The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, July 15, 2011

2 Sixth Candidate!!

Tumporr!!

Berita Essien dah terlantar 6 bulan dah disahkan..Walaupun masih ada sebulan setengah lagi untuk permulaan EPL, proses rehab dan fitness bermakna kita hanya bakal mendapat Essien yang benar-benar cergas 100% secepatnya Jan/Feb tahun hadapan..

Memang malang buat Essien, tetapi kita perlu memikirkan kekuatan team ketika ini..Pengganti di bahagian tengah nampaknya sudah hampir pasti adalah posisi yang perlu dicari ganti..Di sini 6 candidate yang dijangka menggantikan Essien :

Modric

Paling mahal dan paling sukar nak dibeli. Luka memang midfield berkaliber. Walaupun tidak tegap seperti Essien, titik graviti yang rendah umpama Messi menyebabkan dia sukar dijatuhkan malah mampu memegang possesion dengan bagus. Bid 27m Chelsea tempohari telah ditolak mentah oleh Spurs dan dijangka harga maksimum adalah 30m. Namun dengan Luka sudah mengikuti Pre-Season bersama Spurs, harapan kini agak tipis.

Moutinho

Salah seorang tonggak penting Villas Boas di Porto. Kreativiti dan stamina yang tinggi membolehkan dia dianggap pengganti Essien yang lebih dinamik. Namun selepas mencuri AvB, sudah tentu sukar Porto untuk melepaskan seorang lagi star player diorang.

Meireless

Terkejut?? Meireless memang star Libepul musim lepas tetapi melihatkan pembelian Kenny summer ini yang dipenuhi Midfield seperti Adam, Henderson, Downing, serta kembalinya Gerrard bermakna tiada tempat buat pemain portugal ini. Dijangka murah dan loan setahun adalah langkah terbaik bagi mendapatkan Raul Meireless.

Lassana Diara

Semakin terpinggir di Real selepas pembelian Nuri Sahin. Bekas pemain Chelsea nie boleh dikatakan pemain yang bagus dan meningkat selepas meninggalkan Bridge dan berkelana ke Posemut, Sengal dan Madrid. Mempunyai bakat namun tidak mendapat peluang, Lassana Diara mungkin berminat ke Bridge semula dengan ketiadaan Essien. Nampaknya The Chosen One kena kompromi dengan Special One la dulu.

Scott Parker

Salah seorang bekas pemain Chelsea yang dikaitkan kepulangan ke Bridge. Selepas kecederaan Essien sasaran awal kita adalah Parker dengan pinjaman setahun. Tetapi dengan interest yang kuat dari Arsenal dan Man City bermakna Chelsea mungkin terpaksa mengambil langkah drastik iaitu permanent tranfser. Hero di West Ham seperti Lampard tetapi umur yang menghampiri 30an adalah amat merisaukan. Malah rekod kecederaan dia jugak seakan Essien. Dijangka harga sekitar 8-9m, sedangkan kita menjual Parker dahulu ke West Ham pada 6m je. Tak berbaloi!!

Wilson Palacios

Dengan adanya Sandro, Palacios semakin kurang waktu bermain. Walaupun bukanlah nama besar, tetapi badannya cukup besar untuk menandingi Esssien. Boleh menambahkan kekuatan fizikal di bahagian midfield, Palacios dijangka tak memakan banyak belanja dan mampu menjadi backup yang bagus. Rasanya Levy takkan bising kali nie.

So, pilihan di tangan AvB..Lagi cantek kalau kita dapat beli seorang pemain sebelum Asian Tour. KTBFFH!!

P/s : Siapa pemain yang korang rasa perlu dibeli menggantikan Esssien??




2 comments:

M. Adlail Zamiza said...

bagi aku, ramires atau obi mikel boleh back up tempat essien tuh.
mengunakan loan player jugak satu pilihan yang bijak.

Raiden said...

yupp, aku lagi suke kalau kite amik loan, lagipun Essien bukan injured satu season, tengah musim die boleh main dah..Jangan lupe,Jan tahun depan sorang lagi wonderkid masuk, Lucas Piazon..