The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, March 18, 2010

5 Post Match : Still Not Good Enough..

Masih belum mencapai Tahap 'Dewa'..

Mengenai match kelmarin, ak ingin mengatakan barisan skuad kita sememangnya tidak 'Up To Standard' atau tidak cukup bagus dalam mengawal barisan askar putih kendalian Mourinho dari Milan..Kekalahan 1-0 ke atas Inter sekali lagi menjadi kekecewaan untuk Fan2The Blues yang begitu mengidamkan Kejuaraan Eropah..Musim ini sekali lagi kita gagal, next time mungkin??

Untuk membandingkan kedua2 team di atas kertas, kedua2 team menampilkan formasi yang sama iaitu 4-3-3 , tapi bagi aku Chelsea mempunyai kelebihan kerana beraksi di home dan barisan pemain The Blues lebih superior berbanding Inter, tetapi di atas padang, ceritanya berlainan..

First half, walaupun agak kurang bergerak pantas di awal permainan, sedikit demi sedikit, pemain Chelsea semakin serasi dengan corak permainan dan kita mula menampilkan beberapa siri serangan bertali arus ke kubu Inter..Maicon sememangnya kebal di posisi kiri mendiamkan Zhirkov dan Malouda, tetapi apabila kita cuba menyerang dari tengah, jelas masih ad peluang untuk menembusi gawang Inter dengan Samuel kelihatan agak lemas dengan tugasan mengawal Didi The King..Walupun masih gagal menjaringkan gol, bagi aku Chelsea masih mengawal match, dan di Second Half, ak yakin gol kemenangan mampu dicari..

Second Half, awal match bermula agak hambar dengan 4 kad kuning dilayangkan kepada Motta, Lucio, Malouda, dan Didi..tetapi Carletto melakukan kesilapan besar selepas itu, Ballack dikeluarkan dan Joe Cole dimasukkan untuk memberikan lebih impak serangan..Ak agak kaget, tanpa Ballack, siapakah yang akan mengawal Sneijder?? Jawapan ak terjawab selepas itu, TIADA!! Kehilangan Ballack jelas membiarkan Lampard dan Mikel terkapai2 mencari sumber inspiras dan kekuatan tambahan di posisi tengah..Sneijder, seperti anjing gila yang terlepas ikatan, seperti Dr Hannibal Lecter yang keluar dari kurungan, The Dutchman kembali bermaharajalela tanpa Ballack mengganggu..

Diinspirasikan oleh Sneijder, jelas Inter back on game, dan dengan mudah Dutchman nie merencana serangan2 ke atas kubu Chelsea yang kian lemas dan sukar bernafas..Pengeluaran Zhirkov dimasukkan Kalou jelas memudahkan tugas Special One..Tanpa defender, ak tak pasti apakah yang cuba direncanakan oleh Carletto berdepan team sekental Inter yang kian giat menyerang..Hasilnya kita dibolosi di minit ke-80 oleh Etoo hasil hantaran Sneijder..Kad Merah Didi hanyalah aksi2 bodoh di sebalik kegagalan Chelsea mara ke pusingan seterusnya..Kita boleh dikira bernasib baik tidak dibolosi kali kedua selepas Bulldozer menyelamatkan shot dari Etoo secara one on one..Lupakan mengenai referee, kita harus akui, kita dikalahkan sepenuhnya dari semua sudut, taktikal mahupun corak permainan, di dalam dan di luar padang..

Bayangan yang kian menghantui Bridge..

Buat masa ini, Special One got his last laugh, dan mungkin bayangannya semakin sukar dipadamkan di Bridge..ak harap kita akan bertemu lagi dengan Inter season depan, samada di Group Stage ataupun Knockout dengan skuad yang lebih mantap!!

Whats Next?? Memang kita mengalami aksi terburuk di Bridge kelmarin tapi ak yakin masih ad perkara positif yang boleh dilihat dari pertemuan nie..

1) Turnbull sememangnya Superb..Lupakan Hilario, ak yakin kita sudah ada pengganti utama selepas Big Pete, tidak mustahil juga dia bakal menjadi Keeper utama suatu hari nanti..Di sebalik umur yang muda dan pengalaman yang terbatas, Bulldozer sentiasa tenang, tidak gentar sepanjang match dan crucial save menafikan gol kedua Etoo membuktikan bakat keeper muda ini..

Sememangnya Bulldozer!!

2)Malouda mampu menjadi Left Winger bertaraf Dunia..walaupun agak sukar melepasi Left back Inter, bagi aku kerana Maicon adalah World Best Right Back kini..Namun di First Half Malouda beraksi bagus dan kadangkala dia agak threatening berbanding Didi..Shot di first half yang ditampan Samuel menunjukkan sekiranya diberi lebih banyak peluang dan confidence, ak yakin dia mampu menjadi lebih mantapp!! Buat masa kini, posisi Left Wing sememangnya sudah establish untuk Malouda..

3)Zhirkov adalah defender yang yang bagus..pembelian yang masih belum menunjukkan value sebenarnya bagi aku, namun sekiranya kekal dari injury, ak pasti dia akan memainkan peranan yang penting dalam kempen musim ini..tackle yang cantek untuk menafikan Pandev adalah antara aksi terbaik Yuri, namun kekentalannya menyekat Maicon dari mara ke atas adalah bukti kehebatan sebenar pemain Russia ini..Tak terkejut kita dibolosi sebaik sahaja dia dikeluarkan..

4) Penyingkiran dari CL memang perit tetapi sekurang2nya akan membantu kita dalam aksi liga..Fixture kita akan menjadi kurang busy dan para pemain kita yang kebanyakannya sudah agak tua dapat berehat untuk lebih lama justeru mengurangkan risiko kecederaan yang kerap membelenggu kita musim ini..Dengan pesaing utama MU dan Arsenal masih dalam kejuaraan Eropah, harap sedikit sebanyak fokus mereka akan terganggu dan mencicirkan mata..Fokus Utama kini-Premiership!!

5) Season ini bukanlah musim terburuk untuk The Blues..Kita masih ada Premiership dan FA Cup untuk dikejar..Sekiranya kita mampu merangkul kejuaraan Double, tak mustahil ini akan menjadi antara musim terbaik kita, dengan FA Cup bagi aku sudah hampir pasti dalam genggaman, dan di Epl kita merupakan antara calon utama Juara EPL season nie..hanya dua mata dari Top Spot, one game in hand..9 match ingin dilalui lagi, sekiranya kita mampu meraih point maksimum, ak yakin Trofi EPL akan dibawa berarak di Kings Road hujung season nie..Setakat ini Jose memegang rekod musim terbaik pada 2004/2005 apabila kita memenangi EPL+ Carling Cup..Sekiranya Carletto mampu membawa EPL + FA Cup untuk season 2009/10 ini, Special One tidak akan diingati lagi sebagai 'the only special'..

Kejuaraan Eropah akan datang sekiranya kita betul2 sabar dan mempunyai skuad yang marvellous dan Unity..Carletto tidak memenangi Champions League sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di Milan..Masih ad banyak progress yang perlu dilakukan, tetapi ak yakin sekiranya kita bersabar dan membiarkan Carletto menjalankan tugasnya untuk membentuk team acuannya sendiri, Trofi Champions League akan hadir ke Stamford Bridge!! Keep Faith, Keep Supporting, Keep The Blues Flag Flying High!!



Jose : Carlo, peciter nie?? Kata hebat sangat kat Eropah?!

Carletto : Ala, aku bagi muka kat ko depan Fan Chelsea sebab ko legend diorang..Champions League nie season depan la aku amik balik..


5 comments:

eddie dewanaga said...

dah sibuk pasal 100 juta, masa untuk shopping, harap carlo beli yg berbaloi...

Raiden said...

ak harap dapat 3 player baru mengikut selera Carletto dah cukup-sorang defend, sorang mf, sorang striker-

ak harap : Subotic,Hamsik,Pato (in)

esofagus said...

dgr cte hamsik da sign contract 5tahun ngan kelab die, napoli..hampeh gas betoi

Raiden said...

yela, Hamsik dah sign kontrak baru..adoi2 extend kontrak ballack setaun lagi okey gak, janji potong gaji..ak lagi suka Ballack dari Mikel main..mungkin boleh amik Hamsik ujung season depan..kalo x, cari alternatif lain-Gourcuff, Ozil pon leh tahan gak..

esofagus said...

gourcuff..pewaris zidane..
tp ade problem cikit..dulu die penah main satu season kat ac milan, tapi tak mnjadi..
maybe sebab time tu, attack mdf kaka pegang..ancelotti pulak nak pakai sorg aje attacking mdf..