The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, August 4, 2010

0 Don beri hint baik punyer..Persiapan Terakhir musim baru??

Yahoo!! Walaupun transfer window kali nie agak lembab buat Chelsea, kali nie aku agak teruja kerana selepas diasak bertubi -tubi oleh media, Don Carletto akhirnya mengakui The Blues sedang mencari 2 lagi pemain baru..Berita baik buat fan??

"We are not in any hurry," Ancelotti told Sportske Novosti. "We have the whole of August to complete deals. The strategy of the club is clear. Compared to last season, we have lost Belletti, Ballack and Joe Cole, so we will add three players in these positions. So far, we've brought in [Yossi] Benayoun from Liverpool."


Dengan hanya 1 minggu je nak memulakan EPL, aku agak risau dengan kekuatan dalaman skuad kita musim nie..Selepas kehilangan 3 MF (Joey, Ballack, Belletti), dan juga mungkin Deco tak lama lagi, bahagian midfield dikatakan antara bahagian paling semput kerana kekurangan backup yang berkualiti..Musim lepas kita dapat melihat bagaiamana backup seperti Ballack dan Belletti memberikan cover yang bagus sepanjang ketiadaan Essien dan Mikel sekaligus menjadi penyebab utama kita tetap maintain rekod kemenangan di pertengahan musim liga..

Berdasarkan situasi semasa, Yup, Benayoun sudah dicekup, bermakna kemungkinan Don akan mencari seorang lagi MF berkaliber dan seorang winger..Antara yang disebut2 kini adalah Ramires, bintang muda dari Brazil yang bagi aku memang ada gaya2 Rivaldo sket cara dia main..Dengan umur masih 23, aku yakin dia mampu jadi hit kat Chelsea dan me'muda'kan skuad kita yang agak berumur..

DONE DEAL??


Sebut pasal Ramires, aku harap dia akan join Chelsea dalam masa terdekat, dan nampaknya hasrat kita Fan Chelsea dah termakbul!! Ramires dikatakan sedang mengikuti medical check up sebelum menyempurnakan £17million transfer fee dalam masa 24 jam lagi..Jika masih ada yang ragu- ragu, aku dah check profile Ramires dalam Wikipedia (klik sini) dan dah tertulis nama Chelsea sebagai kelab terbaru wonderkid nie!! Tak percaya lagi?? Cuba check profile Chelsea lak (klik sini) dan korang akan jumpe nama Ramires dengan skuad number 20..Aku masih menanti berita baik secara rasmiOfficial Chelsea Website untuk mengesahkan kehadiran Ramires ke Bridge!!

SIAPA LAGI??

Jika Ramires dah hadir, bermakna hanya tinggal satu lagi kekosongan dalam pemikiran Don, siapakah?? Dengan Torres dah komited dengan Fool, bermakna Chelsea perlu mencari alternatif lain..Aguero terlampau mahal, begitu juga dengan Neymar..Bagi pendapat aku, sekiranya Ramires sudah official, Roman takkan mengeluarkan duit lagi kerana aku pasti, seperti musim2 lepas, budget Chelsea agak ketat dan hanya keluar £15-20 utuk summer window seperti ketika membeli Zhirkov..Dengan pembelian Ramires (£17m), Benayoun (£5), aku menjangkakan Carletto akan mencari seorang lagi pemain yang murah tetapi berbaloi..


Nama Darijo Srna mungkin pernah dikaitkan dengan Chelsea sebelum nie, dan kali nie rumours yang sama kembali muncul, cuma ia hadir dengan hint dari Carletto..Ketika ditanya oleh wartawan dari Sportske Novosti , Don tak menafikan kita sedang memburu Srna..Sepertimana yang korang tahu, Don nie memang akan serta merta nafikan rumours jika dia tak nak beli, macam kes Torres dulu, tapi kali nie lain lak citernye..Kata- kata Ancelotti mengenai rumours Srna :

"No - I don't want to deny that we are tracking an interesting player. I understand your curiosity as a journalist, but I must stress that I cannot give you the names of players Chelsea are interested in signing."

Jika benar, Srna diharap akan menjadi pemain yang berbaloi2 kerana dengan umur 28, dah tentu dia di kemuncak prestasi..Versatiliti yang dimiliki Srna yang boleh bermain sebagai RB atau Winger membuatkan dia akan menjadi aset berguna untuk Chelsea sepertimana Zhirkov..Aku yakin harga dia agak murah kerana Croatia tak bermain dalam WC..

SKUAD IMPIAN??

Senarai Keluar : Confirmed - Joey, Ballack, Beletti, Stoch (thanks to xavi)
Probable - Deco, Di Santo

Senarai Masuk : Confirmed - Benayoun
Probable : Ramires, Srna

Mungkin nie agak jauh dari tanggapan sesetengah fan yang mahukan marquee signing dan heavyweight player seperti Aguero, Torres mahupun Kaka, tapi dengan 3 pembelian di atas, aku yakin kita dah cukup bersedia untuk menundukkan mana2 kelab!!

Probable First team Line-up (4-3-3) :

Cech
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Essien
Lampard-Ramires
Anelka-Didi-Malouda

Subs : Turnbull, Hilario, Carvalho, Bruma, Van Aanholt, Ferreira, Hutchinson, Zhirkov, Bosingwa, Mikel, Matic, Kalou, Benayoun, Srna, Sturridge, Kakuta, Borini


Dah bersedia untuk musim baru??





No comments: