The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, January 2, 2010

0 Pak Man kasi hadiah Tahun Baru

Ak bukanlah menyokong Chelsea kerana kekayaan mahupun kekuatan kewangan Roman yang memulakan revolusi tahun 2003..Andai kata Pak Man aka Roman berambus pun ak xkisah sebab Chelsea tetap Chelsea, kelab yang akan ak sanjung sampai bila2..mase zaman Zola Chelsea takde duit pon tapi ak sokong gak..Main bagus gak sampai layak CL..Tapi sekiranya ad yang ingin membantu kelab kesayangan anda, perlukah anda menolak??

Kedatangan Roman dulu memang menaikkan nama Chelsea di mata dunia dengan perubahan sekelip mata dilakukan seperti Akademi Fantasia yang melahirkan bintang2 baru dengan pantas..Walaupun melaburkan berjuta2 ringgit dan memberikan trofi berganda2 ke cabinet Chelsea, masih ad yang prasangka dengan niat Roman..Yelah biase la businessman,takkan beli camtu je mesti nak kaut untung gak kan..Tapi Roman menegaskan dia hanyalah fan The Blues seperti kita yang akan menangis bila kalah dan menjerit kegembiraan apabila meraih kemenangan..

Sejauh mana kebenarannya?? Berita terkini adalah yang paling menggemparkan kerana Roman dilaporkan telah menukar hampir separuh hutang kelab kepada ekuiti atau asset yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Roman jadi nie bermakna Chelsea kini BEBAS HUTANG!! Hutang sebanyak £340m dah dilangsaikan dan setakat nie Roman leh kata dah keluarkan £700 juta untuk segala urusan yang melibatkan kelab Chelsea..peh banyak siot!!


Info rasmi (nie ak amik kat Official Chelsea)

- Group turnover was down from £213.1m to £206.4m
- Turnover was generally flat. The small year-on-year reduction reflects the front-loaded nature of certain sponsorship revenues
- Loss for the financial year reduced from £65.7m to £44.4m
- Remainder of shareholder debt of £340m was capitalised
- Net capital expenditure reduced from £85.1m to £4.2m following the completion of major capital projects such as the training centre at Cobham
- Cash outflow reduced from £107.4m to £16.9m

Bagi sape yang kurengg faham, debt nie selalunya datang sebab yuran perpindahan player2 yang dibeli sebab nak beli player x semestinya diorang bayar cash, diorang akan guna urusan bank dan selalunya pihak kelab akan berhutang ngan bank untuk membeli player dan membayar kepada bank secara perlahan2 mengikut kemampuan, selalunya amik dari keuntungan kelab setiapa tahun cam jualan tiket, baju dsb..

Dan Hutang nie lah antara masalah yang paling bahaya bagi sesebuah kelab, masih ingat kelab Leeds?? Kelab nie dulu memang gah kat EPL dan pernah feymes dengan beli star2 cam Kewell, Viduka dan Alan Smith tapi sampai satu masa x larat dah nak bayar hutang terpaksa la jual satu2 player nak cover debt punye pasal sampai last sekali relegate dan kini terperosok kat liga Coca Cola je..Kalo korang rase Madrid tu kaye dapat beli Ronaldo sampai harga pecah rekod £80 juta, sebenarnya korang silap sebab diorang nie berhutang ngan bank je, skang nie dah hutang hampir £400 juta xke giler namanya..2 pasal libepul, Valencia mengah musim nie x mampu nak beli player sebab hutang punye pasal, kalo gatal nak beli player lagi mahu bangkrap lak nanti..dan sekiranya xde asas kewangan yang mantap, tak mustahil Chelsea mgkin akan jadi camnie gak..Roman tau pasal nie so dengan free debt skang, takde apa yang nak dirisaukan..

Tapi apa yang ak nak katakan kat sini, Roman telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar semata2 untuk kestabilan dan kemajuan kelab Chelsea, adakah kita patut meragui lagi niat Roman?? Sedangkan kita kat sini pon x penah menyumbang untuk kelab, ak beli baju jersi Chelsea pon kat Big Field aka Padang Besar huhu..sekadar nak menyumbang masa dan idea untuk blog leh la..Jadi ak yakin tindakan terbaru Roman nie menunjukkan die memang prihatin dengan kelab dan tahu apa yang terbaik untuk mengekalkan kestabilan kelab kini dan masa hadapan..Tenkiu Pak Man!!

Cume ak harap khabar2 angin tentang nak jual nama Stamford Bridge, stadium keramat Chelsea xkan menjadi kenyataan kerana Bridge merupakan lambing kemahsyuran dan sejarah kelab dan ak xnak nama nie dibuang begitu je semata2 kerana inginkan keuntungan..Kalo jual mmg ak sumpah Pak man jadi Pacman haha..Tengoklah nama stadium Arsenal, Emirates Stadium- xde ciri2 kelab langsung bukan nak kutuk cume nak hina je macam xde identity langsung..Stamford Bridge adalah identity Chelsea sepertimana Anfield memperkenalkan Liverpool, San Siro untuk Milan dan Bernabue untuk Madrid..Harap dikekalkan!!

No comments: