The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, March 29, 2010

5 Post Match : Pak Gasang Ketar Lutut, Carletto Bagi Senyuman Maut

Dengar citer Pak Gasang Manure dah mintak tolong segala referee dan staff seluruh EPL untuk sabotaj pemain2 Chelsea, kerana nampaknya dia dah cuak sampai tak lalu makan sajian hidangan breakfast, sebab bila nak santap roti telur sambil baca paper, muka hadapan "7-1 Villains jadi anak ayam depan Mighty Blues"..Pak Gasang dah terbayang ayat 'Villains' ditukar kepada 'Manure' minggu depan..Lutut dah terketar-ketar sambil melihat page hadapan disertakan dengan muka kacak bergaya Don Carletto sambil satu note disisipkan khas di tengah-tengah surat khabar..

Note : "Mati la lu kena kat Old Kerepot"

Kemenangan besar giler babeng 7-1 ke atas Villains jelas tidak diramal sesiapa, hatta pundits sehebat Shebby Singh atau Samy Vellu..Ini adalah kali kedua kita memperoleh 7 gol dalam satu match season nie, kali pertama ketika menentang Sunderland bulan Januari lalu..Jika ada sesiapa yang menyangkal keredibiliti Chelsea sebagai juara EPL season nie, sah diorang nie nyanyuk, gila atau kurang siuman..Rekod Perfect menentang Big 4 setakat ini (termasuk match minggu depan) dan dua kali memecah scoreboard dengan 7 gol, siapa lagi yang lebih layak??

Okey berbalik kepada analisis match kelmarin, match kelmarin bermula dengan formasi 4-3-3, tidak mengejutkan tetapi apa yang membuatkan fan2 The Blues tergezutt apabila Didi tidak berada dalam starting lineup..kecederaan lutut membuatkan Didi direhatkan di bangku simpanan, manakala Anelka beraksi sebagai lone striker..Seperti membaca permintaan2 aku, Carletto meletakkan Joey di sayap kanan, tak sia2 aku hantar mesej kat dia guna YM sambil buzz beribu-ribu kali..nampaknya Don dah bukak mata, perfect!! Malouda still beraksi di sayap kiri, Lampard, Mikel dan Deco menjadi nadi di midfield, bahagian defender juga tidak banyak perubahan, Ferreira, Alex, JT dan Yuri menjadi pilihan utama, manakala Big Pete dah tentu manjaga gawang..

Match di First Half sememangnya pembukaan yang menarik, Malouda sekali lagi meneruskan konstintensi selaku perancang terbaik Chelsea, cross dari sayap kiri hinggap di kaki Lamps yang mudah menolak masuk gol pertama The blues..Namun jika korang sangka Chelsea senang2 je nak menang match nie, korang silap kerana Villa kembali menyamakan kedudukan hasil rembatan Carew yang tidak dikawal rapi..Boleh dikatakan separuh masa agak seimbang, semua meramalkan result malam nie akan menjadi tight dan sukar..Mungkin lucky sedikit buat Chelsea , tetapi tidak bagi foul yang dilakukan ke atas Zhirkov, ada contact dan total penalti..Lampard tidak pernah gagal menyumbat penalti di Bridge, so faham2 je la, 2-1 di First Half..

Second Half, sedikit kegusaran dari Fan2 The Blues untuk sebarang kemungkinan seri dicampak jauh2 oleh Big Man Malouda apabila sekali lagi Zhirkov menjadi punca dengan cross yang cantik dan finishing yang memukau dari Frenchman..3-1!! Namun bukan setakat itu sahaja sumbangan Yuri, sekali lagi tackle kurang hajar dari Villains diajar sebaiknya oleh Referee supaya jangan suka hati je tackle mamat Russia..adakah kontroversi?? tackle yang jelas hinggap pada kaki, tak perlu aku ulas panjang2..4-1, Hatrick untuk Frankie..Saat ini aku yakin semua The Blues dah senyum lebar.. :)

Bagi Villains, sememangnya aku bersimpati kerana sekali korang tercampak dalam kandang singa, dah tentu dibaham habis-habisan oleh Blue Lion..Masih belum puas, Lampard kali ini menjadi provider dengan assist untuk gol kedua Malouda dan gol kelima malam nie, 5-1..Dengan dah konfem2 mangsa tinggal tulang, Carletto melakukan triple subs-Ballack, Van aanholt dan Kalou masuk menggantikan Joey, Zhirkov dan Deco..

Frankie The Legend -151th Goal!!

Hardcore player dah keluar, tetapi nafsu masih ada dan berapi2..Anelka sememangnya menjadi malam nie sebagai lone striker, turning yang cantek dan assist untuk Kalou untuk gol ke-6 merupakan antara gol paling kaw-kaw dalam match nie..Kesian aku tengok defender Villains terpinga2 dipermainkan Anelka..Super Frankie masih tidak puas, selepas menyamakan gol dengan legend Osgood dan Bentley (150) kini dia sudah mendahului mereka dengan gol ke-4 hasil rembatan kencang dalam kotak, sememangnya favourite Lampard..151 gol kini untuk kelab dan merupakan 3rd Top Scorer dalam History Book Chelsea..Total Legend!!

Match Highlight :


7-1, Game Over, sememangnya match yang superb, highlight pon aku ulang 4-5 kali pon tak bosan..point penting bagi aku dari match nie :

1) Carletto semakin pandai merencana strategi, yup 4-3-3 amat menjadi, tetapi tanpa tunjuk ajar yang tepat dari Carletto tidak mungkin pemain2 mampu beraksi semantap ini..teamwork yang bagus, adunan yang rapi dan penyudah yang menjadi..merehatkan Didi menunjukkan Carletto amat yakin dengan keupayaan diri, sekaligus menunjukkan dia mempunyai backup dan kekuatan dalaman yang bagus di sebalik injury list yang memanjang..Kemasukan Van aanholt memang best, ak yakin dia mampu menjadi superstar nanti..Hail The Don!!

2) Joey sudah improve, walaupun masih jauh dari prestasi asal, aku yakin dia mampu memberikan sesuatu yang ajaib menentang Manure nanti..Anelka bermain bagus, tetapi posisi sayap kanan masih lagi dirasakan layak dipegang oleh Joey..Walaupun tiada assist atau gol, Joey membentuk link dan flow yang bagus ketika counter attack, 1-2 match lagi, no doubt aku yakin dia akan kembali hebat!!

3)Zhirkov sudah menunjukkan belangnya..Ronaldinho Russia menjelma kembali di waktu yang tepat, dua larian pantas yang mendapatkan dua PK dan 1 assist menunjukkan Yuri semakin hampir ke prestasi semasa di CSKA Moscow..Gandingan yang gempak dengan Malouda di bahagaian kiri akan menentukan kehebatan kita sepanjang season nie..

4) Super Frank semakin mengganas!! 5 gol dalam dua game, kini mencatat gol ke-21 season nie, bakal menjadi rekod terbaik Lamps (setakat nie 21 gol max-season 06/07), dengan masih ada 6-7 match tinggal, aku pasti dia akan mencatat surpass rekod lama dan ini bakal menjadi season terbaik Legend nie..Rekod sekali lagi dipecahkan, kini 3rd Top Scorer Chelsea All-Time dengan 151 gol, Who's Gerrard??

5) Malouda, adakah new player?? Seperti pembelian terbaru Chelsea, aku tidak pernah meilhat prestasi Superb Malouda seperti season nie..Nampak berbaloi dengan tag £13.5 million..Bakal menjadi season terbaik Malouda, pemain yang paling konsisten sepanjang musim dan tidak mustahil jika menjadi Best Chelsea Player Season 09/10..Go Malouda!!

6)Anelka atau Didi?? Anelka sememangnya hancuss sebagai sayap kanan tetapi sumpah best sebagai lone striker..Tidak percaya tanya Sundal-Land dan Villains..Didi pula agak selfish dan bukanlah teamwork player seperti Anelka tetapi Big Match Factor tetap menjadi kekuatan Didi..Bakal menjadi dilema kepada Carletto menjelang match menentang Manure, Anelka atau Didi?? Buat masa kini, aku masih favour untuk Didi..


Next victim, selepas Posemut dan Villains, Manure bakal nahas!! Bayern akan menggangu persiapan Manure, manakala Chelsea akan memusnahkan SetanMerah di gelanggang mereka sendiri untuk merampas kembali kedudukan teratas untuk merebut kejuaraan EPL..1 minggu untuk berehat, persiapan yang perfect untuk The Blues, kumpulkan semua tenaga, aku yakin momentum kini pada Kem Chelsea..Pak Gasang dah ketar lutut, Next Manure Please!! KTBFFH!!

5 comments:

eddie dewanaga said...

bro.. kita tunggu result next week, kalau takdir rezeki kita menang, lu tengok apa yg gua nak basuh budak2 MU nanti....

Raiden said...

haha..ramai membe aku fan Manure sume terkedu tgok result 7-1 nie..dah nampak tanda2 kot..jika menang kat Old kerepot, sure senyap terus diorang pasnie ..

fS-86 said...

Kalau Chelsea boleh menang sekurang2 nyer 4-0 ke atas Man Setan, aku yakin lalu percaya tanpa ragu2, tak percaya boleh check..

Ferguson tercirit 2 kilo..

Hahahaha...

esofagus said...

dude..

aku bukan nak cakap besau..

tp aku rase mcam dejavu..

ko ingat tak tahun lepas, time2 macam ni la liverpool score berlambak2 gol and dorg berjaya jajah Old Kerefot 4-1..

aku dapat rase kita boley menang weekend ni..feel good factor

Raiden said...

tapi harap tak jadi macam Libepul la, menang je besar tapi last2 kantoi gak tak menang liga..

Ini Chelsea, we'll make our own history..

Tak sabar nak bedal Manure sambil sorak kuat2!!