The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, August 19, 2011

0 Stoke, Stroke, Seteruk!!


Maaf sebab aku tak sempat nak buat preview dan ulasan match menentang Stoke minggu lepas, busy giler..Tapi itu bukan alasan untuk berhenti menulis, keputusan seri tempohari hanya dilegakan dengan melihat result Sengal dan Fool yang turut kelihatan bangang di awal musim..

Performance?? Tak capai standard yang ditetapkan. Boleh kata sama sahaja dengan ketika kita di bawah Ancelotti. Masih bergantung kepada kuda tua, apa yang boleh diharap?? Hanya Torres yang aku nampak bersungguh nak bermain, yang lain macam masih dijangkiti sindrom malas musim lalu. Masih awal untuk judge AVB tetapi dengan 13m dilaburkan untuk membawanya dari Porto, sudah tentu harapan adalah lebih tinggi. Aku takkan menyalahkan Roman kerana ia adalah adil, jika Carlo dipecat kerana tidak mencapai standard yang ditetapkan, maka AVB juga perlu diberikan pressure yang sama.

Pertama kali dalam 10 tahun Chelsea tak menang game pembukaan, memang macam kena Stroke!! Tak bagus untuk keyakinan pemain namun musim masih panjang dan kita masih ada 2-3 minggu sebelum tempoh perpindahan berakhir untuk memperbaiki skuad..Masih banyak kelemahan yang perlu ditampung secepat mungkin..Playmaker adalah keutamaan yang perlu dicari, harapan masih tinggi untuk membawa Modric dengan Redknapp kini dilihat sudah boleh menerima hakikat Luka akan dijual.

Tak cukup kena Stroke? Ada yang lagi teruk. Cech akan berehat 2-3 minggu akibat kecederaan semasa training. Siapa nak ganti, Hilarious?? Tunggul?? Dua -dua ekor dua kali lima, tak boleh harap!! Aku dah kata beli Begovic tak nak..Mujur fixture kita takde lawan team heavyweight dalam masa sebulan nie jadi boleh tarik nafas lega sedikit walaupun tiada Big Pete. Dengan JT, Luiz, Alex, Ash, Bosingwa dan Iva kesemuanya available dan fit, bermakna barisan pertahanan kita kekal kukuh untuk melindungi Hilarious yang dijangka akan bermain lawan West Brom esok.

Satu sahaja kegembiraan kita minggu ini, kehadiran adik Drogba ke Bridge. Dengan mengambil no 18, Lukaku sudah bersedia untuk bermain hujung minggu ini dan akan menjadi penentu samada AVB melakukan pembelian yang bijak ataupun tidak. Adakah Lukaku bakal menjadi legend seperti King Didi?? Sama-sama kita tunggu..Welcome to Bridge, Lukaku!!






No comments: