The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, March 22, 2010

0 Kebodohan yang melampau..



Oh ya, Chelsea seri 1-1 tadi..Ak tak tahu nak kata apa, sememangnya kebodohan yang melampau..Kita dapat mendahului seawal minit ke-7 hasil jaringan Didi, yup, sememangnya perfect, tetapi aksi2 seterusnya, bagi aku dan sesiapa yang menonton, memang hampeh dan cukup memanaskan hati bagi Fan2 The Blues..Ini boleh dikatakan aksi terburuk kita season ini bagi aku, lagi teruk daripada lawan Inter..Ancelotti seperti aku katakan sebelum ini, memang perlu dikekalkan, ak sokong 100% tetapi tolonglah jangan melakukan taktikal yang pelik2 lagi..Formasi dari awal menunjukkan sememangya dia mahukan attacking, tetapi agak merisaukan kerana hanya 2 central midfield iaitu Lamps dan Mikel..Gol Awal menutup kelemahan ini namun di Second Half, Chelsea dipermainkan sepenuhnya di posisi tengah, tiada possesion dipegang, di manakah Ballack?? ak mengharapkan seorang midfield dimasukkan untuk menstabilkan keadaan, namun ternyata Carletto amat lembab ketika membuat keputusan, kita dibolosi di minit-70 selepas diasak habis-habisan..Dah kena sedas, baru nak tersedar, Deco dimasukkan untuk menguatkan midfield, tetapi dah terlambat, Blackburn sudah siap sedia meletakkan bas yang di parking sebaiknya dalam kotak penalti..Match berakhir seri 1-1..kita hilang 2 mata..Nampaknya harapan ak untuk mata maksimum 6 point minggu ini hanya bayangan semata2..Menentang Portsmouth Rabu ini adalah Hidup dan Mati..Kita perlu menang untuk merapatkan jurang dengan MU yang kini dibezakan 4 mata..Menang Rabu nie baru citer pasal Trofi EPL..


No comments: