The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, March 27, 2010

2 Preview : Anelka kembali?? Villa Menanti..

Match malam ini menentang Villa di Bridge adalah salah satu 'final' yang disebut oleh Carletto..Tiada lagi kesilapan dibenarkan, tiada lagi mata patut dilepaskan, kita perlu menang dalam semua match sehingga tamat, jika tidak boleh Bye-Bye kepada Trofi EPL..

Berita baru Carletto mengatakan Anelka akan diturunkan ke dalam First team, aku tak pasti adakah berita baik atau buruk..prestasi Anelka macam hampass sebelum nie memang membuatkan aku menyumpah2 taknak tengok dia main lagi selepas nie..Kemenangan besar di Fratton Park kelmarin juga hadir selepas tidak melihat kelibat Anelka selama 90 minit, puas hati aku..Jika mengikut pendapat aku, Joey patut diturunkan sebagai sayap kanan, walaupun kurang cergas tetapi dia mempunyai kaki kanan yang boleh cross lagi cun dari Anelka, yelah kaki Winger kan..Match di Old Kerepot aku nak tengok Joey starting jadi malam nie aku harap dia dapat bermain untuk memanaskan badan dan kembali mendapatkan potensi seperti dahulu..Ini pendapat aku, tak pasti la apa dalam kotak pemikiran Carletto, harap dia membuat keputusan yang betul..

Update pemain, Carvalho dah konfem2 Out,memberikan pressure kepada bahagian pertahanan kita yang terjejas teruk, hanya Terry, Alex, Zhirkov dan Ferreira yang tinggal sebagai muka2 first team, justeru menyebabkan pemain muda seperti Bruma, Sam Hutchinson dan Van Aanholt akan diserapkan ke skuad utama dan diletakkan di bangku simpanan untuk sebarang kemungkinan..Ballack sudah kembali fit dan boleh bermain, satu kelegaan selepas bahagian midfield kita tak kurang juga semputnya..Tapi bagi aku Deco lebih layak menjadi starting malam nie..

Tapi Injury Probs bukan melanda Chelsea sahaja, ASS-ton juga bakal kehilangan Dunne, Milner dan Agbonlahor menjelang match malam nie..Tapi walaupun tanpa trio ini, Ashley Young, Downing dan Carew masih wujud dan mampu memberikan masalah kepada skuad Chelsea..Villa dijangka akan melakukan strategi sama: Bola Tinggi..Peristiwa di Villa Park jelas diingati selepas dua kesilapan set-piece membuatkan kita ketinggalan hasil tandukan kepala2 botak Villains..Kekuatan Alex di udara harap mampu membendung masalah ini..

Formasi malam nie tetap 4-3-3, dan aku yakin tidak perlu melakukan banyak perubahan kepada skuad yang beraksi di Fratton Park, cuma yang menjadi persoalan, siapakah yang patut beraksi di Sayap Kanan?? Carletto dah jelas2 ingin menurunkan Anelka, manakala aku lebih favour kepada Joey atau Sturridge..

Formasi malam nie (Pilihan Ancelotti) :

---------Cech--------
Ferreira-JT-Alex-Yuri
--Lamps-Mikel-Deco--
--Anelka-Didi-Malouda

Formasi pilihan aku :

---------Cech--------
Ferreira-JT-Alex-Yuri
--Lamps-Mikel-Deco--
--Joey-Didi-Malouda

Mana lagi bagus?? aku lebih sukakan formasi kedua, dan ak yakin boleh menang malam nie..Papepon semuanya bergantung pada Carletto, kalo ade nombor hanset dia memang aku call sekarang gak suruh masukkan Joey..kaau Anelka main, aku harap dia perform betul2..

Result Prediction : Chelsea (2) - Villa Cinta Daddy (0)

Hanya Chelsea beraksi di Home minggu nie berbanding rival Sengal dan Manure..Hanya kemenangan diharapkan supaya kita dapat memberikan pressure secukupnya kepada pesaing2 utama kita..Dengan CL menanti minggu depan sebagai menggangu pemikiran, tak mustahil mereka akan drop point, tetapi back to basic Chelsea perlu maintain winning run..Semuanya bergantung kepada diri sendiri kini..Musnahkan Villa, seterusnya kita akan mendapat platform terbaik untuk mencantas Setan Merah di Old Kerepot minggu depan..KTBFFH!!

MATCH LIVE ESPN 10.55 MALAM

2 comments:

Mr Bai said...

7 Heaven..
Lampard 4 (2 P),
Malouda 2,
Kalou 1..

Next Mission - Crash ManU!!!
Keep The Blue Flag Flying High!!

Raiden said...

7-1..pe lagi nak??

Manure next please!!