The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.
Showing posts with label Match Highlight. Show all posts
Showing posts with label Match Highlight. Show all posts

Monday, August 8, 2011

0 Sturridge mengganas!!

0 Comments



Rekod 100% AVB ketika Pre-Season memang memberangsangkan, dan ditutup dengan aksi penuh cemerlang Sturridge ketika menundukkan Rangers 3-1!!

Dengan menurunkan bayangan kesebelasan yang bakal menjadi starting 11 musim hadapan, Torres dibantu oleh Kalou dan Danny di bahagian sayap..Manakala di bahagian tengah Ramires bermain match kompetetif buat pertama kali di bawah pengawasan AVB dibantu oleh Mikel dan Lampard..Alex dan JT menjadi nadi di bahagian centre back manakala Ferreira dan Cole menjadi pelengkap kiri dan kanan pertahanan..

Namun pihak lawan terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke 6..Counter attack pantas memerangkap Terry dan co apabila cross Davies tidak dihalang dan Nikica Jelavic mudah menanduk melepasi Big Pete..Hampir 15 minit barulah Chelsea berjaya menyamakan kedudukan..High line pressing yang diterapkan AVB dalam 5 match Pre-Season sebelumnya nampaknya sudah mula difahami para pemain bertujuan untuk memaksa kesilapan dari pihak lwan..Cross dari Torres tidak dikeluarkan dengan rapi oleh pemain pertahanan Rangers lalu Sturridge dengan mudah menyelinap masuk untuk merembat gol pertama Chelsea..

Gol kedua juga kisah yang sama berlaku..Kesilapan dan kealpaan pemain pertahanan membolehkan Danny mencuri bola dari kawasan sayap lalu memotong masuk dan merembat rendah menggegarkan gawang!! 2-1!! Chelsea kian mengasak Rangers untuk gol demi gol dengan Sturridge dan Kalou sama-sama mempunyai peluang keemasan namun berita buruk diterima sebelum rehat separuh masa apabila Mikel dikeluarkan akibat injury lalu McEachran dibawa
masuk..

Second half, Drogba, Malouda, Anelka, Benayoun dan Bosingwa di bawa masuk untuk memberikan masa bermain..Didi memberikan impak dengan assist buat Malouda menanduk masuk gol ketiga Chelsea..Kalas dan Chalobah turut diberikan peluang bermain pada lewat permainan ketika kemenangan hampir pasti..Wisel tamat, Chelsea menang 3-1!!

Berikut adalah rangkuman Pre-Season kita sebelum match pembukaan EPL minggu hadapan :

vs Porstmouth menang 1-0
vs Malaysia XI menang 1-0
vs Thailand All Stars menang 4-0
vs Kitchee menang 4-0
vs Villa menang 2-0
vs Rangers menang 3-1

Dengan 15 gol dan 1 bolos dalam 6 match, rekod AVB ketika ini boleh dikatakan agak fantastik dan meyakinkan..Berikut adalah beberapa reaksi positif dari Pre-Season :

-Beberapa pemain muda memberikan aksi menarik, Josh dan Sturridge antara pemain yang nampak sudah bersedia untuk beraksi di starting 11..Bertrand, Kalas, Rajkovic dan Van aanholt juga bermain baik dan wajar diberikan pemerhatian lebih oleh AVB..

-High line pressing, adakah AVB mahu bermain seperti Barca?? Pemain kita kini diberikan tugasan bermain lebih ke hadapan sekaligus menekan opposition ketika kita kehilangan bola dan memaksa kesilapan pihak lawan sekaligus mencuri possesion..Nampak masih belum sempurna tetapi idea yang menarik setakat ini dan memberikan keputusan yang hebat dalam pre-season..

-Tidak terpengaruh dengan nama besar, Didi, Lampard kesemuanya pernah diletakkan di bangku simpanan dan tidak bermula manakala pemain yang lebih muda diberikan keutamaan bermakna AVB tidak teragak menggunakan pemain yang lebih effektif untuk beraksi..Masih awal untuk mengatakan kekuatan AVB dalam bilik persalinan dan cara dia handle Big Name Superstar kita namun setakat ini ianya nampak terkawal..


Tamat Pre-Season, bermakna kini masanya untuk kita fokus kepada kempen baru EPL minggu depan..Apakah pandangan korang, adakah persediaan kita nampak mantap dan sudahkah kita bersedia untuk merampas trofi EPL?? Atau masih ada bahagian yang perlu diperbaiki?? Berikan komen anda. KTBFFH!!

Tuesday, September 21, 2010

0 No Lampard, NoJT, No Problemo!!

0 Comments
Kacang jer!!

Dalam masa 8 tahun aku menyokong Chelsea, nie boleh dikatakan skuad yang paling mantopp serba serbi..Buat pertama kalinya tanpa ketiadaan 2 Mr chelsea, Super Frankie dan Captain Marvel JT, Chelsea mampu bermain dengan amat amat bagus dan barisan pemain yang menggantikan tempat kedua2 legend nie sememangnya menjalankan tugas yang mengagumkan..Sekaligus membuktikan barisan kedua kita juga amat kuat dan kita mempunyai depth yang lebih dari cukup untuk mengharungi sepanjang musim nie..

Aku dah kata setakat tasik hitam, takyah la nak risau..Dalam 2 minit je, Chelsea dah leading dan kedudukan menjadi 4-0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Malouda (2), Didi dan Kalou..Jika bukan sebab The Blues agak kurang efficient dalam masa second half, aku yakin kedudukan mampu menjadi 7 atau 8-0..Namun beberapa serangan dari Blackpool agak merbahaya dan walaupun sedikit mendedahkan kelonggaran bahagian pertahanan, ia tetap pengajaran yang bagus untuk Carlo dan pemain bermain dengan lebih kemas dan berhati2 berdepan pasukan yang mempunyai semangant juang tinggi seperti Blackpool..

Pemain yang aku puji habess sudah tentu Malouda dan Didi..Walaupun tanpa Lampard dan JT, kedua2 pemain nie menunjukkan leadership yang tinggi di atas padang..Melihat kepada peningkatan Malouda, aku boleh dikatakan cukup bangga dengan aksinya berbanding 2 musim lepas yang hampir menyebabkan kita mahu menjualnya..Didi, yup, dia masih superstar kita tetapi yang aku pelik semakin tua Didi semakin bagus aksinya..Yup aku agak benci jugak melihat kelibat Didi dalam 2-3 musim lalu walaupun dia kerap menjaringkan gol, dia suka berlakon dive seperti Ronaldog dan itu antara satu sebab mengapa segelintir peminat membenci The King..Kini, kita dapat melihat satu perubahan drastik Didi kerana dia kerap bangun walaupun ditackle pihak lawan malah sikap Bad Boys Didi seperti selepas semi final menentang BArca sudah tidak kelihatan..Mungkin usia 33 tahun semakin mematangkan Drogba untuk beraksi sebagai pemain yang lebih dihormati dan kita dapat melihat hasilnya kini..Drogba,you rockss!!



Walaupun kini kita mencatat 5 kemenangan dari 5 match, aku masih tidak berpuas hati selagi Chelsea tidak menang ke atas Big Team..Yup, kita mampu mendabik dada dengan berada di puncak kini tetapi melihat kepada lawan kita sebelum ini; West Brom, West Ham, Wigan, Balackpool, Stoke City; kesemuanya kelab target relegation atau kelab yang baru naik BPL..Match BPL selepas nie, Manchester City adalah Ujian Pertama buat The Blues samada kita benar2 mampu menjadi juara sekali lagi musim nie..Tumpaskan ManCee, ia akan memberikan mesej yang benar2 jelas kepada rival, Chelsea means business!! Buat sementara nie, fokus beralih ke Carling CUp menentang Istana Baru Khamis nie..Aku harap beberapa pemain utama akan direhatkan menjelang match di Eastland nanti..Lagipun boleh gak tengok aksi pemain muda cam Sturridge dan Kakuta beraksi dan aku harap kita mara ke next round..KTBFFH!!



Saturday, September 18, 2010

0 Highlight lawan Penukul

0 Comments
Sorry kerana haritu aku agak busy jadi tak sempat nak cover kisah kemenangan 3-1 kita ke atas Penukul minggu lepas..So bagi sesape tak sempat nak usha, nie highlight die :


Thursday, September 16, 2010

0 Perfect Start di Eropah

0 Comments

Yup, mungkin masih terlalu awal untuk mengagak nasib Chelsea dalam CL musim nie tetapi berdasarkan performance kita malam semalam, its pretty damn we are on right track!! Dengan merehatkan beberapa pemain utama antaranya Didi, Frankie, dan Ash - kita masih boleh beraksi bagus dan jika tidak kerana kemalasan skuad The Blues di Second Half, dah tentu MSK Kuat Berzina dah dibelasah dengan margin yang lebih besar..

4-1 - cukup memuaskan bukan?? Dengan 21 gol dalam 5 game setakat nie, we are unstoppable samada di England mahupun Europe..Carlo walaupun menggunakan bebrapa pemain muda dan simpanan semalam kita masih mampu menunjukkan aksi seperti biasa Chelsea - lagak Sang Juara..Aksi Benayoun amat memuaskan, mendominasi tengah midfield..Sturridge pulak, tak perlu aku cakap lagi, youngsters nie makin lama makin umphh dan dengan first gol di Europe, aku yakin banyak lagi akan kita lihat dari Danny..Zhirkov walaupun tak bermain 3 game sebelum nie, dia tak pernah menurun prestasi dan malam semalam dia kekal mantopp di posisi Left Back menggantikan Ash yang direhatkan..Harap dia akan mendapat banyak peluang pasnie..Selain 3 pertukaran nie, 3 pemain muda turut diberi peluang dalam match semalam sebagai subs sekadar untuk memberi pendedahan awal ke Eropah..MacEachran, Kakuta dan Van Aanholt diberikan peluang lewat match dan walaupun tak sehebat aksi Sturridge, aksi diorang agak so-so dan aku harap lebih peningkatan lagi dibuat jika nak lihat diorang kekal lama dalam pandangan Don Carlo..Terutamanya Kakuta, yup mungkin dia dilabel Best Promising wonderkid tapi berdasarkan aksi semasa, nothing special aku tengok..Harap2 dia boleh tunjukkan belang sebenarnya tak lama lagi..

Okeh mengenai match semalam, hanya 3-4 pertuakaran dilakukan Carlo dengan bertujuan untuk merehatkan beberapa pemain utama yang dah beraksi secara berterusan 3 match sebelum nie dan mempersiapkan diri untuk berdepan Blackpool hujung minggu nie..Kerek?? Yup agak angkuh Don Carlo kerana memandang rendah MSK Zina dengan menurunkan barisan kedua tetapi memang berbaloi dan menunjukkan kita mempunyai depth yang memang bagus..Antara yang direhatkan Ferreira, Ash, Frankie (injured), dan Didi memberikan laluan untuk Ivanovic, Zhirkov, Benayoun dan Sturridge beraksi selaku starter semalam..

First Half - Brilliant!! Hanya seawal minit ke 13 Chelsea sudah mendahului walaupun beraksi di stadium lawan yang memang bingit dengan sorakan untuk Team Kuat Zina..Essien makin lama makin dahsyatt dan ini gol ketiga dia dalam 2 match..Cross dari Anelka dikuis oleh Malouda dan berjaya mencari The Bison yang mudah merembat masuk dari celah2 ketiak keeper Zina yang tak terdaya menahan torpedo Essien..di minit 23, Chelsea menggandakan result apabila lob pass Malouda berjaya mencari Anelka, hasilnya?? Rembatan mudah ke penjuru dan Gol Kedua buat Chelsea!! Hanya 4 minit, Anelka sekali lagi menemui sasaran dan kali nie tandukan Terry terkena palang dan dengan keeper lawan sudah tewas, Anelka hanya perlu menolak masuk dan gol ketiga buat The Blues!! 3-0 di first half, segalanya tampak mudah buat Chelsea..

Second Half, kita tidak menunggu lama dan dalam 3 minit kali nie Sturridge mendapat bonus gol pertamanya di Europe..Hantaran through pass dari Benayoun memang cun dan lagi cun melecun bile Danny memperdayakan keeper Zina dan menolak bola masuk dengan penuh bergaya nak rak..Baki minit seterusnya agak bosan kerana Chelsea agak malas2 bermain sehingga bolos gol bodoh nak mati apabila cross dari pihak lawan terkena kepala Ivanovic dan masuk ke gawang sendiri..3 youngtsers kemudian diberi peluang masuk- Mc eachran, Van aanholt dan Kakuta dimasukkan dan dengan hampir berpuas hati, The Blues maintain dan pulang ke London dengan 3 mata dalam tangan..



Masih awal aku nak kata pasal prospek CL kita musim nie sebab walaupun kita nampak agak kuat serba serbi berbanding musim lepas, jangan dilupakan team lain juga semakin meningkat dan akan menjadi penghalang utama kita musim nie untuk merangkul Piala Eropah yang pertama..Antara yang merbahaya bagi aku AC Milan, Barca dan Madrid..Jika kita mampu menewaskan salah satu big team nie, aku yakin kita ada kekuatan cukup untuk memadamkan badi selama nie di Eropah..Papepon masih banyak masa, buat masa nie, fokus untuk Blackpool hujung minggu nie, KTBFFH!!


Saturday, August 7, 2010

0 Burger tak sedap!!

0 Comments

Adehh, sekali takpe, kedua jadi risau, ketiga kena jadi parah..Chelsea punyer Pre-Season musim nie memang hancuss berbanding season2 sebelumnye..Hanya satu menang, dan 3 kekalahan berturut2 memang sedikit sebanyak memberikan peluh 'cuak' buat fanatik Chelsea fan..kelamarin The Blues sekali lagi malang apabila tunduk pernuh hormat kepada Burger Cap Germany - Hamburger sekaligus melengkapkan penutup Pre - Season yang sayu oleh Singa Biru sebelum musim baru bermula..

Apakah yang terjadi?? Takde yang lebih teruk dari defence Chelsea ketika nie sebab memberikan gol2 yang haram jadah senang giler bagi kat pihak lawan, terutmanya dalam 3 matach terakhir..Semenjak ketiadaan Cech, barisan defensive Chelsea agak rapuh dan lembik semacam je aku tengok walaupun sekembalinya Terry dan pemain senior lain dari WC..Match lawan Hamburg kelmarin semalam tak terkecuali bila Zhirkov memberikan 'assist' kepada Petric untuk gol penyamaan dan Terry lak longlai macam sayur kena ayam untuk gol kemenangan Burger German..

Satu je aku nak puji, persefahaman antara player terutamanya midfield dan striker nampak lebih jitu dari sebelumnya, selkaligus menampakkan aku seolah-olah aksi hebat Chelsea penghujung musim lepas..Memang diakui WC 2010 adalah mimpi ngeri untuk majoriti pemain senior Chelsea yang beraksi jadi dah tentu kebanyakan diorang masih di dalam mood kecewa dan kurang umpph aksi di awal musim..Aku harap tak berpanjangan dan aku yakin selepas dapat momentum, Chelsea akan mampu beraksi hebat seperti biasa lepas nie..Papepon Pre- Season dah tamat, masa untuk beraksi secara serius sudah tiba, mulakan dengan kemenangan ke atas Manure Ahad nie!!


Monday, August 2, 2010

0 Perlukah Risau??

0 Comments
Chelsea menerima kekalahan kali kedua berturut2 dalam Pre-Season Match yang boleh dikatakan bertujuan sebagai pemanas badan sebelum musim EPL 2010/11 bermula..Kelmarin skuad The Blues tewas di tangan Eintrach Frankfurt 1-2, meneruskan nasib malang selepas tewas 3-1 di tangan Ajax minggu lepas..

Jika menentang Ajax, kita boleh berdalih dengan mengatakan hampir kesemua skuad dianggotai oleh pemain muda akademi, menenatnag Eintrach dah tentu alasan nie tak boleh dipakai..6 pemain dari 9 WC player yang merujuk kepada pemaian senior telah diletakkan dalam skuad utama namun Chelsea tetap tewas si tangan kelab murahan seperti kelab buah-buahan Franfruit juicy berry..

Dalam match nie, aku hanya boleh bagi ulasan pendek, kesilapan Hilario memberikan pasukan lawan gol pendahulu, sekaliguis meneruskan nasib malang kepada pengganti Cech, merujuk kepada kesilapan high profile Turnbull lawan Ajax minggu lepas..Gol Kedua juga agak malang selapas tarikan manja Matic dikatakan foul yang memberikan penalti untuk gol kedua Eintrach..Apa yang aku puji adalah aksi Van aanholt kerana berjaya membuka ruang untuk gol penyamaan dari lampard..Yup, memang superb budak Belanda nie...

Perlukah kita merasa risau?? Tak perlu kot, masih awal untuk memberi tanggapan negatif tentang potensi skuad ini..Pre Season bagi tak memberi banyak makna, kerana apa yang penting aksi dalam match sebenar iaitu apabila musim bermula nanti..Di Situ jika aksi yang sama ditonjolakn, baru aku akan agak goyang sket..Papepon aku dah nampak beberapa pemain muda yang diklihat berpotensi besar untuk menjadi star..Van aanholt, Sturridge, Bruma..Tak sabar nak tengok peningkatan diorang!!




Chelsea (4-3-3): Hilario; Ferreira (Mancienne h-t), Bruma (Carvalho h-t), Terry (c) (Ivanovic h-t), Cole (Van Aanholt h-t); Benayoun (Lampard h-t), Mikel (Essien h-t), Zhirkov (Matic h-t); Kalou (Sinclair 58), Anelka (Borini h-t), Malouda (McEachran 58).

Goal: Lampard 63
Booked: Malouda 36

Frankfurt (4-4-2): Nikolov (Fahrmann h-t); Ochs (Rode 68), Franz (Bellaid h-t), Russ, Tzavellas; Jung, Meier (Fenin 76), Schwegler (Heller 68), Kohler (Korkmaz 76); Amanatidis (Altintop 59), Gekas (Caio 59).

Goals: Ochs 24, Altintop (pen) 82

Saturday, April 3, 2010

2 Replay : Manure 1-Chelsea 3

2 Comments


Yup, agak lama kita tidak menang di Theatre of Cheat..season 2004/05 adalah musim terakhir kita berjaya menundukkan Manure di laman mereka dengan jaringan 1-3..Mengimbau masa dahulu, match nie jelas menunjukkan berapa superiornya Mighty Chelsea sewaktu itu..Harap kita mampu melakukannya semula!! Enjoy The Vid!! KTBFFH!!