The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, March 1, 2010

2 Sumpahan Wayne Di Bridge

Sesi bersalaman Hari Raya di Stamford Bridge

Sori sebab agak terlewat post match nie, ye la ak bz gak skang nie, ngan test dan keje2 len, tambah2 lak baru je Chelsea kalah, so kurang sket mood nak menulis..Membe2 big 4 len lak kuat lak menyindir, pehh panass telinga beb, tapi pe leh wat, memang diakui Chelsea men teruk, so telan je la kepahitan..Tapi yang sudah tu sudah, demolition di Bridge kelmarin, jom usha pe yang tak kena..

Dengan tabloid2 England menghangatkan suasana preview match nie, dah tentu pressure lebih terarah ke Bridge dan JT, dan ak pasti bukan je diorang je terkena tempias, teammate2 diorang pon sedikit sebanyak terasa pressure akibat dari suasana yang kurang enak di Bridge kelmarin..Permulaan yang hebat, No professional handshake antara JT-Bridge, dah tentu situasi makin panas!!

Carletto still menggunakan formasi 4-3-3, ak yakin taktikal tak menjadi msalah sebab formasi yang sama membolehkan kita menang ngan Sengal, 4-4-2 memang memberikan backup yang lebih kepada defence, dan defend kita skang nie memang teruk di mana bolos berlambak2..Dua match 6 kali bocor..tapi disebabkan masih takde Amf yang benar2 sesuai beraksi di ruang diamond, Joe Cole masih tak perform dan meyakinkan Carletto, Malouda lebih suka beraksi di posisi sayap, Lampard lak selalu xmenyengat di bawah formasi Diamond..Situasi menyebabkan Carletto lebih mempercayai formasi menggunakan sayap, berita yang bagus kita tak pernah gagal menjaringkan gol dalam taktikal nie, jadi ak yakin yang menjadi masalah defensive dan pemain tu sendiri..

Match First half adalah aksi2 terbaik dari Chelsea bagi ak, total domination dari pemain2 The Blues, manakala pelawat yang berbaju macam River Plate jarang2 kelihatan mendapat bola, Tevez pon hanya sekadar melihat Player Chelsea pass bola sesama sendiri..Walaupun konker habis-habisan, gol sampai lewat, di minit 40 baru kita mendahului hasil hantaran cantek Joey ke Lampard, yang mudah merembat melepasi Given..Tapi turning point match nie bermula di hujung half nie, kesilapan bodoh (sekali lagi) dari Mikel menyebabkan Tevez terlepas untuk counter, dan kegagalan JT dan Carvalho mengawal, serta kecuaian Hilario menyebabkan kita dibolosi..1-1 di first half..

Second half, ak bajet Carletto dah memberikan kata2 yang bernas kepada para pemain, tapi player River Plate lak yang gol, sekali lagi kesilapan dari Mikel yang terlepas Bellamy, membolehkan gol kedua disumbat melepasi Si Gelabah yang baru, Hilariouss..Kecuaian Mikel menyebabkan ketiadaan Essien amat-amat dirasai dan ak harap dia cepat sembuh untuk mengelakkan Fan Chelsea dari melihat aksi2 'menarik' Mikel lagi..Mase nie ak dah tarik nafas panjang2..air teh ais diteguk sebanyak yang boleh..Membe ak dak2 Arsenal ngan Mu lak dah bersorak2..Fuhh..

Carletto sedar situasi dah xmengena, jadi Belletti masuk menggantikan under-performer Mikel, manakala Sturridge menggantikan Joey..Situasi kembali stabil dengan kemasukan Belletti, tapi pastu hilang pertimbangan dari Carletto, die salah makan ubat ke ape, Panadol atau Pil Chikittekaun, korang pilih, Carvalho dikeluarkan Kalou masuk konon2 nak tambah firepower..Tapi pertukaran formasi secara mendadak, Belleti jadi Right Back, Ivanovic jadi Center Back menyebabkan formasi player hancur, xde persefahaman lagi..kenapa tak masukkan Kalou ganti Anelka yang nampak agak senyap?? Tambah panass biler Belleti terlepas Barry lalu mendapatkan penalti untuk River Plate, terkena kad merah, bermulalah disaster night untuk Chelsea..Tevez sekali lagi menjadi pemusnah..

Tu angpow CNY ke Reff??

Ballack nampaknye agak emosi malam nie, dengan muke dah macam Kungfu panda dah, taktau ak katne die dapat celak hitam kat mata, tackle tak diperlukan menyebabkan dia terkena kad merah kedua..Bagi aku nie bukan contoh terbaik dari pemain senior yang seharusnya lebih tenang dari pemain2 lain, apatah lagi dia nie Kapten negara..Satu lagi masalah yang akan menyebabkan kita short pemain di midfield lawan West Ham 2 minggu lagi..Essien, cepat sembuh!!

Gol keempat pelengkap malam yang suram di Bridge, ak dah agak dah, dengan 9 orang, defend pon main tanpa keyakinan diketuai Hilario..Gol dari Lampard hanya saguhati dan menambah mata ak lam team fantasy, seb bek ak wat die Captain..

Rekod 37 match unbeaten yang dimulakan Hiddink dah lebur, dan ak harap proses muhasabah diri perlu segera dilakukan..Kita masih mendahului dengan 1 mata di atas, minggu depan tiada fixture league untuk Chelsea, digantikan dengan match FA Cup menentang Stoke City..MU dan Arsenal akan bermain 1 match lebih, so kita mungkin akan dipintas, walaupun untuk sementara..papepon rehat seminggu adalah bagus untuk pemain2 The Blues yang nampak agak keletihan dengan bermain match setiap 3 hari..Fokus next match menentang Stoke City, KTBFFH!!

Highlight pengajaran :







2 comments:

Umar_Lampard said...

haha ballack dah muke cam kungfu panda dah..mate die celok hitam ke,hahaha

Raiden said...

ballack2..dah macam Rustu Reckber pon ad ak tgok..huhu