The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, January 31, 2010

3 Tandukan Berapi JT!!

3 Comments
Hikmat tandukan kepala besi Shaolin??

Tandukan padu Captain Fantastic JT semalam sememangnya melegakan hati ak yang tengah usha kat kedai mamak semalam, dengan membe ak dak MU pon tgok, malu gak kalo dapt seri je..nasib baik kita menang 2-1 dan menjarakkan diri dengan 4 mata di atas!! Malam nie leh la gelak2 tgok dua ekor team bawah bergaduh sesama sendiri ha3..

Match bermula dengan Carletto memutuskan tidak menggunakan Didi dan Kalou untuk direhatkan menjelang pertemuan menentang Hullahup Rabu nie dan formasi 4-3-3 kekal menjadi pilihan..Alex dan Zhirkov dimasukkan menggantikan Carvalho dan Deco..bahagaian serangan tidak berubah kerana gandingan JC-Anelka-Malouda sememangnya antara gandingan terbaik di premiership kini!!

Perlawanan first half agak hambar dan ak nampak kita agak kaku di tempat lawan, sampai habis air sirap ak sedut kasi hilang bosan..Logik gak sebab kita dah lame tak merasai kemenangan di away game sejak November..kat Bridge lain citer lak sampai bosan asyik menang je..

Brock Lesnar jadi keeper?? Sure bolos la beb..

Walaupun kaku, seperti kata Mamu Raja Lawak, gol mesti mari!! Gandingan JC-Malouda-Anelka sekali lagi menjadi dengan counter attack pantas Chelsea dimulakan oleh Joe Cole yang cross cantek untuk ahli nujum dan setup baik punyer untuk Anelka mudah menolak bola masuk melepasi keeper Burnley yang muke macam Brock Lesnar ahli gusti..Half Time Chelsea mendahului 1-0!!

Tapi sepandai2 tupai melompat, Alex lak tak reti nak lompat..Serangan sulung Burnley di awal Second Half sememangya satu tragedi sebab ak tgok diorang nie takde la threat sangat depan gawang Chelsea tapi hantaran tinggi gagal dikawal baik oleh Alex lalu dirampas oleh Fletcher dan merembat gol melepasi Si Gelabah Cech..1-1

Dah terhantuk baru la nak men betul2..Seperti kena ketuk kat kepala dengan tongkat Ali Pak Ali, player2 Chelsea baru la kembali mempamerkan corak2 seranagan yang berbahaya dan passing kembail lancar dan winger kembali bergerak pantas..Sayang walaupun banyak serangan dilakukan tapi kita masih gagal mencari gol pendahuluan..Jaringan Joe Cole dibatalkan akibat Offside dan Burnley semakin lama ak tgok semakin ramai player die di dalam Kotak penalti..Sturridge dan Deco dimasukkan menggantikan kembar Cole, JC dan AC dan Sturridge segera memberikan impak dengan dribbling cantek di sayap kanan yang memberikan sepakan sudut untuk Chelsea..

Tandukan untuk media England!!

Lampard mengambil corner dan satu kepala yang familiar menanduk deras untuk gol kemenangan Chelsea di minit ke 82 melepasi Brock Lesnar dan kepala 2 adalah Kapten JT!! Memang deras dan ak rase memang sikit keeper yang boleh tepis tandukan nie..Tandukan berapi JT nie memang membakar Burn-Ley namun ad satu yang tersirat, ia turut membakar kata2 media yang menecemuh JT sepanjang 2-3 hari nie..

Para pemain The Blues memberikan sokongan untuk JT selepas jaringan

Gaya Kapten : JT tak celebrate goal dan berterima kasih kepada support dari Fan Chelsea di Turf Moor

Bagi aku JT memang proffesional, walaupuna ad masalh personal di luar padang (berita lanjut, KLIK SINI ), dia tetap komited dalam match dan gol kemenangan nie membuktikan dia adalah kapten sebenar untuk kelab dan negara..Walaupun apa yang terjadi ak rase die patut still jadi leader sebab tiada sape yang perfect..Berita nie memang kecoh dengan media England dah menaruh minyak dalam api tapi ak yakin tandukan JT lebih berbisa!!

Okey lupakan mengenai kes nie, akhirnya kita menang 2-1 dan berjaya menjarakkan diri di tempat teratas..Jika berjaya menang lawan Hull, satu lagi perlawanan yang sukar di tempat lawan, kita akan berda di kedudukan yang selesa menjelang pertemuan dengan Arsenal minggu depan..Walau ape pon result malam nie antara Arsenal- MU, kita akan mendapat manfaat gak so tok Fan Chelsea malam nie, enjoy the game!!

Match highlight kali nie berbeza sket, mungkin sebab nak taun baru cina kot huhu..papepon momantai,layan je la vid nie, KTBFFH!!



Sila hantarkan komen korang lepas bace entri nie, Thanks!!

Saturday, January 30, 2010

4 Kasi burn itu Burnley!!

4 Comments
Haha ak harap malam nie kita dapat mencatat kemenangan dan Ahad nanti boleh la jadi pemerhati dua ekor team lawan bergaduh sesama sendiri sedangkan mase tu Chelsea dah senyap2 menjarakkan diri dalam carta liga..

Berita baik?? Takde berita lagi best selain kepulangan Didi ke dalam kem, walaupun performance kita still hebat tanpa bintang Afrika, ketiadaan Didi tetap dirasai kerana dia sememngnya Big Match Player, selalu menjadi penyelamat di saat Chelsea menghadapi kesukaran..Mengenai dia main ke x lawan Burnley nie ak xpasti lak sebab die baru je balik dari Angola tapi kalo die berada di atas padang, ak harap die leh lepaskan kegeramannya gagal ke final di angola dengan gol2 menentang Burnley nanti..

Burnley yang ak iktiraf lagi power dari ManU (diorang menang 1-0 haha) dan setaraf dengan Leeds kini memang tak berada di prestasi terbaik dan kini berada di tangga ketiga dari bawah..namun kita akan bertemu mereka di tempat lawan iaitu Turf Moor jadi jangan disangka ianya akan menjadi mudah kerana prestasi away kita masih goyah..

King Didi is Back!!

Keeper Burnley, Brian Jensen : "Drogba, kenapa ko balik cepat sangat!!!!!!"

Mengenai update player, Belleti mungkin still injured, tapi player2 lain xde kecederaan kecuali Essien dan Bosingwa, dengan Didi dan Kalou mungkin involve, ini bermakna kita sudah ad senjata yang lebih dari cukup untuk menembak keeper Burnley bertubi2!! ak rase memang nahas le keeper Burnley terkencing2 die nie kalo Drogba masuk padang..ko doa le bagi Didi takde mood malam nie hehe..

Carletto mungkin akan gunakan diamond jika Drogba masuk, tapi ak rase die akan still direhatkan, cuma Kalou mungkin digunakan untuk Joe Cole rest bagi match menentang Hull nanti, so formasi terkini 4-3-3- akan digunakan dan tiada perubahan dari match lepas :

Formasi malam nie :

-----------Cech---------
Ivanovic-JT-Carvalho Ash
-----Lamps-Ballack-Deco--
----kalou-Anelka-Malouda--

Match result Burnley (0) - Chelsea (3)

Match LIVE pukul 1.35 pg Ahad channel ESPN..Dont Miss!!

0 Tiada Mutu, Tiada Keunggulan - Sampah yang memualkan!!

0 Comments
Sampah yang ak letak depan rumah Mutu semalam tanda protes

Ok sory for Fan Mutu, tapi perangai Mutu memang macam haram jadah beb..Ak pon takde la benci ex-player Chelsea nie sangat tapi kes failed drug test kali ketiga die memang mengejutkan!!

Mat pet
nie kantoi amik coccaine tahun 2003 dan dipecat oleh Roman dari Chelsea dan dikenakan gantung perlawanan selama 7 bulan..sejak 2 die dah berpindah ke Juventus dan kini stay ngan Fiorentina..

Walaupun die wat hal kat Chelsea, kehebatan die kat Florence sikit2 mengubah tanggapan negative ak kat striker Romania nie tapi latest kes die yang dikantoikan oleh Italian Olympic commission sememangnya buat ak rase kecewa + marah dengan sportnmanship Mutu..Dengan kerek taknak bayar pampasan kat Chelsea, malahan di backup oleh media2 Itali untuk meminta simpati..Kes die nie dah jadi macam perang England vs Itali dua2 tak mahu mengalah..Aku pon kesian gak die kena pampasan haritu tup2 leh lak die wat kes lagi..Giler ke ape?? Kalo nampak muke kat sini memang ak terajang je..Die ngkin akan dikenakan hukuman 4 tahun jika betul2 bersalah..ad orang kate die tersalah amik ubat..Betul ke??

Idola Mutu barangkali??

Erma Fatima tengah nak wat sekuel dan dikhabarkan nak amik Mutu sebagai Protagonis dalam Tersasar Di Jalanmu 2

1 Target baru Super Frank

1 Comments
Lampard ketika mendapat 100 gol untuk Chelsea pada 16 February 2008-Next target??

Lampard sememangnya marvellous footballer dan ak kata bukan kerana ak memang Fan Chelsea tetapi dengan rekod jaringan yang sememangya superb, deh tentu ramai yang sukar menafikan Super Frank sememangnya midfielder yang menggerunkan!! ..Fan Mu mgkin boleh berbangga dengan Ronaldo yang menjaringkan 42 gol musim 2008/09 tetapi sape leh mencari seorang pemain tengah yang mampu menjaringkan 20 gol secara konsisten setiap musim?? Gerrard?? awal2 lagi xlayak..season nie pon men teruk gler..There is only one Lampard!!

1 Bobby Tambling 202 (370)
2 Kerry Dixon 193 (420)
3 Roy Bentley 150 (367)
= Peter Osgood 150 (380)
5Frank Lampard- 143 (455)
6Jimmy Greaves 132 (169)


Semenjak menjaringkan gol ke 100 menentang Huddersfield pada 16 February 2008, Lampard tak pernah berpuas hati dan terus menyumbat gol..Terbaru, dengan dua gol menentang Birmingham, Lamps kini telah mencapai gol ke 13 die musim nie dan ke-143 untuk kelab, hanya 7 gol kurang dari legend Peter Osgood(pic)..Target terbaru frank : 150!!

I’ve set the benchmark of 20 goals a season and I’d love to be there again.

“I’m on 13 now and if I can carry on, keeping scoring and helping the team, and get to 20, I’d be very pleased.

“That would put me on 150 and level with Peter ­Osgood. Funnily enough, I know ­exactly how many I need. I’ve got it all in my head.

“Scoring 20 goals would put me level with Osgood and Roy Bentley. I’d love to get there. Osgood is the Chelsea legend – him and Franco Zola.
Semoga lebih banyak gol yang akn terhasil dari Super frank season nie dan jika die leh jadi Chelsea All Time Top Scorer mengatasi Bobby suatu hari nanti, dah tentu Frank akan menjadi Legenda Terhebat Chelsea!! All the Best Frank!!

Thursday, January 28, 2010

7 Langit Biru

7 Comments

Orang selalu kata ' Satu gambar boleh memberikan 1000 makna"..gambar yang ak letak kat atas nie menggambarkan kedaaan Chelsea dalam liga ketika ini..Seperti yang korang lihat, perjalanan untuk merebut trofi EPL masih jauh, namun ada satu perkara yang tidak akan berubah, Blue Sky Will Always Be on Top!!

Seperti yang ak katakan lam preview match, player The Blues perlu menggunakan gear yang tinggi kini jika ingin menjadi pendahulu kembali dalam EPL dan ternyata kemenangan 3-0 semalam menentang team liat Birminghampeh merupakan permulaan yang baik!!

Ternyata formasi 4-3-3 amat disukai oleh ak, dan Carletto nampaknya dah mula terpaut dengan keindahan football yang berjaya ditonjolkan menggunakan strategi ini..Mengunakan Malouda dan Joe Cole sebagai winger, kita tak pernah ketandusan gol dan kedua2 pemain sayap nie memang mampu membuatkan mana2 full back team lawan semput dan mendapat asma..

Kehilangan Belleti memberikan Deco kesempatan untuk beraksi dan ak silap bile mengandaikan Sturridge akan mendapat permulaan kesebelasan untk formasi diamond semalam..Ternyata akal bijak dan licik Carleto mempunyai agenda yang berlainan yang tidak terfikir oleh kita yang merupakan peminat biasa..Sememangnya pengalaman manager Carletto memberikan perbezaan..Deco diletakkan sebagai anchor midfield semalam, namun tidak seperti Essien yang menggunakan body dan fizikal untuk mendominasi midfield, Deco menerajui bahagian tengah dengan kelajuan dan passing vision yang menarik..Kalo korang tgok Deco men semalam sebijik mcm fungsi Pirlo di Milan dan Iniesta kat Barca..Total Revolution!!

Ahli Nujum Pak Uda : Ramalan 7 gol seperti ketika menentang Sundal Land tak mengena lak

Match semalam bermula dengan gol seawal minit ke-4 dari ahli nujum Malouda yang tengah hot form hasil cross cantek dari Joe Cole..Lampard menambah gol kedua di penghujung half time dengan trademark shoot die..Second half Chelsea menggandakan asakan bertali arus sehingga Joe Hart hampir terkena 'hart' attack dengan tandukan Ballack dan shot2 dari Ash dan Malouda ditepis keluar..Sturridge dan Zhirkov kemudian dimasukkan menggantikan Anelka dan Joe Cole dengan kemenangan dah hampir pasti..Namun Lampard sememangnya masih tak puas ati dengan Joe Hart yang kerek dapat clean sheet dulu lalu menambah gol ketiga Chelsea dan gol kelapan buat Super Frank dalam 5 match..

Keputusan seri Sengal dan Ass-Tong membolehkan Chelsea kembali merampas kedudukan teratas dengan kelebihan 1 mata di atas Team Setan dan berbaki 1 game..Tapi ak harap kita tidak terlalu gembira dan skuad The Blues tidak akan terus berpuas hati dengan kedudukan kini coz perjalanan liga masih jauh dan macam2 leh berlaku jadi dengan kesempatan rivals dua ekor di bawah akan bercakaran sesama sendiri hujung minggu nie, ak mahukan kita menggunakan kesempatan ini untuk menjarakkan diri dengan pecutan pantas!!..Dua match double menentang Burnley dan bonus menentang Hull City Sabtu nie dan Rabu depan, 6 mata penuh amat diharapkan!! Buat mase skang nie, leh la tunjuk muke kerek kat membe2 Arsenal dan Mu haha..KTBFFH!!

Match Highlight:

0 Masa untuk pecutan pantas!!

0 Comments
Malam nie adalah peluang Chelsea untuk kembali menerajui liga setelah dua kali dipintas minggu lepas..Dengan fixture yang agak mudah untuk 6 game seterusnya, kita memerlukan para pemain untuk menaiki Ferrari dan membuat satu pecutan pantas untuk meninggalkan Arsenal dan Manchester jauh di bawah..

Chelsea's next six fixtures

Tonight Birmingham (h)

Sat Jan 30 Burnley (a)

Tue Feb 2 Hull (a)

Sun Feb 7 Arsenal (h)

Wed Feb 10 Everton (a)

Sat/Sun Feb 13/14 Cardiff (FA Cup h)

Arsenal's next six fixtures

Tonight Aston Villa (a)

Sun Jan 31 Man Utd (h)

Sun Feb 7 Chelsea (a)

Wed Feb 10 Liverpool (h)

Wed Feb 17 Porto (Champions League a)

Sat Feb 20 Sunderland (h)

Manchester Utd's next six fixtures

Tonight Man City (Carling Cup SF h)

Sun Jan 31 Arsenal (a)

Sat Feb 6 Portsmouth (h)

Wed Feb 10 Aston Villa (a)

Tue Feb 16 AC Milan (Champions League a)

Sat Feb 20 Everton (a)

Bukan nak kerek, tapi fixture untuk Arsenal dan Manchester bulan Februari nie memang hardcore dan Chelsea harus malahan wajibulghunah mengambil kesempatan nie untuk menebus kembali kesilapan lalu selepas kelebihan besar di awal Disember lalu disia2kan begitu shj sampai rivals leh memintas kita kembali..Harap kejadian yang sama tidak akan berulang kembali dan buktikan Chelsea adalah jaguh musim nie!!

"Hart, gua harap lu bolos bayak2 malam nie"

Okey untuk preview match malam nie, kita akan menentang Birmingham, satu2nya team yang membolehkan jentera serangan kita tidak menyumbat gol dan nie semua berpunca dari keeper muke jambu dan selamba Joe Hart..Seperti namanya, Joe Hart mmg hardcore dan kehebatannya dengan menyekat Didi dari menjarngkan gol dalam pertemuan sebelum membuktikan die nie memang keeper berbakat..Pehh setau aku memang sikit keeper yang boleh tahan serangan dan shot2 padu dari Didi musim nie..Cech pon trut salute kat Hart yang dianggap antara keeper terbaik EPL musim nie..

"He is one of the reasons why Birmingham are doing so well. Now the team have a huge self-belief so it is easier to play."

Tanpa Didi, Sturridge dan Anelka akan menjadi taruhan untuk membocorkan gawang Birmingham malam nie, dan ak harap dengan bantuan Malouda dan Joe Cole, barisan serangan mampu melakukan serangan yang gempak abbess seperti ketika menentang Sundal Land..

Berita kecederaan; Belleti antara yang akan direhatkan akibat injury ketika menentang Preston, namun Lampard disahkan boleh beraksi semula,sememnganya berita baik..Tanpa Belletti yang beraksi bagus sebagai anchor midfiled, ak menjangkakan Carletto akan menggunakan formasi 4-4-2 dengan Sturridge akan digandingkan sekali lagi bersama Anelka sebagai peneraju serangan..

-----------Cech--------------

Ivanovic-JT-Carvalho-Ash

Ballack-Lamps-Malouda-JC

------Anelka-Sturridge----

Birmingham mmg tengah berada di prestasi terbaik dan sudah pasti nie bukan perlawanan yang mudah tapi sekiranya para pemain mampu memberikan persembahan terbaik seperti ketika menentang Sunderland, dah pasti kemenangan mampu diraih!! Ak xbajet bebanyak, cukuple dapat menang dengan 1-2 gol pon dah jadi..

Result prediction : Chelsea (2) –Birmingham (0)

Match LIVE 28-Jan 03:40 Chelsea vs. Birmingham City ESPN

Bagi sesape yang usha kat luar, dan match Chelsea dianak tirikan, cibai tol macam le team setan 2 bagus sangat, kalah le ko malam nie ngan Tevez!! ak ad cari live stream, pastikan internet btul2 laju baru usha..KTBFFH!! LIVE STREAM


Tuesday, January 26, 2010

0 Didi n Co balik kampung

0 Comments
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Team gajah Ivory terkeluar dari saingan ACN semalam, sorry ak ucapkan untuk fan Ivory tapi wat Fan The Blues, dah tentu nie satu berita yang baik, The King Didi is the back!!

Ivory yang muncul antara favourite tewas mengejut 2-3 kepada Algeria (ak xtau le sape star lam team nie musykil tol), berbekalkan star2 dari Europe cam Yaya dan Kolo Toure, Kalou dan Didi x mencukupi untuk The Elephant mara lebey jauh kalo taktikal macam haram..Kalou dapat le gol sebijik sebagai hadiah terakhir die..Antara star2 Afrika kita yang berangkat ke sana, nampaknya tanpa disangka Mikel jadi yang stay paling lame kat sane..ak bajet die paling cepat balik coz Nigeria bukannye power sangat hu3..

Nampaknye Didi dan Kalou akan berangkat pulang ke London lebih awal dari jangkaan seperti Essien yang cedera untuk membantu skuad The Blues di bulan Januari nie..Menentang Birmingham adalah mustahil, yelah baru abes kejohanan besar kena bagi mase rehat sket..Player adalah manusia biasa dan bukannye robot..ak harap diorang leh beraksi sekurang2nye ketika menentang Hull City 2 Feb nanti..Kehadiran Didi dah pasti tak disenangi oleh Fan Arsenal sebab kepulangan awal Didi membolehkan The King rehat dan prepare betul2 untuk big match di Bridge nanti pada 7 Feb..

Saat Didi menjinakkan kanak2 Sengal Part One..Nantikan Part Two 7 Feb nanti..

Note : Wish untuk pemain bolasepak paraguay, Salvador Cabanas yang ditembak di Mexico City semalam..Harap mampu bertahan dan meneruskan kehidupan seperti biasa pasnie..Hmm tah pape nak jadi selepas kes Angola, skang Mexico lak..Best of luck Cabanas!! Link

Monday, January 25, 2010

0 We r The Big One!!

0 Comments
Meletakkan barisan yang agak berbeza berbanding pesta gol minggu lepas, jelas ak tak mengharapkan sangat result yang sama namun kemenangan adalah sesuatu yang pasti!! Kemenangan 2-0 kelmarin merupakan result yang konsisten dari barisan pejuang biru yang merupakan satu2nya Big 4 yang tinggal dalam aksi FA Cup..Fool, Sengal dan Setan tak berminat atau tak layak?? Persetankan mereka kerana kita adalah fav untuk FA Cup kini, sekurang2nya kita dah reserve satu tempat untuk meletakkan piala musim nie dalam kabinet!!

Carletto memperjudikan nasib dengan menggunakan formasi diamond kembali dan Anelka dan Sturridge menjadi penyerang bersama di hadapan..Guess Who On the Score List??

Beraksi di gelanggang lawan, berbekalkan warna baju dan semangat dari pasukan se-divisyen Leeds the giant killer, Preston sememangnya Press The Button dengan asakan yang boleh tahan hebat dan Hilario yang belajat hikmat menggelabah dari Tok Guru die Petr Cech sememangnya akan menyumpah2 diri kerana tersalah belajar ilmu atau tersalah amik guru..Kegelabahan Hilario memang Hilarious namun kekentalan benteng yang diketuai oleh JT dan Alex tetap kebal menutup segala tindakan goyah keeper kedua kita..

Agak bosan di first half namun chelsea still maintain possesion..Deco yang kembali beraksi menampilkan aksi yang boleh tahan di bahagian tengah..Macam Iniesta lak ak tgok die lam game nie haha..Tanpa kelibat Joe dan Malouda, serangan kita memang takde speed..Tup Tup seperti mendengar keluhan ak, Player Versatile Belletti tetibe injured dan Malouda si Ahli Nujum masuk untuk menghidupkan suasana..Mungkin agak lambat gol menerjah gawang kali nie tapi 8 minit sebelum tamat first half, Anelka membuktikan mengapa dia pengganti terbaik Didi dengan dribble melepasi RB Preston dan melepaskan rembatan cantik yang sukar ditepis oleh keeper home team, 1-0 untuk Chelsea!!

Nak muntah sangat, hamik ko..

Second Half sememangnya para pemain tidak membuang masa untuk menghadiahkan kekalahan pasti kepada tuan rumah..Young Blues yang kian meningkat naik Sturridge kini mendapat gol ketiganya untuk kelab dengan finishing dari jarak dekat selepas tandukan kapten JT ditepis oleh pertahanan Preston dan bola muntah tersebut hinggap ke kaki Daniel yang mudah merembat masuk..Termuntah2 ak tgok keeper Preston tgok bola muntah die dapat kat kaki striker mude nie trus die bagi laluan gol untuk Sturridge..Nice Finishing from Daniel!! Baki perlawanan Joe Cole dimasukkan menggan tikan lampard yang kembali gersang tak dapat gol formasi diamond punye pasal, namun tak ada banyak bezanya dengan Chelsea maintain sehingga tamat match dan kemenangan nie menempah tempat ke pusingan ke-5 Fa Cup bertemu Cardiff City..

Aksi tarian sehati berdansa JC untuk memikat hati pihak pengurusan bagi mendapatkan kontrak terbaru

Dengan hilangnya Big 3 menjadikan Chelsea The Big One and only dalam FA Cup..ak boleh rate-kan Man C dan Aston Villa je yang tinggal sbg genuine contender..boleh makan pye r..Dengan kembalinya Didi sebelum match nie 13 Feb menentang Cardiff, for sure kita akan menyimpan piala nie buat kali kedua berturut2..Oh ya, kat liga kita dah duduk tempat ke-3, runsing?? Biar la bagi losers2 dua ekor duk kat atas kejap, Khamis nie kita rampas balik, Semoga fan Sengal ngan Setan save la page kedudukan sekarang sebelum terlambat..Langit biru akan sentiasa berada di atas..Tunggu masa dan ketika je..KTBFFH!!

Match Highlight :


Saturday, January 23, 2010

4 FA CUP Preview : Fokuskan pemikiran

4 Comments
Bagi sesape yang melihat fixture dan table, korang akan lihat persaingan liga memang sengit dengan tentangan hebat dari Arsenal dan MU..dan Rabu lepas kita dah terlepas kedudukan teratas (walaupun untuk sementara) kepada kanak2 riang ria cuti sekolah Arsenal jadi minggu nie ad lagi suprise kita mungkin akan menerima satu lagi blow iaitu kemungkinan turun ke tempat ke-3 Isnin nie..Kenapa?? MU akan bertemu Hull, satu2 nya match EPL minggu nie, manakala team lain sibuk dengan match FA Cup termasuk la Chelsea..Nape MU xmen FA CUP?? pandai2 la korang cari sendiri ak malas nak citer haha..Jadi jika Setan menang kita mungkin dipintas dengan masih berbaki dua game dari MU..Kita masih punya kelebihan dari segi matematik dan logik akal cuma diharapkan pemain tidak terganggu dengan situasi EPL dan fokus dengan match menentang Preston malam nie!!

Satu lagi berita kurang enak atau 'less delicious', Essien dah di 'konfem' kan oleh Big Bro Carletto yang The Beast akan direhatkan sekurang2 nya 4-6 minggu bermaksud match vs Arsenal sudah pasti kita akan hilang satu jentera di tengah cuma kita mengharapkan dia akan sembuh sekurang2 nya sebelum Big Match menentang Inter Feb nie..

Mengenai Joe Cole lak, Carletto dah bagi hint baek punyer yang JC akan stay ngan Chelsea..Haha sememangnya great news terutamanya wat Fan JC cume die xkan tolerate permintaan bukan2 Joe yang nak men setiap match..betul gk tgok ngan injury history Joe, mmg die nie takleh men banyak2 sangat risau sejarah berulang kembali..Carletto gak kena fair ngan sume player bkan Joe sorang je..Cume probs kecil, ak yakin Joe akan sambung kontrak!! Berita lebih, klik link

Essien?? 'He had a tear in the meniscus, and he has to stay out for four to six weeks,' the manager said. 'I hope four.'

Joe?? 'I don't have any news on his contract. He will stay at Chelsea next year. I'm 100% clear.
OK berbalik kepada match menentang Preston, Carletto dah buat baik perangai x senonoh die dengan awal2 bagi squad lineup untk match malam nie..Boleh tahan gak kerek orang tua nie macam Jose lak pe'el die haha suka hati ko le Ancelotti kasi pecah lobang awal2 jgan pecah gawang lak dah r..

Korang sume jangan tergezut kerana ad beberapa suprise 'best' dari Carletto dengan bebrapa pemain ditiadakan dari kertas list player..Salah Tulis Ke?? Cech, Ash, Joe Cole dan Malouda yang beraksi mantopp antara yang direhatkan untuk match ngan Birmingham Khamis depan:

Full Line Up : Hilario, Paulo Ferreira, Alex, John Terry, Yury Zhirkov, Juliano Belletti, Michael Ballack, Frank Lampard, Deco, Nicolas Anelka, Daniel Sturridge.

Melihat kepada barisan pemain, kita akan kembali kepada formasi diamond 4-4-2 kesayangan Carletto..Mungkin lama xpakai kot Carletto mane leh tahan tinggal falsafah die lama2 leh kematu satu badan jawabnye nanti..

--------Hilario---------
Ferreira-Alex-JT-Zhirkov
Belletti-Ballack-Lamps-Deco
-----Anelka-Sturridge---

So, wat pertama kali kita akan melihat gandingan duet Anelka dan Sturridge beraksi, harap mampu menghasilkan banyak gol dan bagus gak memasukkan kembali Sturridge yang direhatkan match lepas, risau selera gol die lepas Watford haritu dah tertutup..Xkisah le tertutup pon dapat cuit2 assist kat Anelka ngan Lampard pon jadi r..nmun agak janggal kembali ke formasi asal sebab menggunakan 4-3-3 kita sudah menghasilkan 12 gol dalam 2 game dan jelas permainan lebih menarik dan entertaining..Mungkin Carletto lebih mengetahui dan diharapkan pilihan die tepat..

So, tidak terlampau mengharap tetapi tetap optimis, ak bjet result malam nie :
Preston (0) -Chelsea (3)

Match Live ESPN Sabtu 8.30 malam..KTBFFH!!

Bagi sesape yang takde Astro tapi Internet laju gler babas, ak da try cari stream live internet match nie..nie first time ak try letak link stream kat cnie so kalo ad feedback pape gtau ak..pastikan internet betul2 laju kalo x panas je la tgok sangkut..Kalo korang ad link stream lagi best, post kat shout box..Tx!!

LIVE STREAM

Thursday, January 21, 2010

4 Kelab peminat Joe Cole

4 Comments
Aktiviti hujung minggu Kelab Peminat Joe Cole di depan Jusco Mall, Ipoh

Joe Cole memang banyak Fan, terutamanya selepas die tak dapat lagi sambungan kontrak dari Chelsea..Hujung summer nie die leh kuar sebagai Free Agent so ramai yang berebut2 untuk mendaftar sebagai member of Joe Cole Fan Club..

Haritu ak pegi jusco Mall, dan menemuramah beberapa fan Joe di sana..

Ikuti komen2 fan Joe :

Leonardo (Milan)
"Joe Cole? Ak xpenah lak nak beli die..haritu ak bagi komen citer G.I Joe mmg best dan patut dijadikan sekuel..suke ati korang je putar belit citer..!@@##$$$%%%&& (dalam bahasa Itali)"




Redknapp (Tottenham)
" Ya, ak mmg nak beli die sbb Joe Cole mmg bekas player ak mase die kat West Ham..ak mmg suke beli pemain yang ak penah latih..Kalo ak dapat latih Harimau Muda psnie, dah tentu satu skuad Spurs ak bawak sekali ke Malaysia"




Benitez (Fool)
"Kalo Joe free agent atau senang kate free baru ak amik la..Maxi pon ak dapat free..Ak dah insaf tak nak beli player mahal2 sume xjadi Keane, Babel, Aquilani..ak mane ad duit skang tabung ayam anak ak yang ak pecahkan semalam pon ad 8 kupang je xcukup nak nak beli pencukur untuk shave goatee stailo ak nie"


Mancini (Money City)
"Joe Cole ad masalah ngan Chelsea?? kami mesti nak beli!! Kami mmg suke beli pemain bermasalah nie..cita2 kami nak menjadi kelab pengumpul pemain bermasalah supaya senang kami digelakkan oleh orang lain..Gelar lah kami Gelak tikus..Tevez, Robinho dan Adebayor kami dah dapat..Robinho paling berharga sebab harga die paling mahal dan paling bermasalah..Saya amat bangga dengan skuad saya"

Alex Pak Gasang (MU)
"emm ad gak hasrat murni saya nak amik Joe Cole sebab winger2 kami dah tak best..jap2 saye tanye big boss Glazer jap..(5 minit berlalu)..emm xbleh kot, stadium old nak reput tak dapat jual lagi la..esok2 la call saye k"



Ak berjumpa gak muke familiar dari kem Chelsea yang memberikan sokongan kepada Joe untuk terus stay :

Bruce Buck (Chairman Chelsea)
"Saye mmg minat Joe Cole dari dulu dan saya harap die dapat stay sebab kalo die x stay mgkin saya akan merajuk dan berpindah ke Hawaii"




Super Frankie Lampard
" Joe antara best friend saya dan saya harap die stay..kalo die blah mmg rugi sebab xde sape yang lagi banyak skill dari joe..Kalo Joe chow, mgkin Ashley Cole patut menjadi winger coz name diorang hampir same.."

Wednesday, January 20, 2010

5 Essien dan keropok Lekor

5 Comments
Pergi dengan Harapan, pulang dengan kecederaan..Malang menimpa lagi ke atas The Beast Essien yang tercedera di lutut sewaktu latihan bersama skuad Ghana untuk Piala Afrika..Berita paling teruk die mungkin akan berehat selama 6 minggu dan terlepas aksi menentang Arsenal dan First Leg CL bersama ex-boss Mourinho..Takde Official lagi pasal kecederaan Essien coz minggu nie baru die akan pulang ke Kem Chelsea dan selepas keputusan scan rasmi baru kita leh tau bape lame die akan out..harap2 x seteruk yang disangka..

Pehh..terliur beb

"Kalo korang nak tau ak la pengasas keropok Lekor"

Korang suke kopok Lekor?? Sape budak Ganu mesti suke pye r..memang sedap makan Keropok Lekor tapi lagi best kalo dapat Jerko Leko!! Ketiadaan Essien mmg merupakan big blow dan serta merta membuka rumours2 hangat antaranya Jerko Leko yang bermain sebagai versatile Midfielder di Monaco..boleh bermain sebagai defensive mid atau attacking, Leko mgkin pengganti sesuai untuk Essien dan alternatif lain selain dari Beletti yang skang nie memberikan cover yang bagus dalam match2 tanpa Essien skang nie..

Tetapi selagi Carletto masih bertegas tak nak beli sesape, kita xleh wat pape, kalo Leko datang, mgkn Carletto akan menyambutnya dengan naked di atas padang sepertimana yang dijanjikan..haha..

“I’m telling the truth, absolutely,” Ancelotti said. “There’s no way I will sign a new striker and will do a forfeit if I do. For sure, I would even run around naked in the snow, yes.”
Cett..ingat Maria Ozawa je ke leh strip?? Ak pon boleh la!!


Sunday, January 17, 2010

1 7 UP!!

1 Comments
Kemenangan besar 7-2 semalam ke atas Sunderland jelas memberikan mesej kepada pesaing2 kita yang Chelsea adalah pilihan utama kejuaraan liga musim nie dan membuktikan skuad The Blues mampu bermain dengan hebat, mungkin lebih hebat tanpa bintang Afrika!!

Gol2 dijaringkan oleh Anelka (2), Malouda, Ash, Ballack dan Lampard (2)..malang sekali walaupun menjaringkan berdozen2 gol semalam, barisan pertahanan x mampu mendapatkan clean sheet dengan Zenden dan Bent menjaringkan 2 gol saguhati atau 2 gol kesian untuk Sunderland..

Keseluruhan permainan sememangnya berpihak kepada Chelsea dengan kita mendominasi hampir seluruh posisi padang..tapi ape pon formasi 4-3-3 memang best!! Ketiadaan Didi menyebabkan Carletto terpaksa meletakkan Anelka yang baru fully fit menjadi lonely striker dan menggunakan formasi pokok krismas untuk menampung kekurangan striker berpengalaman yang ada..Joe Cole dan Malouda menjadi pemain sayap di support oleh Lampard, Ballack dan Belletti di bahagaian tengah..Barisan pertahanan tiada perubahan dengan JT, Carvalho, Ivanovic dan Ash menjadi pelengkap kubu pelindung untuk Si Gelabah Cech..

Sepertimana ketika menentang Watford, dengan menggunakan formasi yang sama, jelas ketajaman serangan kita bertambah bagus dan menusuk kalbu dan ak rase formasi menggunakan winger nie memang sesuai untuk Chelsea, sekurang2nya untuk Bulan Januari sebelum ketiadaan Didi..Joe Cole dan Malouda nampak selesa di posisi sayap dan guess who?? Super Frankie Lampard kembali menjaringkan gol dan kali nie bukan satu tetapi dua!! Ballack juga turut menambah jaringan semalam membuktikan formasi baru nie memberi lebih kebebasan untuk kedua2 playmaker nie naik ke atas dan menjaringkan gol demi gol..

Nujum Pak Belalang : Ramalan Malouda 7 gol mengena!!

First half sahaja dah cukup untuk menunjukkan pemenang awal match nie dengan Anelka membuka jaringan selepas terlepas perangkap offside, Malouda manambah derita Sundal Land dengan gerakan solo yang cantik sebelum merembat deras ke penjuru gawang..Ash kembali menjaringkan gol dengan chip yang cantik di depan gawang lawan dan Lampard menutup tirai separuh masa pertama dengan gol ke-4..

Second Half dengan kemenangan hampir pasti, Carletto memasukkan Alex dan Zhirkov menggantikan Ash dan JT untuk direhatkan kerana Rabu depan kita ada match penting FA Cup menentang Preston..Chelsea tak membuang masa dengan Ballack kali nie menjadi goalscorer dengan tandukan trademark die seumpama peluru yang menembusi gawang Sundal..Zenden menjaringkan gol xdisangka2 selepas volley dari ex-player Chelsea nie melepasi Cech yang ak rase amat rilek selepas lama xdiserang oleh pihak lawan dalam match nie..Sememangnya tipikal error dari Cech yang dah kureng hebat skang ak xtau nak kate ape lagi cume die yang leh perbaiki diri sendiri..

Walaupun defend bolos, barisan serangan Chelsea tak pernah berhenti menyerang dan Anelka menambah koleksi gol die untuk gol ke-6 selepas error dari defender Sundal..Joe Cole amat malang selepas dua percubaan jarak dekat gagal menerjah gawang..Sayang sekali die xdapat nama dalam scoring list sebab Joe memang antara pemain terbaik malam nie dengan menjadi threat utama dengan cross2 dan larian yang berbahaya di bahagaian sayap kanan..Anelka juga antara pemain terbaik, bukan je prolific menjaringkan gol, malah banyak membuka ruang untuk teammate mencari gol dan cross chantek untuk tandukan gol ke-7 dari Lampard amat dipuji dan bijaksana!! Bent menmbah gol di hujung match tapi xmencukupi untuk menyelamatkan Sunderland dari kekalahan memalukan dan meneruskan rentetan 8 match tanpa menang..

Kemenangan nie membolehkan Chelsea kekal di atas persada liga dengan kelebihan satu mata di atas MU yang turut menang semalam..tunggu Arsenal je samada akan spoil atau tidak malam nie..2 match tanpa bintang Afrika, 12 gol dijaringkan menunjukkan keadaan tidaklah seteruk yang disangka dan ak yakin dengan adanya pemain2 yang marvellous kita mampu mengharungi Bulan Januari dengan result yang MANTOPP !! KTBFFH!!

Match Highlight :


Saturday, January 16, 2010

0 Duet Terbaru

0 Comments
Setelah agak lama match Chelsea hilang di kaca tv malam nie akhirnya kita dapat menonton aksi pemain The Blues dan malam nie kita akan berhadapan dengan Tanah Sundal untuk meneruskan perjuangan dalam merebut kejuaraan liga..

Setelah kebodohan dua ekor pengejar di belakang yang sama2 seri minggu lepas, Glory glory dua ekor seri haha..ak harap Chelsea takkan mensia2kan peluang malam nie untuk melebarkan jurang mata..beraksi di SB yang menjadi tempat keramat dengan terbaru Watford dan Fulham telah menjadi mangsa ak yakin Sunderland turut akan bersemadi dengan aman di lembah maut Bridge..

Dah pasti ramai fan yang menanti2kan gandingan terbaru Chelsea iaitu Strurridge dan Anelka, sejauh mana keberkesanannya?? Anelka pemain berpengalaman yang sering menjaringkan gol dan Sturridge adalah pemain muda yang masih berjinak2 untuk menjadi striker yang prolifik..gandingan dua pemain dari era berbeza dah tentu amat dinantikan dan ak yakin amat sesuai..Kepantasan Sturridge digandingkan dengan kepintaran Anelka dah pasti kan menjanjikan gol malam nie, ak yakin!!

Tanah Sundal jangan diperkecilkan kerana diorang ad penyerang berbahaya Darren Bent yang sedia membolosi Petr Cech bila2 masa sahaja..di bahagian tengah Cattermole dan Lorik Cana dah tentu akan memberikan masalah kepada midfielder kita..Harap Lampard dan ballack mampu berganding dengan baik malam nie walaupun ketiadaan Essien selaku enjin utama formasi diamond..

Walaupun postpone yang mengecewakan minggu lepas, semua pemain dapat rehat yang secukupnya hampir dua minggu dan Deco serta Anelka kini sudah fully fit cuma Bosingwa sahaja yang masih berbaring senang lenang di Wad Sakit..

Formasi 4-3-3 adalah opsyen match menentang Watford yang membolehkan kita mendapat 5 gol tanpa balas tapi dengan kepulangan Anelka dah tentu Carletto akan kembali ke tabiat lamanya dengan menggunakan formasi diamond beserta gandingan dua penyerang di bahagian hadapan..

Formasi malam nie:

------------Cech------------
Ivanovic-JT-Carvalho-Ash
Joe-Ballack-Belletti-Lampard
-------Anelka-Sturridge----

Result predict : Chelsea (2) - Tanah Sundal (0)

Kita antara match yang bermula awal dan ak harap takde lagi salji, hujan mahupun tsunami yang akan menunda match nie..Hanya kemenangan yang dicari untuk memberi pressure untuk team di bawah..KTBFFH!!

Match LIVE Astro Star Sport Sabtu 10.55 mlm


Friday, January 15, 2010

0 £3.5 million man

0 Comments
Chelsea semalam dikenakan bayaran sebanyak £3.5 juta sebagai pampasan untuk Manchester City dan nilai ini mungkin akan meningkat berganda sehngga £6.5 juta sekiranya Sturridge terus menjadi hit di Bridge..

Keputusan dari Professional Football Compensation Committee :
-Chelsea perlu membayar £3.5 juta kepada Man Shitty
-tambahan £500,000 perlu dibayar kepada MC bagi setiap 10 penampilan Sturridge untuk kelab sehingga 40 penampilan sahaja (kalo die main sampai 40 app, semua sekali 2 juta kena bayar)
-£1 juta perlu dibayar jika Sturridge dapat bermain untuk skuad utama England
-Jikalau Sturridge berpindah ke kelab lain dari Chelsea, 15% dari transfer fee perlu dibayar kepada Man Shitty


Adakah munasabah?? bagi pemain muda yang masih takde pengalaman luas di perinngkat tertinggi, jumlah £3-7 juta yang dikenakan agak tinggi tambah2 lak Chelsea mengambil Strridge dari ManC secara percuma selepas kontrak die habis bermaksud kita tidak mengambil die secara haram..Kita xleh nak kate ape coz keputusan pampasan nie dilakukan oleh FIFA untuk pemain bawah 24 tahun yang keluar di bawah perpindahan secara Bosman untuk menampung kos latihan yang diberikan oleh kelab asal kepada pemain nie..

Tapi Chelsea nampak berpuas ati dengan keputusan nie, petikan dari official :

‘The initial fee is very close to what we first offered.
‘Any subsequent payments are directly linked to the success of the player and that is satisfactory to us.’

Mungkin satu keputusan yang munasabah sebab die dah dilatih selama 6 tahun oleh Manc dan jika die keluar secara free mngkin satu kerugian kepada kelab asal..jika Kakuta keluar dari Chelsea secara free pon mgkin kita akn meminta pampasan bukan??Jika Sturridge mampu menjadi striker yang hebat, ak yakin pampasan nie xkan menjadi masalah dan ak harap die mampu berkembang menjadi pemain muda pertama yang berjaya di Chelsea.. Di bawah bimbingan Ancelotti dan gandingan bersama striker yang marvellous seperti Didi dan Anelka dah pasti die mampu menjadi striker yang mantap selagi Carletto tetap yakin dan memberikan pendedahan yang secukupnya kepada striker muda nie..Good Luck Daniel!!

0 Peace Bridge & Cloudy Trafford

0 Comments
Suasana aman dan tenteram di Stamford Bridge..

Suasana mendung di stadium tua nak reput old trafford (Ready For Sale)

Ya, suasana yang berbeza kini samada di London Bridge (seperti nyanyian Fergie) dan di Manchester..Burung berkicauan dan cuaca yang nyaman dan segar di laman fortress SB..berbeza di stadium tua 'Old' Trafford..awan mendung berarak datang dan memberikan kekacauan dan suasana muram yang menyelubungi persekitaran stadium Si Setan..

Credit Crunch memang memakan banyak kelab bolsepak ketika ini tetapi tidak bagi chelsea dengan adanya Pak Man yang setia menjadi tulang belakang kekuatan Chelsea dari segi ekonomi..kesanggupan Roman menukar hutang kelab kepada ekuiti menyebabkan kelab chelsea tiada hutang yang tertunggak..Ya, suasana yang aman di Chelsea tambahan pula baru je habis musim salji, dah tentu nyaman + sejuk suasana di sana..

Pekejadah lak ngan cter sal Mu kat post ak nie?? Saje ak nak membandingkan keadaan kita dengan our fiercest rival, di Manchester keadaan begtu berbeza dengan dikatakan hutang setan dah mencapai £500 million dan pemilik Amerika diaorang Malcolm Glazer lak dengar kate nak jual stadium reput Trafford untuk menampung hutang yang ade..pemain takyah cite la si pemalas tukang gunting Barber-Tov ngan anak rusa nani pon dengar kate nak dijual lelong..


Satu je perbezaaan antara dua kelab nie-pemiliknya..Roman sememangnya fan Chelsea yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kejayaan The Blues, walaupun kadang2 keinginan die terlampau tinggi sampai kalah sekali pon manager leh kena pecat..Berbeza dengan Galazer yang merupakan tipikal Businessman..Amerika, biasa le, macam beli syarikat, untung bela, rugi jual..dan Glazer nie memang tak support setan sangat pon..yela sape nak support setan, dosa besar woo..dengan dikatakan pembelian predator sekolah Anderson dan Hagreaves dulu bukan dari dompet The Americans..ad pemilik macam takde gak same je..baik korang panggil Tony Hernandez jadi tuan tanah kan baguih haha..tgok mke Glazer (lam gambar) pon dah mcm penyangak mmg sesuai ngan kelabnye hehe..

Papepon kita adalah antara kelab yang paling stabil kini dan diharapkan ia mampu diteruskan..Mungkin lebih baik jika kita mampu berdiri sendiri tanpa bantuan Roman di masa akan datang..Untuk mencapai ke tahap itu perancangan kewangan yang lebih effisien perlu dilakukan antaranya pertingkatkan jualan merchandise kita di seluruh dunia..SB perlu diperbesarkan lagi agar kutipan jualan tiket boleh digandakan (SB dan Anfield stadium paling kecik antara Big 4)..Semoga The Blues akan terus maju dulu, kini dan selamanya..Long Live Chelsea!!

p/s : Carletto ade duit, xnak beli player..Manager len nak beli player xde duit..dunia dah terbalik??



Wednesday, January 13, 2010

0 Lagi Lagi Sergio

0 Comments
Ok2 ak pasti ad yang dah muak dengan rumours mengenai transfer Aguero..Tapi sori kali nie bukan mengenai Aguero, tapi pemain mude dan prospek terhangat di Europe iaitu Sergio Canales..

Masih berumur 18 tahun, Canales yang merupakan pemain midfield muda U-19 Sepanyol dan antara produk akademi Racing Santander yang sedang meningkat naik dan haritu kembali menarik perhatian scout di seluruh dunia dengan dua gol menentang Sevilla menjadikan 4 gol dijaringkan dalam 3 match terakhir oleh Canales..


The Blues yang sedang mengamalkan polisi membeli pemain2 muda kini dikhabarkan ingin memancing Canales hujung musim nie..Namun bukan Chelsea sahaja yang memerhati, Madrid, Barca, Man City dan Arsenal turut meninjau2 sebarang kemungkinan untuk merebut bintang muda nie..Dengan kotrak die abes hujung musim nie dah pasti semua agen akan berebut ingin mendapatkan signature diwe jika tak dah pasti akan disambar orang..

Kekal di Sepayol mungkin destinasi favourable menurut bapak die yang juga agen Canales iaitu Angel Canales terutama Madrid yang ada hubungan baik dengan Racing selepas pembelian Garay dulu..Tapi 2 sume tak mustahil jika kita mencuba tapi walaupun ak Blues Fan, ak xpasti kedatangan die ke Chelsea adalah keputusan yang bagus memandangkan rekod kita dalam menguruskan pemain muda..Risau bakat yang ad dibazirkan begitu sahaja..Mungkin jika dapat kita akan loan die wat semenatara waktu ke kelab lain coz ak x yakin Canales akan mampu menembusi first team Chelsea buat masa kini yang dipenuhi star2 cam Joe Cole, Essien dan Lampard..Kakuta dan Sturridge pon masih2 terkial2 nak dapat tempat di Chelsea apatah lagi adnya Di Santo dan Stoch di luar sana masih lagi mencuba2 sekiranya ad harapan untuk kekal di Bridge..


Polisi pemain muda perlu diteruskan hanya jika pihak pengurusan betul2 yakin dengan bakat pemain muda yang kita ad jika tidak apa perlu beli jika hanya akan dijual 2-3 tahun selepas sign kontrak?? Tom Taiwo adalah mangsa terbaru selepas akhirnya berpindah ke Carlisle United bulan lalu walaupun baru dibeli dari Leeds tahun 2007..Pemain muda nie paling malang x seperti kakuta kerana xpernah beraksi langsung untuk first team..Sekadar dibeli untuk memenuhkan padang lam Reserve Team dan Youth Cup..2 belum lagi cerita pemain2 muda lain seperti Lassana Diara dan Ben Sahar yang berangkat kaki ke Sepanyol dan akhirnya mampu menjadi bintang di sana membuktikan sekiranya diberi peluang mereka bakal menjadi pemain yang hebat..

Mungkin Carletto adalah revolusi permulaan dalam mengembangkan bakat2 muda yang jarang dilakukan sebelum nie dan kepercayaan die terhadap Sturridge dibalas dua gol dalam match menentang Watford dan mngkin pemain2 muda seperti Boruini dan Kakuta bakal mengikut jejak Sturridge..Jika Kakuta berjaya menempah nama, mgkin Canales bakal mengekori di belakang..