The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, August 31, 2010

0 Frankie dan JT terlepas EURO Qualification

0 Comments

Frankie dan Cappi JT nampaknya akan terlepas 2 match kelayakan Euro 2012 selepas tercedera dalam match mennatang Stoke kelmarin..Apa yang agak parah adalah Super Frankie Lampard yang dikatakan mengalami kecederaan pangkal bahagian bawah perut yang memerlukan pembedahan segera..

“Penyakit itu berulang,” kata Ancelotti. “Dia menjalani pembedahan 10 tahun lalu dan minggu ini keadaan menjadi semakin teruk. Malah dia turut tidak selesa bermain jadi saya fikir minggu ini adalah peluang terbaik untuknya menjalani satu lagi pembedahan.

“Saya rasa kita boleh melakukannya pada Selasa atau Rabu tetapi dia tidak dapat beraksi untuk skuad kebangsaan kerana tidak dapat beraksi selama satu atau dua minggu,” katanya.

Jika dibandingkan 1-2 minggu bagi aku taklah terlampau lama dan kita tak perlu risau..Tambahan pulak Malouda, Essien, Benyaoun dan juga Ramires mampu menggantikan tempat Lampard dan kesemua mereka berada di prestasi tertinggi ketika ini jadi ia bukanlah satu masalah besar untuk Chelsea untuk terus beraksi mantap dan meneruskan 4 match kemenangan berturut2 menentang West Hampeh 2 minggu lagi..Harap cepat sembuh Frankie!!



Monday, August 30, 2010

0 Kekal 100%!!

0 Comments
3 game, 3 win, 14 gol, 0 bolos - rekod 100% Chelsea masih lagi kekal, utuh sekaligus membolehkan The Blues berdiri megah di persada liga dengan 9 mata di atas..Walaupun bukan lagi rekod jaringan Playstation 6-0 seperti minggu2 lepas, bagi aku kemenangan 2-0 ini sudah cukup memadai apatah lagi berdepan Stoke yang lebih bersedia berbanding West Brom dan Wigan..

Dengan skuad Chelsea semakin berapi-api menjaringkan gol dalam 2-3 minggu nie, Stoke mengamalkan corak permainan kecut telor iaitu BERTAHAN bagi membolehkan diorang tak menjadi antara senarai mangsa belasahan The Blues musim nie..Stoke bermain kasar dan secara fizikal cuba menidakkan segalka peluang Chelsea menjaringkan gol..Yup, Stoke memang berjaya menahan Chelsea dari menang 6-0 lagi, tetapi diorang tak berjaya menahan The Blues dari terus mencatatkan kemenangan..

Bertahan la macam mana pon, barisan serangan Chelsea kini memang aku salute..Berbanding barisan serangan musim2 terdahulu yang lebih rigid dan kaku, skuad The Blues kini beraksi sebagai satu pasukan dan ini membolehkan kita bermain secara kolektif manakala pergerakan kita sukar diramal..Sebut sahaja Ash, Didi, Malouda dan Anelka mampu bertukar2 posisi sekaligus menyebabkan pihak lawan terkeliru dengan taktikal marvellous Carletto..Sebijik macam Total Football Johan Cruyff..


First Half menyaksikan Chelsea hampir membuka jaringan seawal minit ke -11 apabila Malouda dijatuhkan di dalam kotak penalti..Namun peristiwa yang jarang2 berlaku apabila Mr. Penalty- Super Frankie, gagal menjaringkan gol dan diselamatkan oleh Sorensen..Namun tuah Stoke hanya seketika, kerana selepas asakan bertubi2 dari Chelsea akhirnya Malouda memecah benteng kecut telor Stoke yang hanya mampu bertahan sepanjang masa..Lorongan cantik dari Cappi JT berjaya mencari Malouda dan rembatan catik dari Predator Perancis mudah melepasi Sorensen!! 1-0 Chelsea!!

The Blues kian mengasak dek kesangapan nak gol 6 lagi sekali lagi..Ash semakin menjadi2 ketika ini, bermain posisi LB tetapi main macam winger!! Berbanding musim lepas, boleh dilihat betapa berbahaya Ash ketika ini dan menunjukkan kenapa dan mengapa Carletto tidak mahu walau sekalipun melepaskan World Best Left Back ke Madrid..Hantaran cantik Didi mudah mencari Ash yang melakukan rembatan volley padu umpama Captain Tsubasa..Namun sayang, tangg!! Terkena palang!!
Second HAlf aku menjangkakan 5 gol seperti minggu lepas untuk disaksikan namun mungkin tiada tuah atau Stoke semakin gah bertahan agar tak dimalukan 7-0 sekali lagi..Tandukan free header diselamatkan Sorensen dan beberapa lagi peluang cantik dari Anelka gagal disudahkan dengan sempurna..Stoke juga hampir mencipta kejutan dengan rembatan Whelan menggegar palang Chelsea ketika Cech kelihatan berkhayal di gawang..mabuk ke apa?? Nasib baik tak gol..Carletto mengeluarkan Frankie yang dikatakan injured di perut pada mint ke - 71 dan Kalou dimasukkan..Malouda shift ke midfield manakala Kalou menjadi Winger Kiri..


Sekali lagi Chelsea mendapat penalti dan kali nie seorang lagi Frenhman, Anelka dijatuhkan di dalam kotak penalti..Tanpa Lampard, Didi diberi tanggungjawab korporat sosial untuk mengambil penalti..Tiada masalah, Didi merembat kencang ke sudut kiri dengan mudah menewaskan Sorensen..2-0 Chelsea!!

Essien dan Anelka kemudian dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Sturridge dan New Boys, Ramires ketika 10 mint tinggal..Tiada impak yang merbahaya mampu dilakukan duo ini ketika Chelsea nampak berpuas hati dengan kemenangan selesa 2-0..Wisel tamat dan 3 point untuk Chelsea!!




Mungkin agak kecewa kerana kita dah dibiasakan dengan gol bertubi2 sebelum nie tetapi bagi aku ia penting untuk memberi peringatan kepada skuad - bukan semua pihak lawan akan memberikan ruang kita menjaringkan gol..Stoke sebagai contoh lebih kerap bertahan dan memberikan sedikit peluang kepada barisan penyerang kita menyumbat jaringan seperti sebelumnya..Namun dengan kerja keras membuktikan mana2 benteng juga mampu bolos dan kita membuktikan kali nie mengapa Chelsea adalah Juara Berganda musim lepas!! The Blues akan berehat minggu nie untuk laluan EURO Qualifier bermakna Chelsea akan kekal di atas sekuarang2nya untuk dua minggu nie..Masih banyak liku2 di BPL musim nie untuk dilalui, namun dah tentu ia adalah permulaan yang fantastik!! Harap teruskan konsistensi seperti nie!! KTBFFH!!



Sunday, August 29, 2010

0 CL DRAW!!

0 Comments


Undian CL dilekuarkan kelmarin dan aku yakin pelnagai reception diberikan terutamanya undian yang menyaksikan Group of Death : Group G antara AC, Madrid, ajax serta Auxerre..Keputusan akhir undian :

Group A: Inter Milan, Werder Bremen, Tottenham, Twente
Group B: Lyon, Benfica, Schalke, Hapoel Tel Aviv
Group C: Manchester United, Valencia, Rangers, Bursaspor
Group D: FC Barcelona, Panathinaikos, Copenhagen, Kazan
Group E: Bayern Munich, AS Roma, Basel, Cluj
Group F: Chelsea, Marseille, Spartak Moscow, Zilnia
Group G: AC Milan, Real Madrid, Ajax, Auxerre
Group H: Arsenal, Shakhtar Donetsk, Braga, Partizan

Apapun yang penting lawan Chelsea kali nie tak tricky seperti musim lepas apabila kita diundi bersama Porto dan Atletico..Hanya Marseille yang agak berbahaya, Spartak Moscow boleh la, dan Zilnia adalah mangsa belasahan..Aku yakin Chelsea akan mudah layak seperti musim lepas cuma yang penting adalah knockout stage dan Road To The Final..Mampukah Carletto menebus kesilapan musim lalu dan membawa Piala Eropah ke Stamford Bridge buat pertama kali??



Saturday, August 28, 2010

0 Give 'em Stroke!!

0 Comments

2 game, 12 gol - bagi aku dah cukup untuk menakutkan mana2 pihak lawan berhadapan dengan The Mighty Blues..Apatah lagi kita akan beraksi di stadium maut Stamford Bridge, sudah pasti laungan Blues Is the Colour akan menggetarkan hati setiap pelawat yang hadir..Give 'em Stroke!!

Skuad malam nie boleh dikatakan hampir lengkap - hanya bosingwa yang injured manakala pemain lain semuanya available..Bagi aku tiada perubahan akan dilakukan daripada skuad minggu lepas, kecuali Ramires yang dikatakan akan membuat debut malam nie, berkemungkinan dari bangku simpanan..Mikel akan bermain first team sebelum Carletto dijangka akan menurunkan The Blues Kenyan di separuh masa kedua, terutamanya jika kita sudah mendahului dengan big margin score..

Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Lamps-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result jaringan?? Chelsea (Lebih 3 gol) - Stroke (0)

Match LIVE Channel 812 10.00 malam 28 Ogos

KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

0 Jual Beli Tamat!!

0 Comments

"The transfer window is closed for us already."

Selepas mengharungi 3 bulan yang penuh dengan cerita player keluar masuk, akhirnya Carlo Ancelotti mengesahkan Chelsea sudah menutup buku cek untuk perpindahan summer nie..Dengan 12 gol dalam 2 match pembukaaan EPL menunjukkan Carletto sudah berpuas hati dengan skuad yang ada dan barisan inilah yang akan membawa cabaran The Blues bagi musim 2001/11 sekurang - kurangnya sehingga Januari..

Berita mengatakan Chelsea akan membuat 2 lagi pembelian terakhir seperti Neymar dan Begovic nampaknya tidak akan berlaku dan kemungkinan kita akan menunggu 5 bulan lagi sebelum membuat pembelian baru..

Rangkuman Akhir Musim Perpindahan :

Pembelian masuk :

Benayoun (Liverpool)
Ramires (Benfica)
Tomáš Kalas (SK Sigma Olomouc)
Matej Delac (Inter Zaprešić)

Pemain Keluar :

Ricardo Carvalho (Real Madrid)
Deco (Fluminense FC)
Miroslav Stoch (Fenerbahce)
Joe Cole (Free)
Michael Ballack (Free)
Scott Sinclair (Swansea City)
Seth Ofori-Twumasi (Peterborough United)
Juliano Beletti (Free)

On Loan (bermula musim 2010/11) :

Nemanja Matić (at Vitesse)
Matej Delac (at Vitesse)
Michael Mancienne (at Wolverhampton Wanderers)
Rhys Taylor (at Crewe Alexandra)
Ryan Bertrand (at Nottingham Forest)
Ben Gordon (at Kilmarnock)
Tomáš Kalas (at SK Sigma Olomouc)
Slobodan Rajković (at Vitesse)
Jack Cork (at Burnley)
Danny Philliskirk (at Oxford United)

Skuad Akhir musim 2010/11 :

1 Petr Cech
2 Branislav Ivanovic
3 Ashley Cole
5 Michael Essien
7 Ramires
8 Frank Lampard
10 Yossi Benayoun
11 Didier Drogba
12 Mikel
15 Florent Malouda
17 Jose Bosingwa
18 Yury Zhirkov
19 Paulo Ferreira
21 Salomon Kalou
22 Ross Turnbull
23 Daniel Sturridge
26 John Terry
33 Alex
38 Patrick van Aanholt
39 Nicolas Anelka
40 Henrique Hilario
43 Jeffrey Bruma
44 Gael Kakuta
45 Fabio Borini

Yup, inilah barisan yang akan menjadi penentu samada kita mampu meraih kejuaraan target utama musim nie - Champions League..Daripada pemain yang dibeli, Ramires boleh dikatakan pembelian terbesar musim nie dengan tag 18m Euro dan aku yakin dia akan menjadi addition terbaik untuk menguatkan kekuatan midfielder kita..

Review setiap posisi :

GK : Bermasalah atau tidak?? Dengan adanya Cech sememangnya Chelsea sukar dibolosi dan kita dilihat mantapo di posisi ini tapi pengganti Big pete agak merisaukan..Hilariouss dan Tunggul dibolosi 10++ gol sepanjang Pre - Season membuatkan Carletto berpeluh dan cuba membeli Begovic..Apapun jika kedua2 backup keeper kita kembali ke prestasi asal musim lepas, posisi nie kekal mantap!! Point (7/10)

Defend : Adakah hanya aku sorang yang melihat Chelsea lemah di posisi nie?? Carvalho Out, Bosingwa msih injured membuatkan defensive kita agak kurang dari segi depth..Yup, memang kita clean sheet dalam 2 match awal tetapi itu disebabkan kita kembali mendapat Alex..Selain Alex dan Terry, kita tidak mempunyai backup yang berkaliber seperti musim lepas..Ivanovic kurang meyakinkan sebagai CB, Bruma masih muda, Mancienne sudah di - loankan Wolves..Kita dapat lihat bagaimana tanpa Terry atau Alex sewaktu Pre - Season dan Comunity Shield membuatkan kita tewas dan dibolosi sebegitu banyak..CB baru yang mantap seperti David Luiz atau Bruno Alves diperlukan dan harap Carletto sedar mengenai perkara nie!! Point (6/10)

Midfield : Posisi paling mantap ketika ini..Selain Essien dan Lampard yang kekal menjadi enjin Chelsea, Mikel dan Ramires nampaknya akan bersaing untuk merebut tempat sebagai anchor midfielder..Jangan dilupakan Malouda dan Benayoun juga boleh beraksi sebagai Attacking MF jadi boleh dikatakan kawasan tengah kita memang tak perlu dirisaukan..Persaingan yang sihat bakal dilihat di sini dan aku harap ia akan menaikkan semangat pemain untuk beraksi push to the limit!! Point (9/10)

Attacking : Satu lagi posisi yang kekal mantap seperti penghujung musim lepas..Adakah kita memerlukan Neymar?? Tidak, sekurang -kurangnya buat masa ini dengan pilihan serangan kita begitu padat..Didi kelihatan semakin muda, Anelka kekal konsisten, Kalou semakin meningkat, Sturridge juga menjanjikan ketajaman..Malouda pemain terbaik di sayap kiri manakala Benayoun juga boleh beraksi sebagai penyerang..12 gol dalam 2 game, mahsyuk!! Point (9/10)

Satu lagi musim bakal diharungi, dan walaupun Carletto dah mengumumkan Chelsea sudah menutup tirai perpindahan, aku masih mengharapkan satu lagi pembelian dilakukan terutamanya Centre Back..Apapun skuad masa kini dah agak mantap, harap kita dapat sapu semua trofi musim nie!! KTBFFH!!






Monday, August 23, 2010

0 Juadah Lazat Pembuka Selera

0 Comments
Amaran :Dugaan untuk sesiapa yang berpuasa

Bagi sesape warga Penang atau pernah lepak2 kat sana, aku yakin korang kenal punyer Hammerbay, tempat makan Seafood paling mantopp..Yup, makan makanan laut kat sini memang sedap mahsyuk meleleh habess, sambil bersaksikan keindahan Pulau Jerjak dan Jambatan Pulau Pinang di waktu malam..Ikan bakar bermacam jenis, udang, ketam dan pelbagai jenis juadah korang leh cari kat sini..Tapi yang aku nak tekankan kat sini adalah juadah pembuka selera di Hammerbay yang memang special iaitu Sotong Masak Tepung yang akan dihidangkan sebelum makanan tempahan korang sampai..Sotong dia, pegh, lembut, enak terutamanya bila dicicah dengan sos dia yang masam-masam manis (arggh batal pose aku)..Seriously, korang kena pergi Hammerbay..

Ape kaitan dengan Chelsea?? Kalau nak diibaratkan aku mengganggap kemenangan 12 gol dalam 2 game adalah pembuka selera yang memang mahsyuk untuk Fan Chelsea..Sedap, lazat dan tangkap leleh habess sampai sanggup usha highlight berulang2 kali sebijik macam rasa ketagih aku kat Sotong Masak Tepung tadi sementara menunggu juadah yang berat2..Giler ke apa, baru 2 game musim BPL start, Goal difference kita dah 12, menunjukkan Chelsea sememangnya Dominant Force dalam England ketika ini..Aku yakin pihak lawan Chelsea selepas nie akan terketar2 menunggu kehadiran Mighty Blues yang akan cuba merobek diorang sehabis mungkin seperti West Penyapu dan Wigan Atletikus..

Jika ada sesiapa yang masih tak puas hati dengan corak permainan Chelsea, aku sarankan korang cucuk mata ngan garpu..Its beautiful!! Aku tak tahu sejak bila tetapi Carletto walaupun berbangsa Itali mempunyai sense permainan cantik yang lagi menarik..One touch, backheel, through pass, adalah makanan ruji pemain Chelsea ketika ini di atas padang sampai Lampard pon skang aku tengok dah pandai buat Cross Gunting..

Okeh berbalik kepada match kelmarin, Chelsea bermain di DW Stadium , tempat yang menyaksikan kita tewas mengejut 1-2 di tangan tuan rumah musim lepas..Namun situasi kini sudah berubah dengan pengalaman setahun di EPL sudah tentu Don tahu akan ancaman kelab bawahan yang boleh menghukum sediapa jika lalai..Carletto sudah lebih bersedia kali nie dan akanj revenge apa yang berlaku musimn lepas...

Harapan tinggal harapan, Ramires tidak bermain dan mungkin debut dia akan ditangguhkan sehingga match bertemu Stoke, mungkin Carletto ingin memastikan Blues Kenyan benar- benar bersedia sebelum diturunkan..Mikel sekali lagi menjadi anchorman dan barisan yang sama ketika menentang West Penyapu cuma berbeza dengan kehadiran Ivanovic yang baru sembuh dari kecederaan..


First Half, aku boleh katakan Chelsea agak kaget dan kaku kerana bermain di tempat lawan yang sememangnya satu masalah besar kita musim lepas..Wigan mendominasi 30 minit awal dengan beberapa cubaan berbahaya namun kekentalan bek diketuai Capten Marvel JT memastikan Defend Chelsea kekal mantap dan teguh..Chelsea tidak risau walaupun ditekan sehabisnya dan hasil kesabaran,di mint ke 33, Malouda sekali lagi meneruskan goal scoring habit die dengan gol pertama Chelsea hasil bola muntah dari rembatan Lampard..Separuh masa : 1-0


Second Half adalah cerita berbeza..Seperti musim lepas, sekali sahaja Chelsea score, akibatnya amat padah selepas itu untuk pihak lawan kerana The Blues akan menyumbat gol sebanyak yang boleh selahgi wisel penamat tak ditiupkan oleh pengadil..Hanya dalam 6 minit Chelsea sudah menjadikan scoreline 3-0 hasil jaringan Double Pak Nik Anelka..Kalou dan Benayoun yang dimasukkan sebagai subs pulak tak mengecewakan..Si Ceplos menjaringkan dua gol hasil hantaran Didi manakala Benayoun akhirnya mendapat gol debut yang menggembirakan untuk penutup majlis yang sempurna di DW Stadium..Result akhir : 6-0!!


Pemain yang amat aku puji adalah Didi, walaupun tak score tetapi dia memberikan 3 assist yang sememangnya menjadi punca kemenangan besar Chelsea kelmarin..Bukan sahaja hebat menjaringkan gol, Didi berupaya mengawal permainan dan ini yang menjadikan aku salute dia sebagai complete striker yang lebih hebat dari Rooney mahupun Torres..Makin tua makin berisi, harap dia kekal konsisten camnie sampai habis musim!!


Yup, kita mengekalkan rekod 100% musim nie dengan 2 win, 12 gol, 0 bolos namun seperti kata Carletto, kita perlu berpijak kembali ke bumi nyata..West Penyapu dan Wigan Atletikus adalah kelab murahan yang sememangnya layak dibelasah..Masih ada banyak ruang untuk peningkatan dan musim ini masih panjang..Kelab2 yang lebih berkaliber sedia menanti untuk menumpaskan The Champion, dan kita perlu kekal berhati-hati dan tak terlampau angkuh..Apapun aku yakin skuad kali nie lebih mantopp dari musim lepas so kepada pihak lawan sekalian, beware of the Champion!!



Saturday, August 21, 2010

0 Ganyang Wigan Atletikus!!

0 Comments
Selepas kemenangan besar 6-0 minggu lepas, dah tentu semua Fan Chelsea mengharapkan prestasi yang konsisten di awal musim..Wigan mungkin antara kelab belasahan yang paling teruk dikenanakan oleh Chelsea musim lepas apabila kita meroti-canaikan diorang 8 bijik gol tanpa balas di SB..TAPI, itu kisah di home game, jangan lupe awal musim lepas kita sebnarnya tewas 1-3 di tempat lawan, iaitu tempat yang sama skuad Chelsea akan beraksi malam nie..
Tidak mahu terlampau yakin, tapi aku masih pasti Chelsea akan tetap menang malam nie..Selepas pengalaman setahun di BPL, Carletto akan lebih bersedia dengan ancaman kelab bawahan dan sudah yakin dia akan mengatur strategi supaya pisang tak berbuah dua kali..

Apa yang mengujakan aku untuk malam nie adalah kelibat Ramires yang dikatakan akan diturunkan sebagai debiut malam nie..Mikel mungkin yang akan memberikan laluan kepada Blues Kenyan..Cannot wait!!

Formasi malam nie :

Cech
Ivanovic Terry Alex Ash
Essien Lamps Ramires
Anelka Didi Malouda

Prediction : Wigan (0) - Chelsea (3)

Match 12.15 PG Ahad Channel 817 LIVE

KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

p/s : Simpati kepada Sam Hutchinson yang retire di umur 21 akibat masalah lutut..Aku masih ingat cross cantik dia ketika menentang Stoke musim lepas yang memberikan gol ala Cruyff buat Lampard..Another loss from Chelsea Academy..

Thursday, August 19, 2010

1 The Blues Kenyan

1 Comments
Masih lagi dalam episod teruja dengan kemasukan pemain baru, Ramires, aku yakin pasti ramai Blues Fan menanti - nantikan aksi pemain tengah Brazil yang muka macam Obama nie ketika menentang Wigan nanti..Sebelum tue, jom usha 10 info mengenai Ramires!!
  • Dikategorikan sebagai box to box midfielder, Ramires diberi gelaran 'Blues Kenyan' oleh peminat di Cruzeiro merujuk kepada warna jersi kelab serta keupayaan larian dan rupa paras Ramires.
  • Dilahirkan di Rio pada Mac 1987, Ramires memulakan kariernya sebagai Left Back dan mendapat kategori Pro ketika mewakili kelab Divisyen Ketiga Brazil, Joinville pada 2005.
  • Bermula di Joinville, Ramires berpindah ke Cruzeiro pada 2007 sebelum melebarkan kariernya ke Benfica May tahun lepas - hari yang sama dia dipanggil oleh skuad Brazil.
  • Menyertai Chelsea pada 13 August 2010 dengan transfer fee sekitar £18.3m dan kontrak 4 tahun, bermaksud The Blues adalah kelab ke-4 Ramires dalam kariernya.
  • Ramires akan memakai Jersi No. 7 di Chelsea yang dipakai sebelumnya oleh Sheva. Harap2 badi malang yang sama tak melekat kat Ramires.

  • Ramires memulakan karier bersama Brazil apabila dipanggil untuk menggantikan Robinho untuk skuad U -23 ketika Olympic 2008 di Beijing. Ramires beraksi sebanyak 4 kali dan memperoleh Bronze medal.
  • The Blues Kenyan mendapat debut skuad utama Brazil pada May 2009 untuk kelayakan FIFA WC 2010 dan juga terlibat kejayaan Selecao menjuarai dalam FIFA Confederation Cup 2009.
  • Ramires turut dipanggil dalam skuad Brazil WC 2010 di Afrika. Walaupun jarang bermain dengan Melo lebih diutamakan, Ramires tetap mendapat satu assist ketika menentang Chile apabila membuaat larian melepasi 3 defender sebelum memberikan hantaran cantik untuk Robinho menjaringkan gol ketiga Brazil.


  • Di suku akhir WC 2010, Ramires terlepas match menentang Belanda akibat penggantungan kad kuning kedua dan menyaksikan pesaingnya Felipe Melo menjaringkan gols sendiri dan dibuang padang yang menyebabkan Brazil terkeluar dari saingan.
  • Mendapat pujian dari Kaka, dengan dilabelkan sebagai best young midfielder:

    “For me there is no doubt that Chelsea have signed the very best young central midfield player in the world.

    “Now he is at Chelsea I think he will become the best midfield player in the world within two years and will be placed in the same bracket as Claude Makelele, Roy Keane and Patrick Vieira.


Welcome to Bridge, Ramires!!





Tuesday, August 17, 2010

0 Didi naik level

0 Comments

Sekali lagi, Didi memecahkan rekod demi rekod..Dengan 134 gol dari 261 games, Didi sudah melepasi rekod jaringan legendary Jimmy Greaves dengan 132 gol (169 games) sekaligus menjadikan The King penjaring keenam terbanyak sepanjang zaman untuk kelab..

Apapun Didi masih lagi tewas di tangan Lampard yang mempunyai 158 gol setakat nie, pretty weird thing, huh??

Senarai Top Scorer All Time Chelsea:

Bobby Tambling 202
Kerry Dixon 193
Frank Lampard 158
Roy Bentley 150
Peter Osgood 150
Didier Drogba 134
Jimmy Greaves 132
George Mills 125
George Hilsdon 108



Monday, August 16, 2010

0 Anoouncement : Liga Fantasy TBA (NEW!!)

0 Comments
Maaf di atas sedikit kesulitan dan terima kasih gak kat Zulfadli Bachok coz inform kat aku..Mungkin ada sedikit kesilapan tak disengajakan kat liga fantasy yang aku buat kelmarin..Setup yang dibuat menyebabkan bilangan peserta terhad dan kita ikut head to head league yang bagi aku kurang best..Aku akan cuba buat liga baru mengikut kiraan mata classic league..Password baru boleh didapati di bawah, diharapkan yang dah join boleh mendaftar semula, markah tetap bermula dari GW 1..sorry for any convenience..

Senarai team setakat ini :

AJ Team
Kelip2 Kusangka Api
Vuvuzela FC
Pemetik Api
TeMpOYak MaLi

Nama : Liga The Blues Army
Password baru : 1693077-335491

Jika masih ada sebarang kesulitan, sila beritahu dengan kadar segera :)


0 Gila - Gila Chelsea

0 Comments

Ini yang menyebabkan aku meminati Chelsea - its unpredictable!! Baru je minggu lepas kita Fan Chelsea di haru - birukan oleh result The Blues yang agak kelat untuk ditelan - kalah 4 match berturut2 termasuk kepada team setan lahanat..Masalah defence, ketiadaan 4 midfield berpengalaman yang dilepaskan dikatakan menjadi punca Chelsea kurang menyengat..Kedengaran mulut- mulut busuk dari Fan Sengal, Setan dan Tasik Hati yang mengatakan The Blues sudah menurun prestasi dan tak mampu mengulangi prestasi bombastik musim lepas..

Match pembukaan : Chelsea 6 - West Brom

Hanya satu match, pengkritik tetap senyap membisu!!

Kemenangan besar kelmarin memberikan seribu satu makna kepada fan Chelsea dan pasukan lawan - The Blues tetap rakus mengganas seperti musim lepas!! Jika nak dibandingkan dengan musim terdahulu, aku dengan angkuhnya akan mengatakan scoreline nie agak rendah jumlah golnya..7 gol dan 8 gol adalah jumlah gol tertinggi musim lepas dan aku yakin dengan permulaan yang memberangsangkan, Chelsea akan mengulangi, tidak, mungkin prestasi yang lebih bagus kali nie!!

Didi, Malouda dan Lampard nampaknya sudah kembali kepada prestasi asal - pantas, tepat dan setajam pisau!! Tanpa ketiga2 tonggak utama nie aku rasa memang sukar Chelsea ingin mendapatkan gol..Musim lepas kita dapat melihat betapa 70% gol Chelsea disumbangkan oleh trio ini dan kali nie aku mengharapkan perkara yang sama berlaku!! Didi antara yang paling ketara, selepas sembuh sepenuhnya dari surgery bulan lepas, The King nampaknya semaikn hebat dan padu dari musim lepas..Jika musim terdahulu dia boleh mendapat Top Scorer walaupun bermain dalam keadaan injury, serta terlepas sebulan akibat Piala Afrika, aku yakin dengan kepulangan 100% fit, serta tiada Piala Afrika mengganggu, Didi akan lebih mengganas musim nie!!

Mesej di awal musim amat penting - dengan 6 gol tanpa balas kita dah memberikan mesej padu kepada rival - Chelsea Will Win It Again!! Mungkin dalam Pre - Season kita agak kurengg, tapi sesudah mendapat keserasian seperti musim lepas, tiada siapa dapat menghalang amukan ombak biru!!! Aku masih menanti - nantikan kehadiran Ramires, yang sudah tentu akan menambah kekuatan midfield yang dah sedia mantapp..Yup, this is our season!!





Saturday, August 14, 2010

2 Musim 2010/11 bermula!!

2 Comments

Tak sabar, teruja, excited??

Musim baru EPL akan bermula dan kini tugas Chelsea amat mudah -pertahankan kejuaraan!! Malam nie kita akan berdepan West Brom dann tidak ada apa yang diharapkan selain kemenangan..Dengan tewas dalam Perisai Komuniti minggu lepas, dah tentu aku agak panas apatah lagi sebelum tu kita dah tewas 4 match dalam Pre - Season..Aku tak dapat nak ulas panjang2 sebab agak bz tapi dengar kata Cech dan Alex akan kembali untuk menguatkan Defence yang agak celaka sekarang nie..Mudah- mudahan betul dan aku harap Chelsa dapat bermula dengan kemenangan bergaya!! Aku target 3-0!!


Live Astro 12.30 am Ahad

0 Fantasy Liga The Blues Army!!

0 Comments

Musim EPL akan bermula malam nie, dan buat pencinta Fantasy Premier League dan The Blues Army, kat sini aku nak ajak korang sume join Liga The Blues Army..Nie kali pertama aku anjurkan liga untuk blog nie jadi aku harap2 sambutan yang gempak giler dari korang..You got what it takes to become Great manager??

Cara nak join: Enter Fantasy Premier League> Fantasy Menu > League > Join a private league > Enter Password - 1693077-315729 >DONE!!



Wednesday, August 11, 2010

0 Goodbye Riccy!!

0 Comments

Ricardo Carvalho, antara pemain yang mempunyai legasi terpanjang sejak pengambilalihan Roman nampaknya akan meninggalkan kita..Dah bermain hampir 6 tahun untuk The Blues, kini nampaknya hanya Drogba, Lampard, Terry dan Cech yang merupakan muka paling lama peninggalan Mourinho yang masih tinggal..

Kata2 dari Official CFC :

"Chelsea Football Club can confirm it has agreed terms with Real Madrid for
the transfer of Ricardo Carvalho. The transfer is subject to a medical and the
player agreeing personal terms.

"Chelsea would like to thank Riccy for
his six years of service, and we wish him well in his future career."


Sejak hadir dari Porto, Carvalho merupakan nadi di bahagian defence tengah bersama2 gandingan mantap Terry suatu ketika dulu..Masih lagi merupakan CB terbaik, namun Riccy kerap injured dalam 1-2 musim terakhir dan musim 2007/08 merupakan kisah yang malang dengan hanya 18 apps diberikan..Musim lepas Riccy kembali meningkat dengan 29 apps berjaya diberikan namun kecederaan teruk di hujung musim memnyebabkan pihak kelab perlu menimbang faktor umur dan keupayaannnya untuk kembali bersaing musim nie..

Denagn umur 32, sudah tiba masa Riccy berundur dan memberikan peluang untuk pemain lain seperti Alex dan Bruma menguasai posisi tengah..Rumours masih lagi berlegar Carletto akan membawa David Luiz yang berumur 22 tahun sebagai pengganti Riccy, bersama2 Ramires sebagai package deal dari benfica..Apapun sama2 kita nantikan bagaimana perkembangan nanti..Untuk Riccy, terima kasih untuk 6 tahun yang gemilang..Au Revoir!!


2 Nombor skuad

2 Comments
Nie nombor skuad Chelsea musim 10/11 yang dikeluarkan secara rasmi kat official..Yang berbeza hanya Benayoun yang mengambil nombor 10 dari Joey..Mampukah Benayoun menyamai pencapain Joe Cole?? Sama2 kita nantikan..

1. Petr Cech
2. Branislav Ivanovic
3. Ashley Cole
5. Michael Essien
6. Ricardo Carvalho
8. Frank Lampard
10. Yossi Benayoun
11. Didier Drogba
12. John Mikel Obi
15. Florent Malouda
17. Jose Bosingwa
18. Yury Zhirkov
19. Paulo Ferreira
21. Salomon Kalou
22. Ross Turnbull
23. Daniel Sturridge
24. Nemanja Matic
26. John Terry
33. Alex
38. Patrick van Aanholt
39. Nicolas Anelka
40. Hilario
41. Sam Hutchinson
42. Michael Mancienne
43. Jeffrey Bruma
44. Gael Kakuta
45. Fabio Borini

0 Selamat Berpuasa

0 Comments


Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak nie, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa bagi pengunjung The Blues Army yang beragama Islam..Kebetulan pulak sempena musim bolasepak yang dah nak mula, harap2 puasa nie boleh kurangkan maki hamun kita masa tengok match nanti..Bolehlah tengok pergaduhan secara aman selama sebulan antara Fan kelab masing2, kan2?? Wassalam..

Tuesday, August 10, 2010

0 Defence haram jadah!!

0 Comments

Seriously, kalo camnie la keje defend kita musim nie, memang ranap hancur lebur la musim untuk The Blues, jangan kata nak CL, mungkin liga pon leh terlepas..Dengan keeper yang Hilariouss, Terry biskut meri, Ferreira tak terer, ngan Ash jadi Abu memang teruk giler defend aku rasa ngan Perak Jenderata pon leh robek..

Apa yang nak diulas?? Manure skor 3 gol kacang, walaupun Chelsea lagi banyak dominate possession..Nak kira shot?? Chelsea lagi banyak..Jadi aku leh katakan, Defend layu, serangan sayu dalam game Ahad lalu..Hanya midfield yang aku puji terutama Essien kerana berjaya mendominasi tengah padang dengan berlagak giler menenggelamkan Si Tua Gay Scholes dan Carik2 Bulu Ayam..Tambah dengan gol dalam Pre- Season, boleh dikatakan kita dah bolos dekat 10++ gol dalam 5 match terakhir menunjukkan betapa haramnya Defend kita sekarang nie walaupun manager kita merupakan Italians yang terkenal dengan kehebatan bertahan..

Nie antara muka yang aku cap main teruk giler malam tu :

Hilariouss - Dengar nama pon dah kelakar, memang tak berkaliber langsung mamat nie jaga gawang, terutamanya untuk gol ke -3 Manure..Boleh plak die naik ke atas walaupun masa tu BerbaFLOP jauh lagi nak masuk kotak penalti..Childish mistake, dan dengan Tunggul pon macam 2x5, aku hanya mengharapkan satu je, Golden Glove EPL musim lepas - Cech cepat sembuh!!

Terry - Kejap power, kejap tak, macam biskut..Mungkin masih lagi terkesan dengan prestasi teruk kat Afrika, tapi sejujurnya sejak musim lepas lagi Cappi kita nie dah agak kurang kebalnya seperti dulu..Mudah ditewaskan FLop England, Shrek Rooney, juga dikira bersalah sebab tak cover defend untuk gol 2 dan 3 Manure..Aku harap Terry cepat fokus sebab dia nadi The Blues sepanjang musim..

Ashley Cole - World Best Left back?? Dont make me laugh. Malam kelmarin die memang tak layak dapat gelaran nie..Yup, Ash memang gempak biler naik atas dan attack tapi jika merujuk kepada posisi asalnya sebagai defend kiri, Ash memang fail dalam match nie..terlampau kerap naik ke atas sehingga meninggalkan ruang kosong di bahagaian defend kiri Chelsea merupakan punca Chelsea bolos gol pertama dan kedua..Valencia dibiarkan bergerak bebas di wing kanan sehingga menyebabkan Terry terpaksa mengambil alih tugas untuk menutup ruang yang ditinggalkan Ash..Hasilnya?? Kawasan tengah pulak terabai..Harap Ash boleh perbaiki aspek defensive die pasnie..

Antara yang aku salute :

The Bison Essien - Memang merupakan elemen yang dirindui sejak Januari musim lepas..Agility, kekuatan body, kepantasan, kesungguhan dan rembatan padu Essien sememangnya menjadi punca mengapa dia MF terbaik Chelsea pernah ada..Secara berseorangan Essien mendominasi kawasan tengah menenggelamkan midfield Manure walaupun baru je pulih dari kecederaan teruk..Masih belum 100% fit, aku tak sabar nak tengok aksi dia di potensi tertinggi..

Sturridge - Muda?? Tak feymes?? Semua tak jadi hal untuk Danny..Mungkin tak sepopular wonderkid lain yang kian digembar-gemburkan macam Wilshere, Hernandez tapi bagi aku Sturridge perlu diberi perhatian musim nie..Hanya masuk dalam kurang 20 minit terakhir, Danny dah melakukan impak dengan membuka ruang untuk gol pertama Chelsea dan memperoleh 2 percubaan terbaik di depan gol yang hampir menewaskan Van Spender Besar..Kepantasan Sturridge memang mengejutkan aku dengan menghuru-harakan benteng Manure, sesuatu yang membuatkan aku terfikir mengapa media kurang bercerita mengenai Sturridge..

Pemain lain?? Bolehlah tahan - tak gempak, tak jugak teruk..Beberapa pemain utama musim lepas seperti Lampard, Didi, Anelka, Kalou dan Malouda ternampak agak ordinary dan tak cukup gempak seperti sebelumnya..Mungkin lambat panas apatah lagi lepas WC yang agak hampeh..Harap mereka nie cepat kembali ke prestasi asal!!

Apapon, aku tak lah kecewa sangat walaupun kalah sebab beberapa pemain macam Bosingwa, Cech dan Alex masih lagi tercedera justeru aku boleh terima defence kita agak haremm sket..Meletakkan Ivanovic di bahgaian tengah agak berisiko sebab dia dah biasa dengan peranan RB..Yup, dan tanpa Cech sememngnya memberi perbezaan mutlak dan kita dapat lihat macamana Van Spender Besar memberi ketenangan kepada Defence Manure..Dengan pengganti Hilariouss dan Tunggul, Chelsea nampak goyang jadi aku harap Cech dan Alex cepat sembuh menjelang pembukaan menentang West Brom nanti!! Masih di awal musim, tidak perlu nak gelabah sangat cuma aku harap Chelsea membuat peningkatan pasnie..Carletto perlu cepat menyelaesaikan masalah defensive kita sebelum musim baru bermula..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!



Sunday, August 8, 2010

0 Perang Minda bermula!!

0 Comments
Jom belasah Manure lagi cam musim lepas!!

Seperti biasa Don Carletto dah memulakan perang saraf dengan Bapak Setan Fergie..King Carlo dah mengumumkan barisan yang akan bermain dalam Perisai Komuniti malam sok lebih awal..Kerek atau konfiden terlebih??

Barisan skuad Chelsea yang akan beraksi di Perisai Komuniti :

Starting XI (4-3-3):

Henrique Hilario,
Paulo Ferreira, Branislav Ivanovic, John Terry, Ashley Cole,
Michael Essien, John Mikel Obi, Frank Lampard,
Salomon Kalou, Nicolas Anelka, Florent Malouda.

Subs: Ross Turnbull, Didier Drogba, Ricardo Carvalho, Yossi Benayoun, Yuri Zhirkov, Gael Kakuta, Daniel Sturridge, Jeffrey Bruma.

Cech, Alex dan Bosingwa antara yang tercedera dan tidak dapat beraksi malam sok..Apa yang mengejutkan bila King Didi direhatkan di bangku simpanan dan mungkin akan masuk sebagai subs..Situasi yang sama aku lihat ketika kita menang kat Old Kerepot musim lepas dengan Didi menjaringkan gol kemenangan selepas masuk sebagai subs, harap- harap ada tuah yang sama kali nie!!

Persoalan kedua adalah siapa calon sesuai menggantikan Cech?? Kedua-dua Hilario ngan Turnbull main cam haram dalam Pre- Season tapi dengan pengalaman yang lebih pada Hilario, jadi tak terkejut bila Carletto memilih mamat Portugal nie starting malam sok..Harap2 dia superb gak macam masa lawan Fool musim lepas..

Match pembukaan hampir bermula..Korang mesti teruja bukan?? Sama gak ngan aku beb..Dekat 3 bulan tak pekena EPL memeng mengah rasanyer..Harap2 Chelsea dapat bukak musim baru dengan kemenangan!! KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

MATCH LIVE ASTRO (813) 12.00 TGH MLM 9 OGOS

Saturday, August 7, 2010

1 Coentrao?? No no no..

1 Comments


"Tak betul, sampah punyer rumours"

Nie jawapan Carletto untuk gosip terbaru yang mengatakan Chelsea akan membeli Coentrao sebagai penggganti Ashley Cole yang dikatakan berkeras ingin menyertai barisan skuad Jose di Madrid..Pegh marah giler Carletto dan nampaknya dia sayang giler ngan Ash yang dilabel sebagai Best Left Back of The World..

Aku sujujurnya tak kesah jika Ash pergi, kerana Coentrao bagi aku adalah pengganti yang ideal..Dengan umur yang muda dan aksi kepantasan di bahagian defence kiri seperti ketika mewakili Portugal, aku nampak Coentraou nie memang sesuai habess dengan Chelsea terutamanya jika kita mengamalkan serangan counter attack..

Papepon Carletto dah memberi kata putus, jika benar maka manager kita nie kena meyakinkan Ash dia di kelab yang betul sebab aku tak nak ada player yang main berbelah bahagi dan tak komitmen kepada The Blues..Mungkin Ancelotti masih merasakan Ash tetap pilihan terbaik di defence kiri, aku harap dia mampu menukar pemikiran Ash untuk stay dengan sepenuh hatinya, bukan secara paksa..Jika Ash berkeras nak chow gak, biarlah dia pergi, yup dia memang Best Left Back yang Chelsea ada tetapi kita masih ada beberapa pemain yang berkaliber untuk beraksi di tempat yang sama..Seperti yang aku katakan, Coentrao adalah calon yang bagus, manakala Zhirkov masih boleh diharap, begitu juga dengan Van Aanholt yang kian meningkat..Its win - win situation!!


0 Burger tak sedap!!

0 Comments

Adehh, sekali takpe, kedua jadi risau, ketiga kena jadi parah..Chelsea punyer Pre-Season musim nie memang hancuss berbanding season2 sebelumnye..Hanya satu menang, dan 3 kekalahan berturut2 memang sedikit sebanyak memberikan peluh 'cuak' buat fanatik Chelsea fan..kelamarin The Blues sekali lagi malang apabila tunduk pernuh hormat kepada Burger Cap Germany - Hamburger sekaligus melengkapkan penutup Pre - Season yang sayu oleh Singa Biru sebelum musim baru bermula..

Apakah yang terjadi?? Takde yang lebih teruk dari defence Chelsea ketika nie sebab memberikan gol2 yang haram jadah senang giler bagi kat pihak lawan, terutmanya dalam 3 matach terakhir..Semenjak ketiadaan Cech, barisan defensive Chelsea agak rapuh dan lembik semacam je aku tengok walaupun sekembalinya Terry dan pemain senior lain dari WC..Match lawan Hamburg kelmarin semalam tak terkecuali bila Zhirkov memberikan 'assist' kepada Petric untuk gol penyamaan dan Terry lak longlai macam sayur kena ayam untuk gol kemenangan Burger German..

Satu je aku nak puji, persefahaman antara player terutamanya midfield dan striker nampak lebih jitu dari sebelumnya, selkaligus menampakkan aku seolah-olah aksi hebat Chelsea penghujung musim lepas..Memang diakui WC 2010 adalah mimpi ngeri untuk majoriti pemain senior Chelsea yang beraksi jadi dah tentu kebanyakan diorang masih di dalam mood kecewa dan kurang umpph aksi di awal musim..Aku harap tak berpanjangan dan aku yakin selepas dapat momentum, Chelsea akan mampu beraksi hebat seperti biasa lepas nie..Papepon Pre- Season dah tamat, masa untuk beraksi secara serius sudah tiba, mulakan dengan kemenangan ke atas Manure Ahad nie!!


Wednesday, August 4, 2010

0 Don beri hint baik punyer..Persiapan Terakhir musim baru??

0 Comments
Yahoo!! Walaupun transfer window kali nie agak lembab buat Chelsea, kali nie aku agak teruja kerana selepas diasak bertubi -tubi oleh media, Don Carletto akhirnya mengakui The Blues sedang mencari 2 lagi pemain baru..Berita baik buat fan??

"We are not in any hurry," Ancelotti told Sportske Novosti. "We have the whole of August to complete deals. The strategy of the club is clear. Compared to last season, we have lost Belletti, Ballack and Joe Cole, so we will add three players in these positions. So far, we've brought in [Yossi] Benayoun from Liverpool."


Dengan hanya 1 minggu je nak memulakan EPL, aku agak risau dengan kekuatan dalaman skuad kita musim nie..Selepas kehilangan 3 MF (Joey, Ballack, Belletti), dan juga mungkin Deco tak lama lagi, bahagian midfield dikatakan antara bahagian paling semput kerana kekurangan backup yang berkualiti..Musim lepas kita dapat melihat bagaiamana backup seperti Ballack dan Belletti memberikan cover yang bagus sepanjang ketiadaan Essien dan Mikel sekaligus menjadi penyebab utama kita tetap maintain rekod kemenangan di pertengahan musim liga..

Berdasarkan situasi semasa, Yup, Benayoun sudah dicekup, bermakna kemungkinan Don akan mencari seorang lagi MF berkaliber dan seorang winger..Antara yang disebut2 kini adalah Ramires, bintang muda dari Brazil yang bagi aku memang ada gaya2 Rivaldo sket cara dia main..Dengan umur masih 23, aku yakin dia mampu jadi hit kat Chelsea dan me'muda'kan skuad kita yang agak berumur..

DONE DEAL??


Sebut pasal Ramires, aku harap dia akan join Chelsea dalam masa terdekat, dan nampaknya hasrat kita Fan Chelsea dah termakbul!! Ramires dikatakan sedang mengikuti medical check up sebelum menyempurnakan £17million transfer fee dalam masa 24 jam lagi..Jika masih ada yang ragu- ragu, aku dah check profile Ramires dalam Wikipedia (klik sini) dan dah tertulis nama Chelsea sebagai kelab terbaru wonderkid nie!! Tak percaya lagi?? Cuba check profile Chelsea lak (klik sini) dan korang akan jumpe nama Ramires dengan skuad number 20..Aku masih menanti berita baik secara rasmiOfficial Chelsea Website untuk mengesahkan kehadiran Ramires ke Bridge!!

SIAPA LAGI??

Jika Ramires dah hadir, bermakna hanya tinggal satu lagi kekosongan dalam pemikiran Don, siapakah?? Dengan Torres dah komited dengan Fool, bermakna Chelsea perlu mencari alternatif lain..Aguero terlampau mahal, begitu juga dengan Neymar..Bagi pendapat aku, sekiranya Ramires sudah official, Roman takkan mengeluarkan duit lagi kerana aku pasti, seperti musim2 lepas, budget Chelsea agak ketat dan hanya keluar £15-20 utuk summer window seperti ketika membeli Zhirkov..Dengan pembelian Ramires (£17m), Benayoun (£5), aku menjangkakan Carletto akan mencari seorang lagi pemain yang murah tetapi berbaloi..


Nama Darijo Srna mungkin pernah dikaitkan dengan Chelsea sebelum nie, dan kali nie rumours yang sama kembali muncul, cuma ia hadir dengan hint dari Carletto..Ketika ditanya oleh wartawan dari Sportske Novosti , Don tak menafikan kita sedang memburu Srna..Sepertimana yang korang tahu, Don nie memang akan serta merta nafikan rumours jika dia tak nak beli, macam kes Torres dulu, tapi kali nie lain lak citernye..Kata- kata Ancelotti mengenai rumours Srna :

"No - I don't want to deny that we are tracking an interesting player. I understand your curiosity as a journalist, but I must stress that I cannot give you the names of players Chelsea are interested in signing."

Jika benar, Srna diharap akan menjadi pemain yang berbaloi2 kerana dengan umur 28, dah tentu dia di kemuncak prestasi..Versatiliti yang dimiliki Srna yang boleh bermain sebagai RB atau Winger membuatkan dia akan menjadi aset berguna untuk Chelsea sepertimana Zhirkov..Aku yakin harga dia agak murah kerana Croatia tak bermain dalam WC..

SKUAD IMPIAN??

Senarai Keluar : Confirmed - Joey, Ballack, Beletti, Stoch (thanks to xavi)
Probable - Deco, Di Santo

Senarai Masuk : Confirmed - Benayoun
Probable : Ramires, Srna

Mungkin nie agak jauh dari tanggapan sesetengah fan yang mahukan marquee signing dan heavyweight player seperti Aguero, Torres mahupun Kaka, tapi dengan 3 pembelian di atas, aku yakin kita dah cukup bersedia untuk menundukkan mana2 kelab!!

Probable First team Line-up (4-3-3) :

Cech
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Essien
Lampard-Ramires
Anelka-Didi-Malouda

Subs : Turnbull, Hilario, Carvalho, Bruma, Van Aanholt, Ferreira, Hutchinson, Zhirkov, Bosingwa, Mikel, Matic, Kalou, Benayoun, Srna, Sturridge, Kakuta, Borini


Dah bersedia untuk musim baru??





Tuesday, August 3, 2010

2 Super Delac

2 Comments
Sementara menanti musim EPL yang kian hampir, dah pasti korang tertanya2 bagaimana prestasi pemain muda yang dikatakan bakal menjadi peneraju utama dalam skuad Chelsea?? Kita mulakan dengan dengan Matej Delac, GK baru Chelsea yang berumur 18 tahun..Shoot diambil dari aksi Delac sewaktu bermain dengan klab lamanya, Inter zaprešićs sewaktu masih berumur 16 tahun..Seriously, its impressive!!


Monday, August 2, 2010

0 Perlukah Risau??

0 Comments
Chelsea menerima kekalahan kali kedua berturut2 dalam Pre-Season Match yang boleh dikatakan bertujuan sebagai pemanas badan sebelum musim EPL 2010/11 bermula..Kelmarin skuad The Blues tewas di tangan Eintrach Frankfurt 1-2, meneruskan nasib malang selepas tewas 3-1 di tangan Ajax minggu lepas..

Jika menentang Ajax, kita boleh berdalih dengan mengatakan hampir kesemua skuad dianggotai oleh pemain muda akademi, menenatnag Eintrach dah tentu alasan nie tak boleh dipakai..6 pemain dari 9 WC player yang merujuk kepada pemaian senior telah diletakkan dalam skuad utama namun Chelsea tetap tewas si tangan kelab murahan seperti kelab buah-buahan Franfruit juicy berry..

Dalam match nie, aku hanya boleh bagi ulasan pendek, kesilapan Hilario memberikan pasukan lawan gol pendahulu, sekaliguis meneruskan nasib malang kepada pengganti Cech, merujuk kepada kesilapan high profile Turnbull lawan Ajax minggu lepas..Gol Kedua juga agak malang selapas tarikan manja Matic dikatakan foul yang memberikan penalti untuk gol kedua Eintrach..Apa yang aku puji adalah aksi Van aanholt kerana berjaya membuka ruang untuk gol penyamaan dari lampard..Yup, memang superb budak Belanda nie...

Perlukah kita merasa risau?? Tak perlu kot, masih awal untuk memberi tanggapan negatif tentang potensi skuad ini..Pre Season bagi tak memberi banyak makna, kerana apa yang penting aksi dalam match sebenar iaitu apabila musim bermula nanti..Di Situ jika aksi yang sama ditonjolakn, baru aku akan agak goyang sket..Papepon aku dah nampak beberapa pemain muda yang diklihat berpotensi besar untuk menjadi star..Van aanholt, Sturridge, Bruma..Tak sabar nak tengok peningkatan diorang!!




Chelsea (4-3-3): Hilario; Ferreira (Mancienne h-t), Bruma (Carvalho h-t), Terry (c) (Ivanovic h-t), Cole (Van Aanholt h-t); Benayoun (Lampard h-t), Mikel (Essien h-t), Zhirkov (Matic h-t); Kalou (Sinclair 58), Anelka (Borini h-t), Malouda (McEachran 58).

Goal: Lampard 63
Booked: Malouda 36

Frankfurt (4-4-2): Nikolov (Fahrmann h-t); Ochs (Rode 68), Franz (Bellaid h-t), Russ, Tzavellas; Jung, Meier (Fenin 76), Schwegler (Heller 68), Kohler (Korkmaz 76); Amanatidis (Altintop 59), Gekas (Caio 59).

Goals: Ochs 24, Altintop (pen) 82