The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, July 30, 2011

1 Memahami Cara Villas Boas

Oriol Romeue (satu-satunya pembelian Chelsea setakat ini)

Dekat nak masuk EPL dah nie, satu pembelian heavy pon takde wehh!! Man City dah bedal Aguero, Manure dah beli 3 player, Liverpool beli borong pemain England, Arsenal beli adik Ronaldinho..Chelsea je yang masih melopong!!

Pemain senior menjadi semakin tua, tapi takde tanda-tanda untuk kita membeli pengganti berkaliber segera..Adakah ada yang risau??

Nampaknya kita perlu memahami cara AVB berfungsi..

Tidak drastik

Ketika di Porto, Villas Boas hanya membuat dua perubahan pada skuad iaitu menjual Bruno Alves dan Meireless, dan membawa dua pembelian iaitu Otamendi dan Moutinho, selainnya adalah barisan skuad yang sama dari musim berikutnya..Lihat hasilnya?? 4 trofi dalam semusim.

Gunakan skuad sedia ada

Sejak berada di Chelsea, AVB membuat kenyataan skuad yang ada sudah cukup kuat dan hanya mahukan beberapa perubahan kecil..AVB dijangka akan menggunakan pemain sedia ada dan Torres dan Drogba bukan calang-calang pemain sepertimana Hulk dan Falcao di El Dragao..Mungkin ada yang mahukan kita membeli, tetapi sebenarnya kita sudah cukup dari segi kualiti, cuma perlukan pengurusan yang baik..

Tiada pembelian mengarut

50m Man Torres?? Dijangka tiada lagi pembelian terdesak dan mahal sebegini lagi selepas ini di bawah AVB..Tempoh dua mingggu hanya untuk membuat evaluation menunjukkan AVB amat rasional dan mahukan masa sebelum menentukan apa yang dia mahukan..Pembelian pemain muda dan lebih murah Oriol Romeue dari Barca untuk menggantikan Essien membuktikan AVB tidak akan membazir wang kepada pemain yang overrated..Neymar (40m), Pastore (45m) dan Modric (30m) antara transfer target utama kita tetapi sehingga kini tiada response menunjukkan AVB dilihat tidak akan tunduk kepada pihak kelab luar yang hanya mahu mengorek tabung Chelsea..

Pemain muda

AVB memang suka menggunakan pemain muda, dan di sinilah department yang mungkin antara sebab mengapa dia merasakan kita sudah cukup kualiti untuk compete di tahap tertinggi..Josh Mceachren dan Sturridge mungkin adalah jawapan terbaik berbanding sesiapa yang mahukan kita membeli Modric dan Pastore..Kita sedia tahu kualiti pemain muda ini, cuma perlukan kepercayaan lebih dari manager..



Aku takkan terkejut sekiranya AVB tak membeli sebarang pemain bernama besar dalam musim panas ini..Pembelian nama kecil Romueu menunjukkan AVB mempunyai pandangan tersendiri dalam polisi membeli pemain dan dijangka akan ada lagi pembelian sedemikian rupa pada masa akan datang..Yang penting ada kualiti dan boleh melaksanakan tugas diberi, harga bukanlah penanda aras sebenar kredibiliti sesorang pemain..Youngsters kita juga nampaknya sudah bersedia untuk beraksi musim ini dan dijangka akan memainkan peranan lebih besar di bawah AVB..KTBFFH!!


1 comment:

Mell 10-11 said...

For everything english premier league and fantasy football...Malaysian style...
fantasyonthego.blogspot.com...Join our official league for the extra kick