The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, August 6, 2011

0 Biskut Oreo terasa lemau



Ketika Barca lebih mementingkan Sergio Biskut, satu lagi young talent akademi catalan, Biskut Oreo telah secara rasminya menyertai Chelsea dengan 5 tahun kontrak..

Dengan yuran perpindahan hanya £4.35m, Oreo antara bakat baru yang bakal menjadi hit di Bridge..Sudah memenangi Piala Eropah bersama skuad Spain U-17 pada 2008 dan kini berada di Colombia untuk kejohanan World Cup U-20, Oreo telah bermain untuk setiap match dan menjadi elemen penting di bahagian midfield skuad Sepanyol..

Bermain di posisi defensive midfielder, jelas AVB mahukan Oreo sebagai pengganti kehilangan Essien selama 6 bulan..Dengan ketinggian 6ft 1 inch, Oreo memang tahan lasak dari segi fizikal malah dibandingkan dengan Sergio Biskut dari segi corak permainan..Masih 19, Oreo boleh dikatakan pembelian ideal oleh AVB untuk memudakan skuad dan memberikan persaingan sihat di bahagian midfield..

Namun Oreo ini dari jauh nampak macam bagus, cantik, perfek, tetapi sebenarnya ada yang lemau..Kenapa?? Kerana ada Buy Back Clause, perjanjian yang membuatkan kita seumpama feeder kelab buat Barca..Dengan adanya clause ini, Barca boleh membeli kembali pemain mereka pada harga yang ditetapkan pada tempoh waktu tertentu..Ini bertujuan untuk mengelakkan kes seumpama Fabregas berulang semula..Perpindahan Bojan (Roma) dan Jeffren (Sporting) juga dilaporkan mempunyai klausa yang sama..

Gourlay ingat fan taktau pasal klausa ini atau malu nak letak dalam official?? Dekat laman web Chelsea memang tak diberitahu tetapi di web official Barca dah tertulis dengan jelas dalam perenggan pertama lagi "The deal includes a buy-back clause of 10 million Euros after a year, rising to 15 after the second year." Terang lagi bersuluh, , nie menunjukkan bahawa sememangnya Chelsea hanya dijadikan stepping stone untuk Barca memberi ruang buat Oreo develop menjadi pemain yang hebat dan kemudian dibeli kembali dengan harga yang murah..Business yang memang pandai putar belit oleh Barca, tapi berisiko buat Gourlay dan Chelsea..

Apa ke bangang??


Dengan adanya Buy Back Clause, pembelian Oreo hanyalah umpama loan dari Barca. Mungkin ia taklah seburuk yang disangka tetapi cara Barca handle nogotiate ini umpama dia menganggap Chelsea adalah kelab kecik macam Arsenal sebagai feeder untuk melatih pemain akademi Barca yang tiada ruang dalam starting 11. Memang arrogant gila dan aku berasa tak senang dengan adanya klausa ini. Bagaimana jika Oreo menjadi player yang hebat di Bridge kemudian Barca dengan senangnya membeli dia kembali pada harga 10m?? Dah tentu Chelsea yang akan rugi selepas menangung semua kos development Oreo.


Apapun, selamat datang Oreo ke Bridge. Sekurangnya ada pemain baru masuk untuk menguatkan pasukan. Harap dia akan menambah rencah di bahagian midfield kita musim hadapan. Mengenai klausa haram jadah tadi, harap ia takkan terjadi apabila masanya tiba kelak. Mungkin Oreo akan jatuh cinta dengan kehidupan di London dan tidak mahu ke kembali Barca, siapa tahu?? Welcome to Chelsea, Oreo!! KTBFFH!!

No comments: