The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, August 8, 2011

0 Sturridge mengganas!!




Rekod 100% AVB ketika Pre-Season memang memberangsangkan, dan ditutup dengan aksi penuh cemerlang Sturridge ketika menundukkan Rangers 3-1!!

Dengan menurunkan bayangan kesebelasan yang bakal menjadi starting 11 musim hadapan, Torres dibantu oleh Kalou dan Danny di bahagian sayap..Manakala di bahagian tengah Ramires bermain match kompetetif buat pertama kali di bawah pengawasan AVB dibantu oleh Mikel dan Lampard..Alex dan JT menjadi nadi di bahagian centre back manakala Ferreira dan Cole menjadi pelengkap kiri dan kanan pertahanan..

Namun pihak lawan terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke 6..Counter attack pantas memerangkap Terry dan co apabila cross Davies tidak dihalang dan Nikica Jelavic mudah menanduk melepasi Big Pete..Hampir 15 minit barulah Chelsea berjaya menyamakan kedudukan..High line pressing yang diterapkan AVB dalam 5 match Pre-Season sebelumnya nampaknya sudah mula difahami para pemain bertujuan untuk memaksa kesilapan dari pihak lwan..Cross dari Torres tidak dikeluarkan dengan rapi oleh pemain pertahanan Rangers lalu Sturridge dengan mudah menyelinap masuk untuk merembat gol pertama Chelsea..

Gol kedua juga kisah yang sama berlaku..Kesilapan dan kealpaan pemain pertahanan membolehkan Danny mencuri bola dari kawasan sayap lalu memotong masuk dan merembat rendah menggegarkan gawang!! 2-1!! Chelsea kian mengasak Rangers untuk gol demi gol dengan Sturridge dan Kalou sama-sama mempunyai peluang keemasan namun berita buruk diterima sebelum rehat separuh masa apabila Mikel dikeluarkan akibat injury lalu McEachran dibawa
masuk..

Second half, Drogba, Malouda, Anelka, Benayoun dan Bosingwa di bawa masuk untuk memberikan masa bermain..Didi memberikan impak dengan assist buat Malouda menanduk masuk gol ketiga Chelsea..Kalas dan Chalobah turut diberikan peluang bermain pada lewat permainan ketika kemenangan hampir pasti..Wisel tamat, Chelsea menang 3-1!!

Berikut adalah rangkuman Pre-Season kita sebelum match pembukaan EPL minggu hadapan :

vs Porstmouth menang 1-0
vs Malaysia XI menang 1-0
vs Thailand All Stars menang 4-0
vs Kitchee menang 4-0
vs Villa menang 2-0
vs Rangers menang 3-1

Dengan 15 gol dan 1 bolos dalam 6 match, rekod AVB ketika ini boleh dikatakan agak fantastik dan meyakinkan..Berikut adalah beberapa reaksi positif dari Pre-Season :

-Beberapa pemain muda memberikan aksi menarik, Josh dan Sturridge antara pemain yang nampak sudah bersedia untuk beraksi di starting 11..Bertrand, Kalas, Rajkovic dan Van aanholt juga bermain baik dan wajar diberikan pemerhatian lebih oleh AVB..

-High line pressing, adakah AVB mahu bermain seperti Barca?? Pemain kita kini diberikan tugasan bermain lebih ke hadapan sekaligus menekan opposition ketika kita kehilangan bola dan memaksa kesilapan pihak lawan sekaligus mencuri possesion..Nampak masih belum sempurna tetapi idea yang menarik setakat ini dan memberikan keputusan yang hebat dalam pre-season..

-Tidak terpengaruh dengan nama besar, Didi, Lampard kesemuanya pernah diletakkan di bangku simpanan dan tidak bermula manakala pemain yang lebih muda diberikan keutamaan bermakna AVB tidak teragak menggunakan pemain yang lebih effektif untuk beraksi..Masih awal untuk mengatakan kekuatan AVB dalam bilik persalinan dan cara dia handle Big Name Superstar kita namun setakat ini ianya nampak terkawal..


Tamat Pre-Season, bermakna kini masanya untuk kita fokus kepada kempen baru EPL minggu depan..Apakah pandangan korang, adakah persediaan kita nampak mantap dan sudahkah kita bersedia untuk merampas trofi EPL?? Atau masih ada bahagian yang perlu diperbaiki?? Berikan komen anda. KTBFFH!!

No comments: