The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, March 22, 2010

0 Post Match: Owh..Malam Yang Dirasuk Syaitannirojim

Seriously, ini Redface Fergie..

Malam semalam sememangnya malam yang durjana..ak lepak ngan membe kat gerai dan kelihatan syaitan terbang di merata2..Biasalah ad match team setan malam nie maka ramailah pengikut mereka di sana-sini..Habis sahaja match Team Syaitan menentang Kelab Tasik Hati, berkesudahan Tasik hati patah hati dikalahkan oleh kelab bolasepak kendalian Redface Fergie, maka kelihatanlah setan2 berkeliaran merata2 meracau di tepi jalan..naik motor ad, berjalan kaki ada, kecik besar tua muda..Ak terpikir, nak kiamat ke apa?? Ke Dajjal dah tiba??

Nak harapkan team Tasik Hati nie sememangnya tak boleh pakai, diorang nie masih hidup dalam history, jalan pon dah tempang seperti motto diorang 'You'll Never Walk Again'..hmm nampaknya hanya kelab di hati aku The Blue Heaven sahaja yang tinggal untuk menyekat Syaitannirojim ini dari menguasai dunia..lawan Blackburn, mesti boleh makan punyer..pasnie lawan Postmouth lak, lagi la senang..konfem top spot kembali..

Lwan Hitam Terbakar, The Blues Heaven memang memberikan amaran awal dengan gol awal dari The King Didi..tetapi entah kenapa bagaikan dirasuk iblis, midfield kita tidak bergerak selepas itu, tiada possesion mampu dipegang..

Walaupun ak bukanlah pakar taktikal yang boleh mencantas segala keputusan strategi Ancelotti yang ad lesen jurulatih dan pernah menjadi manager bertahun2 lamanya, tetapi jika ada kesilapan, dah tentu boleh nampak dari pemerhatian..tidak ad persefahaman di bahagian tengah dengan mudah segala gerakan2 di bahagian midfield kita dirampas oleh Hitam Terbakar..Ancelotti adalah manager yang berpengalamn tapi ak harap dia mampu berfikir laju sikit bila bertindak..Apabila midfield tidak bergerak, ak harap seorang pemain tengah seperti Deco atau Ballack atau Belletti dimasukkan untuk menguatkan bahagian ini..Namun Ancelotti lebih suka menunjukkan lagak cool di tepi padang..Blackburn score equaliser pon die bleh maintain je rilek tepi padang padahal fan2 The Blues sume dah berapi2 tengok lagak die..

Dah seri pon hepi lagi..sah kena rasuk Carletto nie..

Seperti terkejut dah dibolosi, barulah Carletto tersedar dari rasukan, Deco dimasukkan, dan barulah nampak pergerakan di midfiled sudah kembali hidup..Tapi Blackburn sudah mengunci ketat gawang mereka dari dibolosi sekali lagi..barisan The Blues sememangnya satu dimensional, mudah dijangka, mudah diteka..2 mata hilang begitu sahaja, ak terduduk hampa, nampaknya setan akan bermaharajalela..

Match Highlight :


Blackburn Rovers v Chelsea
Uploaded by retromagix. - Check out more sports and extreme sports videos.

Menentang Postmouth adalah peluang yang tinggal sekiranya mahu mengekori rapat dan menyekat Setan Merah dari merangkul trofi EPL kali ke-4 berturut2..Nak harapkan kanak2 Sengal?? Lambat laun mesti jatuh punyer..Kelab Tasik Hati?? Awal2 dah kena rejek, tempat keempat pon tak pasti..Ak tak sanggup lagi melihat Setan bermaharajalela season nie, perubahan segera dari segi mentaliti perlu dilakukan, kesemua pemain perlu berkumpul, bermuafakat dan mantapkan prestasi selepas ini jika mahukan Trofi EPL..Kata2 mengenai transfer bagi aku adalah nonsense ketika ini, kita bukannya di dalam musim perpindahan, mahu tidak mahu, kita harus berharap kepada pemain yang ada, muda dan tua untuk menggalas harapan merampas title kembali..Yang penting adalah mencari solution terbaik untuk kembali beraksi marvellous..Siapa pemain yang perlu masuk atau keluar, itu cerita selepas season tamat..Buat masa ini, fokus on the fixture!!

Syaitannirojim perlu disekat walau apa cara sekalipun, ak dah panggil sume jemaah buat Solat Hajat menghalau iblis nie..Oh ya, Anelka menjadi ketua Jemaah..






No comments: