonton..Sekali lagi, Carletto sudah bijak melakukan pertukaran yang berkesan, Ballack melakukan cross dari sayap kanan yang tepat menemui kaki Flying Frenchman yang kian berapi2 season nie, rembat yang padu dari Malouda, 2-0 untuk Chelsea, nampaknya GAME OVER untuk Villains..tapi masih belum cukup, sudah tentu Villains yang kian lemah dan tidak bermaya amat lazat untuk diratah sekali lagi..Malouda sekali lagi melakukan larian supersonic memasuki kotak penalti Villains, backheel untuk Anelka, asssist untuk Lamps, fake shot dan finishing yang cantek dari Super Frankie melengkapkan malam gemilang untuk Chelsea yang berjaya mara ke final FA Cup!!

Match Highlight :




-Tahniah untuk Super Frank-gol ke 22 dia musim nie, menjadi rekod jaringan tertinggi pernah dicapai Frank sepanjang bermain untuk Chelsea..Want more??
-Tidak tahu mengapa, corak permainan kini memang best, jauh berbeza dengan Jose yang agak bosan, no offense Jose lebih kental defensively tetapi aku sukakan corak attacking football, we love it, Carletto love it, Roman also love it..Carletto will stay??


Form Chelsea kini kian meletup2 dan sudah tentu amat membahagiakan buat semua Fan The Blues, enjoy the moment!! Malam nie kita akan mengetahui siapa lawan kita di final nanti samada Tottenhampeh atau Posemut..Mana2 pon akutak kisah, tapi kalau Spurs lagi best, London Derby dan aku nak revenge final Carling 2007 dulu..

Lupakan mengenai FA Cup buat seketika kerana final adalah 15 May nanti, lambat lagi justeru fokus kini harus kepada Premiership..Bolton adalah lawan yang akan dihadapi kini di Bridge, menang ke atas mereka, kita adalah clear favourite untuk title!! KTBFFH!!






2 Wembley,Wembley, Wemb(er)ley..Here-we-are!!

2 Comments


Chelsea sekali lagi akan termaktub dalam sejarah terhebat Wembley..tuah stadium England nie memang datang sekali lagi, kemenangan 3-0 amat menakjubkan dan membolehkan The Blues mara ke final FA Cup buat kali kedua berturut2!!..Laluan meraih Double buat kali pertama dalam history Chelsea kini amat cerah, dengan hanya 5 match premiership tinggal dan 1 match final di Wembley, aku yakin The Blues mampu melakukannya!! Match tadi walaupun result amat favour kepada Chelsea, ia tidak semudah yang disangka kerana kita ditekan habis-habisan oleh Villains sewaktu First Half..Second Half juga hampir serupa namun gol pertama dari Didi jelas menyebabkan formasi Villains kian rapuh akibat terdesak mencari gol penyamaan..Gol pantas counter dari Flying Frenchman Malouda dan Frankie amat memukau dan mahsyuk abess, GAME OVER untuk Villains..Tahniah untuk Super Frank yang menyumbat gol ke-22 dia season nie-memecah rekod jaringan gol terbaik dia sepanjang bermain untuk Chelsea!! Great night for Chelsea, Great night for the Blues, Great nights for us!! Big 3 melopong la tak boleh pergi Wembley, haha peduli apa aku..Jom nyanyi ramai-ramai!!



Flying high, up in the sky,
We'll keep the blue flag flying high

From Stamford Bridge to Wemb(er)ley

We'll keep the blue flag flying high
!!



Saturday, April 10, 2010

1 Preview : Wembley, Wembley, Wemb(er)ley...

1 Comments

Where ever they go we`ll follow our team,
For we are the Chelsea and we are supreme,
We'll never be mastered by no northern bastards,
And we'll keep the blue flag flying high,
Flying high, up in the sky,
We'll keep the blue flag flying high
From Stamford Bridge to Wemb(er)ley
We'll keep the blue flag flying high


Malam nie kita akan bertemu Villa dalam semi final FA Cup, yup match ini akan menentukan samada kita akan berada di final buat kali kedua berturut2 dan merangkul piala ini buat kali ke 11 dalam rekod kelab..Pertemuan di Wembley malam ini boleh dikatakan permanas badan sebelum match Final yang sebenar di Wembley 15 May nanti..

Menentnang Villa sudah tentu dikatakan mudah selepas kita meng'ayamkan' mereka 7-1 dua minggu lalu, tetapi awas!! Match FA Cup adalah berlainan, dan Villains kali nie lebih bersedia berbanding pertemuan terakhir..Sudah tentu mereka mahukan revenge, dan aku harap Chelsea tidak memandang mudah pihak lawan, ak yakin kita akan mara!!

Sekiranya ada yang mengatakan match terakhir 7-1 mudah kerana bermain di Bridge, kubu kebal The Blues, mereka silap dan perlu berasa lebih risau kerana Wembley adalah Home Kedua Chelsea!! Wembley sememangnya sinonim dengan Chelsea, match terakhir di Old Wembley yang ditubuhkan pada 1923 adalah Final FA Cup tahun 2000 antara Chelsea dan Villa (ironic??) di mana The Blues berjaya meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan Di Matteo meninggalkan sejarah Chelsea sebagai pasukan terakhir memenangi match di Old Wembley..7 tahun berlalu, selepas dibina semula, New Wembley dibuka pada tahun 2007 dan final FA Cup pertama di sini juga dimenangi oleh Chelsea ke ats rival Manure dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan siapa lagi kalau bukan Didi!!! Sekiranya belum cukup, season lepas kita bertemu Arsenal di di Wembley dan sekali lagi tuah Wembley melekat kuat kepada The Blues apabila kita menolak kanak2 Wedges yang masih mentah tak kenal Wembley dengan jaringan 2-1..Final FA Cup season lepas menemukan kita bersama Everton..Kemenangan 2-1 hasil jaringan Lampard dan Didi membolehkan kita mengucup piala ke-10 FA di Wembley!! Malam nie kita akan beraksi sekali lagi di Wembley, dan sudah tentu korang tahu tuah akan berada di pihak yang mana bukan??

Okey mengenai update pemain, skuad Chelsea tiada perubahan, tiada injury terbaru, juga tiada pemain yang sembuh, hanya Ivanovic masih doubful (yahoo??), skuad yang sama seperti menentang Manure akan kita lihat malam nie..Villains pula mungkin dapat menurunkan Dunne dan Milner yang kembali fit malam nie..

Barisan malam nie :

Aston Villa : Friedel, Guzan, Cuellar, Luke Young, Beye, Dunne, Collins, Davies, Warnock, Downing, Milner, Petrov, Sidwell, Delph, Ashley Young, Carew, Agbonlahor, Heskey, Delfouneso, Albrighton, Clark.

Chelsea : Cech, Hilario, Turnbull, Kalou, Alex, Drogba, Malouda, Terry, Borini, Lampard, Mikel, Deco, Anelka, Zhirkov, J Cole, Belletti, Ballack, Kakuta, Sturridge, Ferreira, Bruma, Ivanovic.

Harap kita tidak dikaburi dengan kemenangan besar 7-1 dua minggu lalu, malam ini adalah match yang berbeza, tetapi tidak bermakna kita perlu terlampau berhati2, bermain seperti biasa, aku yakin Villains hanyalah pasukan murahan yang mampu kita permainkan..

Formasi 4-3-3 akan kekal menjadi taruhan, dan Malouda akan menjadi sumber inspirasi malam nie..posisi lain mungkin tiada perubahan, Joey aku yakin akan kekal dalam skuad..Didi atau Anelka?? Aku mungkin akan memilih Didi, kerana sememangnya dia kerap menjaringkan gol dalam match2 penting, dan dia memang suka menjaringkan gol di Wembley!!

Formasi malam nie :
---------Cech---------
Ferreira-JT-Alex-Zhirkov
---Lamps-Mikel-Deco--
---Joey-Didi-Malouda--

Result Prediction : Chelsea (2)- Villains (0)


Match LIVE 12.00 tgh mlm

From Stamford Bridge to Wemb(er)ley
We'll keep the blue flag flying high!!