The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

0 Persediaan Ke Bukit Jalil

0 Comments
Pergi tengok Chelsea di Bukit Jalil?? Bagus. Ini 3 persiapan yang amat penting untuk sesiapa yang akan berkerumun menyaksikan match Singa London menentang Harimau Malaya malam esok.

Jersi.

Baju Biru Keramat Chelsea untuk dipakai malam esok. Bukan senang diorang nak datang Malaysia jadi pastikan kita mem'biru'kan Bukit Jalil!!

Skarf Malaysia


Tak loyal?? Jangan lupa bawak sekali Skarf Malaysia berwarna kuning sebagai sokongan buat skuad negara. Malaysia is our heart, Chelsea is our soul. Aku tak kesah sapa menang dan sudah tentu aku sokong keduanya.

Tiket

Ini kalau sapa tinggal memang mangkuk le jawabnye. Kalau rasa kaya nak beli tiket baru boleh la kot, atau cube cari pasal nak panjat pagar. Jangan lupe bawak tiket korang bila nak pergi tengok match nanti, kecuali la korang nie Guard, Referee atau pemain Malaysia sendiri.

Dah sedia?? Jom serang Bukit Jalil!!


0 Depa dah mai dah!!

0 Comments
Diketuai Kapten Marvel JT

Panas ke Bro??

Ferreira serabut..serabut..

Sesi tandatangan di Hotel Penginapan..Konpom la Torres paling feymes..

Diikuti Super Frank..

Barisan Kabinet Malaysia 2011

Menurut Ong Kim Swee sembilan pemain senior akan diserap untuk menghadapi Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Yelah, nak harap semua Harimau Muda lawan skuad senior Chelsea, world class player pulak tu mangkor le jawabnya..

Sembilan pemain senior itu ialah Norhafiz Zamani Misbah, 30, Amri Yahyah, 30, Hairuddin Omar, 32, Badhri Radzi, 29, Daudsu Jamaluddin, 26, S. Subramaniam, 26, Shahrulnizam Mustapa, 30, Joseph Kalang Tie, 24, dan penjaga gol, Farizal Marlias, 25.

Diorang nie nanti akan digabungkan dengan pemain-pemain berusia bawah 22 tahun yang menjadi tonggak skuad Olimpik negara seperti Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Zubir Azmi.

Kim Swee turut menamakan Norhafiz Zamani sebagai kapten skuad Pilihan Malaysia bagi menghadapi Chelsea yang tiba di Kuala Lumpur pada tengah hari semalam.

“Saya pentingkan disiplin sepanjang permainan dan berharap pemain dapat memberi tumpuan penuh serta mengurangkan kesilapan,” kata Kim Swee yang kehilangan beberapa tonggak utama Harimau Muda yang menyertai skuad Piala Dunia kendalian Datuk K Rajagobal.

“Peluang bermain dengan nama-nama besar dari kelab Inggeris ini harus digunakan sepenuhnya pemain negara untuk mempelajari secara lebih dekat corak permainan pasukan yang sering beraksi di peringkat tertinggi.

Sweet vs Buas

Sementara itu, manager baru Chelsea, Villas Boas mengharapkan ini adalah medan ujian untuk para pemain membentuk kombinasi yang lebih baik.

“Kami akan menguji kombinasi berbeza pada setiap 45 minit permainan, dan dari situ kami akan menilai persiapan kami menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris,” kata Villas-Boas pada sidang akhbar, semalam.

“Saya juga akan menggunakan kesempatan mengembara bersama pasukan dalam Jelajah Asia ini untuk memupuk hubungan baik bersama pemain dalam usaha membina pasukan lebih baik berbanding musim sebelumnya.

“Sekarang kami masih dalam proses mencari rentak permainan baru dan berkongsi pendapat, dan menjelang 7 Ogos apabila bertemu Stoke, diharap skuad ini sudah bersedia menggunakan pengalaman ini untuk merakam kemenangan pertama.”

Senarai Skuad Chelsea yang hadir di Malaysia :

1.Henrique Hilario GK
2.Jamal Blackman
3.Nathaniel Chalobah
4.Patrick Van Aanholt
5.Slobodan Rajkovic
6.Petr Cech GK
7.John Obi Mikel
8.Daniel Sturridge
9.Ryan Bertrand
10.Joshua McEachran
11.Alex
12.Yuri Zhirkov
13.Ross Turnbull GK
14.Salomon Kalou
15.Branislav Ivanovic
16.John Terry
17.Frank Lampard
18.Ashley Cole
19.Paulo Ferriera
20.Jose Bosingwa
21.Yossi Benayoun
22.Fernando Torres
23.Nicolas Anelka
24.Florent Malouda
25.Didier Drogba
26.Billy Clifford

* Tanpa Essien yang masih cedera dan David Luiz serta Ramires di Copa Amerika.
* Tom Kalas yang bermain lawan Porstmouth kelmarin tak dipanggil.
* Rajkovic yang menghadapi masalah permit sejak menyertai Chelsea 6 tahun dahulu pula dipanggil menyertai skuad.


Depa dah mai, hangpa suma bila nak pi Bukit Jalil??