The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, March 26, 2010

0 Post Match : Maraton Perfect 10 bermula!!

Mau secawan??

Sebelum match di Frattorn Park, Carletto telah mencabar para pemainnya untuk melakukan kemenangan marathon yang membolehkan Chelsea mencapai Double season nie..Cabaran yang dinamakan 'Perfect 10' kini sudah bermula!!

“Normally 86 points will win the title. That is what we need now. We have 10 games left, eight in the League and hopefully two in the FA Cup. That is not a lot of time, maybe 50 days of training. We have to stay focused for all 10 games.

“I have told the players we have to win them all – and we cannot lose at United. I know they have the courage to do it. They have the personality. But they also have to have the energy, strength and confidence.”


Nampaknya pemain The Blues menyahut cabaran manager dengan nada yang serius..Kemenangan semalam di Fratton Park memberikan pembukaan yang gemilang untuk memulakan cabaran Perfect 10 yang dilontarkan oleh Carletto..hanya 9 match tinggal=7 league+ 1 semi FA + (hopefully) 1 Final FA=Double!! Walaupun kita menang 5-0 semalam, ak takkan memanggil performance kita 5 star kerana Posemut (bak kata MyS) adalah team yang sememangnya begitu ketara lemah berbanding The Blues..tidak mahu mendabik dada, sesiapa yang menonton match nie pasti setuju, konfem nak relegate, pemain2 Posemut tiada inspirasi dan tidak bernafsu untuk melawan..tengok gol pertama pon tahu..hanya O'Hara yang layak dipanggil footballer dalam kem Posemut semalam..papepon persembahan dari Chelsea amat konfiden, sememangnya result terbaik untuk menangkis tohmahan media mengenai keupayaan Chelsea dan memberikan pressure kepada Manure dan Sengal..

Berkenaan match semalam, Carletto nampaknya sudah dapat melihat bagaimana pemain2 Chelsea berfungsi, dan dimanakah posisi terbaik mereka..Keputusan meletakkan Malouda kembali ke sayap kiri memang Wajib dilakukan kerana semalam kita dapat melihat Frenchman nie mendominasi bahagian kiri dengan selesa, dan tidak terkejut 2 gol disumbatkan oleh Malouda..Aku harap Malouda tidak diturunkan posisi lagi ke bahagian midfield kerana jelas itu bukanlah posisi kegemarannya, kita dapat melihat apa yang berlaku ketika menentang Blackburn..Malouda adalah pemain utama kita musim ini, prestasi dia kini sudah hampir seperti di Lyon yang menyebabkan dia menjadi buruan kelab2 di Eropah, jadi aku harap Carletto dapat menggunakan aset ini sebaik-baiknya..

Di sayap kanan pula, Anelka tidak diturunkan, ak amat bersyukur, bukan aku membenci Anelka, tetapi prestasi hampass die dalam 2-3 game nie memang teruk..apa yang membuatkan aku meluat kebanyakan peluang depan gol tidak disudahkan dengan baik oleh Anelka ketika menentang Balckburn membuatkan kita seri..Joey bagi aku walaupun kurang cergas, sekurang-kurangnya dia kelihatan begitu bersemangat untuk memberikan sepenuh tenaga semata2 untuk membantu Chelsea meraih Double season nie..Anelka kelihatan malas dan tidak bermotivasi untuk beraksi..Aku harap kesan tidak diturunkan ini boleh membuatkan dia sedar dia bukanlah permanent starter, beraksi lebih baik, jika tidak Sturridge dan Joey lebih layak menyarung jersi Chelsea dan masuk ke dalam padang..Kita mahukan semua tenaga dari seluruh skuad, jadi aku harap semua pemain bermain 200%..

Semalam kita menggunakan 4-3-3 dan sekali lagi aku lega melihat Deco di bahagian midfield..Tanpa Essien dan Ballack, sememangnya kita memerlukan playmaker berbakat sepertinya ketika ini untuk membantu Mikel dan Lampard..Carvalho kembali starting, manakala Ferreira menjadi Right Back menggantikan injured Ivanovic..First Half agak merisaukan buat fan2 The Blues kerana kita gagal memecah kebuntuan walaupun Lampard telah melakukan beberapa shot2 padu ke arah Keeper England nie, sehinggalah minit ke-31 apabila tandukan through dari Deco tidak disepak dengan kemas oleh Calamity James (atau Clumsy james??) membolehkan Didi mudah menolak bola ke gawang yang sedia kosong..Sebijik macam masa lawan Croatia..Apa yang merisaukan adalah Carvalho dikeluarkan akibat kecederaan, digantikan oleh Alex..

Predator bersaudara

Gol pertama di First Half sememangnya lucky, tetapi di Second Half tidak ada lagi gol2 nasib boleh dikatakan..Dengan rambut ala2 Predator, Malouda membuka jaringan awal untuk menambah derita Posemut hasil rembatan cantik dari sayap kiri, dan tidak membuang masa Malouda menambah gol ketiga The blues selepas rembatan Lampard ditepis oleh James namun pantas disambar Malouda untuk gol ke-11 dia musim nie..Sturridge kemudian dikeluarkan dan Joey dmasukkan..tidak mahu tewas, Didi menambah gol ke-4 Chelsea membolehkan goal tally dia kini 24, hanya 2 gol kurang dari Shrek Rooney untuk merebut gelaran kasut emas..Zhirkov kemudian dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan youngsters Van Aanholt dimasukkan, not bad, cross dari sayap kiri nyaris2 memberikan hatrik untuk Didi..great debut dari pemain muda nie!! Lampard menambah derita kepada Posemut dengan gol ke-5 hasil tandukan mudah seumpama training petang2..Match tamat dan Chelsea meraih 3 mata berharga untuk merapatkan jurang kepada 1 mata di belakang Manure..

Match Highlight :



Ak harapkan prestasi ini dikekalkan untuk match seterusnya yang lebih hardcore; pertemuan bersama Villa di Stamford Bridge..detail2 penting untuk persiapan match nie :

-Joey perlu kerap diturunkan selepas nie..Mungkin kurang cergas, namun cross cantik untuk gol kelima, hanya Joey boleh melakukannya..kita perlukan flair dan cross2 menarik dari sayap kanan, sepertimana yang dilakukan Malouda di sayap kiri..ak yakin sekiranya banyak peluang diberikan, dia mampu beraksi hebat seperti dahulu, ak mahukan Joey bermain starting menentang Manure nanti, jadi aku harap menentang Villa nanti menjadi pemanas badan buat Joey sempena showdown di Old Kerepot..

-Gunakan pemain muda, kemasukan Van aanholt dan Sturridge adalah langkah positif untuk refreshing the squad yang agak keletihan dengan pemain2 tua..aku harap pemain seperti Bruma akan diturunkan menggantikan Ferreira dalam match2 yag low profile atau hampir menang..Kita perlukan tenaga pemain senior untuk Big game dan demi mengelakkan kecederaan, pemain muda perlu step-up ke depan sebagai bantuan tambahan..Kecederaan Carvalho (4 minggu-more info next post) adalah contoh terbaru sekaligus menambah derita kita dan aku tak sanggup lagi melihat pertambahan injury list..cmon Young Blues!!

-Kekalkan formasi ini..4-4-2 tidak relevan kini dengan skuad kita yang lebih bercorak menggunakn pemain sayap..formasi 4-3-3 perlu terus digunakan selepas ini..barisan skuad semalam juga adalah yang terbaik kita kini..harap dikekalkan posisi mereka..


Kedudukan liga kini amat sengit..menjelang persaingan CL minggu depan, aku yakin Sengal dan Manure akan drop point, yang penting Chelsea perlu memberikan continuity pressure kepada rival2 kita dengan kemenangan yang berterusan..Kemenangan semalam amat bagus kepada teamwork dan unity dalam skuad, harap pemain The Blues akan kembali bersemangat seumpama juara yang sebenar!! Diamkan segala kritikan, dipukul, dijatuhkan kita akan tetap bangun dan mengaum lagak Singa Biru kebanggaan London!! Buktikan kita adalah The Almighty Blues dan kita tidak gentar dengan sebarang cabaran mendatang!! Villa Next!! KTBFFH!!





No comments: