The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, January 15, 2010

0 £3.5 million man

Chelsea semalam dikenakan bayaran sebanyak £3.5 juta sebagai pampasan untuk Manchester City dan nilai ini mungkin akan meningkat berganda sehngga £6.5 juta sekiranya Sturridge terus menjadi hit di Bridge..

Keputusan dari Professional Football Compensation Committee :
-Chelsea perlu membayar £3.5 juta kepada Man Shitty
-tambahan £500,000 perlu dibayar kepada MC bagi setiap 10 penampilan Sturridge untuk kelab sehingga 40 penampilan sahaja (kalo die main sampai 40 app, semua sekali 2 juta kena bayar)
-£1 juta perlu dibayar jika Sturridge dapat bermain untuk skuad utama England
-Jikalau Sturridge berpindah ke kelab lain dari Chelsea, 15% dari transfer fee perlu dibayar kepada Man Shitty


Adakah munasabah?? bagi pemain muda yang masih takde pengalaman luas di perinngkat tertinggi, jumlah £3-7 juta yang dikenakan agak tinggi tambah2 lak Chelsea mengambil Strridge dari ManC secara percuma selepas kontrak die habis bermaksud kita tidak mengambil die secara haram..Kita xleh nak kate ape coz keputusan pampasan nie dilakukan oleh FIFA untuk pemain bawah 24 tahun yang keluar di bawah perpindahan secara Bosman untuk menampung kos latihan yang diberikan oleh kelab asal kepada pemain nie..

Tapi Chelsea nampak berpuas ati dengan keputusan nie, petikan dari official :

‘The initial fee is very close to what we first offered.
‘Any subsequent payments are directly linked to the success of the player and that is satisfactory to us.’

Mungkin satu keputusan yang munasabah sebab die dah dilatih selama 6 tahun oleh Manc dan jika die keluar secara free mngkin satu kerugian kepada kelab asal..jika Kakuta keluar dari Chelsea secara free pon mgkin kita akn meminta pampasan bukan??Jika Sturridge mampu menjadi striker yang hebat, ak yakin pampasan nie xkan menjadi masalah dan ak harap die mampu berkembang menjadi pemain muda pertama yang berjaya di Chelsea.. Di bawah bimbingan Ancelotti dan gandingan bersama striker yang marvellous seperti Didi dan Anelka dah pasti die mampu menjadi striker yang mantap selagi Carletto tetap yakin dan memberikan pendedahan yang secukupnya kepada striker muda nie..Good Luck Daniel!!

No comments: