The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, March 8, 2010

0 Post Match : Stoke kena StRoke

1-0

2-0..Game Over!!

Kebangkitan di waktu yang tepat, demolition of Stoke di Bridge sememangnya amat diperlukan selepas tewas mengejut 2 game terakhir..Dua gol sudah memadai untuk memacu Chelsea ke Wembley sebagai aksi pemanas badan semi-final menentang Ass-ton sebelum aksi sebenar Final di Wembley, yang bagi aku kemungkinan akan menjadi pertemuan London Showdown menentang Spurs..Dah tentu ak nak revenge kekalahan Carling Cup 2007 dulu..

Mengenai match semalam, formasi 4-3-3 tetap menjadi taruhan, tetapi kerana ketiadaan Ballack dan Belletti, Malouda terpaksa beraksi di posisi midfield, manakala Kalou menjadi Winger..Masih lagi tiada tanda2 Carletto akan berlembut dengan Joey yang masih lagi disisihkan dari skuad utama..Ferreira kembali ke posisi kiri menunjukkan Zhirkov masih tak pulih sepenuhnya dari kecederaan..

Dari segi keseluruhan, Chelsea memang mendominasi sepanjang match nie, dari mula sampai habis, First Half, walaupun agak lambat, selepas menyerang bertali arus, gol pemecah benteng hadir di minit-34 hasil hantaran Terry yang disambut dengan ucapan 'Terima Kasih' dari Lampard yang mudah melakukan rembatan 'biasa2' untuk gol ke-146 dia untuk Chelsea kini, hanya 4 kurang dari Legendary Osgood..

Second Half, Chelsea masih kontrol match, walaupun awal second half The Blues agak hambar permainan, kita masih mampu menjarakkan scoreline hasil tandukan maut JT yang deras melepasi keeper Stoke yang hampir2 nak kena Stroke..Anelka dan Kalou kerap kali menghampakan aku, walaupun dah berapa kali mendapat peluang terhidang di depan mata..

Team Stokin Potters, tak merbahaya bagi aku, ak hanya nampak Delap, throw-in , Delap dan throw-in berulang kali sebagai satu-satunya punca serangan diorang..Sampai nak terlelap ak tengok Delap..Walaupun di awal match, balingan ajaib Delap agak dangerous, tetapi selepas JT dan Alex dah biasa dengan serangan murahan diorang nie, no problem at all..Yang kelakarnya bila Ivanovic pon ikut sama panass je tengok balingan throw-in Delap, lantas dia pon ikut sama tiru lontaran ajaib Delap, not bad, hampir2 memberikan assist untuk gol ke 3 Chelsea haha..Ivanovic berkata "Setakat baling camtu, ak pon boleh la!!" Terdiam Delap, lepas nie balik rumah berlatih la jadi pemain bola sepak, bukannya bola tampar ataupun bola keranjang..Match tamat 2-0, semi final di Wembley menanti!!

Rupa Delap bila retire nanti

Overall, Chelsea bermain bagus, namun still ad gak lubang2 yang boleh dibaiki..Kat sini ak senaraikan perkara positif dan negatif dari preformance semalam:

Positive
-Ivanovic semakin mantapp performance dia, kebal di posisi kanan, dan memang threatening dengan cross2 yang merbahaya..Top Class Defend..
-Captain Marvel JT, walaupun agak goyah dalam beberapa game lepas, kini nampaknya sudah tidak terganggu dengan berita di luar padang..Gol dan clean sheet semalam menjadi bukti..Harap maintain, sekiranya dia kekal fokus, no doubt JT is one of The Best Defender in the world!!
-Lampard nampaknya dah kembali ke puncak prestasi, 3 gol dalam 3 match terakhir, 16 gol musim nie, sememangnya prestasi Super Frank meletup2 di waktu yang tepat..
-Mikel dah kembali tenang, harap tidak lagi melakukan kesilapan bodoh seperti ketika menentang ManC..clear bola atas line antara usaha yang patut dipuji..

Negative
-Hilario masih lagi kurang meyakinkan di gawang, nasib baik defender Chelsea banyak cover kesilapan Hilariouss semalam..Salah satu bahagaian yang paling bermasalah kini dengan tiadanya Big Pete..
-Anelka, walaupun the best dribbler di ats padang, harap dia tak lupa dengan tugasan asalnya, iaitu menjaringkan gol..Semakin berkarat dengan gersang hampir 3 game tak menjaringkan gol walaupun banyak chance diberikan, prestasi yang kian meresahkan dengan harapan lebih ditanggung kepada Didi..
-Didi, seperti partnership Anelka, juga gersang hampir dua game kini, walaupun bagi aku Didi gagal menyumbat gol kerana kurang opportunity dan dijaga ketat pihak lawan, harap kembali ke prestasi asal secepat mungkin!!
-Carletto masih tak percaya kepada Joey, ak harap dia dapat peluang bermain hatta 10-20 minit ketika Chelsea dah leading 2-0, tapi jelas Carletto masih berkeras dengan pendiriannya..ak yakin Joey masih ad potensi, harap dia dapat diberi peluang selepas ini..


Bulan Mac dah tiba, masa untuk Chelsea beraksi dengan Gear Penuh, kerana semua kejohanan dah semakin hampir kepada kemuncaknya..Kejayaan atau kegagalan musim nie kebanyakannya akan bermula dari saat ini..Penuhkan tekad, fokuskan matlamat, berjuang sehingga tamat!! KTBFFH!!

Match Highlight :


No comments: