The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, October 30, 2011

0 High Defensive Line, AVB??

0 Comments

Damn, Damn, Damn!! Apa yang ditakuti dah berlaku. Masalah pertahanan kita memang ketara. Apa yang merisaukan adalah walaupun mengetahui kita kurang mantap di bahagian defence, AVB masih berani menerapkan taktikal High Defensive Line yang amat berisiko menentang pemain muda Sengal yang kebanyakannya laju nak mampus. Penyudahnya, amekaw!! 5 bijik kena titik dengan jiran London, 3 dari Van Pasir. Hanya Mata dan Lampard wajib dipuji, selainnya hampas belaka.

Kita baru masuk Oktober, namun dah kalah 3 kali dan kini dikejar oleh Newcastle, Liverpool dan Tottenham untuk kedudukan Top 4. Hatta Arsenal yang satu ketika dulu berada di kedudukan pertengahan liga pon dah berada rapat 3 mata di belakang kita. Hmm, dah berlalu biarkan berlalu, harap AVB perlu melihat kembali taktikal beliau. Apakah yang perlu dirombak??

1) Keluarkan Bosingwa, guna Iva!!
- Mungkin Boss memberikan attacing threat lebih dari Iva, tetapi dari aspek defence memang teruk. Semalam dengan mudah diayamkan oleh Gervinho menceritakan segalanya. Aku harap Iva akan kembali menjadi first choice Right back terutamanya dalam big game. Adakah Iva tidak bagus di RB berbanding CB?? Nonsense. Mendapat tempat dalam skuad terbaik EPL dua musim lalu ketika menjadi fullback membuktikan kehebatan Iva diakui ramai. Iva perlu diberikan posisi RB semula.

2) Masukkan Luiz
-Mungkin ada yang mengatakan Luiz agak goyah secara defensive, namun bagi aku jika tak memberikan kepercayaan kepada pemain bagaimana dia mahu develop?? Kita bukan membelanjakan 20m musim lepas membeli Luiz supaya dia berada di bangku simpanan. Aku yakin dia mampu develop menjadi centreback yang berkaliber seperti kita harapkan. Pique juga tak menyerlah di MU tetapi kini menjadi regular di Barca, serta menjadi elemen kuat kepada falsafah High Defensive Line yang diterapkan. Harap Luiz juga sama. Please AVB, make the change. Gunakan Luiz sebagai CB, Iva sebagai RB.

3) High defensife Line untuk team lemah
- Bermain lwan team lemah macam Genk, Bolton memang takde masalah menggunakan High Defensive Line Tetapi bila bertemu skuad yang laju macam Arsenal, baru kita tahu pemain pertahanan kita lembab tersedak terkena counter. Harap AVB tak begitu terikat dengan falsafah beliau dan boleh menukar taktikal mengikut keadaan. Jika di bawah Jose dah tentu perkara yang sama tak berlaku, terutamanya ketika menentang Arsenal yang dahulunya hanyalah ayam di pandangan mata.


Aku masih percaya pada AVB. Team ini ada potensi, cuma ada beberapa aspek perlu diperbaiki. Cuma aku risau Roman je berubah hati. Harap tak terjadi. Kita akan bounce back lawan Genk nanti!! KTBFFH!!

Saturday, October 29, 2011

0 Preview London Derby : Lets kick those Arse!!

0 Comments

Ah! Sengal! London Derby memang membuatkan aku hangat melihat kanak2 tadika tak cukup umur berani berkunjung ke Bridge. Arsenal sekarang walaupun dah beli ramai pemain skuad antarabangsa macam Gervinho, namun pemikiran masih macam budak2 (First game EPL dah kena kad merah). Perpindahan Fabregas, Clichy dan Nasri yang menganggap diri sudah grown up dan tidak mahu dilayan seperti kanak2 lagi oleh Wenger jugak adalah kehilangan besar buat fan Sengal. Pembelian Santos, Mestesucker, Arteta dan Benayoun bagi aku bukanlah pemain yang cukup berkualiti, mereka hanyalah penyedap hati buat Wenger yang kehilangan anak2 ikan kesayangan. Yang tinggal hanyalah Van Persie, yang boleh dikatakan threat utama buat JT n Co malam nanti.

Kalah di QPR?? Itu bukan masalah buat The Blues. Yang bermasalah adalah Chris Foy. Kita bermain hebat malam tu di Loftus Road. Kali ini kita akan melihat pulak bagaimana Andre beraksi. Bukan Andre Villas Boas, tetapi Andre Marriner.

Andre Marriner

Menjadi referee malam ini, aku mengharapkan pengadilan yang saksama walaupun jika MU kalah kepada Everton dan FA England tak mahukan kita berada di kedudukan kedua. Rekod Andre tak merisaukan kita, sebelum ini dia dah menjalankan tugas pengadilan dengan baik. Paling best apabila Andre merupakan ref yang membenarkan gol kontroversi Lampard menentang Spuds musim lepas. Kalau Andre cuba buat pasal kat Bridge, memang kena campak bawah jambatan jawabnya.

Untuk skuad malam ini, berita baiknya adalah Ramires sudah sembuh dari kecederaan lutut bermakna Road Runner kita ini sudah bersedia memberikan asthma kepada Mertesacker yang lembab nak mampus. Ketiadaan Didi juga tak bermasalah kerana TORRES akan beraksi!! Menamatkan tempoh 3 match banned untuk menentang Sengal dah tentu timing yang terbaik bagi membuktikan keupayaan sebenar Nando. Berhadapan dengan barisan pertahanan Arsenal yang dah diketahui cap ayam, bermakna ia bukanlah masalah besar untuk kita melihat 1-2 gol dari Nando yang akan dibantu oleh Danny Boy dan Mata malam nanti.

Hanya satu masalah buat Chelsea. Kita jarang clean sheet di bawah AVB. Barisan pertahanan kita masih belum solid terutamanya semenjak Bossingwa diletakkan sebagai fullback. Tak menyalahkan AVB kerana dia gemar bermain attacking bermakna Fullback jenis attacking adalah pilihan utamanya. Cuma malam ini menentang Arsenal diharapkan kita tak lalai macam biasa. Boss, Iva, JT dan Cole adalah pilihan utama aku, manakala Luiz boleh simpan di bangku simpanan. Kita tak mahukan satu lagi penalti dalam Big Game macam nie.

Skuad malam ini :

Cech
Boss-Iva-JT-Cole
Lamps-Mikel-Ramires
Strurridge-Torres-Mata

Berdasarkan masalah pertahanan kedua pasukan, dijangka banyak gol kita akan lihat malam ini. Namun The Blues akan tetap menjadi pemenang terakhir. Aku predict Chelsea 3-Arsenal 1. Lets kick those Arse!! KTBFFH!!

Wednesday, October 26, 2011

0 Tabik sama AVB!!

0 Comments
"Why always me??" ujar AVB ala Balotelli.


Apabila AVB disoal oleh FA selepas mengkritik ref,

"It's a very disappointing day for the referee, for Chris Foy. I will stick to my words.

"I don't think I said anything I shouldn't have," Villas-Boas said.

"I would never question the referee's integrity.

"But the fact is that, at the moment, we are paying heavily in terms of major decisions.

"Maybe this is what the FA (don't) want to hear from me - phrases like, 'The referee has influenced heavily three of our games'."

Memang keras hati AVB nie macam Special One. Tak gentar dengan FA. Komen pon jujur, tajam dan ada unsur sarkastik. Dah nampak bakat jadi manager terhebat. Tabik sama AVB. Up Chels!!

0 I knew It!!

0 Comments



Sunday, October 23, 2011

0 Manchestaik Derby

0 Comments
Kenapa? Kenapa aku buat review pasal Manchester Derby pulak nie?? Apadahal, result game nie effect jugak dengan misi Chelsea untuk menduduki Top Chart EPL. Menang, kalah, seri ke tetap akan bagi untung buat Chelsea, tapi sapa korang lagi suka tengok meroyan kalah malam esok??

Fat Shrek Rooney,

atau

Dumb Hair Balotelli??

p/s : Review Chelsea?? Tak payah buat, setakat lawan QPR benda kacang je. Komfem menang. Sturridge dua, Lampard, satu, Drogba satu. 4-1. (Bolos satu sebab Bosingwa buat bangang macam biasa).

Saturday, October 22, 2011

0 Juan Mata – Little Zola

0 Comments
Little Zola??

Baru 3 bulan membuka karier bersama Chelsea, Juan Mata sudah merevolusikan corak permainan kita menjadi lebih menarik, pantas dan licik. Ada yang mengatakan Juan ibarat Little Zola yang kita cari selama ini. Boleh bermain di mana-mana posisi serangan serta bijak mencipta ruang dan gol adalah trait Zola yang sudah lama tidak kelihatan di Bridge.

Jangan membandingkan Mata dengan wing wizard kita dahulu seprti Robben mahupun Duff, kerana mereka adalah pemain sayap sejati. Mata?? Boleh diibaratkan sebagai pemain versatile dua dalam satu. Kita membelinya dari Valencia sebagai left winger, tetapi di atas padang, Mata mempermainkan peranan free role bermakna dia bebas berada di mana-mana bahagian padang. Di situlah kita boleh melihat bagaimana stamina dan determination Mata menyerupai Zola yang menjadi nadi serangan Chelsea suatu ketika dahulu.

Kita sememangnya bertuah memiliki Mata. Menurunkannya dia atas padang ibarat kita memiliki playmaker dan winger pada masa yang sama. Ini membangkitkan persoalan samada adakah kita masih memerlukan pemain seperti Modric? Mata menjadi perancang utama kita kini di bahagian serangan, malah secara berseorangan meperbudakkan barisan midfield Everton minggu lepas antara bukti kehebatan Little Zola ini. Keistimewaan Mata yang boleh bermain sebagai perancang tengah bermakna tiada kerisauaan dan tekanan untuk kita terus mengejar Luka Modric. Frank Lampard semakin serasi bermain di samping Mata, malah Josh dijangka akan menjadi world class player dalam tempoh 1-2 tahun lagi sekiranya diberi pendedahan secukupnya.

Mungkin ada benarnya result poll di kanan ini. Dengan adanya Mata, adakah kita memerlukan Modric?? Nope, Mata sorang dah cukup.

Monday, October 17, 2011

0 Happy Birthday, AVB!!

0 Comments

Selamat melangkah ke umur 34 buat manager termuda Chelsea..Walaupun mempunyai usia hampir seperti pemain2 senior The Blues, ia bukannya penghalang buat AVB mempamerkan semangat kepimpinan luar biasa sekaligus meraih rasa hormat dari pemain mahupun penyokong sendiri. Aku sendiri secara jujurnya kagum dengan suasana positif semenjak di bawah kendalian AVB. Adakah ini manager yang bakal melenyapkan dominasi player-power di kem Chelsea?? Mudah-mudahan.

Kemenangan 3-1 ke atas Everton?? Anggaplah ia hadiah dari para pemain buat AVB. Walaupun masih awal, aku dah boleh nampak potensi kita sebagai juara. Kalau dahulu separuh mati nak menang lawan Everton, malam semalam rasa macam menang lawan kelab Coca Cola je. AVB nie kecil2 cili padi. Tak mustahil kita bakal melihat seorang lagi manager muda mengemudi Chelsea umpama Jose dengan lagaknya memegang trofi EPL di hadapan veteran Pak Alex tua kerepot dan Haji Bakhil Wenger penghujung musim.


Sunday, October 16, 2011

0 Badi tamat!!

0 Comments

Fuhh, akhirnya menang jugak dengan team liat nie!! Sedar tak sedar dah enam season berlalu semenjak kita menang dengan bogey team Everton tahun 2006 dulu. Agak lama jugak kita tersedak dibuatnya dengan Moyes nie. Namun tak disangka jika sebelum ini memang separuh mati lawan team Blues Scouse nie, malam tadi di bawah AVB kita mendominasi match dan menang dengan cool giler babeng 3-1.

Danny dan JT menjaringkan dua gol masing2 pada separuh masa pertama. Second Half pula Ramires menambah derita Everton dengan gol ketiga Chelsea sebelum Vellios mendapatkan gol saguhati. Pemain yang perlu ditabik dah tentunya Juan Mata yang memporak-perandakan bahagian tengah Everton tanpa belas kasihan semalam. Menjadi inspirasi kepada gol pertama dan ketiga Chelsea, di samping menjadi sumber kreativiti di bahagian serangan sepanjang 70 min berada di atas padang menceritakan kehebatan Mata. Bakal Player of the Season??

Dengan keputusan seri MU-Liverpool, Chelsea semakin mencabar kedudukan teratas. Kita kini berada 3 mata dibelakang pendahulu Man City dan 1 mata di belakang MU. Dengan semua pemain semakin meningkat, ia adalah petanda positif bahawa skuad ini belum tamat dan mempunyai banyak potensi tersembunyi untuk menjadi lebih sempurna. Harap teruskan kecemerlangan ini ke CL minggu depan. Cmon Chels!!