The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, January 25, 2010

0 We r The Big One!!

Meletakkan barisan yang agak berbeza berbanding pesta gol minggu lepas, jelas ak tak mengharapkan sangat result yang sama namun kemenangan adalah sesuatu yang pasti!! Kemenangan 2-0 kelmarin merupakan result yang konsisten dari barisan pejuang biru yang merupakan satu2nya Big 4 yang tinggal dalam aksi FA Cup..Fool, Sengal dan Setan tak berminat atau tak layak?? Persetankan mereka kerana kita adalah fav untuk FA Cup kini, sekurang2nya kita dah reserve satu tempat untuk meletakkan piala musim nie dalam kabinet!!

Carletto memperjudikan nasib dengan menggunakan formasi diamond kembali dan Anelka dan Sturridge menjadi penyerang bersama di hadapan..Guess Who On the Score List??

Beraksi di gelanggang lawan, berbekalkan warna baju dan semangat dari pasukan se-divisyen Leeds the giant killer, Preston sememangnya Press The Button dengan asakan yang boleh tahan hebat dan Hilario yang belajat hikmat menggelabah dari Tok Guru die Petr Cech sememangnya akan menyumpah2 diri kerana tersalah belajar ilmu atau tersalah amik guru..Kegelabahan Hilario memang Hilarious namun kekentalan benteng yang diketuai oleh JT dan Alex tetap kebal menutup segala tindakan goyah keeper kedua kita..

Agak bosan di first half namun chelsea still maintain possesion..Deco yang kembali beraksi menampilkan aksi yang boleh tahan di bahagian tengah..Macam Iniesta lak ak tgok die lam game nie haha..Tanpa kelibat Joe dan Malouda, serangan kita memang takde speed..Tup Tup seperti mendengar keluhan ak, Player Versatile Belletti tetibe injured dan Malouda si Ahli Nujum masuk untuk menghidupkan suasana..Mungkin agak lambat gol menerjah gawang kali nie tapi 8 minit sebelum tamat first half, Anelka membuktikan mengapa dia pengganti terbaik Didi dengan dribble melepasi RB Preston dan melepaskan rembatan cantik yang sukar ditepis oleh keeper home team, 1-0 untuk Chelsea!!

Nak muntah sangat, hamik ko..

Second Half sememangnya para pemain tidak membuang masa untuk menghadiahkan kekalahan pasti kepada tuan rumah..Young Blues yang kian meningkat naik Sturridge kini mendapat gol ketiganya untuk kelab dengan finishing dari jarak dekat selepas tandukan kapten JT ditepis oleh pertahanan Preston dan bola muntah tersebut hinggap ke kaki Daniel yang mudah merembat masuk..Termuntah2 ak tgok keeper Preston tgok bola muntah die dapat kat kaki striker mude nie trus die bagi laluan gol untuk Sturridge..Nice Finishing from Daniel!! Baki perlawanan Joe Cole dimasukkan menggan tikan lampard yang kembali gersang tak dapat gol formasi diamond punye pasal, namun tak ada banyak bezanya dengan Chelsea maintain sehingga tamat match dan kemenangan nie menempah tempat ke pusingan ke-5 Fa Cup bertemu Cardiff City..

Aksi tarian sehati berdansa JC untuk memikat hati pihak pengurusan bagi mendapatkan kontrak terbaru

Dengan hilangnya Big 3 menjadikan Chelsea The Big One and only dalam FA Cup..ak boleh rate-kan Man C dan Aston Villa je yang tinggal sbg genuine contender..boleh makan pye r..Dengan kembalinya Didi sebelum match nie 13 Feb menentang Cardiff, for sure kita akan menyimpan piala nie buat kali kedua berturut2..Oh ya, kat liga kita dah duduk tempat ke-3, runsing?? Biar la bagi losers2 dua ekor duk kat atas kejap, Khamis nie kita rampas balik, Semoga fan Sengal ngan Setan save la page kedudukan sekarang sebelum terlambat..Langit biru akan sentiasa berada di atas..Tunggu masa dan ketika je..KTBFFH!!

Match Highlight :


No comments: